03/01/2018 - 04/01/2018 - shfyqhazhr

Tuesday, 27 March 2018

LIRIK LAGU DELUSI | MJ (MEEYO_JOE) - OST ZAHIR TAK TERUCAP

15:25 8
LIRIK LAGU DELUSI | MJ (MEEYO_JOE) - OST ZAHIR TAK TERUCAP




LIRIK LAGU DELUSI | MJ (MEEYO_JOE)

resah hati ini
rebah diri ini
mengenangkan kamu
mendustaiku

kau curangi aku
hancurkan hidupku
namun pun begitu
harus ku terima

ku rela semua ini
kita harus berpisah
terimalah
walaupun tak mudah

aku selalu
menantimu sayang
ku mengerti
walau tak terdaya
berat tuk melepaskanmu

bila hanya mimpi
kau peluk erat tubuhku
belaianmu selalu
ku mahu.. ooooo

betapa ku mahu
kau menjadi milikku
mengundang kecewa
semuanya delusi

ku rela semua ini
kita harus berpisah
terimalah
walaupun tak mudah

aku selalu
menantimu sayang
ku mengerti
walau tak terdaya
berat tuk melepaskanmu

harapan ku
tetap dalam angan
walau diri ku
penuh dengan tangisan

terimalah walaupun
tak mudah
aku selalu
menantimu sayang
ku mengerti
walau tak terdaya
berat tuk melepaskanmu

ku mengerti
walau tak terdaya
berat tuk melepaskanmu

Sunday, 25 March 2018

BELI EBOOK DI GOOGLE PLAY

20:30 7
BELI EBOOK DI GOOGLE PLAY

Assalamualaikum

BELI EBOOK DI GOOGLE PLAY | Hi, minggu lepas sha takdak kerja pastu saja saja usha google play, ok macam tak logik tapi yaaa sha buat benda tu. nampak tak bosan teruk? sebenarnya sha tengah cari game yang best sebab my life is so boring. nak tengok kdrama takdak mood, mana boleh kan tengok cerita tak kena time nanti takpaham pastu nanti kena ulang ulang ulang heh. pastu tengah usha usha google play, saja gatal gatal nak tengok yang kat bahagian books ;

              

walaupun sha bukan lah ulat buku tapi bila tengok ja buku buku kat situ rasa nak gila jap haha. sha pun macam tengok tengoklah buku apa yang ada. novel pun ada tapi sha malas nak baca novel hihi pastu bila duk usha usha jumpa satu buku yang ala ala motivasi/quote gitu lah.


Jatuh Cinta Tak Pernah Salah by @Negeriakhirat

suka tak semestinya kena beli kan? hehe joke joke. sha dah masukkan buku ni dalam wishlist tapi takbeli lagi sebab tengah baca buku lain yang dah TERbeli. so macam ↑ (gambar diatas) bila korang klik kat buku yang korang berkenan tu, naik macam tu. disebabkan ni buku online so kita taktau kan apa dalam dia pe semua, sebab tu lah ada free sample


bila dah klik free sample nanti akan terdownload dan masuk kat Google Play Books ; kalau dah ada kat phone boleh terus baca dan kalau macam sha takdak haritu kena download dulu. sample free ni dia macam bagi hint ja, hint yang membuatkan kita nak beli atau tak buku tu. macam buku Jatuh Cinta Tak Pernah Salah - diberikan 27 mukasurat free sample dan sha rasa nak beli huwaaaa

CARA PEMBELIAN EBOOK  DI GOOGLE PLAY 


1. Klik di HARGA EBOOK TERSEBUT


2. lepas tu akan naik macam ni, kalau sha, sha memang bayar guna kredit phone sha, kiranya nanti dia tolak dari kredit phone kita.


korang boleh jugak bayar melalui  credit card or debit card tapi sha rasa susah benda ni haha


3. masukkan password google play korang dan klik konfirm! 

enjoy your reading! 

-------------------------------------------------------------------------------------

Antara petikan petikan daripada Jatuh Cinta Tak Pernah Salah - Sebab Jodoh Tidak Saling Mencari Tetapi Saling Menemukan

"terkadang aku ingin seperti angin, meski tak terlihat tapi bisa kau rasakan kenyamanannya, sebab doa yang selalu aku panjatkan"

"Apalah yang sanggup aku pendam lagi selain rindu, jika pada akhirnya Sang Pemilik Semesta memberikan kesempatan untuk bersujud dan mengadu"

"kurangilah kesenanganmu di dunia, maka akan berkurang dukamu di akhirat - Iman Syafi'i"


IDEAL HOME FURNITURE ONLINE STORE

20:30 16
IDEAL HOME FURNITURE ONLINE STORE

Assalamualaikum

IDEAL HOME FURNITURE ONLINE STORE | Hi, selamat berhujung minggu. harini sha nak cerita mengenai sebuah laman web yang menyediakan tilam untuk bilik di rumah secara atas talian. 

Ideal Home Furniture yang menggunakan tagline - “Innovative, Enduring & Affordable” adalah sebuah perusahaan atas talian dengan matlamat menyediakan perabot/ tilam yang berkualiti tinggi dan moden untuk seisi keluarga. Mereka di Ideal Home Furniture berusaha untuk menyediakan tilam dengan kualiti yang bagus untuk rakyat Malaysia supaya mendapat keselesaan semasa tidur di malam hari.

Di laman web http://shop.idealfurniture.com.my/ anda dapat lihat pelbagai jenis tilam tilam yang dijual dengan harga dan saiz yang berbeza. di laman web tersebut jugak anda boleh mengadjust harga yang anda ingini.



CARA PEMBELIAN 


2. Pilih produk yang anda inginkan


3. Pilih saiz tilam dan negeri/tempat yang nak dihantar


4. Add to cart! dan bila korang dah settle membeli belah boleh klik checkout




5. masukkan maklumat anda, alamat untuk dihantar dan buat pembayaran! done



Cara Pembayaran? - anda boleh membayar melalui online banking ATAU anda juga ditawarkan pembayaran ansuran bulanan di atas pembayaran tunai dan kad kredit biasa.

Bagaimana Cara Penghantaran? di Ideal Home Furniture menyediakan penghantaran percuma hingga ke pintu rumah anda tetap di negeri - negeri tertentu sahaja. Caj penghantaran tambahan mungkin dikenakan mengikut budi bicara Ideal Home Furniture sekiranya penghantaran dipilih untuk berlaku di luar waktu operasi biasa kami. keterangan lanjut baca disiniSHIPPING POLICY

apa tunggu lagi? kepada yang mencari tilam baru untuk rumah baru atau rumah yang sediada tetapi ingin menukar tilam baru boleh layari laman web dibawah :-






Saturday, 24 March 2018

KFC CHEEZILLA SEDAP KE?

20:30 15
 KFC CHEEZILLA SEDAP KE?

Assalamualaikum

KFC CHEEZILLA SEDAP KE? | Hi, lunch tadi sha rasa macam nak makan KFC haha mengada betul perut ni kan :p sha pun layankan jelah. bila dah sampai masa lunch terus pi KFC, nampak banner cheezilla! hahaha sha dah macam ha aku nak ni, aku nak yang ni jugak! sebab mula mula ingat nak ambik set zinger biasa tu ja. 

total lost : RM 24 - set cheezilla, air ambik air milo dan ambik crispy tender 1 set.


makan kat tempat kerja ja ni, sebab tu nampak keyboard semua haha malas nak set tempat elok elok, rehat sejam ja kot hihi. bila bukak kotak burger ni, dia dibaluti dengan kertas putih hahaha jeng jeng jeng, bila bukak paper tu baru nampak burger. nampak dak cheese meleleh tu? sapa peminat cheese kena try ni! jangan lepaskan peluang hahaha walaupun last last rasa muak, tapi yang penting mula mula tu menikmati nikmat cheese tu :pp


ala carte ; RM 13.50
combo ; RM 16.90

for me lah, okaylah, sha suka! maybe sebab sha memang peminat cheese kan, dan alhamdulillah dapat macam apa yang diiklankan haha, ayam pun besar, cheese pun sama besar, sampai takmuat tangan nak pegang. cuma cheezy mayo tu jelah kurang tapi rasa ok ja sebab dah ada cheese lain kan? nanti nak makan lagilah! nak makan kat kfc taknak take away haha

ok bai! (p/s : masa tulis entry ni tgh mengantuk sbb kekenyangan makan cheezilla sbb tu ayat pening sikit hikhik)





Friday, 23 March 2018

GOING TO LANGKAWI! - TOP COMMENTATOR?

11:09 12
GOING TO LANGKAWI! - TOP COMMENTATOR?

Assalamualaikum

GOING TO LANGKAWI! - TOP COMMENTATOR? | Salam Jumaat semua :) semoga baik - baik semua dan sentiasa di bawah jagaan Dia. awal tahun haritu, one of my cousin tanya nakpi dak langkawi (bawah rombangan kampung), fyi kampung sha memang setiap tahun ada aktiviti pi jalan jalan ni tapi banyak tahun dah sha tak join sebab sekolah - pastu kerja kan. last join rasanya lepas SPM kot, pi Wang Kelian (sha bawak nzirah) lepas tu pi Pasar Kemboja yang masa tu masih di sempadan Kedah - Perak, sha bawak nzirah dan leka. wang kelian tu oklah sebab ada jugak benda nk beli, pasar kemboja tu kami pi beli makanan ja, ulang ulang beli makan jelah. mak mak je la yang rambang mata beli kain kain semua. last year punya dorang pi kl kot, tak ingat pulak. 


ok back to the topic, mula mula sha macam berat sikit nakpi sebab nak kena cuti lama, pastu duit lagi hahaha. dan disebabkan sha patah hati haritu terus sha bgtau nakpi, takpa duit boleh cari, skarang aku nakpi jalan jalan! pastu sha pun ajak lah si nzirah ni, kalau dia tkpi sapa yang nak jadi juru gambar sha kan :p dia pun on, tapi ada jugaklah duk jadi taljadi sebab tarikh clash dengan dia punya kelas, sebaik dia duk usm ja, kira dekatlah nak balik haha.

sha ni jenis bila nakpi mana mana akan research pasal tempat tu, nakpi aman central pun sha google dulu tau :p dua minggu lepas cousin sha cakap dah book semua, tempat penginapan lah apalah, lepas tu sha usha usha lah tempat sha nak menginap nanti kebanyakkan komen ok tapi ada jugak yang tak ok adududu, kena tengok sendirilah nanti kan haha. sha akan pi sana 30,31 Mac dan 1 April. time tu memang krik krik lah blog, kecuali kalau rajin nak schedule post :p 

so, disebabkan sha nkpi berjalan ni sha nak bagi lah cenderahati sikit kepada top commentator blog sha untuk bulan ni, hadiah tu taktau lagi nak beli apa - coklat ke, kain batik ke, minyak gamat ke kan :p dan sha akan pos sekali dengan siapa yang dapat email dari sha sebelum ni hihi

kalau ada tempat wajib pergi masa pi langkawi boleh lah bagitau ok? tempat makan best ke hihi

ok bai!

Thursday, 22 March 2018

KULIT KUSAM? JOM TRY KLAIRS FRESHLY JUICED VITAMIN E MASK

13:30 4
KULIT KUSAM? JOM TRY KLAIRS FRESHLY JUICED VITAMIN E MASK

Assalamualaikum.

KULIT KUSAM? JOM TRY KLAIRS FRESHLY JUICED VITAMIN E MASK | hi, have a great day everyone :) siapa kat sini ada masalah kulit kusam? pernah tak tengok muka orang tu flawless tapi nampak kusam, nampak tak glowing gitu. satu masa dulu kulit sha pun pernah kusam disebabkan sha kerja 8 jam sehari kat kawasan banyak habuk dan setiap hari terpaksa makeup walaupun makeup yang simple ja, yelah kan, dah kerja takkan nak bawak muka bangun tidur gi kerja kan :p

ANTARA SEBAB KULIT NAMPAK KUSAM :-

- kurang minum air 
- kurang kelembapan kulit
- selalu stress
- kurang tidur
- faktor pemakanan

lepas je ada orang tegur sha kulit sha nampak kusam a.k.a dia cakap takdak nur dimuka sha -_- sha pun apa lagi, try lah cari sebab dan punca jadi benda ni. dulu sha kurang minum air, kurang tidur sebab layan kdrama, makan ikut sedap mulut haha. lepas tu sha ada try this one product, memang bangun time pakai terus jatuh cinta dengan diri sendiri muka sendiri

KLAIRS FRESHLY JUICED VITAMIN E MASK

packaging vit e mask ni simple but nice gila, sha kalau tengok packaging product cantik pun dah rasa nak beli haha. bila bukak packaging, tekstur mask ni macam thick sikit. oh by the way dalam kotak tu di sediakan spatula kecik untuk korang ambik this mask. tbh sha rasa suka kalau jenis botol berpump but who care kalau product ni best kan~ haha

sha guna mask ni untuk step terakhir sebelum tidur (untuk muka la). my night routine ;  cleansing oil - foam cleanser - toner - vit e mask. mula mula pakai vit e mask ni letak banyak gila haha takbest langsung rasa melekit :p pastu baru baca cara guna hahaha, next day sha campur vit e mask ni dengan serum, dan esok bangun muka lembab gila! nampak glowing pulak tu hehehe.

bahan utama yang digunakan dalam vit e mask ni semestinya Vitamin E , Niacinamide dan Adenosine.

sepanjang dua minggu sha guna vit E mask ni, memang nampak beza sangat! sebab muka dah tak suram kusam macam dulu hehe sekarang dah berani keluar tanpa secalit bedak pun kat muka, pakai lipbalm je sebab nanti bibir kering kan. walaupun kedah panas sekarang, kulit sha tak kering langsung! masih lembab dan yang penting makeup pun tahan lama! tolong lah percaya cakap sha, bila kulit kita sihat, makeup kita pun akan nampak elok even dah pakai berjam jam!

fyi, product ni sesuai dengan semua jenis kulit terutamanya kulit yang jenis kering sebab dia memberi kelembapan selama 8 jam. so!  if you're intrested with this product, you can get it on hermo.my :  https://goo.gl/NmbG8B

Sunday, 18 March 2018

GANTUNG THE SERIES BEST KE?

21:00 14
GANTUNG THE SERIES BEST KE?

Assalamualaikum

GANTUNG THE SERIES BEST KE? | Hi, sekarang memang banyak yang bercerita pasal Gantung The Series kan? tbh sha takpernah ambik tau pun pasal buku FIXI sebab sha bukan seorang peminat buku hehe tapi sha tau la tentang kewujudan buku tu, cuma tak ambik kisah setiap tajuk tu. tapi buku FIXI cantiK! kiranya sha memang taktau pun mula mula yang cerita Gantung ni adaptasi novel. dorang adaptasi dari novel Fixi - Gantung by Nadia Khan


cerita Gantung ni menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia, dari kiri : Gita Sucia, Hafeez Adam, Ikmal Amry, Randy Pangalila, Brandon Salim dan Mentari De Marelle. and my favorite one is Ikmal Amry! hahaha dia comel gilaaaaaa aaaaaa please T__T

mula mula tengok cerita ni (walaupun masih takhabis) eee apani cerita ni pasal seks bebas kan, rasa macam perlu ke tak ni nak tengok. diselitkan dengan cerita cerita seram, bayi kepala berpusing tu, terus sha bukak lampu bilik fuhhh. mula mula tu nak ambik feel lah, tengok dalam gelap macam kat cinema, ha sekali nak terjerit ko. 

okay... sha tengok cerita ni secara haram jugak, download dari telegram hahaha dan sekarang sha nak download semula dah takboleh :') dah la episod 14 takboleh bukak huwaaaaa. nampaknya kena tunggu official punya keluarla sebab dengar cerita yang kat fb pun habis dah diblock hahahahaha.

so far dah 13 episod sha tengok ni memang best. sebab cerita ni lain kot. asyik bercinta dengan anak dato' je kan, why not ada cerita macam ni biar terbuka sikit minda masyarakat gitu :p tayangan di Malaysia pun masih taktau bila. hahahaha nanti konfirm kena tengok dari awal, sha ni bukan nak ingat saya kalau dah lama lama *tepuk dahi

 oh ya kalau nak tau, sha download cerita Gantung The Series kat sini → https://t.me/AhmadFaibersChannel


hi rayy hahaha okbai

WONDERFUL MARCH GIVEAWAY BY RAYDAH ALHABSYI

15:46 11
WONDERFUL MARCH GIVEAWAY BY RAYDAH ALHABSYI

Assalamualaikum

TAMAT : 31 MAC 2018

GIVEAWAY HADIAH MELETOP BY LEA AZLEEYA & FRIENDS

15:43 7
GIVEAWAY HADIAH MELETOP BY LEA AZLEEYA & FRIENDS

Assalamualaikum

tamat : 9 April 2018

Saturday, 17 March 2018

BERTABAHLAH WAHAI HATI

11:02 22
BERTABAHLAH WAHAI HATI

Assalamualaikum

BERTABAHLAH WAHAI HATI | Hi, rasanya lama tak luahkan mengenai hati dekat blog. sebab rasa takperlu haha tapi kalini sha rasa nak share sebab boleh baca balik satu hari nanti. last month was the worst month ever. sumpah. rasa lama gila nak habiskan satu bulan tu. sebagai manusia normal, sha pun bercinta dan putus cinta. tapi kali ni bukan putus sebab curang, or ada orang ketiga ke apa tapi sebab dah takdak rasa sayang tu.


sakit. sumpah sakit. kalau putus sebab curang kita tau lah dia tu memang taklayak untuk kita dan benda dah nampak dari awal tapi ni sebab rasa sayang. tau tak orang yang kita sayang, yang kita harap hidup semati, orang yang kita harap berjodoh dengan kita tapi last last semua terputus macam tu ja. walaupun ni bukan kali pertama sha putus cinta but trust me, ni yang paling teruk hahahaha

im so glad that im surrounded by person who know how to make me happy. alhamdulillah lah time tu kawan kawan cuti sem semua dapatlah mengubat sikit hati yang sengsara ni. takpernah dalam sejarah hidup sha putus cinta tak lalu makan tau haha tapi kali ni, makan je mesti takhabis sampai kawan suruh ambik size kanak - kanak ja :p and ofcourse kawan kawan baik sha pelik dengan sha sebab dorang memang tau lah cemana tabahnya seorang sapikah.

but not this time, rasa macam sedih gila. nak benci sebab apa? sebab Allah hilangkan perasaan tu? nak salahkan sapa? dua minggu pertama tu memang teruk jugak la. walaupun patah hati tapi tetap kena kerja, yelah tu kewajipan kan? tapi masa kerja pun masih boleh sendu, kadang ternangis tanpa sedar. Allah, sumpah teruk gila sha kalini.

dan sekarang dah nak masuk 2 bulan, alhamdulillah. im getting better. dah redha, dah okay walaupun kadang kadang masih rindu. biasalah perasaan rindu ni bukan senang nak tepis kan? btw, i lost 4kg of my lemak and gain 6kg lepas dah ok? hahahaa adil ke tu?

sepanjang kepatahan hati sha ni, apa yang sha buat? mula mula patah hati, nangis lah apa lagi! nangis je, nangis biar bengkak mata, nanti biar tak larat nak angkat mata, its ok to cry, nangis sepuasnya, keluarkan semua yang tersimpan dihati. walaupun macam gila, but trust me, nanti rasa lega.

lepas habis fasa menangis, busykan diri. busykan diri sampai letak kepala terus tidur, terus terlelap. lupakan nak overnight ka, nak tengok movie ka. sebab tu last month entry ciput gila sebab takleh fokus hehe banyak sha habiskan buat kerja semua. kadang kadang sehari sampai takberhenti buat kerja kecuali waktu lunch.

lepas tu, banyakkan habis masa dengan family dan kawan kawan, ITS OK KALAU BUAT BUAT HAPPY DEPAN FAMILY DAN KAWAN. takpa, biarlah nampak fake pun, ajar diri tu jadi bahagia. terima kasih la kawan kawan yang teman makan lepas habis kerja. selalu balik kerja sha akan masuk bilik dan keluar bila nak ke toilet or pi dapur, tapi kalini sha macam balik kerja terus pi main dengan sepupu sepupu dan yang lawaknya ada one of my sepupu tanya "awak ni memang dah lama ke duduk sini? kita takpernah nampak awak pun" hahaha okaaaaaaaaaayyyyy...
belanja diri sendiri! berbalik kepada berat yang naik tu, yes. sha rasa nak makan apa sha order ja, walaupun takhabis, walaupun rasa sikit ja tapi sha puas hati, sha dapat apa sha nak, jangan tiru contoh ni ok? haha selain dari makan, sha pun shopping jugak, beli apa yang sha nak. sha rasa nak terus beli hahah ya, banyak sangat membazir tapi myself deserve it! dan hujung bulan ni, im going to langkawi. mula mula taknak tapi sebab rasa nak cuti so yeah~~~ langkawi wait for me!

last but not least, kembalilah kepada Allah. after all the things happen to me, sha makin dekat dengan Allah. perasaan yang takboleh sha nak terangkan, tapi ketenangan tu susah nak cari, serious cakap. dulu balik kerja mesti serabut, nak pi kerja mesti rasa urghh japgi ada kerja itu ini semua, dengan masalah cinta lagi hahaha tapi alhamdulillah lepas semua ni jadi, sha rasa tenang ja, rasa semua kerja dipermudahkan. tak kira la banyak mana pun kerja, sha still can manage it by myself.

--------------------------------------

if youre reading this, u know who u are, terima kasih untuk beberapa bulan perkenalan kita, terima kasih atas semua kenangan indah pahit masam hahaha, terima kasih pernah terima saya, terima kasih untuk semuanya, saya takpernah benci awak, mungkin belum sampai jodoh kita :p doa yang baik baik, manatau dapat makan nasik minyak bersama nanti hehe. lets be happy with our own live, we deserve it :)❤

ok dah takyah sedih sedih, bai!

Friday, 16 March 2018

REVIEW : NANO WHITE FRESH MATTIFYING MOISTURISER

11:10 9
REVIEW : NANO WHITE FRESH MATTIFYING MOISTURISER

Assalamualaikum

REVIEW : NANO WHITE FRESH MATTIFYING MOISTURISER | Hi, salam jumaat semua :) harini sha nak share my personal review lepas guna moisturiser ni selama sebulan macam tu. kulit muka sha jenis normal to oily. so sha seharusnya mencari skincare yang jenis water based dan tak heavy. pening jugak masa mula mula pi cari tu sebab macam tak banyak sangat pilihan yang ada dan akhirnya sha memilih moisturiser ni


sebab utama sha beli moist ni sebab packaging (HAHA) hello? boleh nampak kan dia punya packaging cute macam mana? and to be honest semua packaging product nano white fresh semua cun cun. dan sha masih simpan kotak dia ni tau :p second reason adalah sebab moist ni memang tercipta untuk orang yang berkulit jenis berminyak. dan sebab ketiga sha beli moist ni sebab ni je moist yang ada untuk kulit jenis oily, yang lain jenis heavy gitu.


RM 25.90 for 50ml (kalau taksalah) rasanya berpatutan. sebelum beli ni sha try kat tangan. yelah takkan yang tester tu nak try kat muka kan hahaha. rasa best sebab light je dan cepat serap. oh fyi, moist ni salah satu skincare wajib untuk sha, takpernah tinggal. before this guna moist dari bliv tapi yang tu lagi mahal gila :((


some information dari kotak. so basically, sha akan guna this moist lepas essence ; cleanser - toner - essence - moist - sunblock. selepas hampir sebulan guna this product, sha rasa dialah yang terbaik ececece. since that day sha gunaa moist ni kan, kulit sha macam less oily. namapun matt kan? so far oklah, bedak pun dah tak bercapuk dek kerana kulit yang berminyak. very recommended to those yang ada oily skin! repurchase? yes selagi takjumpa yang lagi best :p

ok bai!





Thursday, 15 March 2018

SHOPEE HAUL - SKINCARE + MAKEUP?!

14:56 12
SHOPEE HAUL - SKINCARE + MAKEUP?!

Assalamualaikum.

SHOPEE HAUL - SKINCARE + MAKEUP?! | hi, so beberapa minggu lepas sha ada order beberapa benda dari shopee. dan semalam baru sampai sebab that barang from overseas. memang memerlukan kesabaran yang melampau haha. benda sha beli ni bukan dari seller yang sama. semua 3 seller tapi harini nak cerita pasal barang yang melibatkan skincare dan makeup.


ni lah barang yang sha borong tu ; face mask, eyecream, sunblock, lipstick, mascara, powder, conclear, 3 in 1 contour & kapas muka. excited time dapat barang tu normal lah kan? dapat ja terus nak bukak, best betul feeling feeling orang bagi ke kita padahal bayar duit sendiri hahaha. semua ni kebanyakkan dalam kotak, sangat sesuai nak jadikan hadiah uolls, makeup bouquet maybe? 

yang paling taksabar nak try tu animal face mask (warna hitam) tapi sekarang taksempat, busy :p dan yang mekap pulak paling best lipstick tu, moistkan bibir uolls. skrg kan musim panas, bibir pun apa lagi, merekah la. taksabar nak try face contour tu sebab dah lama tak mekap haha tunggu lah cuti nanti :p 

kepada sesiapa yang tahan dengan godaan shopee tu tahniah la, kalau sha sekali bukak mesti akan TERcheckout T___T btw, have a nice day ahead!

ok bai!



Wednesday, 14 March 2018

MOVIE : KL SPECIAL FORCE

13:22 15
MOVIE : KL SPECIAL FORCE

Assalamualaikum

MOVIE : KL SPECIAL FORCE | Hi! semalam hari cuti sha untuk minggu ni, so sha ajak kawan sha tengok movie! fyi, sha memang takminat cerita cerita aksi macam ni tapi taktau kenapa terpanggil nak tengok. dan macam wow gila lepas habis tengok. 

RM 26.00 untuk 2 orang

tak berkesempatan nak bergambar dengan poster sebab masa kitaorang pi beli tiket tu dah 2.41pm dan waktu tayangan 2.40pm. kat JM cinema ni rasanya takdak iklan yang 15 minit tu, sebenarnya lagi ok tapi tulah haha. dan semalam dalam cinema tu kurang dari 20 orang rasanya. biasalah hari sekolah dan sekarang orang tak layan dah jitra mall, semua pi aman haha!

mula mula tengok macam boring tapi suka tengok fattah amin! omaigad dia nampak macam menyerlah gila dalam tu. tapi bestnya cerita takdaklah lawan semata mata, ada jugak kekeluargaan. part sedih sekali time rizal, adik asyraff kena tembak depan mata asyraff tu, anak roslan kena tembak oleh asyraff kat kaki sampai kena potong dan last sekali time tania hudson kena tembak oleh asyraff depan tunang dia, zul. yang last sekali tu sedih, sebab asyraf pun kena tembak jugak hahaha adoi memang banyaklah tembak tembak. dan semua ni sebab dendam. 

kalau nak tau cerita sebenar kena lah tengok sendiri ok? sha cerita memang pening sikit. tapi memang worth gila lah tengok cerita ni kat cinema sebab sha selalu lepas tengok movie kat cinema mesti menyesal tak sudah, rasa rugi duit tapi yang ni tak. kalau ajak pi tengok lagi pun sha mau hahaha. sha bagi 13.5/10 bintang! 

movie date semalam! ❤


Monday, 12 March 2018

BUSIEST MONTH!

15:16 6
BUSIEST MONTH!


Assalamualaikum.

BUSIEST MONTH! | Hi.... helooooo. rindunya nak membebel kat sini...... rasa macam nak cerita semua benda dalam satu entry hahaha. bulan ni busy gila mengalahkan pm (eh hehehe). begini ceritanya, insyaAllah kalau takdak apa apa rintangan hujung bulan ni nakpi bercuti kat langkawi hahaha harap harap jadilah. so bila nak cuti banyak hari mestilah kena settle semua dulu kan?


start dari 1 Mac, pukul 10 pagi sha dah sibuk dengan pendaftaran darjah 1. so sapa nak suruh sha tolong isi boleh la rojer hahaha. sebenarnya tak mudah ya nak isi tambah tambah bila internet slow, sistem lembab, buku imunisasi tah kemana. sha ambik upah isi benda ni siap print. sekarang dah pro bab bab imunisasi walaupun masih belum kahwin...... takpalah belajar kan. haritu masa 1 Mac kan, 9.45 pagi orang dah datang tanya boleh tolong isikan tak hahaha sha pun bukak lah laman web tu, dia cakap "sistem akan dibuka pada pukul 10" something like that la, lawak kot, tunggu sistem pulak kita. since that day sha memang letih setiap hari tanpa gagal! lepas isyak je terus dibual mimpi indah by amira othman.

ok. pastu 10 Mac haritu ada sambut birthday anak cousin tapi sha kerja huhuhuhuhu balik semua makanan dah habis, sempat selfie je. dan harini, 12 Mac dan hari hari akan datang semoga sha lagi sibuklah hahahaha. biar bersibuk sibuk dahulu, bertenang tenang kemudian. 

ok bai :p 

LIRIK DI MATAMU | SUFIAN SUHAIMI

00:00 8
LIRIK DI MATAMU | SUFIAN SUHAIMI


LIRIK LAGU DI MATAMU | SUFIAN SUHAIMI

apakah kau coba untuk menafikan
keikhlasan hatiku padamu
betapa ku mencoba
mendapatkan secebis kasihmu

apakah kau tak mampu tuk menentukan
diantara kaca dan permata
betapa telahanmu
memaksa ku mengundurkan diri

dan tak seharusnya aku 
bertemu dirimu di dunia ini
dan kau membuang diriku 
sesuka hatimu dan memilih dia

dan ku tersandar begini
meratapi hati yang telah dilukai
aku sedar betapa hinanya 
ku di matamu

namun jika ku diperlukan
dan diterima
izinkan aku menagih kasihmu

namun jika ku ditolak
tak diperlukan
buang segala tentang ku

dan tak seharusnya aku 
bertemu dirimu di dunia ini
dan kau membuang diriku 
sesuka hatimu dan memilih dia

dan ku tersandar begini
meratapi hati yang telah dilukai
aku sedar betapa hinanya 
ku di matamu............

Friday, 9 March 2018

LIRIK RAHSIA TUHAN | IPPO HAFIZ (OST TIADA ARAH JODOH KITA)

19:00 5
LIRIK RAHSIA TUHAN | IPPO HAFIZ (OST TIADA ARAH JODOH KITA)


LIRIK LAGU RAHSIA TUHAN by IPPO HAFIZ

tak mungkin dan tak mungkin
kau kembali
hanya untuk meneruskan cinta
yang telah terhapus

tangis diri, musnah kan aku,
sayu hati ku telah menanti,
menanti kamu,
tiap waktu...

ku sedar bukan, kuasa ku,
hanya tuhan yang bisa memberi,
cinta Dia Maha Indah
ditakdirkan bersama,

tak mungkin
ku lupa akan bahagia bersamamu,
dan tak mungkin ini
adalah jodoh kita...

ku sedar bukan, kuasa ku,
hanya tuhan yang bisa memberi,
cinta Dia Maha Indah
ditakdirkan bersama,

hanya kepada dirimu,
bukan jodoh, yang ku maksudkan,
kerna ada telah tertulis,
itu hanya Rahsia Tuhan

REVIEW : KLAIRS GENTLE BLACK DEEP CLEANSING OIL

15:27 11
REVIEW : KLAIRS GENTLE BLACK DEEP CLEANSING OIL

Assalamualaikum!

REVIEW : KLAIRS GENTLE BLACK DEEP CLEANSING OIL | Hi, lama rasanya tak membebel kat sini. internet ni asyik tengelam timbul ja. nak update blog pun jadi hilang mood tau. so harini nak cerita pasal satu product yang sha dah try for a week? actually, this is not my first time using this brand, sha suka dia punya sun lotion!!!!

ok. back to the topic. actually sha dah lama guna teknik double cleansing ni, which is u need cleansing oil + foam cleanser. sebab apa guna teknik double cleansing ni? nak cuci elok elok muka sebab dah seharian kan bermekap, berhabuk berdebu semua melekat kat muka. kiranya extra cucilah. 

[ KLAIRS GENTLE BLACK DEEP CLEANSING OIL]

masa mula mula dapat this product, macam taksabar nak try time tu jugak and tbh sha guna kat tangan hahaha masa tu wow lembutnya lepas bersihkan, terus taksabar nak balik rumah nak cuci muka hahaha. sha gunakan cleansing oil ni as my night routine.

cleansing oil - foam cleanser - toner - sleeping mask and sleep!

so i had tried this product for a week and i think i cant live without it HAHAHA. sha sampai macam addicted dengan muka sendiri. suka gila pegang muka sekarang [walaupun tau sepatutnya jangan kerap pegang muka hahaha] sebab rasa soft je. untuk pengetahuan korang, this cleansing oil sesuai for all skin type including oily skin, sebab sha ada a bad oily skin. so far pakai takdelah naik jerawat or breakout. 

WHY U NEED THIS CLEANSING OIL?!

dalam cleansing oil ni terdapat tiga jenis natural black grains yang mana dapat memelihara kulit korang dan paling penting sebab ia merupakan bahan semula jadi :)

1. Black Bean Oil
- membantu mengawal sebum dan meningkatkan keanjalan kulit 

2. Black Sesame Oil
- mengelakkan dehidrasi dan penuaan kulit 

3. Blackcurrent Seed Oil
- menguatkan ketahanan kulit untuk mengelakkan berlakunya kulit kering dan ianya juga menggalakkan pertumbuhan sel kulit


WHO NEED THIS CLEANSING OIL??.

- sesiapa yang mempunyai kulit kasar disebabkan oleh blackhead dan sel kulit mati
- sesiapa yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif
- sesiapa yang mencari cleanser yang dapat memcuci liang pori dimuka


if you're intrested with this product, you can get it on hermo.my : https://goo.gl/5yauEh

Saturday, 3 March 2018

LIRIK CARI AKU JIKA RINDU | ZAHID BAHARUDIN

17:05 14
LIRIK CARI AKU JIKA RINDU | ZAHID BAHARUDIN


Komposer : Hilmy Aslam, Zahid Baharudin, Kautsar Matsin, Amir Ali
Lirik : Hilmy Aslam
Seruling by : Amir Ali
Terbitan : Kalsa Studio


LIRIK LAGU CARI AKU JIKA RINDU


terkenang satu masa lalu
kita bertemu dan bercinta
dan kau berjanji padaku
terus menyinta dan setia

juga suatu masa lalu
hanya adaku dihatimu
tapi taktahu mengapa
kau berubah sekelip mata

aku rindu wajahmu nan ayu
aku rindu suara manjamu
tak daya ku melupakanmu
dan kenangan bersamamu

sungguh pilu rasa dihatiku
ku tak tahu apa dihatimu
mudahnya kau melupakanku
sampainya hatimu

ohoooooooo

aku rindu wajahmu nan ayu
aku rindu suara manjamu
tak daya ku melupakanmu
dan kenangan bersamamu

sungguh pilu rasa dihatiku
ku taktahu apa dihatimu
mudahnya kau melupakanku
sampainya hatimu

terkenang satu masa lalu
kita dua insan bercinta
tapi semuanya dah berlalu
cari aku jika rindu

tapi semuanya dah berlalu
cariiiii...... aku jika rindu

Friday, 2 March 2018

NOVEL : TITIK MULA CINTA

16:05 14
NOVEL : TITIK MULA CINTA

Assalamualaikum

NOVEL : TITIK MULA CINTA | Hi, salam jumaat! beberapa hari lepas sha ada habiskan satu novel ni, ada makan 2 3 hari jugaklah sebab letih dengan kerja dan malas nak melayan emosi yang tak stabil haha. normal lah kan bila baca novel mesti kita letakkan diri kita sebagai watak dalam novel tu, ke sha sorang ja macam tu? haha. novel kalini pun sha baca melalui app PNM READER [baca sini]


Titik Mula Cinta By Laila Hanni

Fazila... Menerima pertunangan yang diaturkan keluarganya. Mengharapkan tunangannya memulakan perhubungan menyemai rasa cinta hingga ke jinjang pelamin. Namun sikap dingin tunangannya buat dia rasa kecewa. “ Dia asyik buat Ila sedih aje. Ila pun ada perasaan juga. Dah tak tahan rasanya dibuat tak endah selama ni...” – Fazila. Faris... Terlalu misteri. Kenangan lama membelenggu dirinya antara rasa cinta yang tersemai dan tanggungjawab yang sukar dilepaskan. Antara Fazila dan Auni. Siapakah keutamaannya? Membenarkan jiwa merintih demi mereka yang dikasihi. “ Bila Ila dah dengar semuanya, abang tak akan rasa bersalah lagi. Dan abang akan terima keputusan Ila tanpa banyak soal. Biarlah kali ni, kita yang tentukan masa depan kita sendiri. Bukannya orang tua kita yang tentukan.” – Faris Ruang kosong di hati benar-benar menguji kesetiaan dan kekuatan naluri Fazila. Sebuah perasaan yang sukar dimengertikan hadir menjentik rasa. Kehadiran Amir Hamzah dalam hidupnya cuba disangkal, namun ianya bagaikan semakin mendekat sehinggakan dia tidak mampu menipu rasa hati sendiri. Makin lama rasa yang wujud membenih tersemai subur. “Habis... rasa happy yang aku nampak dalam mata kau tiap kali kita bersama tu apa? Cahaya yang aku dapat tengok masa aku cakap yang aku suka kat engkau tu apa? Kesedihan yang aku nampak pada muka kau masa tunang kau datang hari tu tu...apa?” – Amir Hamzah Siapakah sebenarnya yang memiliki jiwa dan hati Fazila. Antara yang disayangi dan dicintai. Pilihan bukan mudah. Namun dia sedar hakikat hubungan suci itu bukan sekadar untuk melestarikan cinta, malah juga untuk menahan segenap dugaan. Di sinilah mereka menemui titik mula cinta. Namun mampukah bertahan hingga ke pengakhirannya?

----------------------------------------------------------------------------------------------

mula mula baca emo jugak la, sha macam takboleh terima sebab dia kena bertunang paksa pastu lama lama geram kat fazila pulak sebab dah bertunang tapi masih nak ada perasaan kat orang lain. hahahaha macam macam rasa sha rasa. pastu dalam masa sama geram dengan si faris jugak sebab susah sangat nak bagitau semua benda. disebabkan geram tu lah sha habiskan cepat cepat sebab nak tau ending macam mana :p part sedih sekali time kena paksa kahwin tu lah, bayangkan kalau zaman skrg ada lagi yang paksa kahwin, omaigad..... tapi tulah jodoh pilihan mak ayah ni selalunya baik baik, last last dorang bahagia, sweet pulak tu walaupun banyak nau dugaan dorang hahaha. nak tau lebih lanjut kena baca lah :p

ok bai! tak ingat bila start baca dan habis baca haha