KULIT KUSAM? JOM TRY KLAIRS FRESHLY JUICED VITAMIN E MASK


Assalamualaikum.

KULIT KUSAM? JOM TRY KLAIRS FRESHLY JUICED VITAMIN E MASK | hi, have a great day everyone :) siapa kat sini ada masalah kulit kusam? pernah tak tengok muka orang tu flawless tapi nampak kusam, nampak tak glowing gitu. satu masa dulu kulit sha pun pernah kusam disebabkan sha kerja 8 jam sehari kat kawasan banyak habuk dan setiap hari terpaksa makeup walaupun makeup yang simple ja, yelah kan, dah kerja takkan nak bawak muka bangun tidur gi kerja kan :p

ANTARA SEBAB KULIT NAMPAK KUSAM :-

- kurang minum air 
- kurang kelembapan kulit
- selalu stress
- kurang tidur
- faktor pemakanan

lepas je ada orang tegur sha kulit sha nampak kusam a.k.a dia cakap takdak nur dimuka sha -_- sha pun apa lagi, try lah cari sebab dan punca jadi benda ni. dulu sha kurang minum air, kurang tidur sebab layan kdrama, makan ikut sedap mulut haha. lepas tu sha ada try this one product, memang bangun time pakai terus jatuh cinta dengan diri sendiri muka sendiri

KLAIRS FRESHLY JUICED VITAMIN E MASK

packaging vit e mask ni simple but nice gila, sha kalau tengok packaging product cantik pun dah rasa nak beli haha. bila bukak packaging, tekstur mask ni macam thick sikit. oh by the way dalam kotak tu di sediakan spatula kecik untuk korang ambik this mask. tbh sha rasa suka kalau jenis botol berpump but who care kalau product ni best kan~ haha

sha guna mask ni untuk step terakhir sebelum tidur (untuk muka la). my night routine ;  cleansing oil - foam cleanser - toner - vit e mask. mula mula pakai vit e mask ni letak banyak gila haha takbest langsung rasa melekit :p pastu baru baca cara guna hahaha, next day sha campur vit e mask ni dengan serum, dan esok bangun muka lembab gila! nampak glowing pulak tu hehehe.

bahan utama yang digunakan dalam vit e mask ni semestinya Vitamin E , Niacinamide dan Adenosine.

sepanjang dua minggu sha guna vit E mask ni, memang nampak beza sangat! sebab muka dah tak suram kusam macam dulu hehe sekarang dah berani keluar tanpa secalit bedak pun kat muka, pakai lipbalm je sebab nanti bibir kering kan. walaupun kedah panas sekarang, kulit sha tak kering langsung! masih lembab dan yang penting makeup pun tahan lama! tolong lah percaya cakap sha, bila kulit kita sihat, makeup kita pun akan nampak elok even dah pakai berjam jam!

fyi, product ni sesuai dengan semua jenis kulit terutamanya kulit yang jenis kering sebab dia memberi kelembapan selama 8 jam. so!  if you're intrested with this product, you can get it on hermo.my :  https://goo.gl/NmbG8B

** this is a sponsored post but all opinions are mine

4 comments:

  1. Wah.. bestlah muka.. Rasa glowing dan lembap je kan sha..

    ReplyDelete
  2. kena try jugak produk ni..mana tau kot boleh glowing2 dan jadi muda ..hehe

    ReplyDelete
  3. Tapi klairs bukan mahal sikit ke hee. Kulit ika kusam jugak. Tgh dok mencari produk yang sesuai. Thanks for sharing sha :)

    ReplyDelete
  4. good sharing nnt nak try jugak la..rasanya kulit Umi pun dah kusam dah nii..huhu

    ReplyDelete