NOVEL : TITIK MULA CINTA


Assalamualaikum

NOVEL : TITIK MULA CINTA | Hi, salam jumaat! beberapa hari lepas sha ada habiskan satu novel ni, ada makan 2 3 hari jugaklah sebab letih dengan kerja dan malas nak melayan emosi yang tak stabil haha. normal lah kan bila baca novel mesti kita letakkan diri kita sebagai watak dalam novel tu, ke sha sorang ja macam tu? haha. novel kalini pun sha baca melalui app PNM READER [baca sini]


Titik Mula Cinta By Laila Hanni

Fazila... Menerima pertunangan yang diaturkan keluarganya. Mengharapkan tunangannya memulakan perhubungan menyemai rasa cinta hingga ke jinjang pelamin. Namun sikap dingin tunangannya buat dia rasa kecewa. “ Dia asyik buat Ila sedih aje. Ila pun ada perasaan juga. Dah tak tahan rasanya dibuat tak endah selama ni...” – Fazila. Faris... Terlalu misteri. Kenangan lama membelenggu dirinya antara rasa cinta yang tersemai dan tanggungjawab yang sukar dilepaskan. Antara Fazila dan Auni. Siapakah keutamaannya? Membenarkan jiwa merintih demi mereka yang dikasihi. “ Bila Ila dah dengar semuanya, abang tak akan rasa bersalah lagi. Dan abang akan terima keputusan Ila tanpa banyak soal. Biarlah kali ni, kita yang tentukan masa depan kita sendiri. Bukannya orang tua kita yang tentukan.” – Faris Ruang kosong di hati benar-benar menguji kesetiaan dan kekuatan naluri Fazila. Sebuah perasaan yang sukar dimengertikan hadir menjentik rasa. Kehadiran Amir Hamzah dalam hidupnya cuba disangkal, namun ianya bagaikan semakin mendekat sehinggakan dia tidak mampu menipu rasa hati sendiri. Makin lama rasa yang wujud membenih tersemai subur. “Habis... rasa happy yang aku nampak dalam mata kau tiap kali kita bersama tu apa? Cahaya yang aku dapat tengok masa aku cakap yang aku suka kat engkau tu apa? Kesedihan yang aku nampak pada muka kau masa tunang kau datang hari tu tu...apa?” – Amir Hamzah Siapakah sebenarnya yang memiliki jiwa dan hati Fazila. Antara yang disayangi dan dicintai. Pilihan bukan mudah. Namun dia sedar hakikat hubungan suci itu bukan sekadar untuk melestarikan cinta, malah juga untuk menahan segenap dugaan. Di sinilah mereka menemui titik mula cinta. Namun mampukah bertahan hingga ke pengakhirannya?

----------------------------------------------------------------------------------------------

mula mula baca emo jugak la, sha macam takboleh terima sebab dia kena bertunang paksa pastu lama lama geram kat fazila pulak sebab dah bertunang tapi masih nak ada perasaan kat orang lain. hahahaha macam macam rasa sha rasa. pastu dalam masa sama geram dengan si faris jugak sebab susah sangat nak bagitau semua benda. disebabkan geram tu lah sha habiskan cepat cepat sebab nak tau ending macam mana :p part sedih sekali time kena paksa kahwin tu lah, bayangkan kalau zaman skrg ada lagi yang paksa kahwin, omaigad..... tapi tulah jodoh pilihan mak ayah ni selalunya baik baik, last last dorang bahagia, sweet pulak tu walaupun banyak nau dugaan dorang hahaha. nak tau lebih lanjut kena baca lah :p

ok bai! tak ingat bila start baca dan habis baca haha

14 comments:

  1. paksa kahwin. zaman sekarang agaknya ada lagi tak ye paksa kahwin ni. haehehe

    ReplyDelete
  2. i baru baca sipnosis pun dah rasa emo pula..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. emo jugak masa baca, takleh terima haha

      Delete
  3. Ade je kes kawin paksa skrg ni kan. Tp at the end semua th jodoh. Doa yg baik2 je. Sha bila pula? Eh. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha adoi kak ana soalan cepumas haha

      Delete
  4. best tngok tajuk tu.. even busyra tak suka baca novel. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taksuka sangat jugak tapi sebaik best novel ni

      Delete
  5. tunang kena paksa..kahwin pun sama..hehe

    ReplyDelete
  6. Adoi.. Kalau baca nie mesti stress.. kikiki

    ReplyDelete
  7. novel melayu dan kahwin paksa tak boleh dipisahkan. Tapi itu la yang kita suka baca huhu.Tapi memang betul kata sha. Ika kalau baca novel selalu masuk dlm cerita sekali hehe

    ReplyDelete
  8. Wahhh cam best! Nanti ciktie nk try baca juga la

    ReplyDelete