RESEPI : POPIA CARBONARA SIMPLE TAPI SEDAP!


Assalamualaikum

RESEPI : POPIA CARBONARA SIMPLE TAPI SEDAP! | Hi korang! jarang jarang sha nak share resepi memasak ni hehehe. tbh sha jarang sangat sangat sangat nak memasak, memang selalu ambik jalan pintas untuk beli je yang dah siap dan terus makan. tapi semalam sha memasak ok hahaha, actually dari sabtu teringin popia carbonara ni tapi takdapat halfday pulak &&& semalam halfday! sha apa lagi terus gi beli barang nak masak tapi malangnya tak sempat ambik gambar :3 sha senaraikan jelah eh~~



BAHAN BAHAN :-

     

1 tin sos carbonara (Prego)
Kulit Popia
5 batang Sosej (potong bulat tapi ikut sukalah haha)
Bawang (untuk menumis)
Carrot (disagat)
Tepung gandum (sebagai gam)

CARA MENYEDIAKAN :

INTI :



1. Panaskan minyak (main letak je)


2. Tumiskan bawang sampai naik bau 
(guna bawang biasa sebab cari bawang holland tak jumpa kat area tu -_-)


3. Lepas bawang dah wangi wangi gitu, masukkan carrot 
(excuse sudip yang legend tahap melampau tu hahaha)


4. masukkan hotdog 
(actually kena potong bulat bulat bukan serong macam ni tapi apa nak kata orang yang potongkan haha)


5. lepas tu masukkan sos carbonara & tambah sedikit air (gambar kat atas ni tengah mendidih ha) 
korang tunggu sampai kuah tu pekat sikit, jangan cair sangat tau

inti dah siap, angkat dari belanga tu pastu sejukkan okay

BALUT POPIA :


1. Letak inti kat kulit popia
(kulit popia guna brand apa pun boleh, nak letak inti banyak mana pun boleh)


2. Ok dah siap gulung! taksempat pulak nak ambik gambar time gulung popia hahaha 

3. Goreng sampai kekuningan &&&& done


TADA MY POPIA CARBONARA~~


nampak berlemak disitu, yang tengah diet mohon bersabar ini ujian :p :p 

* korang boleh tambah ayam, daging kat inti tu tapi kat rumah makcik takdak stok time tu hahaha sebab tu letak hotdog ja
** kalau letak cheese mungkin lagi sedap tapi hmmm sha cari 5 kedai, semua cheese habis T-T apa salah saya dengan cheese
*** sha share resepi ni saja saja ja tau, resepi sha takdak sukatan yang tepat sebab sha memang suka masak main campak je :( karang ada komen macam macam cakap nak share resepi tapi buat ala kadar je huhuhu kecik hempedu saya tau
**** ini bukan blog resepi, sha share resepi sha masak sebab takut sha lupa - ini serious ok, cth sha dah buat kek batik dah berjuta kali tapi tiap kali nak masak kena tengok resepi sebab tak ingat? hehehe


gais patut try okay! memang sedap gila dan makan dua popia pun dah kenyang tau~

okbai!














23 comments:

  1. Mesti sedapkan? Om nak try tpi kat rumah sewa tak da dapur, tu yg payah nak memasak.

    ReplyDelete
  2. Terus akak rasa lapar sangat plak..hahahaha....cisss..kenapa la tgok entry ni time ni..dah la memang suka popia..pernah buat popia sardine tak? haaaa...lagi best...

    ReplyDelete
  3. okey,nnti free2 k.fiezz cuba..mcm senang je resipinya...

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaa. Bab menggulung tu renyah bagi ira tapi bila makan sekali ngapp je habis T.T

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Sha.. mehlah pos sikit kat akak.. kikiki..

    ReplyDelete
  6. uuiii... sedapnya. tgh trend ke sekarang ni popia carbonara ni. kena cuba resepi ni... letak chesee lagi sedap tu kan... hehe

    ReplyDelete
  7. Ok terliur terus tgk popia Carbonara ni. Terus rasa nk cuba buat.

    ReplyDelete
  8. Ingatkan spaghetti carbonara.hehe. sekali ngap.fuh sedap.

    ReplyDelete
  9. haaa apa salah saya dengan cheesee :D.. letak cheese lagi sedapkan dik.. akak pun x try lagi ni,, ramai dah yg cuba buat.

    ReplyDelete
  10. Nampak mcm sedap.. Nanti boleh try :)

    ReplyDelete
  11. Memang sedap. Selalu buat lebih simpan untuk frozen. Bila nak makan baru goreng.

    ReplyDelete
  12. wahhhh ;) dapp nyer ... kita dah follow ;)

    ReplyDelete
  13. Wah nampak sedaplah bolehlah Cuba nanti

    ReplyDelete
  14. sedap nmpknya..ada tgk org share resepi tp tk try lg nk buat

    ReplyDelete
  15. anak kak ana suka ni, belum pernah cuba lagi, in shaa allah nanti dia balik ajak dia buat sama-sama. maceh Fiqah share resepi :)

    ReplyDelete
  16. Sedapnya.. Pos kat akak sikit please 😂

    ReplyDelete
  17. bahan bahan yang digunakan ni untuk berapa biji popia ya?

    ReplyDelete
  18. nampak sedap popia tu, teringin pula..hihi

    ReplyDelete
  19. waahhhh kena cuba buat nie... serius tak pernah buat lagi hahhahaa....

    ReplyDelete