GOING TO LANGKAWI! - TOP COMMENTATOR?


Assalamualaikum

GOING TO LANGKAWI! - TOP COMMENTATOR? | Salam Jumaat semua :) semoga baik - baik semua dan sentiasa di bawah jagaan Dia. awal tahun haritu, one of my cousin tanya nakpi dak langkawi (bawah rombangan kampung), fyi kampung sha memang setiap tahun ada aktiviti pi jalan jalan ni tapi banyak tahun dah sha tak join sebab sekolah - pastu kerja kan. last join rasanya lepas SPM kot, pi Wang Kelian (sha bawak nzirah) lepas tu pi Pasar Kemboja yang masa tu masih di sempadan Kedah - Perak, sha bawak nzirah dan leka. wang kelian tu oklah sebab ada jugak benda nk beli, pasar kemboja tu kami pi beli makanan ja, ulang ulang beli makan jelah. mak mak je la yang rambang mata beli kain kain semua. last year punya dorang pi kl kot, tak ingat pulak. 


ok back to the topic, mula mula sha macam berat sikit nakpi sebab nak kena cuti lama, pastu duit lagi hahaha. dan disebabkan sha patah hati haritu terus sha bgtau nakpi, takpa duit boleh cari, skarang aku nakpi jalan jalan! pastu sha pun ajak lah si nzirah ni, kalau dia tkpi sapa yang nak jadi juru gambar sha kan :p dia pun on, tapi ada jugaklah duk jadi taljadi sebab tarikh clash dengan dia punya kelas, sebaik dia duk usm ja, kira dekatlah nak balik haha.

sha ni jenis bila nakpi mana mana akan research pasal tempat tu, nakpi aman central pun sha google dulu tau :p dua minggu lepas cousin sha cakap dah book semua, tempat penginapan lah apalah, lepas tu sha usha usha lah tempat sha nak menginap nanti kebanyakkan komen ok tapi ada jugak yang tak ok adududu, kena tengok sendirilah nanti kan haha. sha akan pi sana 30,31 Mac dan 1 April. time tu memang krik krik lah blog, kecuali kalau rajin nak schedule post :p 

so, disebabkan sha nkpi berjalan ni sha nak bagi lah cenderahati sikit kepada top commentator blog sha untuk bulan ni, hadiah tu taktau lagi nak beli apa - coklat ke, kain batik ke, minyak gamat ke kan :p dan sha akan pos sekali dengan siapa yang dapat email dari sha sebelum ni hihi

kalau ada tempat wajib pergi masa pi langkawi boleh lah bagitau ok? tempat makan best ke hihi

ok bai!

13 comments:

  1. Haii.
    Mek baru je balik review langkawi 😍😍

    Antara tempat yg uols kena pergi :

    1. Restoren Selera Akmal (makanan yg dihidangkan fully selera Langkawi. Kat sini mcm mcm lauk ada untuk korang cuba. Suggestion wktu mkn adalah tghari. Boleh google nama restoren untuk maps)

    2. Wildlife Park (yang ni mcm mcm binatang ada. Memang ilmiah punya tempat. Plus, ada kedai cenderahti yg menarik, cafe yg selesa untuk korang rehat. Korang akn jumpa dgn staff mereka yg mesra dn korang akn diberikan pengalaman untuk pegang, bg makan dekat haiwan kat sana)

    3. Restoren D' Muara (suggestion mkn mlm. Yg ni korang akn duduk tepi muara sungai untuk menikmati makan malam. Lauk lauk dia memang best dn jgn lupa try ketam berempah diaorang. Paduuu babe ! Another specialty adalah kerabu mangga. Service restoren ni memang superb. Just google Restoren D' Muara Chenang untuk maps)

    4. Restoren Siti Fatimah (suggestion mkn pagi. Kat sini korang boleh rasa sup gamat yang diaorang hidangkan. Slain tu bnyk lauk lain jugak yg ada. Memang korang akn rambang mata untuk plih. Dan mek jamin semuanya sedap. The only restoren yg mek pergi hidangkan sup gamat. Just google Restoren Siti Fatimah untuk maps)

    5. HiG (yang ni tempat paling popular kat langkawi. Kalau tk pergi memang tk complete lawatan korang. Kat sini nk beli gamat, choc, kain batik, beg tambahan semua ada. One stop centre gitu. Google HiG mall untuk maps).

    Ni semua yg mek dah pergi minggu lepas. Tk siap masuk blog lagi. So kena bg mcm ni je dlu. Feel free jugak untuk tgk album trip langkawi mek kat FB. Just search Ayuni Dibble and tgk kat album Trip Langkawi Mac 2018.

    Thanks.

    ReplyDelete
  2. Wah.. Jalan-jalan ke Langkawi ye sha.. Selamat bercuti ye..

    ReplyDelete
  3. Nak kain batik please.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Selamat bercuti.
    Mesti banyak borong Daim nanti ni

    ReplyDelete
  5. bestnye sha. syu dh lama tak ke langkawi. last pegi pon time skolah dlu.

    ReplyDelete
  6. wahhh bestnya pergi jalan2..happy holidays sis

    ReplyDelete
  7. bestnya g bercuti,, hari tu Del da nak tempah ticket flight ke sana dah,, tapi sedih on9 banking xbleh guna.. hahahah sabar je lah.

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak ke langkawi. Banyak tempat menarik kat sana. Plan nak ke sana tahun ni kalau ada rezeki lebih. Have fun nanti sha.

    ReplyDelete
  9. Wahhh bestnya Sha.. ciktie baru plan nak pergi tapi kalau plan biasanya tak jadi hehe

    ReplyDelete
  10. Langkawi memang tempat yg best utk pergi..kalau nak makan pergi kat depan Sek Keb Padang Mat Sirat makanan kat situ sedap, kena pergi naik cable car tengok panorama, makan kat gerai dekat Ulu Melaka, laksa dia sedapp sangat

    ReplyDelete
  11. Langkawi is heaven la :)
    Byk tempat bleh gi.
    Cable car & sekitarnya saje da 1 hari.
    Have a nice holiday nanti.

    ReplyDelete
  12. Busyra last p langkawi awal bulan 2017. Lama dh sha. Hehe. Best nya sha nak jenjalan ke sana. :)

    ReplyDelete