shfyqhazhr
  • Home
  • Feautured
  • Review
  • Features
    • Kehidupan
    • Hiburan
      • Lirik Lagu
      • Drama
      • Kdrama
      • Film
      • Category 5
    • Makanan Sedap
    • Perkongsian
  • Contact Us

LDR

Jalan Jalan

Resepi

Subscribe to my Newsletter

Assalamualaikum

KURSUS PRA PERKAHWINAN DI KALAM MUSLIM | Hi! okay sebenarnya dah lapuk sangat dah cerita gi kursus kahwin ni 😂 bukan cerita tahun lepas ye, dua tahun lepas! 

so dua tahun lepas, cousin nak menamatkan zaman bujang dia dan dia ajak gi kursus kahwin sekali dia. tapi masa tu saya masih diawang awangan lagi, walaupun memang in relationship tapi tak tergerak hati nak tamatkan zaman bujang lagi.

tapi macam biasa, saya ni kalau ajak ke bulan bintang pun saya ikut je. so daftarlah untuk join kursus pra perkahwinan ni, banyak juga survey tempat tapi yang ni paling ok la sebab makan free 🤪 senang je, daftar melalui whatsapp je then pada tarikh yang ditetapkan pergi kursus...

lepas tanda kehadiran dapat ni

29 Jun 2019 : kursus start pukul 8/8.30 tak ingat tapi masalah kitaorang ni taktau jalan hahaha maka keluarlah awal sebab nak tau tempat. alhamdulillah sampai awal, kalau tak burn la duit 😂 sebab memang dah diberitahu kalau lambat 30 minit dah takboleh masuk. 



masa gi kursus ni, lelaki diwajibkan pakai pakaian kemas dan perempuan berbaju kurung/jubah dan berstokin. tempat kursus pun selesa walaupun saya taksuka meja lipat tu 😂 banyak kali juga rehat & makan! hahaha 

para penceramah pun okay dan ada penceramah yang jenis suka tanya 😂 auto mata terbeliak, tak mengantuk sebab takut ditanya. mana taknya, kadang benda tahu benda dah hafal tapi bila ditanya terkejut tergempaq mesti tak ingat 😂

pergi kursus kahwin wajib dapat la buku ni kan?!

30 Jun 2019 : hari kedua & hari terakhir kursus. sebab dah tau jalan, hari kedua keluar lewat sikit dan sampai lewat sikit 🤣 perangai dari zaman sekolah takboleh ubah ey! tapi semuanya ok jelah, takdelah takboleh masuk. lambat 2 3 minit. yang lawaknya, masa dah habis kursus pastu pengacara majlis tu bagi satu kertas untuk jawab, siap suruh tulis nama apa semua.

soalan semua mudah je, rukun islam, nama nabi, sifat sifat Allah (siap nyanyi tau nak tulis jawapan) pastu last last sekali dia cakap "okay kertas tu simpan, balik sambung jawab kat rumah" 😂😂😂😂 kita cuak dah ingatkan takdapat sijil kalau taklepas jawab soalan soalan tu!!

seminggu selepas tu, dah boleh ambik sijil. dan sampai sekarang saya belum kahwin 🤣🤣 sijil kursus pra perkahwinan takda tarikh luput macam sijil muet kan? 🤪🤪🤪

for me memang bestlah kursus kahwin kat sini, siap recommend kat kawan kawan lagi tau 😂 kawan dah kahwin pun ha!  3 orang kawan saya suruh pergi sini, dorang pun cakap best ✨✨ so kepada yang tinggal di Alor Setar, Jitra dan kawasan berdekatan bolehlah kalau nak kursus kahwin kat sini. insyaAllah korang pun akan puas hati hehe ✨✨


memandangkan sekarang ni PKP, boleh lah whtsapp dulu tanya macam mana ok? semoga dipermudahkan segala urusan 🤗🤗


ps : kalau tanya harga kursus, saya tak ingat dah 😂 tapi rasanya rm80 atau rm100 😆😅

Assalamualaikum

LAMBATNYA NAK HABIS 2021|Hi, im back 🤪 terima kasih atas komen komen yang sangat membina untuk prev blogpost 😊✨


sebenarnya rasa macam dah lama dalam tahun 2021 ni😂 padahal baru 24 hari tapi macam macam dah jadi. mana taknya, tetiba takboleh rentas negeri, eh tetiba PKP satu malaysia 🥴

sebenarnya banyak benda yang bermain difikiran yang mana kadang takboleh diluahkan dengan kata kata... sampai bila Malaysia nak macam ni?

sampai bila kita kena PKP dan duduk dirumah? bayangkan kita memang duduk dirumah, keluar bila perlu. tapi orang lain? 

takpayah kisah pasal orang lain, kita jaga kita. tapi masalahnya sekarang orang lain tu kalau positif ke apa efek kita jugak kan? 😭

saya tengok budak budak yang terpaksa belajar dari rumah ni pun macam tak belajar. dulu kita pergi sekolah pun kadang rasa malas nak belajar, apatah lagi belajar dari rumah? feeling tu takda tau tak...

kurang dari 80 hari lagi dah nak ramadhan. tahun ni pun macam tahun lepas jugak ke... ramadhan tanpa bazar, tanpa terawih jemaah, tanpa moreh? hari raya taksemua ada sebab takboleh rentas negeri?! 😭

sedih bila teringat semua ni, kadang macam takpercaya pun ada. kalau dulu selalu dengar benda macam ni terjadi di luar negera.. kadang kadang berharap sangat bila bangun esok, covid19 dah takda, boleh hidup macam dulu...

semoga semuanya kembali seperti dulu, sembuhkanlah Malaysia ya Allah, sembuhkanlah dunia, angkatlah covid19 dari dunia yaAllah 😭 kami rindu kehidupan yang dulu.....

Assalamualaikum

TERPAKSA TUNDA MAJLIS PERTUNANGAN | Hi, past few day was so hard for me ha ha ha i know yang akan PKP semula but i cannot do anything pun 😂 saya memang anak abah tapi bukan abah din 🥴

ingatkan everything akan okay macam yang dirancangkan, malangnya hujan ditengah jalan 😅 ingatkan PKP di negeri yang merah je, lain lain negeri masih bebas 😂 

puas fikir jalan mana dari nismilan nak datang kedah, masuk pahang pastu perak la apalah, last last rentas negeri tak dibenarkan 🥺🥺 

taktahu la sedih sebab takdapat buat majlis tunang ataupun sedih sebab apa hahaha, maybe terkilan sebab kitaorang memang dah lama impikan semua ni kot 😂

bayangkan hampir semua dah siap, tinggal hantaran je takbuat lagi sebab tunggu pengumuman. barang semua dah beli, tunggu kawan balik dari parit buntar sebab dia yang nak buat hantaran tapi tu la tu.


bila dapat tahu takboleh rentas negeri tu, takrasa apa lagi. tapi bila semua yang tau kitaorang nak tunang whtsapp tanya, terus takboleh handle :( "takjadi tunang la kan?" "jadi dak majlis sabtu ni?" "kesian hang takjadi tunang"

padahal masa mula mula tau takboleh rentas negeri tu, dah cakap kat diri sendiri takpa, insyaAllah ada hikmah disebalik apa yang jadi ni. tapi bila dapat whatsapp whatsapp macam tu terus 🤧😭😭😭😭

kalau kami tau yang nak PKP, takkan kami pilih tarikh sabtu ni, kalau tau takboleh rentas negeri, takkan kami nak tetapkan tarikh macam ni. padahal decide nak tunang ni, 30/12 pastu 2 minggu lepas tu buat majlis. 

majlis yang dirancang pun tak membabitkan ramai orang pun, sebab kat rumah ada tok yanh dah tua. cuma yang dijemput family si dia, family saya & 2 3 orang tua yang akan bersembang.


tapi sapalah kita nak lawan takdir 😔 down sangat dua tiga hari ni, sebab masih ada kawan kawan yang tau tanya pasal majlis. sampai saya sendiri kena bgtau terus yang memang takjadi buat masa sekarang.

disebabkan tengok hint hint dari DG Hisham, benda ni takkan ambik masa 2 minggu. jadi kitaorang decide untuk bincang secara online ja pasal majlis nanti. 

takpalah, kalau ini yang ditakdirkan. semoga dipermudahkan urusan saya & si dia 🤗 tapi harap harap nikah tak online la ye 🤣😂😂😂

doakan saya kuat nak hadap semua ni, doakan urusan kami dipermudahkan hingga ke hari akad nikah. aaminn... 🤍

Assalamualaikum

BARANG LAMBAT SAMPAI, SHOPEE BAGI VOUCHER?! | Hi! semalam balik dari pasar malam terperasan 1 notifikasi daripada shopee 🤯 selama ni selalu kalau noti daripada shopee memang swipe ke tepi je 🤪 

katanya saya dapat voucher sebab barang lambat sampai? saya macam pelik la, selama ni takpernah pula dapat 😂 mana taknya, selama ni kalau abang jnt datang hantar, harini pos esok dah sampai! hehehe

cerita nya, 12.12 tahun lepas :p ada lah order satu barang ni. seller tu pos cepat je, 19.12 dah sampai Malaysia tapi malasnya ABX peram barang 🥴 jarang dapat ABX kalau beli barang dari overseas, tengok tengok kalini dapat hahaha aiyo

sebab barang tak urgent sangat, tak kisah la kan tapi sakit hati tu ada la 😂 mana taknya, kita ni tunggu nak pakai barang baru beli la kan hahaha pastu bila barang dah sampai saya bagi la rating ;

"barang cantik bla bla. seller pos cepat je, tapi ABX yang lambat errr" 

ha begitulah bunyinya 😂 pastu tengok tengok dapat notifikasi dari Shopee


saja kan Shopee ni nak kita shopping lagi 😂 dah la saya tengah puasa nak shopping sbb nak pakai duit banyak pasni 😆 tapi dalam pada tu ada jugak usha usha tudung 😆🤪

okie bye!


Assalamualaikum

AZAM 2021? HAPPY NEW YEAR! BYE 2020 | Helo first day 2021 🤪 taktahu la nak cakap terasa kejap ke apa 2020 ni, tapi macam tetiba eh dah 2021 lah! hahahaa


awal tahun ni selalunya orang sembang pasal azam la kan? memang femes la perkataan "azam" ni kalau masuk new year😂 tapi kalau tanya azam saya tahun ni? takda azam 😂 malas nak fikir pasal azam, nak go with the flow ja.

penat lah asyik karang azam panjang panjang, jadinya idok 😂 kan benda tak dirancang tu lebih senang terjadi 🤪 padahal dah berazam nak kurus muahahaha.

alhamdulillah 2020 walaupun penuh ujian, dengan covidnya, dengan pkp la takboleh rentas negeri la semua, alhamdulillah semua baik baik ja 🤓 nak cerita jugak something "big" tapi biarlah selesai dulu 🤪🙈

akhir kata, semoga dipermudahkan segala urusan kita pada tahun 2021, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki & covid19 hilang 🥵

Happy New Year ✨


Assalamualaikum

PENGALAMAN NAIK BAS SORANG SORANG | Hi! harini bersiaran dari Jelebu, Negeri Sembilan 😂 macam percaya tak percaya ja boleh sampai sini sendiri, sorang diri dari kedah! 

Hahaha saya ni memang dah 24 tapi pada mata family, saya ni macam budak 10 tahun 😂 kemana mesti berteman, takboleh keluar sorang tapi kalini memang nak try!

So lepas dah mintak keizinan, saya pun book la tiket. Pening jugak nak memilih bas mana paling okay, bas mana yang selesa. Dan alhamdulillah pilihan saya tepat sekali 😍 walaupun harga mahal sikit rasanya dari lagi dua bas tapi takpa sebab selasa sangat, asyik tidur je sepanjang jalan.

Ada 3 pilihan bas dengan berlainan masa which is Intercity Coach, Quickliner dan Cosmic. Dari orang orang yang selalu naik bas dari kedah ke nismilan, banyak cadangkan cosmic. Tapi bila bukak vote kat twitter dorang banyak vote intercity. Jadi sayapun pilihlah bas intercity ✨

Antara sebab sebab saya pilih intercity ; ada charger 🙄 tapi macam takleh guna je. Di cucuknya semalam, takde pape pun hahaha tapi disebabkan selesa, saya asyik tidur je hahaha so batteri pun takla habis kan. 

Bas intercity ni dua tingkat tau, tapi penumpang semua kat atas. Bawah tu tempat letak barang, dannn korang boleh pos motorsikal tau pakai bas intercity! Cuma dia tak behenti semua tempat la. Nanti korang boleh check tempat tempat yang dibehenti kat fb dorang. 

Menepatu masa tak? Tak. Hahahahaha kat tiket pukul10, 10.15 gitu baru sampai. Dalam redbus cakap pukul 4.30 dah boleh sampai, sampai pukul6 lebih 🙃 tapi macam saya cakap, disebabkan selesa atas bas macam tak kisah sangat walaupun lama hahaha 😂

Tempat duduk? Tempat duduk dia memang luas, boleh bawak turun seat ke belakang pastu bahagian kaki pun ada tempat letak. Kiranya boleh tidur dengan selesa la 😂 ke memang semua bas macam ni? Sebab first time kan naik bas jalan jauh, selalu dekat dekat je.

So secara kesimpulannya, saya berpuas hati dengan bas ni 😚 insyaAllah kalau nak datang lagi, bas ni akan menjadi pilihan 🤣🤣🤣 


ps ; lambat publish sebab busy :p

Assalamualaikum

MURAHNYA BARANG KAT MR DIY! | Helooo, cerita pasal Mr Diy lagi 😂 macam biasa, tahan diri takmau pi tapi eh tiba tiba sampai pulak 🧐 sebenarnya ada nak ke somewhere ahad nanti so macam nak gi mr diy nak beli barang sikit la nak bawak ke situ. Nak tengok beli apa?

Sebenarnya kat kedai biasa pun ada je benda yang saya nak beli ni. Tapi dah alang alang ada mr diy dekat rumah apa salahnya pi jelah kan 🤣 ok dalam list nak beli tisu basah, makeup remover & face mask. Memang beli semua tu tapi ada jugak la penambahan sikit 😛 sebaik tengok kat rak takdak casing baru sampai, kalau tak mesti beli casing baru lagi muhehehe

1. Creamy Makeup Remover Face Wipes

Mula mula haritu takut jugak nak beli sebab murah 😅 kang rosak muka jenoh pulak kan? Tapi alhamdulillah dah 2 minggu lebih guna, muka macam biasa je. Takda naik jerawat ke apa, alhamdulillah 🥰 haritu beli yang pek besar, 30 keping kot RM2.70 yang ni beli yang travel pack githew 12 keping RM2.00 sebab nak pergi sehari je, malas nak bawak yang banyak.

2. Hygiene Hand Wipes

Yang ni memang wajib ada dalam beg saya kalau ke mana mana even sebelum wujudnya covid19 ha, sebab terbiasa jadi sampai sekarang memang kalau ke mana mana wajib ada tisu basah, tisu biasa & sanitizer. Tak try lagi yang tapi nampak macam ok jer & harga pun RM2.00 jugak

3. Mask KN95

Ok.... mask ni hahaha tah la kenapa beli, harga RM 2.70. Beli sebab saya bayangkan macam lain, bila balik pakai eh macam lain pergi dia 😂 ingat nak pakai time naik bas sebab macam selamat sikit kot yang ni sebab bahagia hidung tu terbentuk hidung dia. U know what i means? Hahaha or better beli face sheild eh kalau naik bas? Korang rasa macam mana?

4. Mask kanak kanak

Ni saya kena paw yek, tapi takpalah mask ni comel betul corak dia, harga RM1.70 untuk 10 keping. Cousin yang beli yang ni, hahah tapi walaupun mask kanak - kanak tapi besar jugak la, kalau dewasa yang muka kecik tu boleh la pakai yang ni. Muka kita yang macam talam ni, mimpi sahaja 😜

5. Earphone

Yang ni pulak, macam biasa la naik bas mesti nak dengar lagu kan? Mulalah nak beli earphone baru. Tapi saya memang suka earphone brand ni, murah tapi insyaAllah tahan lama 👍🏾 Harga? RM6+, wayar earphone ni susah putus hahaha oklah untuk orang yang lasak hehe

Lama jugak la tadi melilau atas mr diy, dan belinya 5 barang tu je 😂 tapi kalau saya masyuk ni, semua saya borang 👀 best gila tau shopping kat mrdiy ni! 

 

Assalamulaikum

HELLO BONG BANTU KURANGKAN PMS!  | Hi korang! pernah tak bila korang dah dekat tarikh datang bulan pastu korang rasa tak selesa sangat dengan badan korang? tu dipanggil PMS! PMS tu apa?


Sindrom prahaid (premenstrual syndrome) merupakan sat keadaan dimana gadis atau wanita mengalami gangguan dan fizikal pada waktu sekitar kedatangan haid dan gejala itu akan hilang sepenuhnya selepas kedatangan haid.

dulunya masa mula mula datang bulan, takda pun semua rasa ni tapi mungkin dah dewasa, makan tak terjaga, tidur tak terjaga, bersenam? jauh sekali. dan ada juga cakap PMS ni disebabkan hormon yang tak stabil 🤔

pernah korang dengar bila korang tetiba asyik marah marah atau moody pastu orang tegur, "period ke tu" 😂 pastu mesti terfikir eh yelah, bulan ni tak period lagi, pastu check kalendar period, oh lagi 2 hari sepatutnya period! patut la mood swing 😆

kalau mood swing tu macam ok lagi, tapi bila berkait dengan fizikal, serious takboleh handle 😂 pernah sekali, saya sakit belakang yang teramat sangat! rupanya nak period 😫 selain sakit belakang, kadang rasa penat je badan walaupun takda buat apa apa!

tapi tu tak termasuk lagi nak kena hadap period pain, menstrual cramp, period cramp dan sengugut! 🥴 tolongla hargai perempuan ok? 🤭

✨ JoyMix Hello Bong✨

kalau sebelum ni bila PMS mesti telan panadol atau ubat tahan sakit 😫 padahal dah tahu yang takbagus untuk badan kalau asyik telan tu je, tapi nak buat macam mana kalau taktahan kan?!

tapi sekarang, saya dah jumpa produk yang lagi baik untuk masalah PMS saya which is JoyMix Hello Bong! ✨✨ 

Hello Bong merupakan formulasi unik yang dihasilkan daripada Halla-Bong oranges dan Curcumin daripada ekstrak kunyit. tahu tak Halla-Bong ni dari mana? Halla-Bong ni adalah spesis oren tanpa biji ditanam di Pulau Jeju Korea🍊

at first, tak percaya juga takkan la mudah mudah je dapat kurangkan masalah PMS ni, tapi lepas try memang betul betul dapat kurangkan rasa moody & sakit belakang tu!

macam takpercaya betul sebab selama ni dah try macam macam dah tapi tetap sama je resultnya. paling best pasal Hello Bong ni, ia didatangkan dalam sachet kecil tau so korang boleh je letak dalam handbag dan consume bila perlu!

Macam Mana Nak Consume Hello Bong?


1. Koyakkan sachet

2. Tuangkan ke dalam mulut dan biarkan ia cair dimulut

3. Telan dan jangan lupa minum air! 

Kat Mana Nak Dapatkan & Berapa Harganya?


korang boleh dapatkan Hello Bong di website 👉🏽 Joymix Hello Bong

Normal Price : RM85

Promo Price : RM77


Jangan lupa dapatkan sekarang sementara harga promo masih ada 😍 


Assalamualaikum

TEMPERED GLASS MRDIY? BERKUALITI KA?!|  Hi, bulan lepas ada mrdiy yang baru bukak kat kawasan rumah saya. ini baru mrdiy, dah rasa nakpi hari hari! bayangkan kalau ecoshop 🤣

rasanya semenjak buka, 3 4 hari sekali mesti pergi 😂 kadang bukan nak beli apa tapi seronok nak tengok je hahahaha. stok pulak asyik sampai je, kalau takpergi 3 hari tu mesti banyak benda baru 😂😂

banyak kali jugak la usha tempered glass situ, sebab murah 1 pastu nampak macam ok je kualiti dia. saya ni selalu beli tempered glass kat shopee je 🤪

selalunya kalau beli kat shopee harga RM5 gitu tak termasuk postage, kalau kat mr diy pulak rm6++ gitu. jadi dah ada mr diy ni beli situlaah senang!

kenapa takbeli kat kedai phone? mahal hahaha kadang rm15-rm30 🥴 boleh beli 6 dah kalau kat mrdiy! hehehek tapi ok tak tempered glass mrdiy?





kalau tengok dari packaging, nampak mahal kan? nak pasang pun mudah je! sekali letak dah terus lekat elok 😍 meh tengok gambar sebelum dan selepas ;-


sebelum

selepas

dulu saya beli tempered glass kat shopee, jenis matte tapi tu la tu senang nau retak kat tepi tepi tu😅 dan yang beli kat mrdiy ni, jenis biasa je tak matte so kadang nampak cop jari kat skrin 😂 tapi yang bestnya nampak terang nau skrin lepas tukar tempered glass ni hehehehek 

🌸 My Review 🌸


kalau bab harga, rasanya memang berbaloi sangat sebab bawah rm10. ada juga pilihan warna which is putih/hitam. senang nak dapat dan takpayah tunggu abang courier 😂🤪 tempered glass ni tebal juga, taknampak murah pun. recommended geng! ✨✨




Lirik Lagu Kukira Kau Rumah

Kau datang tatkala sinar senjaku telah redup
Dan pamit ketika purnamaku penuh seutuhnya

Kau yang singgah tapi tak sungguh
Kau yang singgah tapi tak sungguh

Kukira kau rumah
Nyatanya kau cuma aku sewa

Dari tubuh seorang perempuan yang memintamu untuk pulang

Kau bukan rumah
Kau bukan rumah
Kau bukan rumah
Kau bukan rumah

Kukira kau rumah
Nyatanya kau cuma aku sewa

Dari tubuh seorang perempuan yang memintamu untuk pulang

Kau bukan rumah
Kau bukan rumah
Kau bukan rumah
Kau bukan rumah
Kau bukan rumah
Kau bukan rumah
Kau bukan rumah
Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.




get this

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • LIRIK KASIHKU TERSAYANG TETAPLAH BERJUANG (LAGU TIKTOK)
  • DAPAT JUGAK RASA DAGING HARIMAU MENANGIS
  • ORDER KE TAK FOOD DELIVERY BILA HUJAN
  • LIRIK LAGU KARNA SU SAYANG | NEAR FT DIAN SOROWEA
  • PENGALAMAN PERTAMA KALI MENGGUNAKAN J&T EXPRESS

adsense

Categories

ad 35 altheaangels 14 beauty tips 1 blog 19 book 7 drama 19 feautured 36 filem 5 haul 29 katahatisapikah 4 kdrama 8 kecantikan 8 LDR 10 lirik lagu 91 makanan sedap 85 perkongsian 47 personal 1 phone stuff 9 resepi si sapikah 28 review 99 sapikah jalan jalan 37 update kehidupan 87

Followers

Blog archive

  • ▼  2021 (5)
    • ▼  January (5)
      • KURSUS PRA PERKAHWINAN DI KALAM MUSLIM
      • LAMBATNYA NAK HABIS 2021
      • TERPAKSA TUNDA MAJLIS PERTUNANGAN
      • BARANG LAMBAT SAMPAI, SHOPEE BAGI VOUCHER?!
      • AZAM 2021? HAPPY NEW YEAR! BYE 2020
  • ►  2020 (90)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (10)
  • ►  2019 (125)
    • ►  December (16)
    • ►  November (9)
    • ►  October (4)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (8)
    • ►  April (8)
    • ►  March (12)
    • ►  February (20)
    • ►  January (23)
  • ►  2018 (243)
    • ►  December (23)
    • ►  November (27)
    • ►  October (28)
    • ►  September (17)
    • ►  August (18)
    • ►  July (18)
    • ►  June (21)
    • ►  May (23)
    • ►  April (17)
    • ►  March (17)
    • ►  February (11)
    • ►  January (23)
  • ►  2017 (145)
    • ►  December (17)
    • ►  November (16)
    • ►  October (23)
    • ►  September (19)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (12)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (10)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)

Komuniti Blogger Utara

  • PERMATABIRU
    PORT DICKSON DESTINASI PERCUTIAN PILIHAN RAMAI
  • AziRahmanDotCom | Azirahman Story
    Drama Rahimah Tanpa Rahim Full Episod (Episod 1-28)
  • Nurfuzie.com
    Cara Renew Roadtax Secara Online ( Insurans dan Roadtax)
  • fatimahnabila
    Cara Baru Untuk Membeli Channel di NJOI 2021!
  • SITI.YANG.MENAIP
    Sumbangan Barang - Barang Keperluan Kepada Mangsa Banjir Di Pahang
  • SHALIMAR YUSOF
    Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
  • @Siti Sharini
    URUS KEWANGAN DENGAN BIJAK
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
  • Hikayat Budak Pening
    Suci dari haidh pada waktu asar dan isyak.
  • .she's the camera maniac.
    Happy Birthday Shopee! Love, Gong cha
  • zya akma
    LIRIK LAGU TEMAN DARI IMAN TROYE
  • ARZMOHA
    DIEGO MARADONA BINTANG LAGENDA BOLA SEPAK ARGENTINA MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI AKIBAT SERANGAN JANTUNG
  • husnazahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
  • Krik Krik Krik
    Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela
  • cerita ZF
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
  • Mekaratisa
    Restoran Capati Arau Perlis
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
  • MiaZain
    Herbal plants you can plant at home & how to use them
  • Lori Sewa Malaysia
    Pindah Barang
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates