12/31/2017

REZEKI ASYIK SEMPIT?

by , in

Assalamualaikum

REZEKI ASYIK SEMPIT? | Kisah dibawah ini sha copy dari facebook. semoga bermanfaat kepada semua :)



Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam2. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer.. kenapa ya ustaz?

Ustaz : Abang ada ibubapa ke?

Pengadu : Mak ayah saya dah tiada.

Ustaz : Abang ada isteri tak?

Pengadu : Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak...

Ustaz : Saya beri 2 KUNCI rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..

(pengadu diam termenung.) 
Kemudian dia cakap, betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri?

Ustaz : Bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita?

Sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita.. Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya. Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita yang sanggup bersusah payah hidup bersama kita..

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena...

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..

(Tak lama dia datang jumpa saya.) 
Katanya, ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..

Silaturrahim membuka pintu rezeki...inikan bersama isteri kita yang tercinta..

Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya ya ustaz. Saya tipu isteri saya. Insya-Allah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah..☺☺☺☺

Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah.

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan menyokong suami agar rahmat Allah mencurah-curah.

Kredit Info Ustaz Ebit Lew
12/30/2017

LIRIK AKU TAKUT | REPVBLIK

by , in



LIRIK AKU TAKUT | REPVBLIK

katamu cintaku berlebihan
cemburu ku tak beralasan
membuat dirimu tak nyaman
maafkan aku sayang...

aku takut kehilangan dirimu
aku takut takut kehilanganmu
aku takut kehilangan cintamu
aku takut hidup tanpa dirimu

aku tak akan bisa
aku yang bisa gila
bila kau pergi meninggalkan ku

katamu cintaku berlebihan
cemburu ku tak beralasan
bagaikan burung dalam sangkar
maafkan aku sayang...

aku takut kehilangan dirimu
aku takut takut kehilanganmu
aku takut kehilangan cintamu
aku takut hidup tanpa dirimu

aku tak akan bisa
aku yang bisa gila
bila kau pergi meninggalkan ku

aku takut kehilangan dirimu
aku takut takut kehilanganmu
aku takut kehilangan cintamu
aku takut hidup tanpa dirimu

aku tak akan bisa
aku yang bisa gila
bila kau pergi meninggalkan ku


12/30/2017

HUT'S SET JIMAT (MEAL FOR 4)

by , in

Assalamualaikum 

HUT'S SET JIMAT (MEAL FOR 4) | Ok nak sambung cerita pasal hari sha keluar celebrate birthday 2.0 |BACA SINI| so kitaorang actually dah bincang malam before kejadian nak makan apa. kalau ikutkan sha memang nak sushi je sebab dengan dorang je boleh makan sushi pun kalau keluar dengan cousin ke makcik ke depa takmau! hahaha sedih betul. tapi bila fikir balik asyik kalau kluar makan sushi je, apa kata try yang lain pulak hahaha so kitaorang decide nak makan set yang untuk 4 orang tu



order set ni dan sha nak tambah satu lagi haha teringin woi nak spagetti apa depa tau hahaha so sha order meatball bolognaise. ni bukan kes apa tau kes rasa dapat habiskan semua sebab sha tak ambik breakfast pun on that day sebab taknak kenyang hahaha!


ni bukan sha sorang je yang beria ambik gambar ok. haha selalu memang sha je yang beria, ni semua beria. kiranya kitaorang sama samaberia hahaha. kalau nak scroll bawah mohon bersabar dan jangan scroll time lapar hahaha!

CHICKEN GAL - JOR ROLLS

CHIPS AND DIPS

MEATBALL BOLOGNAISE (BEEF)

CHICKEN CHEESY BITES PIZZA WITH CHEESE DIP

HAWAIIAN CHICKEN WITH EXTRA CHEESE

ICE CREAM

Macam takpercaya pulak rasa terliur bila tengok balik gambar ni padahal haritu rasa nak merangkak keluar dari pizza sebab kenyang sangat. ni kalau buat makan berlima ke berenam ke ok jugak hahaha. semua macam oklah tapi yang takbestnya pekerja piza tu macam gelak gelak kan kitaorang sbab kitaorang banyak ambik gambar kot? mulanya sha takperasan tapi bila time nak bayar tu macam nampak lah urggh entah taktau nak cakap. haha melebih betul pekerja dia macam kita takbayar pulak kennnnn. last lah pi situ, nanti cari tempat lain pulak. ok done luahkan perasaan 







12/29/2017

TUKAR HEADER!

by , in

Assalamualaikum


TUKAR HEADER! | salam jumaat. sedar tak sedar harini adalah jumaat terakhir bagi tahun 2017. cepat masa berlalu, dah nak masuk tahun baru lagu beberapa hari kan? dah pasang azam untuk 2018 ke? hahaha nantikan azam 2018 sha :p back to the topic, tadi saja bosan bosan so rasa nak edit header and yessss rasa macam berkenan so why not, guna jelah!

header baru! as usual still simple. haha takpandai nak beratkan header heh T_T si kura hahahaha comelkan dia? tagline sha masih tak tinggal - work hard, smile often and be kind!


header lama! entahlah tapi rasa yang baru lagi cantik kot? haha yang lama macam tak menarik sebab takwarna warni kot? 

korang rasa yang mana yang elok? ngeh ngeh biasalah sha takdak tangan seni main edit ikut mood je ni hahaha. jangan lupa al kahfi ;)


12/29/2017

BIRTHDAY CELEBRATION 2.0?

by , in

Assalamualaikum

BIRTHDAY CELEBRATION 2.0? | bila dah cuti ni susah betul nak cari mood semula nak berblogging, harini ku gagahi jugak! so selasa haritu sha keluar dengan my girls. kalau korang nak taulah kitaorang ni macam sorang kat negeri lain sorang kat negeri lain lah sebab belajar, kerja so memang hujung tahun jelah sempat nak jumpa berkumpul semua. mula cadang nak keluar pukul11 sebab biasalah melayu, pukul 11 jadi pukul 11.30 haha pastu tetiba driver cakap nak pergi pasar pagi pulak so dia kata dalam 11.30, 11.30 kitaorang pukul 12 lah hahahaa bising dia sebab dia memang siap dah 11.30. so tempat pertama kitaorang pergi adalah pi makan! kalini pilih makan pizza pulak 

tada! gigih tunggu semua sampai sebab nak ambik gambar -_-
pasal pizza hut ni sha nak up another blogpost hahaha ok setelah berhempas pulas makan, dah settle kitaorang teruskan perjalanan kitaorang ke pusat karaoke hahaha. ni kali kedua kitaorang pi karok kat situ, sebab harga dia murah gila! dua jam RM25 dan dapat air free haha
nampak air oren tu? haritu dapat air sarsi, kalini air oren mcm kenot go lah pulak
kitaorang ambik pakej yang 2 jam tu, rasa macam lama pulak sampai taklarat nak nyanyi haha tapi dalam list banyak lagi lagu yang tk ternyanyi. lepas 2 jam menyumbangkan suara dah tamat, kami tamatkan dengan lagu dari siti sarah tapi taktau tak ingat tajuk apa sebab lagu tu kawan sha nyanyi haha lepas tu kitaorang ke tasik darul aman

taktau apa motif gambar ni maybe sebab bentuk bentuk tu cantik kot?
mula mula tu beli air dulu tapi nantilah cerita haha ni nak cerita ringan ringan je , nanti cerita details. time ni walaupun boleh nampak masih panas tapi dah ramai orang ok. kebanyakkan familylah, biasalh cuti sekolah kan? hahaha 

actually takdelah more to birthday celebration pun kan? more to spend time with the love one hahaha balik tu letih gila esok kerja heh!









12/25/2017

BIRTHDAY CELEBRATION 1.0?

by , in

Assalamualaikum

BIRTHDAY CELEBRATION 1.0? | Hi korang! bercutikah harini? selamat bercuti! tapi harini sha kerja dan esok cuti hiks. so sabtu lepas sha turn 21 [baca sini], bersyukur sangat still ada yang sayang (hahaha) masih ada yang ingat birthday sha, ada yang sehari sbelum dah wish sebab nak jadi orang first, adil ke? hahahahaha so petang sabtu tu sha mintak balik kerja awal sebab nak jumpa gegirls sha ♥ and boss sha cakap yes yahooo! so kitaorang ada buat makan makan sikitlah petang tu. masa nakpi rumah kawan sha tu hujan tau, ahhh kisah apa aku janji dapat jumpa kawan kawan hahaha. sampai je tengok makanan dah terhidang dah



so menu petang ni popia dan jambu! hahaha nampak macam taksambut birthday pun kan. tapi tulah yang bestnya dapat jumpa kawan kawan ja, lepas settle makan sambil bergosip hahaha 


tudia habis dah anak dara semua makan popia hahahaha siapp menyicah lagi hujan hujan ditambah dengan gosip gosip memang licinlah hahaha


benda paling wajib? selfielah apa lagi. finally kami dapat tukar dp group ws berlima hahaha 

sekian untuk petang ni, tunggu entry 2.0 punya pulak!





12/25/2017

BLOG GOALS 2017

by , in

Assalamualaikum

BLOG GOALS 2017 | Selamat petang! Ok sebelum ni sha berblogging takpernah ada goals pun, taktau kenapa tahun ni tetiba ada goals pulak. walaupun takberjaya semua tapi alhamdulillah.


1st goal - naikkan followers
nampak macam kejar populariti sangat tak? tapi nak buat macam mana kan? masing masing ada goals sendiri. takdelah nak kejar followers sangat tapi rasa dihargai tau kalau ada orang follow blog kita :')

2nd goal - rajin blogwalking
benda ni sha akan buat bila sha memang dalam mood nak berblogging sebab kalau tak sha akan tengok je haha, i mean tengok gambar(kalau ada) kalau takdak  terus close tab. bila ada mood kadang kadang semua blog sha nak baca tinggalkan komen (walaupun tak dibalas

3rd goal - sehari paling sikit satu blogspot
ok. yang ni masih takberjaya, tambah kalau hari busy, jangankan blogpost kadang tu whatsapp pun taksempat nak check. so yang ni masih gagal huwaaa hope tahun depan lebih konsistenlah

4th goal - nak tambah kenalan
yang ni alhamdulillah berjaya hehe sebab memang kenal dengan ramailah blogger blogger yang terkenal walaupun tak pernah jumpa face to face tapi memang best kenal dengan orang orang hebat ni macam sishawa, sis suria amanda, sis ana, sis fieza haha banyak lagi lah nak disenaraikan.

5th goal - lulus adsense
alhamdulillah, awal tahun ni baru sha macam ambik tahu pasal adsense ni, dan alhamdulillah lulus. first kena reject, pastu tukar apa yang tak kena, alhamdulillah kali kedua lulus, syukur.

6th goal - naikkan PV
dulu ; penting ke pv ni?, sekarang ; sedihnya pv sikit pulak harini. hahaha dulu memang tak kisah langsung pasal pv ni, tapi sejak pv meningkat gila sebab satu entry tu terus rasa seronok haha. alhamdulillah dapat dah target yang diingini. walaupun berblogging since 2012 dan start semula awal tahun ni, pv sha time tu dalam 11k macam tu je huhu sob sob

rasanya banyak tu je kot blog goals sha untuk tahun ni, korang macam mana? tercapai tak blog goals korang?




12/23/2017

SHFYQHAZHR TURN 21!

by , in

Assalamualaikum 

SHFYQHAZHR TURN 21! | Yayy! Finally! bila mana orang lain dah sibuk counting nak masuk 22 tahun depan, while me baru dapat rasa 21 tahun hahaha.


Happy birthday dearself, dah 21 kan? lepas ni kena fokus kat masa depan ok? jangan banyak main main dah. mak pun dah bising bila nak dapat menantu hahahaha. semoga terus tabah mengharungi kehidupan dan sentiasa kuat. semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala benda yang dilakukan & semoga tahun depan kurus :p 

ps sapa takbagi hadiah boleh mntak alamat ok? :p

12/22/2017

MEMANG TAKPERNAH CUKUP KAN?

by , in

Assalamualaikum


MEMANG TAKPERNAH CUKUP KAN? | Salam jumaat semua :) sebagai seorang perempuan yang bekerja, tudung memang takpernah rasa cukup haha. ok tu lah sebenanrnya nak diceritakan dengan tajuk tu, pasal tudung ja takdak yang serious pun haha

tudung ni memang takpernah cukup kan? walaupun dah penuh almari kita beli, berjenis jenis kain ada - bawal kanggaroo, voile, chiffon, satin tapi takpernah cukup kan? (ayat ala ala mv pematah hati)

bila dah kerja ni lagilah stress sebab setiap hari kenalah tukar tudung kang orang cakap pulak apalah diani pakai tudung sama ja haha. yang lagi stress lagi nak matchingkan tudung dengan baju *tepuk dahi* sha paling lemah bab tu, kadang tu matching ja tapi sha yang rasa takmatching. pagi pagi buta dah gigih whtsapp kat group tanya matching ka dak haha teruk sungguh perangai.

tudung terbaru yang sha duk gila sekarang ni tudung chiffon, actually haritu before raya puasa ada beli sehelai sebab nak pakai time raya lah tapi kain dia selembut tisu (icry) so takpernah jadi tudung tu sha pakai dan baru ni sha ada lah beli kat adik ni, alhamdulillah sangat boleh cod so jimat kos pos, memang bestlah tudung dia. tudung chiffon jugak tapi senang bentuk. sha dah repeat order dah kihkih so next post la cakap pasal ni.

ni macam sekadar luahan hati dipagi jumaat lah :p ok bai hewhew
12/21/2017

AZAM 2017? YAY OR NAY?

by , in

Assalamualaikum

AZAM 2017? YAY OR NAY? | selamat petang! sedar tak sedar tinggal lebih kurang 10 hari lagi sebelum masuk tahun baru. cepat sangat rasanya dah hujung tahun dan macam takpercaya tahun depan dah 22 tahun hahaha rasa macam baru semalam ambik result UPSR haha :p so setiap tahun mestilah kita akan tanamkan azam kan? 


dan semestinya azam setiap tahun yang masih tak berjaya sehingga sekarang adalah azam nak kurus T_T hello makanan??? kenapa semua mesti sedap? kenapa semua mesti murah???? hello stress sis kalau macam ni hahaha so salah satu azam 2017 (dan 2016 2015 2014 2013 2012 2011 2010 2009 2008 dan sebelumnya) adalah nak kurus muahaha tapi tak berjaya! ✖

be a better person day by day. ok takcakaplah diri sendiri baik kan, tapi diri sendiri so kita memang boleh rasa lah yang kita semakin hari semakin berubah kan? walaupun takdak perubahan drastik tapi setidaknya berubah jugak. ✔

takbuang masa dan membazir. tak membuang masa tu rasanya dah takdak kot sebab sha rasa masa sha sentiasa terisi haha tapi bab membazir tu masih! kalau jumpa benda comel nak beli, kalau benda yang dah lama bekenan nak beli walaupun dah takrasa berguna. ✖

setakat ni ja azam yang sha ingat haha sepatutnya kena buat list ni tapi takpa takpa, next year kita buat list hehehe so macam mana dengan azam korang? yay or nay?
12/20/2017

A HALF DAY WITH ZULAIKHA!

by , in

Assalamualaikum

A HALF DAY WITH ZULAIKHA! | nampak pelik sangat tajuk kalini haha tapi kalau nak letak a day with zulaikha macam tak kena pulak sebab kami keluar kejap je dalam 3 jam macam tu haha tapi satu jitra kami pusing! so semalam hari cuti sha untuk minggu ni, sha ajak si zulaikha ni pi jitra sebab dia nak tukar kad bank dia dan sha nak beli tudung muehehe so masing masing ada tujuan masing masinglah kan. mula mula tu ingat nak pi lepas zohor sebab masalah motor, so pagi semalam sha mcm relax lah kan dah cuti pulak, berapa kali duk tertidur haha lepas tu dia whatsapp tanya free or dak sekarang, mestilah free, sentiasa free. dia kata jom lah pi la ni, time tu makan-mandi apa semua belom! so cakap kat dia bagi 40 minit macam tu hahaha sebaik sha ni jenis kalau panjang masa lagi lama sha besiap tapi kalau masa suntuk laju je nak bersiap. dalam 12.20 macam tu dia sampai rumah sha. so tempat first nakpi adalah bank


so sampai bank time tu sebaik orang takramai sangat, isi borang sikit pastu dalam 2-3 minit number dah dipanggil. dalam 15 minit settle semua, kitaorang terus pi tesco. mula mula masuk watson dulu, nak tengok lipstick tapi semua kosong ja, tinggal bekas lipstick ja haha orang bawak balik ka apa. pastu terus pi bahagian makan, lupa dah orang panggil apa haha sha nak makan western punya while zulaikha nak makan sizzling apa semua tu, so kami pun pi lah order kat tempat masing masing. mula mula tu nak order spagetti tapi pi order fish n chip haha 


dalam 5 - 10 minit baru siap haha tapi takpa puas hati. makan besar jugaklah sha semalam haha while kawan sha takbagi ambik gambar apa dia makan sebab tak macam dalam gambar yang diapparkan, sedih betul dia semalam.


 fish n chip (RM 9.10)


chocolate blended with ice cream (RM4.10)


 sandwich leleh (RM 1.80)

fish n chip tu sha taktahu lah mahal ke murah sebab haritu makan yang set ni makan yang single kan tapi memang sedap sampai rasa nak bungkus bawak balik (eh). chocolate blended tu manis gila! sumpah manis tahap nak kena potong kaki haha my bad jugak sebab selalu sha cakap nak kurang manis, cemana tah boleh lupa semalam haha. sandwich tu pun sedap, secukup rasa githew.

lepas makan apa semua kitaorang takmasuk pun tesco, i mean dalam tu. terus masuk popular sebab nak cari kad birthday haha macam pelik ja zaman sekarang orang guna lagi ka kad birthday ni? kawan sha cakap buat jelah sendiri macam zaman sekolah dulu hahaahhaha -_- pastu dah dapatkad tu, oh kad tu susah jugak nk jumpa, dia duk bahagia paling belakanggggg sekali hahaha macam terpencil jugaklah, saja tak tanya pekerja sebab nak pusing situ. dah settle, pi beli donut pastu sha beli tudung yang sha nak pastu terus pi avon. sha macam nak meroyan jugaklah tengok mcm murah gila hahaha dulu masa zaman sekolah suka belek katalog avon tapi rasa semua mahal, biasalah time sekolah duit mana ada haha. sha ambiklah dua benda dengan harga RM15+ murah murah. pastu kitaorang pun balik. rasanya kali ni paling kejap pi jitra, selalu dari pagi selagi tak pukul 6 takbalik haha


eh wajiblah selfie kan! hahaha bakal nurse ni sebelah sha, dia duk hitung hari dah nak balik tempat belajar dia, sebulan cuti sat ja rasa (cian). ok bye!









12/14/2017

MAKAN LAKSA DI LADANG NIPAH KIPLI

by , in

Assalamualaikum

MAKAN LAKSA DI LADANG NIPAH KIPLI | setelah sekian lama memendam rasa nak pi try makan kat ladang kipli, akhirnya 13 Disember 2017 dapat jugak pi makan situ haha amboi dramatik betul ayat! minggu ni sha cuti rabu kalau tak selalu cuti selasa, nak dijadikan cerita sha memang dah lama teringin laksa, laksa yang ada telur tu haha taknak laksa yang simple teruk tu. nak buat sendiri ikan mahal oh sekarang haha, so sha dan kawan sha decide nak keluar makan petang semalam dan kami memilih LADANG NIPAH KIPLI di SANGLANG PERLIS. masa sampai ja kat situ terus macam nak parking mana apa semua haha kejap lagi nak order macam mana, biasalah first time. tapi sebelum sha pergi situ sha dah google siap dah ha.

source : google.com
kat atas ni gambar kaunter dia lah, kiranya bila masuk situ korang kena pi cari meja dulu, kat meja tu ada number selepas itu, korang pergi kat tempat order, sebelah kaunter dah order boleh duduk kat meja korang pilih tadi. sha dan kawan sha order laksa special 2, teh ais 1, ais kacang 1.

laksa kedah, laksa sedap

nampak dak gais? telur rebus dia letak sebijik aduh bahagia sekejap haha, kami order pastu duduk sat dalam 3-5 min order sampai, cepat kan? walaupun time tu orang ramai jugak lah, biasalah cuti sekolah kan. yang bestnya dapat makan kat pondok siap boleh bersila memang lagi layan lah kan haha. laksa dia memang sedap gila! rasa macam nakpi lagi harini hahaha


view sebelah tempat duduk kitaorang, best ja sambil makan boleh tengok pokok pokok haha memang lain dari yang lain lah. masa sha pi semalam kebanyakkannya mai dengan family ataupun kawan kawan haha sha dengan kawan sha ja dua orang sebab kawan yang lain takbalik lagi hahaha. lepas makan kami pun pi lah mencuci mata haha bukan selalu kan


walaupun kemain panas semalam walaupun dah pukul 6 tapi nak jugak behenti tengok laut hahaha sebab rasa tenang sangat dapat tengok laut, rasa nak buat rumah tepi laut pun ada haha


wajiblah selfie kan? lepas ambik gambar sikit (sikitlah sangat) kami pun balik haha kemain letih sebab kenyang sangat laksa banyak gila! oklah tu kan dapat jugak mengisi waktu cuti dengan orang orang tersayang!

12/09/2017

BILA LELAKI BELI BARANG

by , in

Assalamualaikum

BILA LELAKI BELI BARANG | selamat berhujung minggu semua! nak cerita pasal semalam, sebelum pergi kerja sha duk sembang sembang dengan adik sha sebab dia bangun awal semalam pastu kelas memandu dia cancel kahkah padan muka. ok ok. duk sembang sembang sha cakaplah kat dia beli cleanser pulak sebab yang cleanser sekarang sha dah beli dah. yes kitaorang guna cleanser yang sama [cleanser apa? BACA SINI] dia pun macam malas nak layan sha biar jelah tapi sha ada lah bagi duit suruh dia beli ubat gigi. pastu balik kerja ada uolls dia belikan 'cleanser' yang sha suruh tu, sha pun dengan excitednya upload kat story ig


story 1 : memang rasa entahlah satu rasa yang takdapat nak diluahkan haha sebab syazwan ni dia lain dari sha, dia more to berjimat tahap entahhhh kalau bab bab ni, kalau motor dia beribu takpa habis biasalah lelaki kan.

selepas beberapa jam, sha duk delete gambar kat gallery so belek skali lah gambar tu dan baru perasan dia beli scrub!!!!!! bukan cleanser haih -_-



story 2 : hahahaha memang bila dah perasan terus turun bawah tengok cleanser yang lama hahaha kat tempat scrub tu sepatutnya foam. adoilah adik ku ku -_-

pagi tadi sebelum mai kerja, kacau dia tidur lagi haha tanya dia nak scrub setiap hari ka yang pi beli scrub tu? haha geramnya hakakkk!!! pastu dia taklayan sambung tidur heh sabo jelah, ni memang nak kena sha jugaklah beli semula -_- 


12/09/2017

TRYING FACE MASK FROM KAK SHIKIN

by , in

Assalamualaikum

TRYING FACE MASK FROM KAK SHIKIN | minggu ni sha cuti dua hari fuh best takyah cakaplah haha, hari isnin tu busy sikit sebab kena hantar nenek pi checkup apa semua. hari selasa sha banyak spend time dengan kawan kawan. selasa petang kitaorang lepak 4 orang, nazirah takdak dia takcuti muahaha cian dia. kitaorang menyicah uolls, dengan cuaca yang mendung nak hujan memang layan habis lah haha tapi sedih tak sempat selfie apa pun sebab rushing kena balik sebab nak hujan :p ok intro lari tajuk hahaha so ack to the topic, sha ada dapat face mask dari kak shikin {BACA SINI} dan hari selasa haritu baru sempat nak pakai, selalu malas betul sha nak pakai semua benda ni sebab asal balik rumah dapat baring je dah bersyukur sangat haha :')


ni facemask yang sha dapat dari kak shikin, dapat masa bulan oktober uolls haha sekarang baru rajin nak berface mask hihi. sha dapat dua tapi yang rasa nak try dulu. facemask ni berasaskan bunga ros kot (berdasarkan packaging) so far sha suka dengan facemask ni, tak terlalu melekit macam sesetengah face mask. facemask dia pun besar sama dengan muka sha hehe

hello im tryin to smile kot tapi takleh HAHAHA 


seeloknya face mask ni pakai 2-3 kali seminggu tapi disebabkan sha yang tersangat rajin ni nak pakai sekali seminggu pun susah. tapi facemask ni memang deboom lah. thnkyou kak shikin

Blog kak shikin : http://starlavenderluna.blogspot.my/




12/08/2017

TERSALAH BELI

by , in

Assalamualaikum

TERSALAH BELI  | sebelum nak mulakan entry ni kena tenangkan diri sendiri dulu (huhh). kan sebelum ni sha ada cerita sha dapat baby baru (BACA SINI) so sha pun macam excited nak belikan dia baju haha baju yang cantik cantik semua lah. duk scroll scroll kat shopee memang banyak sangat sangat baju untuk baby baru sha yang cantik cantik, bila dah berkenan teruslah proceed nak bayar apa semua dan tunggu sampai. so semalam pakcik poslaju datang, ee bestnya bestnya baju baru baby sha dah sampai, bila bukak parcel nangis T____T dibawah ni story sha kat ig yang sha dah screenshot

       

masa order tu entahlah kenapa dengan sha takboleh perasan yang casing tu untuk redmi 4x padahal sha punya phone redmi 4a T.T careless gila haha pastu semalam duk meroyanlah baby takdapat baju baru huaaaaaaaa. ni bukan salah seller salah hantar tau ni memang salah sha 100%. so siapa yang guna redmi 4x boleh email sha - shfyqhazhr@gmail.com . sha nak bagi free je haha bukan rezeki sha kot kan :') ok sekian cerita sedih kalini. salam jumaat semua!




12/06/2017

QUNYIT MASKER BY LEEYA BEAUTY

by , in

Assalamualaikum


QUNYIT MASKER BY LEEYA BEAUTY | beberapa hari lepas sha ada try satu produk ni. ambik kat makcik sha sikit haha. dia beli satu botol rm15. masker ni berasaskan kunyit. korang tau tak apa kelebihan kunyit untuk muka?

KELEBIHAN KUNYIT UNTUK MUKA


🌸 untuk hilangkan jerawat
🌸 untuk mengurangkan minyak dimuka (sesuai untuk oily skin)
🌸 mengurangkan tanda penuaian
🌸 mengecilkan liang pori
🌸 mencerahkan kulit
🌸 memudarkan parut

MY HONEST REVIEW : masker ni macam masker lain yang sha pernah cuba. ok je dengan muka sha, oh btw lepas pakai ni as usual muka akan rasa lembut bak kulit baby baru lahir haha dan bila pakai baru sha perasan dia kunyit + oat. yang takbest pasal masker ni dia tinggalkan warna kuning kat muka haha tapi oklah. sha bagi 4.3 ha! ✫


12/03/2017

ICE CREAM WATERMELON

by , in

Assalamualaikum

ICE CREAM WATERMELON | sebenarnya dah lama tak makan ais krim, dan kalau nak makan ice cream kena ada mood hahaha T_T  mood dimana teringin nak makan benda manis manis, ice cream lah salah satunya manisan. tapi selama ni sha memang jarang pandang flavour selain coklat, walaupun niat dihati nakpi kedai nak beli ice cream vanila ke strawberry ke mesti akan beli coklat jugak last last. tapi hai jumaat haritu sha beli ice cream ni, first time nampak dan sha beli sebab macam comel je haha



sha balik dari kedai excitedlah nak bukak nak tengok bentuk dia, sebaik memang elok ahaha kalau mcm ice cream yang panda tu habis hidung ke mana mata ke mana. overall sedaplah ice cream ni tapi taknak beli dah kot haha btw harga dia RM 1.50 je, ada lah coklat sikit (biji tembikai).


11/30/2017

MY NEW BABY! : REDMI 4A

by , in

Assalamualaikum!

MY NEW BABY! : REDMI 4A | alhamdulillah, alhamdulillah, terima kasih ya Allah! sejak phone sha takboleh touch 1/4 dari skrin bersaiz 5.5'' tu sha mula menabung, ye gais duit syiling pun termasuk sekali haha dan dengan bantuan duit sha berblogging selamani, yang buat paid review :') punyalah tekad kali ni, nak beli dengan duit sendiri. finally dapat beli phone baru! 


sebelum ni sha ingat nak ambik oppo yang 500+ tu, ok sha memang takboleh nak beli phone mahal mahal sebab sha memang suka tukar phone :') tapi macam lambat je nak sampai 500 tu, sha pun mengambil keputusan untuk beli Redmi 4a melalui shopee. berdebar rasa hati tunggu barang sampai, sampai takde selera nak makan. hahaha poslaju lambat nau sekarang. okok paham dorang banyak parcel kena hantar haha and finally, ahad haritu phone sha sampai!!!!! on je phone terus selfie hahahaha ya ampun kameranya cantik sekali (tetiba) kamera belakang 13mp (tapi macam beshe beshe je haha) kamera depan 5mp (memang wow habis). sebelum phone sampai duk tengok jugak review phone ni kat youtube. yang sedihnya slot simkad dengan memory sekali so kalau nak pakai dua sim takbolehlah nak letak memory, kalau nak letak memory takboleh letak 2 sim. takpe benda boleh settle haha. meet my new baby!

[berbackgroundkan tudung pagi tadi hehehehe]

[gambar yang diambil menggunakan kamera belakang]

[gambar yang diambil menggunakan kamera depan - muka letih cian]

seller dia memang okay gila! sha macam asyik tanya pos bila, asal tak update tracking pe semua tapi dia layan elok je haha sha pulak rasa nak marah diri sendiri. tapi takbest sebab takdapat casing + tempered glass, but sokay sebab harga memang habis murah dah. casing sha dah order asing dan dah sampai pun. tempered glass in on it ways. moga sampai dalam keadaan selamat lah hahaha. okay sekian dari sha untuk harini. alhamdulillah for everything.





11/30/2017

DAPAT CALL DARI NUMBER YANG MENCURIGAKAN?

by , in

Assalamualaikum.

DAPAT CALL DARI NUMBER YANG MENCURIGAKAN? | nampaknya November 2017 akan melabuhkan tirainya dan welkem December yahooO! so pada hari selasa haritu sha cuti dan kat kawasan sha hujung sepanjang hari jadinya malas nak keluar, since cousin pun cuti sekolah sajalah spend time dengan dia, belikan dia internet bagi tengok mael lambong [cerita tahun bilalah haha] pastu tengah kitaorang duk melayan lawak si zizan, ada call masuk.


ya. number seperti diatas. tu screenshot pagi tadi sebenarnya. pada hari selasa tu dia call dua kali tapi sha tak angkat sebab sha memang terbiasa tak angkat call kalau number tak kenal dan number tu sha takberurusan dengan permohonan U ke apa ke sebab number tu number untuk access bank je. ha mencurigakan kan? sha ada 4 number kot haha tapi number yang ni yang dicall. lepas tu semalam sha pergi kerja memang takbawak phone ni sebab screen dia takboleh touch [baca sini] pssst i already got my new baby . bila balik kerja eh ada lagi misscall lagi? number yang sama dan dua kali jugak call. sha macam geramlah haha so sha sengaja search number ni kat google, manatau number bank ke kan.


sha ada upload kat instastory semalam. memang baca kat situ dari pihak MARA lah haha bila pulak sha hutang MARA, ada cakap dari TM pun takpernah sha guna TM ke apa. sabar jelah, pastu pagi tadi tengah buat kerja tiba tiba dapat msg kat number tu, harini tetiba rasa nak bawak phone tu haha 


kalau korang dapat mesej macam ni apa nak buat? sha memang tak kenal pun shidah bt awang tu haha kalau nak cakap makcik ke memang takdak adik beradik nama awang. sekarang dengar cerita banyak kes menipu macam ni. patut tak sha balas msg tu cakap sha bukan shidah binti awang? #sisyangkeliru



My Instagram