A HALF DAY WITH ZULAIKHA!


Assalamualaikum

A HALF DAY WITH ZULAIKHA! | nampak pelik sangat tajuk kalini haha tapi kalau nak letak a day with zulaikha macam tak kena pulak sebab kami keluar kejap je dalam 3 jam macam tu haha tapi satu jitra kami pusing! so semalam hari cuti sha untuk minggu ni, sha ajak si zulaikha ni pi jitra sebab dia nak tukar kad bank dia dan sha nak beli tudung muehehe so masing masing ada tujuan masing masinglah kan. mula mula tu ingat nak pi lepas zohor sebab masalah motor, so pagi semalam sha mcm relax lah kan dah cuti pulak, berapa kali duk tertidur haha lepas tu dia whatsapp tanya free or dak sekarang, mestilah free, sentiasa free. dia kata jom lah pi la ni, time tu makan-mandi apa semua belom! so cakap kat dia bagi 40 minit macam tu hahaha sebaik sha ni jenis kalau panjang masa lagi lama sha besiap tapi kalau masa suntuk laju je nak bersiap. dalam 12.20 macam tu dia sampai rumah sha. so tempat first nakpi adalah bank


so sampai bank time tu sebaik orang takramai sangat, isi borang sikit pastu dalam 2-3 minit number dah dipanggil. dalam 15 minit settle semua, kitaorang terus pi tesco. mula mula masuk watson dulu, nak tengok lipstick tapi semua kosong ja, tinggal bekas lipstick ja haha orang bawak balik ka apa. pastu terus pi bahagian makan, lupa dah orang panggil apa haha sha nak makan western punya while zulaikha nak makan sizzling apa semua tu, so kami pun pi lah order kat tempat masing masing. mula mula tu nak order spagetti tapi pi order fish n chip haha 


dalam 5 - 10 minit baru siap haha tapi takpa puas hati. makan besar jugaklah sha semalam haha while kawan sha takbagi ambik gambar apa dia makan sebab tak macam dalam gambar yang diapparkan, sedih betul dia semalam.


 fish n chip (RM 9.10)


chocolate blended with ice cream (RM4.10)


 sandwich leleh (RM 1.80)

fish n chip tu sha taktahu lah mahal ke murah sebab haritu makan yang set ni makan yang single kan tapi memang sedap sampai rasa nak bungkus bawak balik (eh). chocolate blended tu manis gila! sumpah manis tahap nak kena potong kaki haha my bad jugak sebab selalu sha cakap nak kurang manis, cemana tah boleh lupa semalam haha. sandwich tu pun sedap, secukup rasa githew.

lepas makan apa semua kitaorang takmasuk pun tesco, i mean dalam tu. terus masuk popular sebab nak cari kad birthday haha macam pelik ja zaman sekarang orang guna lagi ka kad birthday ni? kawan sha cakap buat jelah sendiri macam zaman sekolah dulu hahaahhaha -_- pastu dah dapatkad tu, oh kad tu susah jugak nk jumpa, dia duk bahagia paling belakanggggg sekali hahaha macam terpencil jugaklah, saja tak tanya pekerja sebab nak pusing situ. dah settle, pi beli donut pastu sha beli tudung yang sha nak pastu terus pi avon. sha macam nak meroyan jugaklah tengok mcm murah gila hahaha dulu masa zaman sekolah suka belek katalog avon tapi rasa semua mahal, biasalah time sekolah duit mana ada haha. sha ambiklah dua benda dengan harga RM15+ murah murah. pastu kitaorang pun balik. rasanya kali ni paling kejap pi jitra, selalu dari pagi selagi tak pukul 6 takbalik haha


eh wajiblah selfie kan! hahaha bakal nurse ni sebelah sha, dia duk hitung hari dah nak balik tempat belajar dia, sebulan cuti sat ja rasa (cian). ok bye!









9 comments:

  1. Kira murah harga makanan tu sha. Kat KL xdpt harga mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yeke kak? tu lah, tu yang seram nak ke kl tu

      Delete
  2. masa muda n bujang ni la kena abiskan masa dgn kwn2. bila dah kahwin sudah la nak kuar dgn mrka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang pun susah jugak nak kluar sebab cuti taksama haha

      Delete
  3. Sakan jalan ye Sha.. Walaupun sekejap, banyak juga perkara dapat settle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha pun takpercaya haha sebab first time ni jadi cepat macam tu

      Delete
  4. eh murahnya harga makanan/minuman kat Jitra tu..

    ReplyDelete