MAKAN LAKSA DI LADANG NIPAH KIPLI


Assalamualaikum

MAKAN LAKSA DI LADANG NIPAH KIPLI | setelah sekian lama memendam rasa nak pi try makan kat ladang kipli, akhirnya 13 Disember 2017 dapat jugak pi makan situ haha amboi dramatik betul ayat! minggu ni sha cuti rabu kalau tak selalu cuti selasa, nak dijadikan cerita sha memang dah lama teringin laksa, laksa yang ada telur tu haha taknak laksa yang simple teruk tu. nak buat sendiri ikan mahal oh sekarang haha, so sha dan kawan sha decide nak keluar makan petang semalam dan kami memilih LADANG NIPAH KIPLI di SANGLANG PERLIS. masa sampai ja kat situ terus macam nak parking mana apa semua haha kejap lagi nak order macam mana, biasalah first time. tapi sebelum sha pergi situ sha dah google siap dah ha.

source : google.com
kat atas ni gambar kaunter dia lah, kiranya bila masuk situ korang kena pi cari meja dulu, kat meja tu ada number selepas itu, korang pergi kat tempat order, sebelah kaunter dah order boleh duduk kat meja korang pilih tadi. sha dan kawan sha order laksa special 2, teh ais 1, ais kacang 1.

laksa kedah, laksa sedap

nampak dak gais? telur rebus dia letak sebijik aduh bahagia sekejap haha, kami order pastu duduk sat dalam 3-5 min order sampai, cepat kan? walaupun time tu orang ramai jugak lah, biasalah cuti sekolah kan. yang bestnya dapat makan kat pondok siap boleh bersila memang lagi layan lah kan haha. laksa dia memang sedap gila! rasa macam nakpi lagi harini hahaha


view sebelah tempat duduk kitaorang, best ja sambil makan boleh tengok pokok pokok haha memang lain dari yang lain lah. masa sha pi semalam kebanyakkannya mai dengan family ataupun kawan kawan haha sha dengan kawan sha ja dua orang sebab kawan yang lain takbalik lagi hahaha. lepas makan kami pun pi lah mencuci mata haha bukan selalu kan


walaupun kemain panas semalam walaupun dah pukul 6 tapi nak jugak behenti tengok laut hahaha sebab rasa tenang sangat dapat tengok laut, rasa nak buat rumah tepi laut pun ada haha


wajiblah selfie kan? lepas ambik gambar sikit (sikitlah sangat) kami pun balik haha kemain letih sebab kenyang sangat laksa banyak gila! oklah tu kan dapat jugak mengisi waktu cuti dengan orang orang tersayang!

14 comments:

  1. Replies
    1. memang sedap haha bila tengok balik pun rasa terliur haha

      Delete
  2. lama tak makan laksa.. dah lama mencari juga ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalau dekat boleh lah gi makan situ

      Delete
  3. Kecur air liur tengok laksa tu. Fuhhhh feveret :p

    ReplyDelete
  4. Bestnya view dia..sonok duk area kampung ni..tempat makan view best je macam ni, hah..confirm murah tu, kan sha...

    ReplyDelete
  5. Hana follow sini ^^ btw dapnya laksa~

    ReplyDelete
  6. Tak pernah dgr nama sanglang perlis tu. Tp laksa tu nampak meriah dan sedap. Suasana tempat makan tu nampak tenang dan menarik.siapa p perlis kena singgah sini.

    ReplyDelete
  7. Laksa feveret saya tapi susah juga nak cari laksa yang kena dengan tekak.

    ReplyDelete
  8. Alahai...sedapnya..nak suh adik akak buatkan laksa la...

    ReplyDelete
  9. dulu fav kita laksa, then xtau macam mana boleh terkeluar dari senarai.. Now, just makan bihun dengan kuah laksa je...

    ReplyDelete
  10. Lama xmkan laksa..da setahun lebih xmkn laksa sebab pantang laksa..tpi nnt nk pi cari laksa teochew la...sedapnyeee

    ReplyDelete
  11. sedapnye!! I miss laksa, lama tak makan. Wonder what this version taste like.

    ReplyDelete
  12. Saya fav laksa utara. Suka sebab laksa dia tak kedekut ikan. Selalunya mesti banyak air je.

    ReplyDelete