MY NEW BABY! : REDMI 4A


Assalamualaikum!

MY NEW BABY! : REDMI 4A | alhamdulillah, alhamdulillah, terima kasih ya Allah! sejak phone sha takboleh touch 1/4 dari skrin bersaiz 5.5'' tu sha mula menabung, ye gais duit syiling pun termasuk sekali haha dan dengan bantuan duit sha berblogging selamani, yang buat paid review :') punyalah tekad kali ni, nak beli dengan duit sendiri. finally dapat beli phone baru! 


sebelum ni sha ingat nak ambik oppo yang 500+ tu, ok sha memang takboleh nak beli phone mahal mahal sebab sha memang suka tukar phone :') tapi macam lambat je nak sampai 500 tu, sha pun mengambil keputusan untuk beli Redmi 4a melalui shopee. berdebar rasa hati tunggu barang sampai, sampai takde selera nak makan. hahaha poslaju lambat nau sekarang. okok paham dorang banyak parcel kena hantar haha and finally, ahad haritu phone sha sampai!!!!! on je phone terus selfie hahahaha ya ampun kameranya cantik sekali (tetiba) kamera belakang 13mp (tapi macam beshe beshe je haha) kamera depan 5mp (memang wow habis). sebelum phone sampai duk tengok jugak review phone ni kat youtube. yang sedihnya slot simkad dengan memory sekali so kalau nak pakai dua sim takbolehlah nak letak memory, kalau nak letak memory takboleh letak 2 sim. takpe benda boleh settle haha. meet my new baby!

[berbackgroundkan tudung pagi tadi hehehehe]

[gambar yang diambil menggunakan kamera belakang]

[gambar yang diambil menggunakan kamera depan - muka letih cian]

seller dia memang okay gila! sha macam asyik tanya pos bila, asal tak update tracking pe semua tapi dia layan elok je haha sha pulak rasa nak marah diri sendiri. tapi takbest sebab takdapat casing + tempered glass, but sokay sebab harga memang habis murah dah. casing sha dah order asing dan dah sampai pun. tempered glass in on it ways. moga sampai dalam keadaan selamat lah hahaha. okay sekian dari sha untuk harini. alhamdulillah for everything.





18 comments:

  1. Wahh. Tahniah sha. Okey juga eh beli brg eletronik dekat shopee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok je rasanya tapi kena rajin tengok rating jugak la haha

      Delete
  2. waahh, fon baru. aira pun redmi jugak, 4x. baru tukar jugak. hehe

    ReplyDelete
  3. Ok sgt dah ni.. hasil titik peluh sendiri mmg berbaloi²

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat juga beli hp baru kan. Rajin betul menabung. Qiss pun nak juga la menabung ni. hehe..
    *Qiss dah tolong klik iklan sekali, boleh buat masuk tabung kan.

    ReplyDelete
  5. nak ikut menabung mcm sha jugak lah hehehe kebetulan hp pun tgh buat perangai skrg ni. camera dah tak berapa nak cantik huu

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. so lepas nie dah boleh manabung untuk travel pulak.. eh? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak kot, tabung laptop pulak hehe

      Delete
  7. Bestnya..akk pun suka shopping kt shoppe ..satu sbb murah..satu slalu delivery free

    ReplyDelete
  8. wahhhh ade phone baru tu..patutlah singgah blog ni ada bau kedai tadi. hehe.
    makin rajin berblog lah lepas ni ye sha. gambar pun lawa je tu kak ana tgk.

    ReplyDelete
  9. Nampak best jer... Phone Redmi ni nak sekodenglah kat shopee ada sale lagi tak?

    ReplyDelete
  10. Revolusi henfon ni memang takkan terkejar oleh kita yang sering tukar henfon atau bajet RM tak berapa nak ada. Kadang tak masuk akak jenama best jual mahal Sedangkan fungsi dan kualiti sama dengan henfon murah kita beli ni. Bila dah guna henfon dr pelbagai jenama juga buat kita fikir apa yang kita ingin kan. Contohnya kualiti kamera. Mesti pi kat iPhone, Sony, Huawei. Tapi utk selfie cantik OPPO dan vivo champion. Kalau utk keperluan Bisnes, apa yang murah semua bleh. Asalkan bleh buka email, whatsapp. Yang suka kamera tu pasti kena storage besor. Kalau tak, apps yg sedang update tu le kacau storage gambar. Hehe. Tahniah dpt beli henfon baru!

    ReplyDelete
  11. congrats for getting new device..front camera look clear and nice!

    ReplyDelete
  12. wuuu congrats.. Kita menabung jgk before ni.. Niat nak beli phone, alhamdulillah berkat menabung, lepas la beli vivo.. hehe

    ReplyDelete
  13. Dah la baru-baru ini kena pick pocket... hp baru keluar dari kotak, tak sempat nak buka plastiknya.

    Xpe la... bukan rezeki. Buka stor selongkar cari mana-mana hp yang tak buka lagi hahahaha

    ReplyDelete
  14. Sep sikit.. Akak pun pakai redmi juga.. hehehe..

    ReplyDelete
  15. Sha beli phone nie dgn harga berapa ya?
    Wanie tringin nak beli phone lg satu xD
    Seller shoppee mana ya Sha beli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rm300 something hahaha
      dekat seller ni https://shopee.com.my/shop/22742988/

      Delete