01/01/2018 - 02/01/2018 - shfyqhazhr

Wednesday, 31 January 2018

LIST OF KDRAMA(S) #PART 1

16:41 7
LIST OF KDRAMA(S) #PART 1

Assalamualaikum!

LIST OF KDRAMA(S) #PART 1 | Hi! salam Jumaat. susahnya nak update satu entry pun (busy sangat). bila dah busy sangat mulalah giveup nak berblogging muahahaha, jeles tengok orang lain update blog while me bila malam mampu scroll je. hahaha nak mengarang? mimpi lah, takdaknya nak ada mood bila letih huhuhu. opss dah terbebel lebih pulak, harini nak share list kdrama yang sha nak tengok hahaha ada yang dah habis episod, ada yang sha dah tengok setengah pastu stop, ada yang dah download tapi tak tengok tengok, so sha listkan kat bawah ni


ok taktahu lah jelas ke tak haha punyalah awkward gila nak menulis sebab dah lama tak menulis banyak banyak hahaha, senget senget semua tulisan pun. so ni lah list kdrama yang sha nak tengok start malam ni! banyak kan? hahaha maybe sehari 1 drama? kalau drama tu best dan buat sha tertanya tanya apa salahnya kan? lama tak ternak eyebag :p korang ada nak suggest apa apa kdrama yang best tak? hahaha oh ya yang tanda titik hitam tu dah tengok tapi taksampai dinal episod sebab boring kena tunggu next week episod baru :3

ok bai!

Monday, 29 January 2018

LIRIK AYAH IBU | MIZAN HARRY KHALIFAH

20:00 5
LIRIK AYAH IBU | MIZAN HARRY KHALIFAH


Performed by : Mizan Harry Khalifah
Composer : Harry Khalifah
Lyricist : Room None



LIRIK AYAH IBU | MIZAN HARRY KHALIFAH

ayah
hatimu keringatmu berharga
ibu
pengorbanan mu sabar didik diriku

ayah
kau sanggup perjuang segala
hingga sanggup berkorban ke hujung nyawa

ayah
kau beriku didikan agama
ibu
nasihat mu akan ku guna selalu

ayah
betapa besar rasa cintamu
beban yang besar mampu kau pikul
nyawa

tertidurku dengan nyanyian
sehingga mata terpejam
terjaga ku dengan tangisan
kau memujuk penuh kemesraan

segala yang kau perjuangkan
takkan aku persiakan
oh ayah ibu
cobalah kau dengarkan

tertidurku dengan nyanyian
sehingga mata terpejam
terjaga ku dengan tangisan
kau memujuk penuh kemesraan

segala yang kau perjuangkan
takkan aku persiakan
oh ayah ibu
cobalah kau dengarkan

akan ku jagamu
ke hujung hayatku
berbakti padamu
oh ayah ibuku

ku menyayangi mu
ku mencintai mu
ku mengasihimu
seumur hidupku

Sunday, 28 January 2018

RESEPI SANDWICH TUNA UNTUK ORANG PEMALAS

14:56 17
RESEPI SANDWICH TUNA UNTUK ORANG PEMALAS

Assalamualaikum

RESEPI SANDWICH TUNA UNTUK ORANG PEMALAS | Hi! lamanya tak update blog sebab busy sangat awal awal tahun ni banyak pulak kerja. jeng jeng jeng sha nak share resepi sandwich tuna, haha buat sandwich pun nak bagi resepi ka. haritu tanpa angin dan ribut, tiba tiba teringin nak makan sandwich, selalu kalau sha teringin nak makan apa, sha cari kat kedai ja malas nak masak sendiri haha tapi bila dah cari tak jumpa hm kebetulan petang tu balik kerja pi kedai nampak satu benda ajaib ni :p

terus ambik dan pi bayar tanpa menoleh ke belakang lagi, oh tak lupa jugak beli roti keping tu. yang bawah ni bahan yang sha buat untuk kali ke berapa entah haha tapi tin tuna yang kedua la. so siapa yang nak makan sandwich dan pemalas macam sha bolehlah ikut resepi dibawah okey!

Bahan - Bahan :-
1. Tuna Mayones (Ayam Brand) - 1 tin 
2. Roti beberapa keping 
3. Majerin/Planta

 

Hiasan :-
Timun dan Cili Merah

Cara Cara Membuat Sandwich :-
1. Potong tepi - tepi roti tapi kalau taknak potong pun ok ja
2. Potong cili dan timun
3. Masukkan "tuna mayones" dalam mangkuk dan gaul dengan cili merah
4. Sapu majerin kat roti
5. Sapu tuna mayones yang dah digaul dengan cili tu kat roti, letak lah banyak mana korang nak
6. Hias dengan timun or korang boleh je nak letak salad or apa apa yang korang nak
7. Potong dua and done!



mudahkan uolls? sebenarnya mudah sangat cuma sha takreti terang je, tapi try buat sendiri mesti rasa mudah tu macam mana :p yang yakin dan pasti adalah sedap dan mengeyangkan. semalam sha buat sandwich ni guna 1/4 tuna tin tu dapatlah 6 segitiga sandwich tu hikhikhik





Monday, 22 January 2018

HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM

15:26 15
HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM
www.sishawa.com

HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COMHai awak awak semua. Kalau nak tahu SIS HAWA sedang meraikan ulangtahun blognya yang pertama sekarang ini. Awak semua turut di undang untuk memeriahkan lagi suasana dengan menyertai contest HAPPY BIRTHDAY SIS HAWA DOT COMyang awesome!

Contest ni terbuka pada semua blogger Malaysia dan hadiah yang di tawarkan adalah sangat-sangat lumayan. Antaranya,WANG TUNAI $$$ dan lain-lain hadiah sampingan yang menarik dan best!! Seramai 10 pemenang akan di cari dan hadiah akan di tambah sekiranya jumlah peserta berjaya melepasi sasaran yang telah di tetapkan. Yang lebih menariknya lagi, semua peserta yang mengambil bahagian akan di masukkan ke dalam bloglist SISHAWA.COM untuk tahun 2018.   


SYARAT UNTUK MENYERTAI
1. Buat entry yang bertajuk - " HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM "

2. Follow blog SIS HAWA dan SISHAWA DESIGN

3. Follow semua blog dan IG milik sponsor yang terlibat dengan contest ini:

FOLLOW BLOG ( Wajib!! klik icon untuk follow) :
          

FOLLOW INSTAGRAM (jika ada akaun IG)

6. Publish entry dan tinggalkan URL ENTRY , URL IG berserta EMAIL ke ruangan komen di bawah.

7. Jangan lupa Share entry contest ini ke facebook masing-masing berserta dengan hashtag #sishawadotcom . untuk mengajak rakan-rakan yang lain

Senarai semua hadiah akan di umumkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, hadiah untuk contest kali ini akan ada wang tunai $$$$ untuk di rebut. Tunggu apa lagi, jom join segera beramai-ramai.


CONTEST AKAN TAMAT PADA : 08 FEBRUARI 2018

BIRTHDAY GIVEAWAY BY MAMAPIPIE

12:22 5
BIRTHDAY GIVEAWAY BY MAMAPIPIE

Assalamualaikum 

BIRTHDAY GIVEAWAY BY MAMAPIPIE | Hi, disebabkan tinggal berapa hari je lagi nak tamat giveaway dari mamapipie ni, sebelum terlepas (lagi dan lagi) marilah join. manatau rezeki dapat hadiah utama :p dah lah gian nak beli buku sekarang ni haha. klik banner untuk join oK!


sha suka entry mamapipie pasal makanan <check sini> tapi paling suka yag ni - Birthday Lunchdate Di Chili's One Utama

Sunday, 21 January 2018

LIRIK AKU SELALU SETIA | WANI

15:00 0
LIRIK AKU SELALU SETIA | WANI


Composer :Patrick Kamis (FMC Music Sdh Bhd)
Lyric :Patrick Kamis (FMC Music Sdn Bhd)


LIRIK AKU SELALU SETIA | WANI

saat yang terindah dalam hidupku
waktu kau mencurah cinta
moga terbaik bagiku
hingga akhir nanti

tanpa kau sedar selama ini
engkau yang ku cari
cinta terindah didadamu
penyeri mahligai idaman

aku selalu setia
menjadi penyeri dalam hidupmu
akulah terbaik buatmu
pengubat rindu penghias jiwa

menjadi sebuah cinta
seakan cinta ini
tercipta untuk kita

tanpa kau sedar selama ini
engkau yang ku cari
cinta terindah didadamu
penyeri mahligai idaman

aku selalu setia 
menjadi penyari dalam hidupmu
aku lah terbaik buatmu 
pengubat rindu penghias jiwa

menjadi sebuah cinta
seakan cinta ini
tercipta untuk kita 

untuk kita
untuk kita


untuk kita

GIVEAWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN

10:37 5
GIVEAWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN

Assalamualaikum

GIVEAWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN | Hi, selamat pagi! tengah tengah cari idea nak mulakan madah untuk harini, acewah. marilah kita join giveaway dari Cikyan ni. klik banner untuk join. tarikh tamat akan diberitahu kelak.


Cikyan mintak untuk review sikit mengenai blog beliau. ok walaupun internet tempat kerja sha ni buat hal semula (slow gila) tapi cepat je loading! yang lain ok rasanya :D

Azam sha untuk tahun ni? nak menabung dan nak kurus! haha tapi ada banyak lagi, dah dilistkan dah. yang dua tu kiranya yang paling pentinglah.

Friday, 19 January 2018

4 BARANG RM20 DI SHOPEE!!!!

16:34 8
4 BARANG RM20 DI SHOPEE!!!!

Assalamualaikum

4 BARANG RM20 DI SHOPEE!!!! | Hi. tbh sha dah dapat barang ni dalam sebulan kot. sha beli ni guna my own money so semua review dibawah jujur hahaha. ok cerita dia macam ni, sebenarnya sha tengah mask vietnam sebab rasa duk ternak whitehead pulak kat hidung ni. tapi biasalah kalau scroll shopee, taktaulah kot sha ja perangai macam ni, bila jumpa benda sha nak, sha akan stalk "shop" tu pulak hahaha, lepas usha punya usha TERbeli lah 4 benda hahaha


so empat benda tu adalah :- mask vietnam, span (dah burukkkk haha), pengepit eyelashes dan brush gemok! ni nama nama yang sha panggil lah, nama betul dorang taktau lah apa haha. harga 4 barang ni include postage RM19.60! murahkan?

1. MASK VIETNAM BLACKHEAD (RM 2.50)
selalu benda ni jumpa kat luar, kat kiosk kiosk dalam mall or kat pasarmalam memang paling murah boleh dapat pun RM4, kalau mahal pulak RM 10 uolls hahaha. kalau antara mask shishedo yang hitam tu dengan yang ni, sha pilih mask ni sebab dia memang mencabut whitehead di muka dengan jayanya. haha tapi jangan guna setiap hari pulak karang pori pori dimuka terbuka (ada orang bgtau)

2. SPAN (RM3.00)
sha memang jenis kalau pakai foundation or bb cream memang guna span, senang nak blend kot dan tak kotorkan tangan +++++ sekata! mula mula tengok harga mesti dapat agak dah, mesti keras macam yang kat diy hahaha actually yang kat diy tu takdak lah keras mana, haha shaguna sampai terkoyak jugak :p bila dapat je terus nak picit picit! lembut gila! serioussssss

3. PENGEPIT EYELASHES (RM 3.50)
selama ni sha duk guna yang besi tu ja, haha tau tak yang mana? rasanya legend kot yang tu :p haritu ada beli yang cantik sikit tapi bila nak kepit dia taklentikkan sangat. rupa yang cantik taksemestinya memberi efek yang elok ok? same goes to this haha, tak lentik sangat pun, dah tu macam susah nak pegang bagi orang yang mempunyai jari jemari yang gemok ni :p prefer yang besi tu lagi.

4. BRUSH GEMOK a.k.a BRUSH FOUNDATION (RM 5.50)
selalu nampak brush ni kat pasar malam or kiosk tapi harga RM10 hm haha duk pikir nak beli brush ka nak beli makanan, terus pi beli makanan :p sha jarang gila guna brush ni, takpandai sangat nak blend pakai brush tapi disebabkan rambang mata kan.  rasanya guna sekali je kot.


sebenarnya kalau usha usha di shopee ni memang rambang mata habis, duit dalam bank kalau ada lebih sikit je ha mulalah nak membeli hahaha nafsu menang (-.-'') sekarang ni nak CNY dah nampak dah sales banyak gila hahaha semoga SHAFYQAH AZAHAR dimurahkan rezeki!!!! aminnn.

kbai

ENTRY BLOG DI COPY PASTE?

15:17 7
ENTRY BLOG DI COPY PASTE?

Assalamualaikum

ENTRY BLOG DI COPY PASTE? | Hi, salam jumaat semua :) tengah makan tengahari tadi tiba tiba dapat satu messenger dari pemilik ASHRINFOOD yang menyatakan ada someone yang copy paste blogpost sha mengenai Sandwich dari Ashrinfood. sha pun macam pelik jugak haha, takdaklah femes mana pun blog sha ni, macam mana dia boleh jumpa kan siap copy paste pulak tu , korang boleh baca entry sha pasal sandwich tu :-


dan owner ASHRINFOOD ada buat entry pasal copypaste ni → AySandwich Totally Copypaste ASHRIN FOOD. kot ya pun nak meniru janganlah sampai ubah "sha" ke "sis" je hahaha kurang asam betul penat sha mengarang walaupun pihak ashrin food dah bagi details. 


malas nak membebel tengahari macam ni, korang nilai jelah sendiri~

okbai

Thursday, 18 January 2018

AZAM 2018

12:44 12
AZAM 2018

Assalamualaikum

AZAM 2018 | Hi, perasan tak? harini tarikh cantik? haha 180118, sebaik bukan hari cuti kalau tak mesti banyak kenduri. so pagi tadi abang TM dah mai tengok apa masalah wifi kat tempat kerja sha ni. alhamdulillah dah laju semula, yeah boleh start blogwalking! sebab dan punca dia takmau bagitau hahaha. dah 18 hari dalam 2018 baru nak update azam 2018 ke? well hihihi kita perlukan perancangan. so lets start!


1. NAK BELI LAPTOP

nampak macam berat je benda ni hahaha since sha jenis geram tengok kalau ada duit sikit mesti nak berbelanja, tapi i need a laptop! sebab sebab nak ada laptop sendiri sebab rasa macam mudah ja, kat rumah pun boleh update entry sebab sha suka guna smartphone, kalau blogwalking pakai phone oklah. kalau update entry nak kena pakai pc huhu. harap harap dimurahkan rezeki!

2. NAK MENABUNG

menabung dan beli laptop. okay tak? sha dulu memang takreti nak menabung, maksud sha kalau menabung ja mesti akan ambik semula duit tu, lepas tu try lah menabungkan, menabung duit syiling ja, semua duit syiling sha dapat masuk tabung, sekali pecahkan dapat RM 70++ oklah kan dari takdak? terus rasa menabung ni best!

3. NAK KURANGKAN BERAT BADAN

rasanya ni bukan azam sha sorang je kan? haha takmau azam nak kurus, dapat turunkan berat pun dah cukup.target 20kg ke :p taksalah kan pasang impian haha manatau jadi betul betul. masalah paling utama sekarang, makanan kat kedah ni murah murah dah tu sedap pulak, tell me how to ignore all the food????!

4. NAK JADI RAJIN

ok kejap, sha ni bukan pemalas gila tapi semua orang ada malas dia kan? sha nak jadi rajin untuk tahun ni, takmau dah malas malas. rajin kemas katil, kemas bilik! ok sapikah u can!

5. BELAJAR MASAK

ok umur dah 22 tahun kan, tapi masak pun kena tengok google hahaha. bukan semua masakan lah sha tengok google, macam contoh dari dulu kini dan takselamanya adalah gulai ikan.. benda favorite tapi bila nak masak tengok google *tepuk dahi*.  sha selalu konfius nak masukkan mana dulu hahaha, harap harap tahun ni sha rajin nak belajar masak :p

6. PERUBAH KE ARAH KEBAIKAN

setiap tahun mesti kita berazam nak baiki diri kita kan? takpa pelan - pelan. insyaAllah Allah permudahkan.

7. NAK RAJIN MEMBACA

nak cari hobi baru dan sha rasa membaca lah kot yang kena dengan sha hihi. lepas ni harap harap rajinlah membaca, jeles tengok kaksha (http://kasihkuamani.blogspot.my/) dapat baca banyak buku!

8. RAJIN UPDATE BLOG

awal tahun haritu rajinlah, tiap hari ada ja benda nak update, alhamdulillah PV naik. pastu disebabkan internet yang buat sha stress ni, terus hilang mood dibawa angin rindu (eh) hahaha sekarang internet dah laju boleh dah kot update macam haritu hihi


banyak sangat tak azam sha?takpa, list banyak banyak kalau dapat settle setengah pun dah ok kan? tapi kalau dapat settle semua alhamdulillah lah. semoga sha terus beristiqomah dan dapat capai azam azam sha ni hihi. korang dah senaraikan ka azam 2018 korang?

ok bai!

Wednesday, 17 January 2018

LIRIK KATA AKHIRMU | ARIFF BAHRAN (OST CINTA HATI BATU)

20:00 4
LIRIK KATA AKHIRMU | ARIFF BAHRAN (OST CINTA HATI BATU)


Composer : Rudy Kasmaran & Jimmy Asmara, Sang Hitam
Lyricist : Rudy Kasmaran & Sang Hitam
Producer : Bratt Bob


LIRIK LAGU KATA AKHIRMU

harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku membuktikan
harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku persembahkan

cinta yang kau pinta
menurut telahan mu

tak mungkin ku
coba untuk mengsiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku meruntuhkan
egomu yang sering menggunung
dan menolakku jauh darimu

di mana kah ia
tempat ku di hati mu

tak mungkin ku
coba untuk mengsiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

tak mungkin ku
sekali pun akan mengalah demi cintaku
ku coba tuk menjadi yang terbaik
hanya untuk dirimu

sayang......
takkan pernah ku mengalah
untuk menjadi yang terbaik

tak mungkin ku
coba untuk mengsiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

tak mungkin ku
sekali pun akan mengalah demi cintaku
ku coba tuk menjadi yang terbaik
hanya untuk dirimu

andai kau menyedari
besarnya cinta ini
kan ku terus menanti
kata akhir darimu



CINTA HATI BATU (2017)

18:00 2
CINTA HATI BATU (2017)

Assalamualaikum

Cinta Hati Batu (2017) | Cinta Hati Batu merupakan sebuah drama sebanyak 13 episod terbitan Primeworks Studios yang diadaptasikan daripada novel One Day You'll Be Mine. Pelakon utama ialah Ashraf Muslim, Aishah Azman dan Fadlan Hazim. Ditayangkan di TV3 bermula 28 Disember 2017, setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam di slot Lestary TV3.

Cinta Hati Batu

CINTA HATI BATU

PENGARAH : AMOR RIZAN
PENULIS NOVEL : INAWZA YUSOF 

BARISAN PELAKON :-
Aishah Azman,Ashraf Muslim,Fadlan Hazim,Indah Emeerlda,Farisha Irwayu,Fazren Rafi,Ardell Aryana,Sasqia Dahuri,Nadzmi Adhwa,Shahriza Mahmud


SINOPSIS CINTA HATI BATU

Mengisahkan Anith Fitriah (Aishah Azman) yang berkahwin dengan Dzul Ehsan (Ashraf Muslim)  atas aturan keluarga. Namun perkahwinan mereka langsung tidak mewujudkan perasaan kasih sayang. Anith Fitri masih tidak dapat melupakan kisah cinta silamnya dan terus menyalahkan diri sendiri bila dia menyebabkan kematian tunangnya Nik Afezal (Fadlan Hazim) dalam satu kemalangan kereta. Ehsan pula tidak mempedulikan orang di sekelilingnya termasuk anaknya Aya.  Tanpa keserasian, mereka membuat keputusan untuk bercerai. Malah hubungan mereka bertambah baik. Fitri juga masih mengambil berat tentang Aya.  Tiba-tiba, Fitri dikejutkan dengan kemunculan Nik Afezal yang disangkanya telahpun meninggal dunia. Rupanya semuanya telah dirancang oleh keluarga mereka. 


FOBIA : ROUNDABOUT

11:44 5
FOBIA : ROUNDABOUT

Assalamualaikum

FOBIA : ROUNDABOUT | Hi, walaupun internet masih buat perangai tapi ku gigihkan juga nak create blogpost, semoga cepat cepatlah sha dapat laptop sendiri so bolehlah berblogging even kat rumah haha. ok back to the topic, ya sha seorang yang fobia dengan roundabout. macam pelik tapi benar.


back to 2015, sorang daripada schoolmate sha which is orang kampung sha masuk hospital sebab sakit yang tak ingat dah haha. so kitaorang macam jom lah pi ziarah dia kat hospital. dia dirawat kat hospital sultanah bahiyah, alor setar. so adalah dalam 7 orang yang nak pi tu, kereta boleh naik 5 orang ja haha so sha dengan kawan sha lagi sorang naik motor huhuk. everything goes well until waktu balik! time tu rasanya memang dah pukul 6, and normal lah sesak kan orang balik kerja. kitaorang behenti GIANT makan nasik dulu! hahahaha kitaorang makan set nasi uncle jack, dapat agar agar hahaha dah settle makan nasik barulah nak balik rumah, niat nak bawak balik agar agar tu balik ke rumah.

masa kat roundabout depan stadium, Allah..... sha memang duk belakang ja, benda ni macam cepat gila jadi. tengok tengok dah tertiarap atas tar!!!! tapi memang bukan salah kitaorang, yang langgar kitaorang tu dia rasa, so kes ni boleh jadi kes langgar lari lah kan hahaha. pemandu tu perempuan, chinnese. ada yang tolong kejar kereta tu (weh terharu gila). syukur sangat macam ramai yang tolong kami, sha ok ja sebab rasa macam takdak luka kecuali kat situ sebab terhempas kan. dengan motor yang agak teruk sebab handle dah gelong semua. kawan sha teruk dari sha sebab kena kat muka. ada lah satu family yang tolong kami ni, sampai ke hospital lama. dah settle semua dorang balik dan mak ayah kawan sha mai, sha pun call lah sepupu sebelah rumah bgtau excident kan, dia macam cuak gila haha tapi cakap dah semua ok ja. 

masa kena rawat tu macam urrrrrrghhhh gila, sha mintak nurse perempuan tolong rawat, sebaik boleh, sampai duk cakap cakap dia inject hahaha sha actually okay je, dia cakap kena inject takut kancing gigi nanti lepas tu dia ada spray something yang pedih gila hahahaha nak menangis rasa tapi sis ok T.T lepas semua settle tunggu ubat kan, sha baru perasan yang kain sha terkoyak kat lutut hahaha adoi kena pulak lagi sekali sebab nak bagi cepat luka lega, kena cuci kan pe semua. settle balik rumah, semua orang tunggu hahahahaha ingat teruk sangat kot :p 

since that day sha memang tak berani dengan roundabout, tak kira lah naik motor ka kereta ka lori ka hahaha memang takberani, masih terasa saat saat terjatuh apa semua tu. haritu ada satu hari, jalan yang kitaorang nakpi ni kena lalu roundabout, sha tukar dengan kawan suruh dia bawak motor hahaha lepas dari roundabout takpa sha bawak balik. walaupun tu roundabout kecik ja, dia tetap roundabout huhuhu.

sekian, kbai!

Friday, 12 January 2018

WHY INTERNET WHY??

16:32 11
WHY INTERNET WHY??

Assalamualaikum.

WHY INTERNET WHY?? | Hi! mana entah azam 2018 nak update blog setiap hari hahaha. cuaca kat sini macam nak hujan je tapi harap harap hujan malam karang lah sebab penat gila kalau balik kerja pastu hujan sob sob. tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal cuaca tapi tah lah mana tau ada sangkut paut dengan cuaca kan. ha nih, internet kat tempat kerja sha adohai, bukan cakap nak update blog, nak bukak google pun naik dinasour tu

source : google.com

rasa macam erghhhh! dah lah harini jumaat, so takbusy ingatkan dapatlah update banyak banyak or join giveaway kan. semalam pun dapat join 1 giveaway ja huhu, so siapa ada buat giveaway boleh komen link kat bawak ni ok. harap harap esok eloklah internet ni, stressss betul internet macam ni. yang pelik youtube helok pulak dia menyanyi -_- sekian bebelan sha di petang jumaat ni, salam jumaat semua :)

ok bai

Thursday, 11 January 2018

MEK ZUMBIE 2K18 GIVEAWAY

14:53 7
MEK ZUMBIE 2K18 GIVEAWAY

Assalamualaikum

MEK ZUMBIE 2K18 GIVEAWAY | Hi! lama tak muncul sebab mood hilang sebentar akibat kerja kerja kat tempat kerja banyak sangat awal - awal tahun ni huhu. harini nak join giveaway/segmen jelah.


TAMAT BILA BILA MASA JA UOLLS

yang bestnya pasal giveaway ni hadiah kita boleh pilih haha so kalau sha lah sha nak blouse bunga bunga ni sebab takpernah ada blouse macam ni, selalu kosong je hihi



Monday, 8 January 2018

SEPETANG DI TASIK DARULAMAN

15:25 6
SEPETANG DI TASIK DARULAMAN

Assalamualaikum

SEPETANG DI TASIK DARULAMAN | finally sempat nak update pasal ni hahaha actually banyak nak tunjuk gambar je tu pun tak menyempat alahai sapikah dan awal tahun yang sangat busy. ni kiranya kisah yang tersambung daripada entry entry dibawah ni :-
actually kitaorang macam takdaklah nakpi sangat kan, tapi dah ada masa lagi sebelum waktu pulang, singgah jelah haha. sampai sampai je terus cari air hahaha


macam biasa kalau beli bigcup mesti beli greentea haha kalau yang lain macam takbest, entahlah nak. mula mula kan decide nak naik bot tu tapi disebabkan mahal nokharom (hahahahahahaha) kami pun jalan jalan jelah, so bawah ni gambar yang diambil sambil jalan jalan

masa lepas beli air, hahaha saja jalan sini sbb bokah bokah tu cantik (ke)

lupa nak ambik gambar benda ni sepanjang jalan hahaha 470m baru bakar bahulu, padahal dah makan piza apa semua hm letih haha

menyempat selfie walaupun penat gak lah

gini baru perfect gituh hahaha

rasa best pulak tengok suasana situ

ni masa lepas pusing satu tasik, ya ampun bila dapat duduk tu. bersyukur sangat hahaha penat weh lama tak berjalan asyik hadap komputer ja.

view belakang tempat kami duduk hahaha

ni kira entry santai santai ja haha banyak gambar je, walaupun penat tapi best dapat keluar macam ni, asyik pi mall je kan?!

ok, bai







Sunday, 7 January 2018

LUNCH WITH GEGIRLS

16:10 4
LUNCH WITH GEGIRLS

Assalamualaikum

LUNCH WITH GEGIRLS | Hi, selamat petang. taksempat nak bersiaran pagi tadi since busy gila harini haha ok bukan harini je, memang awal tahun selalu gila busy heh. pagi tadi dalam sibuk tu adalah bincang dalam group, nak lunch sama sama tapi taksemua la. tiga orang termasuk sha ja yang ada, lagi dua busy hahaha. so kami decide nak makan bihun sup siam. lunch time sha sejam ja tapi kitaorang makan kat dua tempat hikhik

KAKSU BIHUN SUP SIAM

sha duk busy settlekan kerja sampai tak sedar dah dekat 1.30 ahaha pastu terus kalut apa semua, dorang sampai kedai sha dulu, sha suruh dorang pi dulu dan order untuk sha. jeng jeng sha order megi sup siam + greentea (2018 without sugar failed!)


jeng jeng hahaha megi sup tu RM4 dan greentea tu RM1.50, so total RM 5.50


KAKZA CHICKEN CHOP

ok. tempat makan yang sup siam ni dekat dengan chicken chop tu, so one of my friend cakap nak makan, on jelah. hahaha masa sampai situ dua 4 minit macam tu, ingat nak makan situ lah tapi kemain lama 2.30 taksiap lagi padahal sha masuk kerja 2.30 -_- so kitaorang bungkus jelah 


bungkus dan makan kat kedai sha, RM 10 share 3 orang haha


sekian cerita lunch harini, hehee korang dah lunch ke? ok bai


Saturday, 6 January 2018

HASIL BURUAN DI PASAR MALAM JUMAAT

15:09 5
HASIL BURUAN DI PASAR MALAM JUMAAT

Assalamualaikum

HASIL BURUAN DI PASAR MALAM JUMAAT | Hi, taksangka harini dah 6 hari dalam tahun 2018, rasa kejap sangat. esok dah cukup seminggu. semalam lepas balik kerja, sha balik rumah dulu sebab janji dengan cousin nak pi pasar malam, bila dah sampai dia takdak pulak pi rumah tok dia tapi sha teringin satay pastu sha pun macam takpalah pi sorang pun. rasanya baru kali kedua kot pi pasarmalam sorang hahaha walaupun time tu baru pukul 6, bukan pasar malam pi malam pun tapi tetap nak berteman.


jenis sha kalau keluar pergi mana sorang sorang memang sha akan set kat mana nakpi, nak beli apa, kiranya dah confirm siap siap sebelum keluar. so sha nak satay dan ice blended! sampai je pasar malam tu terus gi order satay tu, makcik tu macam dah bosan tengok sha sebab hampir setiap minggu beli satay, oh please lah sapikah haha. pastu makcik tu cakap kena tunggu kejap, sha pun macam ha takpalah nakpi beli benda lain dulu. sha pun pi lah kat ice blended tu, order ice blended chocolate special.


sebenarnya gambar kat atas ni diambil sebab nak tayang kat one of my friend yang dah tayang ice blended dia masa sha tengah kerja -_- harga ice blended ni RM4. mahal tak? hahaha tahlah, kalau buat minum kadang kadang tu okey ja harga dia, so lepas siap ice blended tu pi semula kat satay, yay dah siap. semalam beli 40 cucuk uolls haha bukan untuk sha lah semua tu, untuk mak, maktok dgn adik sekali. sha dengan adik makan satay daging while my mom dengan maktok makan ayam.


teruk jugak edit kali ni *sigh* haha tapi kalau gelap dia macam taknampak langsung. ok balik je dari pasar malam terus ambik pinggan and tadaaaaaaaaaa! sedia untuk dimakan. alhamdulillah satay ni takpernah tak sedap tau hahaha secucuk RM 0.50, kalau kat sini memang harga tu lah paling murah. semalam kuah kacang ni dia macamhangit sikit tapi habis jugak hahaha. korang suka satay tak? 

ok bai!







LIRIK FALL IN LOVE | NOMINOS (OST KEKASIH PAKSA RELA)

11:59 2
LIRIK FALL IN LOVE | NOMINOS (OST KEKASIH PAKSA RELA)


Lirik dan Komposer : Thana dan Lul

LIRIK LAGU FALL IN LOVE

Bagaimana harus aku nyatakan
Kini ku merasakan ku jatuh cinta
Saat ku menemui kamu
You make me fall in love with you

Cintamu memiliki
Cahaya yang menyinari
Kan ku selalu ada dihatimu
Kau pun selalu ada dihatiku

Gaya wajah senyum dan ketawa
Semua tentang dirimu ku jatuh cinta
Saat ku menemui kamu
You make me fall in love with you

Cintamu memiliki
Cahaya yang menyinari
Kan ku selalu ada dihatimu
Kau pun selalu ada dihatiku

Ku harap engkau juga mencintaiku
Sama sepertiku mencintaimu
Semoga kita kekal dan semourna buat selamanya

(ulang 2x)
Cintamu memiliki
Cahaya yang menyinari
Kan ku selalu ada dihatimu
Kau pun selalu ada dihatiku

Friday, 5 January 2018

MAKANAN RINGAN DI KEDAI RM2.12

16:00 11
MAKANAN RINGAN DI KEDAI RM2.12

Assalamualaikum

MAKANAN RINGAN DI KEDAI RM2.12 | Hi, kalau korang nak tau tempat kerja sha dengan kedai RM 2.12 ni memang dekat gila haha berjalan pun boleh sampailah. so rehat semalam dah habis makan nasi semua sha pun pi lah kedai tu, kadang kadang taktau pun nak beli apa tapi bila pi mesti akan beli something haha. so semalam memang niat nakpi beli mineral water sebab harini dorang tutup dan sha kerja huhu. ok back to the topic, sha beli lah air mineral dan beberapa makanan ringan 


ni lah 3 benda yang sha dah beli semalam. sebenarnya sha jarang makan benda macam ni sebab one of my brother pernah kena sakit buah pinggang, sejak tu abah macam tak berapa sangatlah bagi makan makanan ringan. disebabkan dari kecil terbiasa macam tu, sampai kebesarlah hahaha. ingat lagi dulu masa tadika, kawan kawan semua gigi patah, balik rumah tanya mak sedara "awat gigi semua orang takdak? gigi kaklong ada ja. gigi sapa yang bermasalah ni?" hahahahaha ok back to the topic. Nips dengan Jacker tu dah selalu beli cuma yang slice potato chips perisa cheese tu ja first time. so benda tu lah sha rasa mula mula sekali.



mula mula buka packaging, not bad la. takdaklah sikit sangat, memang oklah dengan harga RM 2.12. bila first rasa terus sedih haha. takrasa sangat cheese tu, rasa memang rasa tapi takrasa sangat urghh haha terus turn off. gulung gulung bahagian depan tu terus simpan haha. sedih betul. tapi sebenarnya ok ja sebab takbanyak perasa dia guna haha semalam bila lapar makan jugak :p tapi tinggal lah sikit untuk adik yang selalu lapar tu. 

ok bai 

ASHRIN FOOD : SANDWICH DELIVERY & SANDWICH SUPPLIER

11:37 5
ASHRIN FOOD : SANDWICH DELIVERY & SANDWICH SUPPLIER

Assalamualaikum

ASHRIN FOOD : SANDWICH DELIVERY AND SANDWICH SUPPLIER | Hi, calling for all sandwich lovers! harini sha nak cerita pasai ASHRIN FOOD. for those yang taktau ASHRIN FOOD ni apa, dorang adalah pembekal sandwich di sekitar Kuala Lumpur dan kalau korang nak tau, dorang jugak ada sediakan perkhidmatan seperti :-
  • Penghantaran sandwich kepada pelanggan/sandwich delivery. Penghantaran sandwich ini adalah untuk dimakan di rumah, pejabat, jamuan, potluck, majlis/event dan dimana sahaja!
  • Pembekal sandwich/sandwich supplier di Kuala Lumpur. Terbuka kepada sesiapa yang ingin membeli secara borong sandwich terutama kepada yang mempunyai perniagaan seperti gerai, restoran, kiosk, hospital dan lain-lain.  
  • Mereka juga menyediakan Sandwich Boxes Surprise kepada pelanggan yang ingin membuat surprise kepada kenalan, kekasih, ibubapa dan sesiapa sahaja.

Kategori Ashrin Sandwich:

Mini Sandwich




Sandwich Boxes



Single Sandwich 



9 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Ashrin Sandwich?

♥ Terdapat 10 Jenis Sandwich Ashrin yang korang wajib cuba: 
1. Tuna
2. Sardine
3. Ayam
4. Vege
5. Coeslow
6. Fish
7. Crab
8. Prawn
9. Cheese
10. Egg mayo / telur

♥ 4 kategiru sandwich yang anda boleh pilih iaitu:
1. Mini
2. Sandwich Boxes
3. Single sandwich
4. Superbig sandwich

Ashrin Food akan menyediakan Sandwich mengikut citarasa pelanggannya. Anda boleh memilih samada inginkan sayur atau tidak dan anda jugak boleh memilih untuk sandwich pedas ataupun normal.
♥ Roti yang digunakan oleh Ashrin Food sangat sedap dan tebal, tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.
♥ Inti yang digunakan untuk diletakkan di sandwich terlebih dahulu dimasak supaya anda mendapat citarasa yang diingini dan sandwich ini tahan lebih lama. 
♥ Inti sandwich ini sedap dan tebal sehingga boleh dimakan berkali - kali. 
♥ Kotak sandwich dan packaging yang digunakan adalah sangat berkualiti dan anda tidak akan berasa was - was untuk menjual sandwich ini ditempat anda.
♥ Jika anda membuat pesanan Sandwich Boxes Suprise kepada seseorang, anda akan mendapat free notes/wishes (anda hanya perlu nyatakan apa yang hendak ditulis, pihak kami akan uruskan)
♥ Pembelian yang melebihi RM 100 ke atas akan mendapat free gift/menu sampingan (coklat boxes atau coklat jar)

--------------------------------------------------------------------------------------
~Sesuai untuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas
~Sesuai untuk majlis dan apa-apa jamuan makan (Ashrin Sandwich Boxes)
~Sesuai dijual dipejabat atau di tempat anda sekiranya ingin jual sandwich (Single Sandwich) [Dapatkan harga borong dari Ashrin Sandwich]
~Sesuai untuk menjana pendapatan di tempat kerja anda atau dimana-mana secara online dan offline (Jom jadi Agent kami)
~Sesuai untuk tender di hospital, kantin, kilang dan sebagainya.


SEDIKIT MENGENAI ASHRIN FOOD
-Bermula pada bulan 11 2017
-Homemade sandwich yang bertapak di Danau Kota
-Membekal Sandwich di Hospital sekitar Kuala Lumpur
-Membekal sandwich ke Caltex dan BHP kawasan Ampang, Jalan Kuching dan di beberapa tempat lagi.
-Mood Republik Sandwich supplier Kuala Lumpur 2017
-Projek Sandwich Percuma utk orang awam dan gelandangan 2018 ini
-Supply ke bazaar dan event-event/majlis sekitar Kuala Lumpur
Dan banyak lagi

PENGHANTARAN
-Delivery ke tempat anda 
-Self pickup di Danau Kota

WAKTU OPERASI
Setiap hari ( Isnin hingga Ahad)
Waktu perniagaan : 8 Pagi hingga 9 Malam

PENGASAS ASHRIN FOOD 
Zushazrina Zulkifli (Puan Rin) 
Usahawan Muda Malaysia
Ex-banker / Bekas Pegawai Bank
Peserta Akuip Tv3 (2014)


Sekiranya anda ingin membeli sandwich daripada Ashrin Food atau ingin membuat suprise sandwich/suprise chocolate boxes atau ingin menjana pendapatan bersama Ashrin Food atau ingin memborong sandwich atau mencari sandwich vendor untuk diletakkan di tempat anda, sila hubungi pihak ASHRIN FOOD :-

1.  Direct wassap ke http://ashrinfood.wasap.my  /   0124746867
Atau
2.  Email ke ashrinfood@gmail.com
Atau
3.  Anda boleh buat pembelian melalui Fb kami:  Ashrin Food


Kalau korang nak tengok semua jenis sandwich yang Ashrin Food ada, korang boleh tengok sama ada diwebsite dorang atau FB, IG. dibawah ni sha sertakan link untuk korang, check them out!

Facebook :  https:// facebook.com/PembekalSandwich/
Instagram :  https://www.instagram.com/ashrin_food/
Youtube :  https://www.youtube.com/channel/UCAFl8lY7N80Z5Wr0SFFjTIg/about?view_as=subscriber
Twitter :  https://twitter.com/AshrinSandwich
Email :  ashrinfood@gmail.com

-----------------------------------------------------------------------------------

**AGENT DIBUKA:
Berminat nak tambah pendapatan sampingan? Nak jana income? Hari-hari nak duit masuk bank? 

Jom jadi agent Ashrin Food.  Anda takkan rugi, sebab tak perlu simpan apa-apa barang. Tak perlu jual apa-apa. Hanya marketing atau promosi atau dapatkan pelanggan yang berminat nak beli sandwich! Anda pun masyukkk.  Komisen dapat, bonus pun dapat diakhir tahun ! Wow. Bestnya jadi agent!

Agent di kuala lumpur ke? Tak kisah. Kalau anda tinggal di Pahang, penang, sabah dan mana-mana sekalipun tetap boleh jadi agent. Boleh promosi dan jika customer di KL nak order, anda tetap untung! 
Boleh hubungi segera untuk Agent.