FOBIA : ROUNDABOUT


Assalamualaikum

FOBIA : ROUNDABOUT | Hi, walaupun internet masih buat perangai tapi ku gigihkan juga nak create blogpost, semoga cepat cepatlah sha dapat laptop sendiri so bolehlah berblogging even kat rumah haha. ok back to the topic, ya sha seorang yang fobia dengan roundabout. macam pelik tapi benar.


back to 2015, sorang daripada schoolmate sha which is orang kampung sha masuk hospital sebab sakit yang tak ingat dah haha. so kitaorang macam jom lah pi ziarah dia kat hospital. dia dirawat kat hospital sultanah bahiyah, alor setar. so adalah dalam 7 orang yang nak pi tu, kereta boleh naik 5 orang ja haha so sha dengan kawan sha lagi sorang naik motor huhuk. everything goes well until waktu balik! time tu rasanya memang dah pukul 6, and normal lah sesak kan orang balik kerja. kitaorang behenti GIANT makan nasik dulu! hahahaha kitaorang makan set nasi uncle jack, dapat agar agar hahaha dah settle makan nasik barulah nak balik rumah, niat nak bawak balik agar agar tu balik ke rumah.

masa kat roundabout depan stadium, Allah..... sha memang duk belakang ja, benda ni macam cepat gila jadi. tengok tengok dah tertiarap atas tar!!!! tapi memang bukan salah kitaorang, yang langgar kitaorang tu dia rasa, so kes ni boleh jadi kes langgar lari lah kan hahaha. pemandu tu perempuan, chinnese. ada yang tolong kejar kereta tu (weh terharu gila). syukur sangat macam ramai yang tolong kami, sha ok ja sebab rasa macam takdak luka kecuali kat situ sebab terhempas kan. dengan motor yang agak teruk sebab handle dah gelong semua. kawan sha teruk dari sha sebab kena kat muka. ada lah satu family yang tolong kami ni, sampai ke hospital lama. dah settle semua dorang balik dan mak ayah kawan sha mai, sha pun call lah sepupu sebelah rumah bgtau excident kan, dia macam cuak gila haha tapi cakap dah semua ok ja. 

masa kena rawat tu macam urrrrrrghhhh gila, sha mintak nurse perempuan tolong rawat, sebaik boleh, sampai duk cakap cakap dia inject hahaha sha actually okay je, dia cakap kena inject takut kancing gigi nanti lepas tu dia ada spray something yang pedih gila hahahaha nak menangis rasa tapi sis ok T.T lepas semua settle tunggu ubat kan, sha baru perasan yang kain sha terkoyak kat lutut hahaha adoi kena pulak lagi sekali sebab nak bagi cepat luka lega, kena cuci kan pe semua. settle balik rumah, semua orang tunggu hahahahaha ingat teruk sangat kot :p 

since that day sha memang tak berani dengan roundabout, tak kira lah naik motor ka kereta ka lori ka hahaha memang takberani, masih terasa saat saat terjatuh apa semua tu. haritu ada satu hari, jalan yang kitaorang nakpi ni kena lalu roundabout, sha tukar dengan kawan suruh dia bawak motor hahaha lepas dari roundabout takpa sha bawak balik. walaupun tu roundabout kecik ja, dia tetap roundabout huhuhu.

sekian, kbai!

5 comments:

  1. Hana pulak fobia dengan escalator~ huhuh T_T

    ReplyDelete
  2. owhhh sebab tu....kena selalu guna roundabout..mesti takkan fobia dah

    ReplyDelete
  3. Selamat sha ok kan walau luka sana sini. Kalau kak ana pun fobia juga. Skrg ni kak ana fobia naik lif pula sbb kes stuck dlm lif tetiba. Huhu

    ReplyDelete
  4. Uish.. Akak yang dengar pun seriau..

    ReplyDelete