TUDUNG CHIFFON VOILE BY_FARHANIMISMAIL

13:30


Assalamualaikum.

TUDUNG CHIFFON VOILE BY_FARHANIMISMAIL | Hi, perempuan dan tudung memang tidak dapat dipisahkan? so last year punya post (ececece) sha ada cerita sikit pasal tudung yang sha tengah gila gila ni [BACA SINI]. sekarang sha baru ada 2 helai tudung jenis ni pastu duk rasa macam nak ulang ulang pakai tudung ni setiap hari -_- sha sebenarnya ni bukan kali pertama beli tudung online, haha tudung pun beli online ye sapikah. padahal kalau walk in kan lebih murah. 

sha ni jenis yang taksuka pakai tudung corak corak. bukan taksuka tapi more to taksesuai dengan sha. sha ada jugaklah beli tudung yang corak tapi huduh kemain dengan sha hahaha so sejak kejadian sha memang takbeli dah tudung corak, kalau ye pun beli pakai sekali dan bagi kat makcik or kawan kawan. sekarang sha dah takpakai shawl sebab macam letih nak kena lilit - lilit so kalau bawal lebih mudah.

oh dorang cakap perempuan pakai bawal lebih cantik hahaha oklah kan boleh jadi cantik. banyaknya bebel hahah tak mulakan lagi pasa tajuk. so sha decide nak beli tudung dari ig @by_farhanimismail ni dan kebetulan dia memang stay area tempat sha ja so boleh cod! yayayayay! sha pun pilihlah tudung yang sha nak, semua cantik cantik rasa nak angkut ja semua ha. ni tudung first sha beli dari ig tu


ni gambar semalam dengan supina, best tau tudung ni sebab dia takpanas dan takjarang. ni kali kedua sha pakai sebab taktau nak matching dengan baju warna apa haha apatah motif beli tduung tak matching warna dengan baju gi kerja huwaaaaa.


yang ni pulak tudung yang kedua, oh ya sha yang belakang, yang depan tu menyibuk je hahaha. gambar ni sha selfie lepas sha berjalan + berlari kat tasik haritu, hello kalau tudung lain mau terkelepek habis semua dah hahaha, ni mantain onpoint tau.

tudung ni sehelai RM10 ja, tapi yang sedih ada bawal bidang 45 je, kalau ada bidang 48 memang best hahaha. lagi satu sha kalau pakai tudung taksuka letak starch. ok bukan taksuka tapi takpandai hahahaha, so kalau tu dah start takjadi memang jadi khazanah alam jelah dia dalam almari sha. banyak 


kalau korang yang tau secara details bolehlah usha ig tudung ni


**bukan paid review, semua ni atas padangan saya sendiri

You Might Also Like

22 Comment(s)

  1. Siqah baru je beli tudung bawal hari tu. Harga RM10 jugak satu. Dah lama gila tak pakai bawal dan lepas pakai tudung tu, rasa macam nak beli bawal je pulak lepas ni.

    Nanti nak terjah ig yang dimaksudkan ini :)

    Samalah kita. Lebih suka pakai tudung plain drpd bercorak :)

    ReplyDelete
  2. tudung bawal tak lapuk dek hujan hehehe , nak usha jugak lah ig tudung tu

    ReplyDelete
  3. Comel.. Lamanya tak pakai tudung bawal.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Kak ana skrg jarang pakai bawal sebab rasa kembang semangkuk muka tu. Lebih selesa bershawl. Tp kadang2 kalau malas nak lilit pakai juga bawal tp pakai ala shawl juga.

    ReplyDelete
  5. hahha cantik kalau bawal chiffon ni cuma stress la bila kena angin haha sbb lembut ngatt

    ReplyDelete
  6. Comel tgk org pkai bawal...tp kalau akak pkai sure senget2 and terkelepet merata2

    ReplyDelete
  7. Tudung bawal ni memang selesa. Senang nak bentuk.

    ReplyDelete
  8. Saya antara yg suka jugak beli online. Tp betul la shawl nk lilit2 tak pandai. Yg geramnya tk sekemas org lain pakai. Corak2 pun saya tk gemar sebab nk sesuaikan dgn baju agak ambik masa. So kalau tudung satu warna saja lebih senang dan mudah senang hati.

    ReplyDelete
  9. haah bawal ni dr dulu sampai skang still orang pkai... semua versiion berubah mengikut zaman...

    ReplyDelete
  10. so cute you wearing it,
    I think it is good for iron-free girl like me!

    ReplyDelete
  11. Murah jugak RM10 untuk bawal tu. Dulu masa tka reti pakai shawl, memang tudung bawal je sepanjang waktu. Senang sangat nak pakai

    ReplyDelete
  12. nampak macam selesa, i suka yang tak panas dan jenis tak berkedut sebab I malas betul na gosokk

    ReplyDelete
  13. Lama dah tak mem'bawal..nak bentukkan dah tak reti..la ni pakai yg instant..ade gak koleksi chiffon , tapi bila pakai tak menjadi..addoiii...

    ReplyDelete
  14. wow didnt know got so many types of tudung!

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  15. Comel je Sha pakai..:D. Sis pun banyak jugak beli tudung..pantang tengok beli, tapi jenis yg senang guna,tak suka yg lilit2 tu..

    ReplyDelete
  16. Kita pun suka tudung plain tak suka corak... t nak tinjau yg ni... nampak cantik dan lembut...

    ReplyDelete
  17. Suka juga pakai tudung bawal senang nak match dengan baju sebab warna dah pebagai sekarang.

    ReplyDelete
  18. Tudung 4 segi ni memang selesa. Senang je pakai. Nak cantik senang je. Tengok material apa yg sesuai untuk bentuk muka kita. Ada org suka crepe sebab dia keras skit dan senang di bentuk. Kalau akak pakai bawal, akak suka satin. Sebab dia cam cantik. Haha

    ReplyDelete
  19. Murahnya RM10. Patotla rasa nak borong semua kan. Memang lebih mudah beli yang kosong. Penat nak matched nanti berjam2.Hehe

    ReplyDelete
  20. Eh eh, memang alang-alang tengah mencari tudung bawal. Imma bawal person.

    ReplyDelete
  21. Ala.. takde bidang 60 ye? Cantik dah tu. Yang penting, awning tu jadi. Haha

    ReplyDelete

Followers