CINTA HATI BATU (2017)


Assalamualaikum

Cinta Hati Batu (2017) | Cinta Hati Batu merupakan sebuah drama sebanyak 13 episod terbitan Primeworks Studios yang diadaptasikan daripada novel One Day You'll Be Mine. Pelakon utama ialah Ashraf Muslim, Aishah Azman dan Fadlan Hazim. Ditayangkan di TV3 bermula 28 Disember 2017, setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam di slot Lestary TV3.

Cinta Hati Batu

CINTA HATI BATU

PENGARAH : AMOR RIZAN
PENULIS NOVEL : INAWZA YUSOF 

BARISAN PELAKON :-
Aishah Azman,Ashraf Muslim,Fadlan Hazim,Indah Emeerlda,Farisha Irwayu,Fazren Rafi,Ardell Aryana,Sasqia Dahuri,Nadzmi Adhwa,Shahriza Mahmud


SINOPSIS CINTA HATI BATU

Mengisahkan Anith Fitriah (Aishah Azman) yang berkahwin dengan Dzul Ehsan (Ashraf Muslim)  atas aturan keluarga. Namun perkahwinan mereka langsung tidak mewujudkan perasaan kasih sayang. Anith Fitri masih tidak dapat melupakan kisah cinta silamnya dan terus menyalahkan diri sendiri bila dia menyebabkan kematian tunangnya Nik Afezal (Fadlan Hazim) dalam satu kemalangan kereta. Ehsan pula tidak mempedulikan orang di sekelilingnya termasuk anaknya Aya.  Tanpa keserasian, mereka membuat keputusan untuk bercerai. Malah hubungan mereka bertambah baik. Fitri juga masih mengambil berat tentang Aya.  Tiba-tiba, Fitri dikejutkan dengan kemunculan Nik Afezal yang disangkanya telahpun meninggal dunia. Rupanya semuanya telah dirancang oleh keluarga mereka. 


2 comments:

  1. tak tengok drama yg ni..duk layan kekasih paksa rela skrg ni..haha..kemaruk sungguh dengan cerita hat ni..

    ReplyDelete