RESEPI SANDWICH TUNA UNTUK ORANG PEMALAS


Assalamualaikum

RESEPI SANDWICH TUNA UNTUK ORANG PEMALAS | Hi! lamanya tak update blog sebab busy sangat awal awal tahun ni banyak pulak kerja. jeng jeng jeng sha nak share resepi sandwich tuna, haha buat sandwich pun nak bagi resepi ka. haritu tanpa angin dan ribut, tiba tiba teringin nak makan sandwich, selalu kalau sha teringin nak makan apa, sha cari kat kedai ja malas nak masak sendiri haha tapi bila dah cari tak jumpa hm kebetulan petang tu balik kerja pi kedai nampak satu benda ajaib ni :p

terus ambik dan pi bayar tanpa menoleh ke belakang lagi, oh tak lupa jugak beli roti keping tu. yang bawah ni bahan yang sha buat untuk kali ke berapa entah haha tapi tin tuna yang kedua la. so siapa yang nak makan sandwich dan pemalas macam sha bolehlah ikut resepi dibawah okey!

Bahan - Bahan :-
1. Tuna Mayones (Ayam Brand) - 1 tin 
2. Roti beberapa keping 
3. Majerin/Planta

 

Hiasan :-
Timun dan Cili Merah

Cara Cara Membuat Sandwich :-
1. Potong tepi - tepi roti tapi kalau taknak potong pun ok ja
2. Potong cili dan timun
3. Masukkan "tuna mayones" dalam mangkuk dan gaul dengan cili merah
4. Sapu majerin kat roti
5. Sapu tuna mayones yang dah digaul dengan cili tu kat roti, letak lah banyak mana korang nak
6. Hias dengan timun or korang boleh je nak letak salad or apa apa yang korang nak
7. Potong dua and done!



mudahkan uolls? sebenarnya mudah sangat cuma sha takreti terang je, tapi try buat sendiri mesti rasa mudah tu macam mana :p yang yakin dan pasti adalah sedap dan mengeyangkan. semalam sha buat sandwich ni guna 1/4 tuna tin tu dapatlah 6 segitiga sandwich tu hikhikhik





17 comments:

  1. bila lapar, biasa la kan, sandwich pun jadila! hehe

    ReplyDelete
  2. haihhh baca resipi ni terus rasa nak pergi beli tuna. Dari haritu craving tapi malas nak beli hahahhaa

    ReplyDelete
  3. macam mana pun tetap sedap...

    psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #33. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2018/01/senarai-url-blog-33.html

    ReplyDelete
  4. guna tuna mayonis tu mmg senang nk buat..fav juga

    ReplyDelete
  5. Potong cili baru ummmphhhh , hahaha.

    ReplyDelete
  6. Huhu nampak sedap,, tp mesti pedas kn

    ReplyDelete
  7. kalau kena gaya ni memang sedap sandwich tuna biasa-biasa macam ni.. tak payah nak fancy2 sangat pun yang penting sedap dan mengenyangkan.. kan..? hehehehee.. :)

    ...

    ReplyDelete
  8. Kalau kak ana sedap dh tu. Tp kalau husband kak ana wajib bakar dalam sandwich maker dulu. Baru ngam kata dia.

    ReplyDelete
  9. simple pun sedapp dan Ayam Brand penyelamat orang malas tapi lapar hehee

    ReplyDelete
  10. eh apa yg malasnya tu.. hehe. sedap tau mkn sandwich. my fevret!

    ReplyDelete
  11. Eish tengah lapar-lapar ni jumpa pulak sandwich tuna entry ni, terus bunyi perut bertukar genre dari tradisional ke rock hihihi

    ReplyDelete
  12. Suka juga buat macam nie bila dah tak ada idea.. Cepat dan mengenyangkan..

    ReplyDelete
  13. Paling mudah dan paling cepat habis pun ya haha. :P Thanks for sharing sha.

    ReplyDelete
  14. selalu beli ja,sedap. rupanya senang ja

    ReplyDelete