5/30/2018

BOOK MALINDO MELALUI ONLINE!

by , in

Assalamualaikum

BOOK MALINDO MELALUI ONLINE! | Hi korang! korang tau tak yang Malindo Airlines ni satu airline lain milik Malaysia dan headquarters dia ada di Petaling Jaya Malaysia. dan kalau korang nak tau sejarah nama Malindo tu muncul, Mal dari perkataan Malaysia lepas tu Indo dari perkataan Indonesia. Bila digabung, jadi Malindo. Ini nak menunjukkan kolaborasi asal Malaysia dan Indonesia. Malindo Air ni dia akan fly dari KLIA 1 atau pun Subang Airport Skypark. Malindo ni tak termasuk dalam golongan low cost airline pun so sebab tu dia fly dari KLIA 1. 


Mula – mula Malindo ni buat flights pergi domestik je tapi makin lama Malindo pun banyakkan dia punya route and start fly pergi kat negara jiran macam Thailand, India, dan Indonesia of course la sebab ada collaboration. Lepas tu ada fly pergi Singapore and Nepal and Dhaka jugak. Ini semua plan masa tahun 2013. Tapi sekarang ni route dah memang makin banyak sebab diorang fly pergi ke Australia, Pakistan and Sri Lanka jugak. Dah almost 40 destinasi dah diorang buat untuk passengers diorang. Lepas tu sekarang ni ada 800 penerbangan yang terbang ke 40 destinasi setiap minggu. Hebat kan? Tak cukup dengan tu, diorang siap ada plan nak expand lagi route diorang untuk cover lagi banyak kawasan di Asia ni. Jadi kita boleh la tunggu tengok mana lagi tempat diorang akan masukkan dalam senarai. Boleh kita semua fly pergi tempat tu guna airline tempatan kita. 


Malindo ni tak tersenarai as penerbangan low cost tapi diorang sangat yakin dan bangga dengan harga yang menarik perhatian pelanggan, penerbangan yang on time and also customer service diorang yang sangat bagus tak kisah la masa dalam flight ke or masa on the ground. Malindo Airlines online booking ada je diorang sama macam airline lain. So senang boleh check destination yang korang nak and timing yang ada and harga. Dia akan ada harga untuk business class and also economy class. Tapi korang kene sentiasa alert dengan promo diorang sebab kadang – kadang diorang akan buat promo dimana diorang jual tiket business class tu at harga economy class. Hei untung sangat tu ok sebab not only kita akan dapat seat yang lagi besar tapi benefit lain pun semua extra. So memang kene sentiasa tengok website diorang untuk promo. 

Kalau business class diorang, korang boleh dapat seat yang sangat selesa sebab seat korang tu nanti korang boleh recline and korang akan dapat legroom sebesar 32 inci. Sesuai sangat untuk siapa yang tinggi and kaki panjang tu. Kalau business class legroom korang lagi besar. Another thing best pasal Malindo ni is that diorang ada in-flight entertainment. Tapi untuk business class, korang punya skrin tu size 11 inci. Semua skrin ini akan penuh dengan semua movie baru and tv programme and games jugak. Kejap je korang rasa flight tu nanti.


Malindo ada jugak offer Wifi untuk siapa yang perlu guna. Tapi kene bayar sikit la. Korang boleh beli masa korang purchase tiket or masa korang dalam flight tu. Nanti sambil dalam flight tub oleh post insta story yang korang ni tengah berada di awan. Satu lagi benda best pasal Malindo ni, korang akan dapat free luggage allowance. Tapi allowance tu mungkin akan berubah depending korang nak pergi mana. Tapi majority untuk economy class korang akan dapat standard hand luggage 7 kg and korang boleh check in another 25 kg. Kalau business class, korang akan dapat hand luggage 10 kg and check in 40 kg. 

Malindo ni akan kasi makanan untuk korang jugak tau. Kalau flight korang less than sejam korang dapat air jelah. Tapi kalau antara 1 – 3 jam korang akan dapat air and snack. Kalau lebih dari 3 jam korang akan dapat air and makanan lengkap.  So dengan harga yang korang bayar untuk tiket Malindo and benefit yang korang dapat memang sangat untung. Siapa yang tak pernah try fly dengan Malindo, maybe the time is now. Boleh experience benda baru and boleh support local company at the same time. Best kan Malindo ni? lepas ni kalau nak travel mana mana memang book Malindo Airlines lah!

ps : korang pernah try guna Malindo Airlines tak?

5/28/2018

DONE MAKEOVER BLOG!

by , in

Assalamualaikum


DONE MAKEOVER BLOG! | Hi! fuh~ harini kan tiba tiba internet laju hahaha sha pun apa lagi ambik kesempatan la nak edit blog. dah lama sebenarnya nak makeover blog ni tapi disebabkan kekangan masa dan juga internet yang slow sha malas nak hilangkan mood sendiri. banyak kali jugak la tadi duk tukar theme blog, susah betul nak jumpa yang berkenan di hati. yang ni pun kurang berkenan tapi dah penat so pakai je la yang ni. sha takdak simpan pulak screenshot blog yang berwajah lama hahaha tapi yang wajah baru yang sekarang la :p

sha siap tukar header lagi tau! gigih dari pagi buat header tapi takberkenan haih la perempuan perempuan.

first try :-


rasa macam tak kena sebab ada bingkai tu huhu

second try :-

tak png T____T suka jugak la yang ni ha

last try :-

sha macam ahhh sudah elok ke tak guna je dah letih! hahahahahaaha


header lama ;-


masih mengekalkan tagline sha "work hard, smile often & be kind!" dan tukar si kura ke si penyu. saja tambah crown sikit nak ala ala princess gituh kan. disebabkan bulan puasa takbusy sangat, sha menghadap yang ni je lah. settle dah, nak tengok drama pulak. bai!

ps ; korang suka header yang mana?



5/28/2018

LIRIK LAGU ORIGINAL SABAHAN | ATMOSFERA FT FLOOR 88

by , in



LIRIK LAGU ORIGINAL SABAHAN

Saya Ini Original Sabahan
Mantad Kampung Nuntunan Apin - Apin
Jangan Koti Kau Tidak Percaya Saya
Menyesal Nanti Bila Kau Dengar Ini

Odoi Sayang, Kau Mahu Saya Sikut
Tu Gunung Kinabalu  Sama Sungai Pagalan
Baru Kau Mau Percaya Dengan Kata Kataku
Saya Original

Andeh Kotoh Mimboros Oku Dusun
Karati Ko Po Nangku Onu Ti Borosonku
Noruko Tu Kongingis
Ko Do Nokorongou
Dusun Mantad Keningau

Saya Ini Original Sabahan
Mantad Kampung Nuntunan Apin - Apin

Odoi Sayang, Kau Mahu Saya Sikut
Tu Gunung Kinabalu  Sama Sungai Pagalan
Baru Kau Mau Percaya Dengan Kata Kataku
Saya Original

Andeh Kotoh Mimboros Oku Dusun
Karati Ko Po Nangku Onu Ti Borosonku
Noruko Tu Kongingis
Ko Do Nokorongou
Dusun Mantad Keningau

Odoi Sayang, Kau Mahu Saya Sikut
Tu Gunung Kinabalu  Sama Sungai Pagalan
Baru Kau Mau Percaya Dengan Kata Kataku
Saya Original

Andeh Kotoh Mimboros Oku Dusun
Karati Ko Po Nangku Onu Ti Borosonku
Noruko Tu Kongingis
Ko Do Nokorongou
Dusun Mantad Keningau

5/27/2018

BANYAKNYA DRAMA MELAYU!

by , in

Assalamualaikum

BANYAKNYA DRAMA MELAYU! | fuh akhirnya dapat jugak update blog pakai pc haha bukan busy sangat tapi more to taksihat, dari kulit gatal gatal ke sakit perut haish dugaan betul puasa tahun ni. dengan pakej takberapa ada selera nak makan huhu. ok dah dah, jom cerita pasal tajuk tu. sha taktau lah sha je ke yang perasan benda ni tapi memang banyak betul drama melayu sekarang hahaha sha sampai taksempat nak ikut setiap drama la cerita dia. bawah ni sha listkan drama yang sedang ditonton dan akan ditonton (mungkin)

SEDANG DITONTON

1. Rahsia Hati Perempuan


Sha dah blogpost pasal drama ni. tbh sha suka gila drama ni walaupun geram selalu dengan mira filzah hahaha i mean watak dia kat dalam drama tu. sebab sha suka drama ni sebab mengenai friendships. full sinopsis - BACA SINI

2. Klik! Pengantin Musim Salju


SINOPSIS : Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?

drama ni pun best! sebab nana dengan alif memang gandingan yang mantap la kan. suka tengok alif, dia punya mengusik tu nampak natural hehe


3. Makmum Yang Paling Aku Cinta


SINOPSIS : Mengisahkan tentang seorang gadis bisu yang cantik dan digilai ramai, Nailufar . Kisah bermula apabila seorang datuk telah jatuh cinta kepada gadis bisu tersebut dan ingin mengahwininya. Tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk itu, anaknya (Amru) bertindak menyiasat perkara itu. Namun keadaan menjadi semakin keliru apabila Amru mula merasa kesian dengan Nailufar setelah menyelamatkannya dari menjadi mangsa pemerkosaan Nabil (lelaki nakal di kampung).

Apakah kesudahan kisah ini apabila Amru merahsiakan perkahwinannya dari pengetahuan bapanya?

sha boleh habiskan 6 - 7 episod sekali tengok cerita ni, dia punya teringin nak tau tu peh takleh dibendung hahaha, kadang tengok kat tempat kerja kan pastu sambung tengok kat rumah :p lakonan bella dally dengan nazrief memang masuk dan best sangat uolls!


AKAN DITONTON 

1. Bila Aidil Ada Fitri


SINOPSIS : Hanya Fitri Syafia saja yang berani mengunci tuan rumah di luar rumah dalam keadaan separuh bogel. Siapa yang tak bengang? Aidil Harith memang bengang, tapi pertemuan yang tak dijangka antara Fitri Syafia dengan Aidil Harith membuatkan hari-hari yang mendatang meriah seperti suasana Hari Raya Aidilfitri! Permintaan Datin Mariam yang merupakan ibu kepada Aidil untuk menjadikan Fitri sebagai PA selama sebulan menambahkan lagi perisa kepada hubungan ceria kedua-duanya. tetapi tiba-tiba ada lelaki lain yang lebih cepat menghantar rombongan meminang Fitri pada 1 Syawal. 

Masihkah ada peluang untuk Aidil dan Fitri bersatu seperti Hari Raya Aidilfitri?

cerita ni bukan tak best, best siap kelakar lagi tapi mungkin faktor pelakon kot :p sha tengok 2 episod pastu dah takboleh teruskan dah hahaha


2. Nur (TV3)


SINOPSIS : Mengisahkan Adam, anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal yang jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Nur. Namun, percintaan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Adam. 

Adakah mereka mampu untuk mengharungi ujian ini?

sha ada baca review pasal drama ni, memang banyak positif feedback. semua cakap best tapi kenapa pukul 10??? sha dah masuk waktu tidur dah time tu ha :p dah la ada capik kyle. nak kena tengok jugak la lepas ni


3. Halalkan Hati Yang Ku Curi


SINOPSIS : Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. 

Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?

the main reason tak tengok drama ni adalah sebab waktu nak berbuka hahaha, time ni sha duk gaduh dengan syazwan sapa nak potong murtabak sapa nak sediakan air apa semua mana sempat nak tengok tapi tengok pelakon macam best. soon ok :p



sha ni memang sejenis manusia yang gilakan drama pun, ni baru drama melayu belom kdrama lagi tapi bulan puasa ni memang kurangkan kdrama sebab dorang selalu buat aksi aksi hahaha takyah cerita la. drama melayu pulak memang kalau bulan puasa ni banyak drama yang banyak pengajaran la kan. tapi! yang sha paling taksabar sekarang nak tengok andainya takdir 2!!!!!!! 

5/26/2018

NASI KERABU - DAPAT TIME PUASA JE

by , in

Assalamualaikum

NASI KERABU - DAPAT TIME PUASA JE | Hi! entry kali ni pun pasal makanan jugak hehe biasalah bulan puasa ni, banyak betul makanan yang nak dicuba & terbeli tapi takmakan pun? πŸ˜ͺ so harini sha berbuka dengan nasi kerabu! sha tak ingat tahun bila tapi sha pernah the whole ramadhan iftar makan nasi kerabu. ok so crazy πŸ˜‚ rasanya masa tu form5 ke form4. biasalah time tu beli apa semua guna duit family ken :p


so petang tadi hujan, sha balik kerja siap tertidur tau haha pastu bangun pkul 6 lebih macam tu pi bazar. tu pun sebab hujan dah behenti. ingatkan dah takdak apa lah kat bazar tapi redha jelah. sampai je bazar ramai lagi orang πŸ˜‚ sha pun macam blank gila petang tadi, nampak nasi kerabu terus beli.

selalu orang cakap orang kedah makan nasi ulam kan? but not meπŸ˜‚ sha tak lalu nasi ulam and more to nasi kerabu πŸ˜‹ sha pun cakap lah nak nasi kerabu macam kat atas tu. RM6.50, rasanya ok kot sebab banyak.

alhamdulillah kenyang, takmenyesal beli πŸ˜‚ rasa pun sedap as always gitu. makcik ni jual nasi kerabu bulan puasa je, bulan biasa jual nasi lemak dan nasi lemak dia pun sodap! 

oklah sekian untuk kalini, korang suka nasi kerabu ke nasi ulam? πŸ˜‹

ps ; sha takmakan budu
5/26/2018

MURTABAK KUAH GULAI?

by , in

Assalamualaikum

MURTABAK KUAH GULAI? | Hi! lamanya taksinggah kat sini πŸ˜‚ so sapa kat sini suka murtabak? kalau macam sha, kalau bulan ramadhan wajib berbuka dengan murtabak kecuali hari hari terakhir ramadhan mesti murtabak cepat habis dan taksempat beli hahahaha 

beberapa hari lepas sha ada nak try murtabak kat satu kedai ni, sha beli satu je sebab first try kan.


ha ni lah murtabak yang sha beli tuπŸ˜‚ takyah la tengok murtabak tu, karang terliur pulak. hahaha so ni first time sha beli murtabak dapat kuah gulai ni. haritu ada jugak tengok kat twitter, dorang gaduh murtabak sedap dimakan dengan gulai or sirap bawang πŸ˜‚πŸ˜‚

so lepas rasa murtabak ni, tu lah kali pertama dan terakhir sha beli rasanya. ya murtabak dia pun eshe eshe je hehehe ditambah pulak dengan kuah gulaipulak kan. tak kena selera saya πŸ˜‚

so siapa geng sha? murtabak ft sirap bawang πŸ™‹πŸ»πŸ™‹πŸ»πŸ™‹πŸ»

okbai 😘
5/24/2018

LIRIK TAK PERNAH HILANG | AMYLEA x KAER (OST DRAMA NUR TV3)

by , in


LIRIK LAGU TAKPERNAH HILANG | AMYLEA x KAER

tiada siapa yang pernah tahu
tiada siap yang pernah rasa
biar mereka coba mau
coba ada denganku

mestikah kau perlu menjauh
mestikah kau perlu menghalang
perasaan yang pernah datang
yang tak pernah hilang

aku yang merindumu
selalu menantikan dirimu
yang selalu memahami
tiap getar hatimu

aku yang merindumu
selalu menantikan dirimu
yang selalu memahami
tiap getar hatimu

jika aku yang engkau ingin
ku nantikan satu jawaban
perasaan yang pernah datang
yang tak pernah hilang

aku yang merindumu
selalu menantikan dirimu
yang selalu memahami
tiap getar hatimu

aku yang merindumu
selalu menantikan dirimu
yang selalu memahami
tiap getar hatimu

aku yang merindumu
selalu menantikan dirimu
yang selalu rindu
yang selalu menantimu
5/19/2018

UPDATE KEHIDUPAN : JANGAN MAKAN UDANG

by , in

Assalamualaikum

UPDATE KEHIDUPAN : JANGAN MAKAN UDANG | Hi korang! rasa macam laju je harini dah hari ketiga puasa. baju raya sha kain dah beli tapi takpi tempah lagi, taktau la orang nak ka dak lagi kan hahaha kalau takdak yang nak buat terpaksa la beli yang dah siap huhu. tapi sebenarnya harini nak cerita pasal kejadian semalam. semalam kan sha ada update yang sha masak udang untuk sahur (BACA SINI : UDANG GORENG SOS) pastu pagi tu okay lagi, tapi bila balik kerja sha tengok muka kat cermin sisi nampak ada bijik bijik. sedih lahai hahahaha 

ni muka first ramdhan. pi bazar pakai mende bedak tebal tebal nanti ada yang berjejak kasih kat situ habis bedak den hahahaha so macam ni jelah pi bazar pun :p


dan ni rupa pagi ni, dia naik macam bijik bijik tu, hm sedih. hahaha baru nak acah flawless sikit pi bazar takpakai bedak, petang semalam lagi teruk ni sebab gambar pi kerja so pakai pondesyen tu yang taknampak sangat :3

benda ni jadi sebab makan udang gais, tak sangka nak naik sampai ke muka pulak kalini, selalunya jadi kat tangan kaki je. ha kali ni sekali muka kot. dan sha tau sha takboleh makan udang nanti gatal tapi sha suka udang? suka sangat! hmmm how??????

#siskonpius #sistakokay 

okbai..



5/18/2018

DRAMA : RAHSIA HATI PEREMPUAN

by , in

Assalamualaikum

DRAMA : RAHSIA HATI PEREMPUAN | Drama ni mengisahkan tiga orang sahabat - Ilaina (Mira Filzah) , Zayn (hisham Hamid) dan Mikael (Fikry Ibrahim) yang berkawan sejak kecil lagi tetapi dorang terpisah kerana Ilaina berhijrah ke luar negara. Lepas 15 tahun, Zayn dan Mika ke Australia untuk mengubati kekecewaan Zayn yang tak jadi kahwin dan dorang bertemu kembali. Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael. Ayah Ilaina ingin menjodohkan Ilaina dengan Mika tetapi tidak dipersetujui oleh ibu Ilaina. Apakah kesudahan cerita tiga sahabat ini? 


Tajuk : Rahsia Hati Perempuan
Mula Tayangan : 14 Mei 2018
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 malam
Siaran : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123)
Jumlah Episod: 28

Pelakon : Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Neera Azizi, Ziha Salleh, Nadya Syahera, Natasha Elyzz, Duerra Mitilda, Redzwan Adha, Shah Faris

--------------------------------------------------------------

setakat harini (18 May) dan baru episod 4, sha dah suka dah dengan cerita ni. dengan bertemakan persahabatan dan percintaan memang menarik perhatian sha, biasalah kalau bersahabat lelaki perempuan ni selalunya mesti ada yang jatuh hati. taksabar nak tengok next next episod, btw lakonan fauziah ahmad daud dalam cerita ni memang buat sha rasa nak marah hahaha, korang nak tau sebab apa kena tengok la :p

5/18/2018

RESEPI : UDANG GORENG SOS CAMPAK CAMPAK

by , in

Assalamualaikum

RESEPI : UDANG GORENG SOS CAMPAK CAMPAK | hi korang! macam mana second day puasa? ada yang kerja tak harini macam sha? huwaaaa. so semalam punya first sahur sha goreng telur je untuk syazwan dan sha telan oat je hahaha acah macam tahan la, ketaq weh ketaq. so pagi tadi sha pun masak la udang campak campak ni. sebab sha kena jugak makan nasi, takut ketaq lagi haha.

BAHAN - BAHAN :-

Udang 6 ekor (saiz boleh tahan besar jugakla)
Bawang putih & bawang merah - dipenyek lalu dihiris
Sos & kicap - secukup rasa
Garam - secukup rasa
Butter - untuk menumis


CARA - CARA MEMASAK

1. panaskan kuali dan cairkan butter
2. masukkan hirisan bawang putih dan merah
3. lepas naik bau, masukkan udang
4. masukkan sos dan kicap 
5. tambah garam
6. siap!


sebenarnya tak rancang pun nak share resepi ni kat blog tapi syazwan kata sedap dan dia kata sahur esok masak macam ni lagi hahaha sha apa lagi kembang semangkuk la kena puji :p sebab apa 6 ekor? sorang 3 ekor hahahaha ok bai!




5/17/2018

ALHAMDULILLAH DAH JADI SHFYQHAZHR.COM

by , in

Assalamualaikum

ALHAMDULILLAH DAH JADI SHFYQHAZHR.COM | Hi! Selamat berpuasa sekali lagi hehe alhamdulillah rezeki 1 ramadhan kot, blog https://shafyqahazahar.blogspot.my dah jadi http://www.shfyqhazhr.com/ !


a super big thanks to sis hawa 😍 dan taklupa jugak kat aira yang sedarkan sha pasal domain sendiri ni. kalau tak entah sampai bila la takguna domain sendiri. 

harap harap lepas ni lagi konsisten la berblogging, rajin blogwalking dan update blog walaupun internet yang tak membantu. so kalau korang ada niat nak guna domain sendiri tapi takreti macam sha ni, boleh contact sishawa.com πŸ’–

ok bai πŸ’ƒπŸ»

5/16/2018

FLYING WITH SOLO

by , in

FLYING WITH SOLO
Free Public Event in Conjunction
with Launch of Solo: A Star Wars Story


Kuala Lumpur, 14 May 2018 – In celebration of the upcoming theatrical release of Solo: A Star Wars Story, the Star Wars Malaysia Fan Club (SWMFC) is organising a special fan day titled “Flying With Solo” - which is supported by Carousell, the Exclusive Marketplace Platform. Fans of all ages are invited to join in the fun at The School by Jaya One.

There will be a cosplay competition, collector meetups, character appearances, games, a flea market featuring Star Wars related merchandise supported by Carousell and more.

Come dressed as your favourite Star Wars character and stand a chance to win exclusive Star Wars prizes from Carousell. The contest is open to different age groups at the following timings:
        5:00 p.m. – Kids Cosplay Contest (For those under 16)
        5:15 p.m. – Adults Cosplay Contest

Fans will be able to purchase exclusive limited edition Star Wars merchandise on Carousell - where buyers who make at least one purchase via Carousellers on that day will be eligible for a lucky draw prize.

Event Details
Venue:            Level 1, The School by Jaya One
                        72A, Jalan Universiti PJS13,
46200 Petaling Jaya, Selangor
Date:               Sunday, 20 May 2018
Time:              10:00 a.m. to 6:00 p.m.
Entrance:        Free

For more information, follow SWMFC on www.facebook.com/starwarsmalaysiafc  and Carousell on www.facebook.com/carousell.my, or download the Carousell app from the Apply Store or Google Play Store.

5/16/2018

EH ESOK DAH PUASA LA!

by , in

Assalamualaikum

EH ESOK DAH PUASA LA! | Hi! alhamdulillah bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ni. tbh sha cakap tahun ni memang takrasa langsung mood berpuasa, mungkin sebab kita terlalu sibuk dngan PRU14 yang lepas. tapi takut jugak ni cakap takdak mood nak puasa hahaha


takdak mood takdak mood pun, malam ni terawih jangan lupa. sha macam berterawih kat rumah je malam ni, geng belum balik. nak naik motor sorang sorang malam malam boleh cakap la ada jugak karang duk dalam sungai hehehe tapi siapa yang berpeluang berterawih kat masjid tu tolonglah pergi.

azam bulan puasa sha tahun ni nak push diri untuk beribadah lebih dari bulan bulan sebelum ni, takmau tengok kdrama, takmau tengok drama banyak sangat dan takmau tidoq banyak sangat. sleep less pray more~

diakhir kata sha di entry ni, sha nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN - beribadahlah macam ni ramadhan terakhir kita. kalau ada salah silap mohon maafkan ❤️

5/16/2018

LIRIK LAGU HARAM | HAEL HUSAINI DAYANG NURFAIZAH

by , in



LIRIK LAGU HARAM | HAEL HUSAINI DAYANG NURFAIZAH

(Hael Husaini)
Selalu salah salah salah aku
Memilih cinta aku dulu
Mati rasa aku

Dan benar benar benar kali ini
Memilih kamu mencintai aku
Rahsiakan cinta ini
Biar tersimpan hingga sampai akhir nanti

Oh biar rasa ini
Tersimpan hanya untuk aku
Kamu saja tahu
Oh biar rasa ini
Hanya sekadar engkau tahu
Aku ada bila perlu

(Dayang Nurfaizah)
Ternyata benar benar kali ini
Memilih kamu mencintai aku
Rahsiakan cinta ini
Biar tersimpan hingga sampai akhir nanti

(BOTH)
Oh biar rasa ini
Tersimpan hanya untuk aku
Kamu saja tahu
Oh biar rasa ini
Hanya sekadar engkau tahu
Aku ada bila perlu

Kan ku haramkan hati selain diri ini
hu... hu... ho-oh...
Hanya kita berdua

Oh biar rasa ini
Tersimpan hanya untuk aku
Kamu saja tahu
Oh biar rasa ini
Hanya sekadar engkau tahu
Aku ada bila perlu

Kita saja tahu
Kita saja tahu
5/14/2018

DRAMA TONTON : KENYALANG IM IN LOVE

by , in

Assalamualaikum

DRAMA TONTON : KENYALANG IM IN LOVE | Hi korang! dah kembali bekerja ke tu? hehe. cerita dia macam ni, semalam kat tempat kerja sha bosan gila. nak tengok kdrama rasa macam takdak mood pastu saja tengok website yang ada cerita melayu ni, ternampak drama KENYALANG IM IN LOVE. macam menarik, sha apa lagi google la pasal drama ni. drama ni ada kat tonton je hahaha adoi satu hal lah, episod 1 dengan 2 memang free yang lain nak vip punya. sha pun apa lagi sebab episod 1 dan 2 best kan, terus beli vip tonton secara rm3.

SINOPSIS KENYALANG IM IN LOVE



AJ dengan Wanda berkawan sejak sekolah lagi. tapi disebabkan masalah keluarga, Wanda terpaksa pulang ke kampung dia kat Sarawak sana. masa pun berlalu dan AJ pun teruskan hidup dan bertemu dengan kekasih hati dia, Sutra. AJ dan Sutra pun bertunang, bila dah bertunang dorang macam tak sehaluan - Sutra minta putus tunang. Sutra berkawan dengan sorang lelaki ni which is workmate si AJ. si AJ pun ambik keputusan nak ke Sarawak untuk tenangkan fikiran. kat Sarawak lah AJ bertemu kembali dengan Wanda. Aki (tokwan) Wanda dah jodohkan Wanda dengan si Daniel ni tapi Wanda taknak sebab dia cakap dia ada pilihan hati sendiri. Lepas pelbagai halangan yang Wanda dengan AJ lalui last last dorang bersatu jugak! 

PELAKON KENYALANG IM IN LOVE 

Hafeez Mikail - AJ
Ain Edruce - Wanda
Intan Najuwa - Sutra
Anding Indrawani - Daniel
Syaffiq Sahli


"Kau ingat tak aku selalu cabar kau masa sekolah dulu?" "ingat, kenapa?" "sekarang aku nak cabar kau terima cinta aku"



"pada aku mendoakan seseorang adalah cara cinta yang paling rahsia tapi kalau dia bukan jodoh aku, aku akan doakan dia bertemu jodoh dengan orang gila :p"



"kalau kau hilang, aku cari. kalau kau lari, aku kejar"


REVIEW : sumpah cerita ni best sangat! WAJIB TONTON!!! walaupun mula mula nampak mcm dorang tak sesuai sebab ain mcm tinggi dari hafeez kan tapi memang overall best. bestnya tengok AJ sayang Wanda. siapa cakap cinta time sekolah takboleh kekal? (eh)

ok bai!



5/12/2018

LOVE FOR THE MUM ENTREPRENEURS ON MOTHER’S DAY

by , in

Assalamualaikum

LOVE FOR THE MUM ENTREPRENEURS ON MOTHER’S DAY | Carousell, one of the world’s largest and fastest growing classified apps, recently collaborated with Samaritan Women, an empowerment group for mothers and single mums, to promote and help mothers in need to be financially independent.

“Besides being entrepreneurs, their added responsibility as mothers poses a larger challenge. As a mumpreneur, success means being the best mum for your kids and living your dreams while at it. That’s a tough job, but they embrace it,” said Tang Siew Wai, Country Head, Carousell Malaysia.

“Carousell will be listing items and services sold by the entrepreneurs of Samaritan Women in conjunction with Mother’s Day on 13 May 2018,” he added.

Noelle Nah Lian Chea, 35, Founder of Samaritan Women


“I was a single mother for seven years before I remarried. It was tough as I had to raise two children. It took me a while before I could find my feet again to be independent because I understand that my children are my priority and I will need to raise them well regardless of the condition”, said Noelle Nah Lian Chia, 33, Founder of Samaritan Women.

Being a single mother is a challenging task which is why Ms Nah decided to establish Samaritan Women. They help those in need and to ease their burden by providing consultation services and skills training. Since its establishment three years ago, the community has grown and now reaches out to all the mothers in need, regardless of race and background.

While Ms Nah hopes that no mothers will have to endure through hardship, she urges Malaysian mothers looking to establish themselves in business to approach them should they require their assistance through their new Carousell page.

“We also hope that more individuals and organisations would play a part in improving the conditions of single mothers in Malaysia,” she added.

Noelle is also an emcee that provides services for events.

Yvez Koay Poh Ping, 34, Committee Member of Samaritan Women


“Raising my children alone made me realise that it does take a whole village to raise a child. It is mentally and physically challenging especially for single mothers that have to juggle their career and children. I was lucky to be given an opportunity to start my own printing business with the help of others, but not everyone can be as fortunate as I am.”

“It takes time recalibrate during the process as a single mother, and we hope that our experiences will help other mothers to transit as smoothly as possible. Carousell’s involvement in the community is a role model to all organisations on how they can support single parents in need, and we hope that more people can step forward to show their support.”

Evanne Yong Mei Yin, 43, Committee Member of Samaritan Women


“There are many reasons on how a person would become a single parent. The deceased of a loved one or an incompatible partner could be part of the many reasons. I became a widow and had to raise two children on my own. One of my children is a special child that requires attention at all times and that restricted my ability to earn and support my family. Therefore, I could only limit myself to jobs that do not require ample of time or work that can be completed from home.”

“I knew I had to stay strong for my children. I became an insurance agent, a beauty consultant and a beauty product distributor on Carousell and other social media platforms. Carousell made selling as easy as taking a photo and buying as easy as chatting, all in less than 30 seconds. Becoming a single mother  is a stressful and exhausting journey, but I managed to endure through the process.”

“This is why I have dedicated myself to contribute to the Samaritan Women. Many mothers I knew have pondered the same fate as I do and I would like to tell them that regardless of the situation we face, our children will always be our top priority, and I would like to help them through their journey.”




Carousell Malaysia conducting a training recently for the committee members of Samaritan Women to fully utilise the marketplace application

For more information, follow Carousell on www.facebook.com/carousell.my or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store.



5/10/2018

KFC NACHO CHEEZY CRUNCH? SEDAP GILA!!

by , in

Assalamualaikum

KFC NACHO CHEEZY CRUNCH? SEDAP GILA!! | hi korang! semalam sha bertugas kat tempat mengundi, nanti la sha cerita pasal tu. hahaha lepas je settle kerja sha dalam pukul 4 lebih, sha dengan cousin sha decide nak balik, nak isi minyak hahaha biasalah bila dah pi satu tempat tu mesti macam jom nak bawak hang pi makan bla bla. ingat nak makan kat kedai baru tu tapi ramai gila lelaki hahaha segan lah kitaorang. so kitaorang decide nak makan kfc je. sebaik takramai sangat kat kfc tu, ramai jugak la sebab hari cuti kan tapi still takyah tunggu lama. kitaorang nak try yang set baru ni -



taksilap keluar 8 may haritu kot. sebab pagi semalam (9may) tanya adik ada ke belum kat kfc, dia cakap ada tapi dia tak beli - sebab kaklong suruh beli yang snack plate. ok adik ok hahahaha. kejap je tunggu dah siap!

sibuk tu orang nak ambik gambar dia sibuk nak air hahahahaha. 

kitaorang share je set 2 ketul ni, ambik sorang seketul. air pun share hahaha sweet kan? :p bukan apa jimat duit, kitaorang pi jaga tempat mengundi tu semua makanan disediakan, memang takbawak duit. bawak pun untuk bekal bekal jelah hahaha tiba tiba pi makan kfc pulak kan.

MY HONEST REVIEW : 10000/10!!!!! MUST TRY GAIS! tolonglah cepat cepat pi try jangan tunggu promotion ni dah habis baru nakpi makan hahahaha. memang kriuk kriuk lah ayam tu. ditambah pulak dengan cheese yang mengiurkan tu aduhbh sha rasa nakpi makan lagi hahahaha. air pun sedap! perfect combination la cerita dia. korang tolong lah pi makan ok? hahahaha

kitaorang makan dua semalam - muka penat masng masing sehari kat pusat mengundi





5/07/2018

GOT MY RAMADHAN PLANNER!

by , in

Assalamualaikum

GOT MY RAMADHAN PLANNER! | Hi! dah balik tempat nak mengundi ke tu? ke tunggu besok? hihi sha dah start cuti dah esok tapi khamis kena kerja dah huhu. tapi sekarang bukan nak cakap pasal cuti tapi nak cakap pasal barang yang baru sampai tengahari tadi. duk panas panas lagi ni :p

haritu sha ada nampak ramadhan planner kat shopee. ye gais. kalau stalk shopee sha jadi tak keruan hahaha so last last checkout jugak. pastu lepas tunggu tunggu lepas nanti nanti, barang sampai time sha keluar lunch tadi. adoi jadi satu masalah pulak nak tinggal kat sapa hahaha yang pkcik pos laju tu asyik ulang "kalau hilang saya taktau" "kalau hilang saya tak tanggung". pastu sha suruh dia tinggal kat abang kedai depan tu sebab dorang memang kenal sha pun. and finally planner tu dah ada kat tangan sha. sha nak tunjuk gambar je ni, tak sempat nak godek godek habis lagi apa ada dalam tu hahaha.


BAHAGIAN DEPAN 

BAHAGIAN BELAKANG

PLANNER + FREEGIFT (IOLLS SUKA FREEGIFT! HEHEHE)

ok gais. dengan harga RM 22.00 tak termasuk postage (postage : RM 3.04) korang dapat semua kat atas kecuali my business card hahaha. memang oklah kan. and fyi, planner ni besar tapak tangan je so memang senang nak bawak kesana sini. 

MUKA PERTAMA PLANNER

BAHAGIAN DALAM PLANNER

BAHAGIAN DALAM PLANNER


kalau korang nak tau, planner ni sebenarnya untuk dari bulan rejab sampailah syawal nanti. baguskan? tapi sekarang pun dah akhir akhir syaaban dah huhu. sebab baru tau sebab tu baru order aduh. tapi takpalah nanti ramadhan kita guna planner ni sebaik mungkin. sebenarnya banyak lagi benda best dalam tu tapi kalau sha tunjuk semua takbest la kan? korang nak beli? bawah ni sha sertakan link ke shopee :-






ok bai! jangan lupa mengundi rabu nanti hihi


5/06/2018

PERMATA HATI WILAYAH - ZIARAH IBU MUDA DI WAD BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN

by , in

Assalamualaikum

PERMATA HATI WILAYAH - ZIARAH IBU MUDA DI WAD BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN | Hi korang! Korang pernah dengar tak pasal Program Permata Hati Wilayah ni? Mesti korang tertanya tanyakan apa Program Permata Hati ni, cerita pasal batu permata ke? eh no no. Meh sini sha terangkan apa itu Program Permata Hati Wilayah.  Program Permata Hati Wilayah ini merupakan salah satu inisiatif yang diusahakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pihak Wilayah Persekutuan dan aktiviti ini disokong oleh Puteri UMNO Titiwangsa. Program ini dijalankan dengan memberi bantuan kepada ibu-ibu yang baru menimbang cahaya mata khususnya golongan belia.

source : google.com
kalau korang nak tau tujuan program ni dilakukan adalam untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh ibu - ibu yang baru bersalin, tambahan pula ibu - ibu yang baru first time melahirkan. yelah kan semua benda kena beli baru. program ni dilakukan khusus untuk penduduk yang tinggal di Kuala Lumpur. Pelbagai jenis bantuan yang diberikan dan antaranya adalah pakaian bayi, barangan keperluan untuk bayi dan lain 0 lain. walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah seberapa tapi Sha berharap para - para ibu dan bayi dorang rasa dihargai dan  merasa beruntung masih ada masyarakat yang prihatin.

sumber : FB 


Program Permata Hati Wilayah ini akan ke hospital-hospital berdekatan atau yang terpilih untuk melawat ibu-ibu dan bayi mereka . Baru - baru ini, Puteri UMNO Titiwangsa telah ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melawat ibu-ibu yang baru bersalin dan memberikan sumbangan kepada lebih 100 ibu yang bakal dan baru melahirkan anak di situ. Terlihat senyuman dibibir ibu ibu yang berjaya berjuang demi seorang bayi yang mungkin bakal menjadi pemimpin Malaysia pada masa hadapan.

source : google.com
Dengan adanya program-program seperti ini dapatlah sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan. sha harap program - program macam ni dapat diteruskan pada masa hadapan dan bukan sahaja di Kuala Lumpur juga dinegeri - negeri lain. sebab pada sha program yang macam ni dapat memberi banyak faedah kepada ibu bapa dan juga bayi terutamanya pada golongan yang serba kekurangan. selain itu, dengan adanya program sebegini, kita dapat membentuk masyarakat yang penyayang dan mengambil berat antara satu sama lain. Sememangnya inisiatif pihak Wilayah Persekutuan menjalankan program ini patut diberikan pujian dan diucapkan syabas!


5/05/2018

LIRIK FATAMORGANA CINTA | ASFAN SHAH (OST CINTA FATAMORGANA)

by , in


LIRIK LAGU FATAMORGANA CINTA (OST CINTA FATAMORGANA)

ketika cintamu menyentuh seluruh kalbu
peritnya terasa terkunci benci padamu
mengapa terjadi semua ini
dimana perginya janji kita

bila rindu, ku lukis namamu
dihati yang sunyi dan pilu
untuk aku, merasa ada
kamu disisiku

dimanakah letaknya cintamu
terhukum ku dicengkam bayangmu
akankah bahagia ataupun merana
apakah kesudahan
fatamorgana cinta

tak ingin merana
tak ingin terus sengsara
lupakan dendam mu
biarkan duka berlalu

mengapa terjadi semua ini
dimana perginya janji kita

dimanakah....

bila rindu, ku lukis namamu
dihati yang sunyi dan pilu
untuk aku, merasa ada
kamu disisiku

dimanakah letaknya cintamu
terhukum ku dicengkam bayangmu
akankah bahagia ataupun merana
apakah kesudahan

fatamorgana cinta
fatamorgana cinta



5/05/2018

MOOD NAK MELUKIS PULAK | PANDAI KE?

by , in

Assalamualaikum

MOOD NAK MELUKIS PULAK | PANDAI KE? | Hi! masa hari cuti haritu, biasalah bangun pagi wajib scroll twitter kan walaupun menyampah sekarang banyak cakap pasal politik hahahaha rimas tengok padahal daftar mengundi pun tak uweerrrk. npastu terjumpa satu tweet ni cara nak lukis gambar sendiri yang selama ni orang duk suruh rt tapi sampai ke sudah takpernah dilukis tapi sha dah taktau pi mana thread tu huhu. cuma sha dah install la app dia


yang sha bulat tu lah app yang sha guna. sha ni tangan memang jenis takbeseni sejak dulu kala lagi. lukis awan pun tak elok hahahaha so dibawah ni sha dengan bangganya nak tunjuk harga sha melukis hahahahaha jangan gelak tau, puji takpa :p


yang ni first try. apa benda hodoh sangat heh

yang ni lukis gambar geng iolls, taktau kenapa walaupun takperfect tapi suka!!



ada peningkatan kan? hahahahaha kening tu cun kan :p *puji diri sendiri*


yang ni edit semalam sebab bosan gila. kening tu muahahahaha



dia nak jugak! hahaha mula tu dia ingat sha lukis kat kertas, kalau lukis kat kertas entah cemanalah rupanya


sekian, lukisan berseni sha. bai! :p








My Instagram