DRAMA TONTON : KENYALANG IM IN LOVE - shfyqhazhr

Monday, 14 May 2018

DRAMA TONTON : KENYALANG IM IN LOVE


Assalamualaikum

DRAMA TONTON : KENYALANG IM IN LOVE | Hi korang! dah kembali bekerja ke tu? hehe. cerita dia macam ni, semalam kat tempat kerja sha bosan gila. nak tengok kdrama rasa macam takdak mood pastu saja tengok website yang ada cerita melayu ni, ternampak drama KENYALANG IM IN LOVE. macam menarik, sha apa lagi google la pasal drama ni. drama ni ada kat tonton je hahaha adoi satu hal lah, episod 1 dengan 2 memang free yang lain nak vip punya. sha pun apa lagi sebab episod 1 dan 2 best kan, terus beli vip tonton secara rm3.

SINOPSIS KENYALANG IM IN LOVE



AJ dengan Wanda berkawan sejak sekolah lagi. tapi disebabkan masalah keluarga, Wanda terpaksa pulang ke kampung dia kat Sarawak sana. masa pun berlalu dan AJ pun teruskan hidup dan bertemu dengan kekasih hati dia, Sutra. AJ dan Sutra pun bertunang, bila dah bertunang dorang macam tak sehaluan - Sutra minta putus tunang. Sutra berkawan dengan sorang lelaki ni which is workmate si AJ. si AJ pun ambik keputusan nak ke Sarawak untuk tenangkan fikiran. kat Sarawak lah AJ bertemu kembali dengan Wanda. Aki (tokwan) Wanda dah jodohkan Wanda dengan si Daniel ni tapi Wanda taknak sebab dia cakap dia ada pilihan hati sendiri. Lepas pelbagai halangan yang Wanda dengan AJ lalui last last dorang bersatu jugak! 

PELAKON KENYALANG IM IN LOVE 

Hafeez Mikail - AJ
Ain Edruce - Wanda
Intan Najuwa - Sutra
Anding Indrawani - Daniel
Syaffiq Sahli


"Kau ingat tak aku selalu cabar kau masa sekolah dulu?" "ingat, kenapa?" "sekarang aku nak cabar kau terima cinta aku"



"pada aku mendoakan seseorang adalah cara cinta yang paling rahsia tapi kalau dia bukan jodoh aku, aku akan doakan dia bertemu jodoh dengan orang gila :p"



"kalau kau hilang, aku cari. kalau kau lari, aku kejar"


REVIEW : taksangka cerita ni best! dan sha pling suka ain edruce cakap sarawak memang wow gila sampai sha google ain asal mana haha. walaupun mula mula nampak mcm dorang tak sesuai sebab ain mcm tinggi dari hafeez kan tapi memang overall best. bestnya tengok AJ sayang Wanda. siapa cakap cinta time sekolah takboleh kekal? (eh)

ok bai!



3 comments:

  1. Mesti sweet kan.. Tambah pula kisah cinta dari zaman sekolah..

    ReplyDelete
  2. sekarang ni bnyk cerita thru online kan. macam elok jugak sebab orang on the go. well, kalau tk on the go pun orang layan bila diaorang dah free.

    ReplyDelete
  3. Wah mesti best dengar ain cakap sarawak. Bukan selalu dapar dengar tu.

    ReplyDelete