BOOK MALINDO MELALUI ONLINE!


Assalamualaikum

BOOK MALINDO MELALUI ONLINE! | Hi korang! korang tau tak yang Malindo Airlines ni satu airline lain milik Malaysia dan headquarters dia ada di Petaling Jaya Malaysia. dan kalau korang nak tau sejarah nama Malindo tu muncul, Mal dari perkataan Malaysia lepas tu Indo dari perkataan Indonesia. Bila digabung, jadi Malindo. Ini nak menunjukkan kolaborasi asal Malaysia dan Indonesia. Malindo Air ni dia akan fly dari KLIA 1 atau pun Subang Airport Skypark. Malindo ni tak termasuk dalam golongan low cost airline pun so sebab tu dia fly dari KLIA 1. 


Mula – mula Malindo ni buat flights pergi domestik je tapi makin lama Malindo pun banyakkan dia punya route and start fly pergi kat negara jiran macam Thailand, India, dan Indonesia of course la sebab ada collaboration. Lepas tu ada fly pergi Singapore and Nepal and Dhaka jugak. Ini semua plan masa tahun 2013. Tapi sekarang ni route dah memang makin banyak sebab diorang fly pergi ke Australia, Pakistan and Sri Lanka jugak. Dah almost 40 destinasi dah diorang buat untuk passengers diorang. Lepas tu sekarang ni ada 800 penerbangan yang terbang ke 40 destinasi setiap minggu. Hebat kan? Tak cukup dengan tu, diorang siap ada plan nak expand lagi route diorang untuk cover lagi banyak kawasan di Asia ni. Jadi kita boleh la tunggu tengok mana lagi tempat diorang akan masukkan dalam senarai. Boleh kita semua fly pergi tempat tu guna airline tempatan kita. 


Malindo ni tak tersenarai as penerbangan low cost tapi diorang sangat yakin dan bangga dengan harga yang menarik perhatian pelanggan, penerbangan yang on time and also customer service diorang yang sangat bagus tak kisah la masa dalam flight ke or masa on the ground. Malindo Airlines online booking ada je diorang sama macam airline lain. So senang boleh check destination yang korang nak and timing yang ada and harga. Dia akan ada harga untuk business class and also economy class. Tapi korang kene sentiasa alert dengan promo diorang sebab kadang – kadang diorang akan buat promo dimana diorang jual tiket business class tu at harga economy class. Hei untung sangat tu ok sebab not only kita akan dapat seat yang lagi besar tapi benefit lain pun semua extra. So memang kene sentiasa tengok website diorang untuk promo. 

Kalau business class diorang, korang boleh dapat seat yang sangat selesa sebab seat korang tu nanti korang boleh recline and korang akan dapat legroom sebesar 32 inci. Sesuai sangat untuk siapa yang tinggi and kaki panjang tu. Kalau business class legroom korang lagi besar. Another thing best pasal Malindo ni is that diorang ada in-flight entertainment. Tapi untuk business class, korang punya skrin tu size 11 inci. Semua skrin ini akan penuh dengan semua movie baru and tv programme and games jugak. Kejap je korang rasa flight tu nanti.


Malindo ada jugak offer Wifi untuk siapa yang perlu guna. Tapi kene bayar sikit la. Korang boleh beli masa korang purchase tiket or masa korang dalam flight tu. Nanti sambil dalam flight tub oleh post insta story yang korang ni tengah berada di awan. Satu lagi benda best pasal Malindo ni, korang akan dapat free luggage allowance. Tapi allowance tu mungkin akan berubah depending korang nak pergi mana. Tapi majority untuk economy class korang akan dapat standard hand luggage 7 kg and korang boleh check in another 25 kg. Kalau business class, korang akan dapat hand luggage 10 kg and check in 40 kg. 

Malindo ni akan kasi makanan untuk korang jugak tau. Kalau flight korang less than sejam korang dapat air jelah. Tapi kalau antara 1 – 3 jam korang akan dapat air and snack. Kalau lebih dari 3 jam korang akan dapat air and makanan lengkap.  So dengan harga yang korang bayar untuk tiket Malindo and benefit yang korang dapat memang sangat untung. Siapa yang tak pernah try fly dengan Malindo, maybe the time is now. Boleh experience benda baru and boleh support local company at the same time. Best kan Malindo ni? lepas ni kalau nak travel mana mana memang book Malindo Airlines lah!

ps : korang pernah try guna Malindo Airlines tak?

5 comments:

  1. Belum pernah naik Malindo lagi. Kalau Malaysia punya syarikat penerbangan, pernah naik Malaysia Airlines je buat masa ni.

    ReplyDelete
  2. da try malindo hari tu insya allah ada rezeki nk naik lg

    ReplyDelete
  3. ur header is so cute. i like it.

    ray x penah naik malindo. nak try but xtau bila lagi nak fly.

    ReplyDelete
  4. memang best naik malindo.. kalau ada rezeki mmg nak naik lg.. xbosan dlm flight berjam2. paling best tgk route ke Austria. wahh

    ReplyDelete
  5. boleh la sesiapa yang nak travel tu.
    JanjiKita

    ReplyDelete