Assalamualaikum

DRAMA : RAHSIA HATI PEREMPUAN | Drama ni mengisahkan tiga orang sahabat - Ilaina (Mira Filzah) , Zayn (hisham Hamid) dan Mikael (Fikry Ibrahim) yang berkawan sejak kecil lagi tetapi dorang terpisah kerana Ilaina berhijrah ke luar negara. Lepas 15 tahun, Zayn dan Mika ke Australia untuk mengubati kekecewaan Zayn yang tak jadi kahwin dan dorang bertemu kembali. Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael. Ayah Ilaina ingin menjodohkan Ilaina dengan Mika tetapi tidak dipersetujui oleh ibu Ilaina. Apakah kesudahan cerita tiga sahabat ini? 


Tajuk : Rahsia Hati Perempuan
Mula Tayangan : 14 Mei 2018
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 malam
Siaran : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123)
Jumlah Episod: 28

Pelakon : Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Neera Azizi, Ziha Salleh, Nadya Syahera, Natasha Elyzz, Duerra Mitilda, Redzwan Adha, Shah Faris

--------------------------------------------------------------

setakat harini (18 May) dan baru episod 4, sha dah suka dah dengan cerita ni. dengan bertemakan persahabatan dan percintaan memang menarik perhatian sha, biasalah kalau bersahabat lelaki perempuan ni selalunya mesti ada yang jatuh hati. taksabar nak tengok next next episod, btw lakonan fauziah ahmad daud dalam cerita ni memang buat sha rasa nak marah hahaha, korang nak tau sebab apa kena tengok la :p