9/28/2017

DIY GIFT UNTUK TERSAYANG DENGAN PRINTCIOUS

by , in

Assalamualaikum

Siapa kat sini selalu penat nak fikir bila nak pilih hadiah  sama ada untuk mak ayah, kawan kawan or untuk yang tersayang? selalu rasa macam eh benda ni dia dah ada rasanya, bukan tahun lepas dah beli ke yang ni?, bukan haritu kawan dia dah bagi ke yang ni haha sha selalu ada masalah macam ni bila nak pilih hadiah. bila nak bagi kat someone hadiah, mestilah kita nak yang limited edition kan? hadiah yang kita je yang boleh bagi dia. ha! kalau macam tu kena DIY lah, barulah hadiah tu nampak exclusive dan limited edition.


Sha ada jumpa satu laman web untuk DIY gift untuk yang tersayang. dengan harga yang sangat berpatutan, kita dapat buat orang tersayang tersenyum dapat hadiah yang limited edition dan exclusive gituh! laman web tu adalah printcious.com/my! korang pernah dengar tak pasal printcious ni? Printcious dengan tagline "Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart" adalah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan percetakan pada barang-barang hadiah peribadi seperti tshirt, mug, puzzles, phone cases, cushions, mousepads, ceramic tiles dan mini tees. barangan - barangan ini sesuai untuk acara pemberian hadiah seperti hari jadi, perkahwinan, tamat pengajian, ulang tahun atau acara korporat.


diatas ini adalah kategori kategori hadiah yang anda boleh dapat di printcious. dengan adanya kategori kategori ni senanglah kita nak buat pilihan nak tempah hadiah untuk siapa kan. contohnya kalau kita ada kawan yang jenis suka minum kopi, apa kata kita buat mug diy untuk dia sempena birthday dia. mesti dia tersenyum gembira bila dapat hadiah macam tu. boleh guna setiap hari dan setiap hari jugak dia akan ingat kita haha :D

tapi sekarang sha nak cari hadiah untuk diri sendiri, sha rasa macam berkenan nak DIY totebag. boleh guna gi kerja hehe or letak telekung ke kan. 


korang bolehlah hias ikut korang punya kreativiti, kalau nak upload gambar klik kat imej tu dan kalau nak letak tulisan klik add text. hiaslah dengan setulus hati korang supaya orang yang dapat hadiah tu nanti boleh rasa kasih sayang korang *tetiba*. lepas tu submit order dan tunggu order sampai. jangan risau, servis dari printcious serious laju! sha pernah order dah dulu. barang yang kita dapat pun memang berbaloi dengan apa yang kita bayar. kalau berminat nak order boleh usha link kat bawah :-










9/27/2017

VIRAL : WARONG HIJRAH BIHUN SUP THAI RM5

by , in

Assalamualaikum.

Semalam masa tengah belek belek FB ternampak satu post ni, dari page Siakap Keli, siapa ja tak kenal siakap keli kan? page terkenal tu haha. apa yang menariknya page tu post mengenai satu kedai makan di kawasan tempat tinggal sha. kalau duduk area ayer hitam - kerpan ni memang tipulah sapa taktau WARONG HIJRAH sebab kedai makan ni antara yang terkenal jugaklah kat sini. ya, sha selalu jugak pergi kedai makan tu. macam terkejut jugaklah kan haha sebab sha memang gi kedai tu dari start dia bukak sampai sekarang dah maju. alhamdulillah.

Kedai makan yang terkenal dengan bihun sup thai tu memang selalu penuh dengan pelanggan, selain bihun sup thai, nasi ayam kat situ memang sedap habis! dulu ada jugak masakan panas tapi dengar cerita sekarang dah takdak goreng goreng. kat situ jugak ada air dalam bekas besar tu. sha kalau gi makan situ suka makan nasi ayam lebih daripada bihun sup thai tu hehe sebab nasi mengenyangkan. kalau nak order sup thai tu sha order kuey teow sup thai sebab sha kurang sikit kalau bihun haha. 


kat atas ni bihun sup thai yang biasa dan nasi ayam. best pasal nasi ayam dia ni sebab ayam dialah, selalu nasi ayam sha makan dorang letak sos dan kicap dalam bekas asing asing, yang kat kedai ni campur. sha ingat lagi gi makan yang kat atas ni dengan kawan kawan time tu jari sha baru lepas kena pisau (baca kat sini) punya seksa macam nak nangis terus takdak selera hahaha dengar kawan bersembang pun rasa sedih haha! harga untuk nasi ayam adalah RM5 dan bihun sup thai biasa RM4.


yang ni pulak masa ada lagi kot goreng goreng haha tak ingat bila tapi rasanya lepas raya puasa. sha order kuey teow (takboleh berpisah dengan kuey teow) dan kawan sha order nasi goreng ayam, nasi lebih. ok gais nampak tak kuey teow dia banyak gila? satu talam tau tak haha talam yang muat 6 cawan tu, ya ampun mengucap panjang sha masa sampai kuey teow ni haha lalu diberikan kuey teow tu kat kawan sha, kalau sha makan semua memang takhabis la cerita dia hahaha okay mesti tertanya tanya kan harga dia hihi kuey teow goreng tu RM4 gais RM4!!!! omg hahahaa dan nasi goreng ayam nasi tambah tu RM6


nampak tak sha memang selalu jugak gi kedai ni? haha yang ni sebenarnya nak tunjuk air dalam cup besar tu tapi gambar takberapa jelas pulak haha air bigcup ni yang biasa RM4. boleh minum 3 hari 3 malam uolls sebab manis :p ada banyak jugak perisa seperti greentea, chocolate, redtea, strawberry, mocha tapi sha selalu order greentea la. walaupun greentea ni takbaik untuk kesihatan tapi sekali sekala takpe kot hihi. tapi dalam post yang viral tu dorang bercakap mengenai bihun sup thai special ayam segenggam + sayur segenggam dan cendol creamy tapi malangnya sha takpernah makan cendol dia so sha taktaulah rasa apa  tapi cousin sha memang suka cendol dia. sha memang jenis takminat cendol tapi kalau ais kacang memang sha suka.

sumber : page siakap keli
so nilah makanan yang viral tu, terliur tak? haha nampak macam sedap cendol creamy tu. nampak tak ayam dalam mangkuk tu, kemain banyak! sha selalu gi kedai tu siap mintak sayur lebih lagi tau sebab sha selalu makan yang biasa haha taktau pulak yang special dia banyak gini padahal tambah RM1 je T,T tapi dah cadang dah kawan balik cuti midsem nanti nak gi try cendol creamy dia, wait ya. 

LOCATION : WARONG HIJRAH, BERHADAPAN PASARAYA KAWANG, PEKAN AIR HITAM, KUBANG PASU, KEDAH

WAKTU OPERASI : 11 pagi hingga 7 petang






9/25/2017

LIRIK SUMPAH CINTAKU | ASFAN SHAH (OST TITIAN CINTA)

by , in


Performed by : Asfan Shah
Composer: Asfan Shah
Lyricist : Asfan Shah & Fedtri Yahya
Producer : Bratt Bob
Publisher : Rusa Marketing Sdn Bhd

LIRIK LAGU SUMPAH CINTAKU

disaat saling mengenali
ku tahu cinta mu memanggil
dalam perasaan yang tak kau dengari
lambaian mu didalam mimpi
bayangan senyum bidadari

indah segenap rasa
tak terbagi
belah lah jasad ku
tirai kenangan ku
pasti akan kau jumpa
api cinta menyala

hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta ku tersimpul mati
disyurga tetap kau ku nanti
sumpah cinta ku hanya padamu

disaat saling mengenali
ku tahu cinta mu memanggil
dalam perasaan yang tak kau dengari

belahlah jasad ku
tirai kenangan ku
pasti akan kau jumpa
api cinta menyala

hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta tak bisa berganti
sumpah ku hanya kau disisi

genggam tanganmu yg suci
sampai rambut ku memutih
cinta ku tersimpul mati
disyurga tetap kau ku nanti

sumpah cintaku hanya padamu

hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta takbisa berganti
sumpah ku hanya kau disisi

genggam tangan mu yg suci
smpai rambut ku memutih
cinta ku tersimpul mati
disyurga tetap kau ku nanti

sumpah cintaku hanya padamu
sumpah cintaku hanya padamu 
9/25/2017

ANTABAX ANTIBACTERIAL CLEANSING WIPES

by , in
Assalamualaikum

Siapa kat sini yang wajib ada tisu basah a.k.a wet wipes dalam beg or handbag dia? kalau korang yang jenis macam ni, kita geng. pada sha lah kan, wet wipes ni penting sebab banyak kegunaan dia untuk kita sama ada dirumah atau diluar. sha dah try banyak dah jenama wet wipes ni, ada yang best, ada yang takguna habis pun. sha guna wet wipes ni untuk apa? cuci makeup bila kat luar untuk solat. sha memang kalau keluar gi mana mana pun memang takmakeup tebal tebal pun kecuali bila cuti bolehlah nak letak mascara empat lapis pun :p selalunya pakai biasa biasa je, so dengan adanya wet wipes ni memudahkan sha nak cuci makeup daripada kena bawak sebotol makeup remover tu kan haha i dont know la kot sha je buat cari ni hehe.

dalam banyak banyak jenama yang sha beli dan pakai, ada satu jenama ni memang tak sesuai langsung dengan muka sha, bila nak cuci makeup kan dia rasa macam pedih gila. so sha gunalah wet wipes tu untuk lap bekas skincare, lap tangan, lap meja haha ya ampun perangai. lepas je daripada tu kalau sha nak beli wet wipe ni sha ambik yang untuk baby tu, memang oklah untuk cuci makeup, or lap muka sebab lembut dan tak memedihkan. beberapa hari lepas sha ada dapat sampul daripada Sproutme yang mengandungi Antabax Antibacterial Cleansing Wipe ni. 

bahagian depan 

bahagian belakang


Apa yang best dengan Antabax Antibacterial Cleansing Wipes ni?

- sesuai untuk bayi dan kulit sensitif
- alcohol free
- paraben free
- mengandungi ekstrak aloevera untuk melembabkan dan melembutkan kulit
- diuji oleh dermatologi
- packaging yang sesuai digunakan didalam rumah atau diluar rumah
- multipurpose

Ingredients 
- water, aloe barbadensis leaf juice, tocopheryl acetate, niaciamede, calcium pantothenate, sodium ascorbly phosphate, pyridoxine HCI, polysorbate 20, polyamidopropyl biguanide, phenoxyethanol and fragrance.



masa first time bukak packaging dia, sha rasa wet wipe ni lembut gila! lembut daripada wet wipe yang untuk baby tu. walaupun ada pewangi tapi tak memedihkan muka. bau yang sangat fresh! sha suka bau dia, memanglah lagi elok kalau takde wangian kan? tapi macam takbest je, rasa kosong je haha. sha tak sure kat mana ada jual this wet wipe tapi nanti kalau sha dah jumpa, sha akan update ye. or kalau korang pernah jumpalah, bolehlah bgtau kat komen eh. dalam satu pack ada 10 wipe je huhu macam sayang gila nak habiskan so memang kena carilah nanti. sha bagi 5/5 untuk this produk! 

9/24/2017

TITIAN CINTA (2017)

by , in

Assalamualaikum,

siapa peminat drama melayu? sha salah seorang peminat drama melayu, sekarang ni trending drama titian cinta lakonan zul ariffin dan farah nabilah. siapa je tak kenal zul ariffin kan? pelakon sado dan handsome tu. tak lupa jugak pelakon farah nabilah yang sedang meningkat naik sekarang. sha suka dengan farah nabilah sejak dia berlakon dengan niezam zaidi dalam cerita inikah cinta yang juga ditayangkan di TV3. tapi lepas je cerita tu sha dah tak dengar sangat pasal dia haha mungkin sha yang tak berapa mengikuti pekembangan dia. bila first tengok iklan drama titian cinta ni, dah memang excited dah nak tengok. sedikit mengenai cerita titian cinta ni, cerita ni merupakaan adaptasi daripada novel TITIAN CINTA by RIDHYA IMAN , so kepada sesiapa yang malas nak baca novel dia, boleh lah menonton cerita ni haha. drama yang sepatutnya ditayangkan pada 11 September ini telah ditunda ke 12 September. 

----------------------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : Titian Cinta
Mula Tayangan : 12 September 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 7.00 malam
Siaran : Slot Akasia TV3
Terbitan : Zamriez Golden Pictures
Jumlah Episod: 28

Pelakon : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd
LAGU TEMA / OST TITIAN CINTA 
Sumpah Cintaku - Asfan Shah
Kasih - Hyper Act
Sungguh Mencinta - Qanda

SINOPSIS TITIAN CINTA 

Kisah cinta antara Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan lalu kerana termakan hasutan Sofia. Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yang dilakukan oleh Sofia.

Harris ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti? 



9/23/2017

REZEKI DI HARI SABTU

by , in
Assalamualaikum and hi!

pagi tadi tengah buat kerja, nzirah (my gals) whatsapp suruh datang kenduri rumah dia hahaha sha excited kemain dah, dengan dia duk upload gambar makanan ๐Ÿ˜‚ ya ampun terus lapar serta merta tanpa belas kasihan hahaha padahal harini cakap nak taknak makan berat berat dah sebab semalam dah pekena nasi goreng bagai (well tengah latih diri taknak makan banyak banyak) tapi disebabkan tak menahan membaca menu menu yang disediakan sha pun ambiklah keputusan nak pi kenduri tu sorang! masa atas jalan tengah bawak motor duk fikirlah cemana lah kejap lagi nak masuk kawasan rumah tu sorang sorang (sejenis manusia takreti nak buat kerja sorang sorang) tapi sha redha jelah sebab makanan hehe sampai je rumah dia, whtsapp cakap dah sampai dia pun datanglah ambik sha kat depan lepas tu gi salam mak dia semua hahaha actually kitaorang kena adik beradik, tapi masa mula mula kawan taktau pun, bila dah selalu gi rumah, mak dia duk cerita cerita, tengok kena adik beradik haha pandai kitaorang cari adik beradik kan๐Ÿ˜‚ ok berbalik kepada cerita, sha pun ambik lah makanan (masa menaip ni pun terliur) sedap gila makanan dia!

ni lah yang sha makan tadi (nasi putih + ikan talang masak lemak + ayam masak merah + gulai daging + ulam ulam + sambal belacan) 

sha menyesal ambik sikit๐Ÿ˜‚ padahal nzirah dah suruh dah ambik banyak tapi rasa macam takmampu tapi bila dah habis rasa macam kenapa tak ambik banyak T.T ambik lauk pauk tu lah banyak bukan nasi๐Ÿ˜‚ nasi tu dah cukup banyak dah kan hehe alhamdulillah rezeki harini, jimat duit untuk lunch. masa nak balik dapat lagi makanan hahaha ni bestnya gi kenduri rumah kawan

kek pisang

strawberry + jagung + kek 

alhamdulillah untuk harini. semoga esok dimurahkan rezeki lagi hehe ❤




9/22/2017

TELEKUNG RM22 DI SHOPEE

by , in
Assalamualaikum.

Minggu lepas sha adalah belek belek shopee my dengan niat taknak beli apa apa. sha saja saja search telekung, saja nak belek belek harga mana tau ada yang murah boleh lah masuk cart dulu๐Ÿ˜‚ tapi kita hanya mampu merancang, akhirnya sha tertewas jugak hahaha masuk cart terus bayar. ya ampun perangai! tapi alhamdulillah sha puas hati dengan telekung ni, walaupun harga dia murah. meh sha nak share dengan korang kedai yang jual telekung tu ๐Ÿ‘ป

beginilah rupa telekung yang sha beli tu, sha beli warna navy blue. kain dia sedikit nipis tapi oklah kalau buat pakai kat rumah hehe




ni koleksi warna warna telekung yang dorang jual. banyakkan pilihan warna? sha dah rambang mata haritu nak pilih warna apa ๐Ÿ˜‚ rasa nak ambik je semua warna yang berkenan


haaa! ni lah kedai yang jual telekung tu. korang kalau berminat boleh lah gi usha usha hehe kalau taknak tersangkut mohon tebalkan iman ye ๐Ÿ˜ selain telekung dorang pun ada jual tudung, inner snowcap. senang cite korang ushalah sendiri hehe

harga telekung : RM22
postage : RM 2.30
total : RM 24.30 

berbaloi kan? ๐Ÿ˜ 


9/22/2017

TWITTER DI PC DAH ADA NIGHT MODE

by , in

Assalamualaikum.

Tadi masa tengah buat kerja, nak rehat kejap bukak lah twitter di pc. sesiapa yang ada twitter mesti tau kan, app twitter menyediakan night mode tapi sha tetap guna yang biasa hehe rasanya yang guna night mode ni yang jenis bertweet tweet sampai ke pagi kot. sha sekarang dah hadkan dah waktu bermedia sosial hehe. berbalik kepada tajuk tu, sha login je twitter terus naik *try night mode* something like that la, sha pun terus try

yang biasa 

 night mode
korang suka yang mana? sha jarang dah main twitter haha dulu masa zaman takdak kerja nak buat memang hadap twitter lah. tapi twitter antara app wajib diinstall di phone hahaha. ada twitter? followlah sha @shfyqhazhr

9/21/2017

PRINT GAMBAR SEBAGAI KENANGAN

by , in
Assalamualaikum and hi!


siapa sini suka selfie? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ™Œ๐Ÿ™‹ pergi mana mesti nak ambik gambar? mestilah kan? buat kenangan kan semua tu. best tau bila dah lama tak berkumpul or takpergi tempat tu, tengok balik gambar sama kawan/family dapatlah ubat sikit rindu tu kan hehe. sha n the geng memang suka selfie. taktaulah bila jumpa, bila je takselfie๐Ÿ˜‚ so sha pulak suka print gambar gambar kitaorang macam kat atas ni ๐Ÿ‘† print atas kertas A4 je sebab dulu pernah print atas kertas gambar tapi mcm takcantik sangat๐Ÿ˜‚ sha try print atas kertas a4, eh cantik pulak hahaha lepas tu tunjuk kat kawan kawan, semua mintak nak print lah gambar family la, gambar kitaorang la. so atas ni gambar masa raya haji haritu, raya first dan kedua oh dan gambar sha dgn adik sha. dalam bilik sha ada satu tempat ni untuk letak gambar la. dah penuh dah ๐Ÿ˜‚ kena cari tempat baru lah pulak, tapi rasa macam kalau beli album pun ok kan? lagi boleh letak banyakkan. 

disebabkan harini sha rasa macam baik hati sikit hihi sha rasa nak bagi lah 1 set (9 keping gambar) print your own picture. okay tak? sha bagi kat top commentor ye? siapalah top commentor untuk bulan ni hehehe ๐Ÿ˜˜❤ nanti hujung bulan sha bagitau siapalah orang yang bertuah tu. selamat malam ✨

9/21/2017

BARANG DI LAZADA RM1?

by , in
Assalamualaikum

Pagi ni kat tempat sha hujan, hujan lebat dari pukul 5 pagi tadi tapi sekarang hujan renyai renyai je . tengah belek belek group di whtsapp ada orang cakap kat LAZADA ada barang RM1 uolls. barang apakah? barang dari Taobao. tapi bukan semua baranglah RM1, ada sesetengah barang je. tapi sha malas nak usha usha kang terbeli haha -_-  disebabkan sha taknak beli, sha nak share jelah dengan korang









kalau rasa ada yang berkenan boleh lah pergi merisik pagi pagi ni kan :p tapi postage dia Rm7+ tapi kalau beli RM60 keatas free pos. ha okaylah tu, jom sambung kerja hehe


9/20/2017

TAKNAK MASUK U KE?

by , in

Assalamualaikum.

"taknak masuk U ke?" "taknak sambung degree ke?" "nanti susahlah nak cari kerja kalau takdak degree". i dont know if sha je yang selalu dapat soalan macam ni, selalunya daripada makcik - makcik la haha kadang kadang memanglah orang cakap hadap jelah pertanyaan dorang, tapi kadang sabar kita ada tahap dia makcik haha. kadang kadang tu rasa terhina pun ada. tak masuk U takboleh berjaya ke? takde rezeki nak buat macam mana kan? siapa je taknak masuk U? bestnya tengok kawan kawan semua pergi kelas, duit mak ayah bagi, yang kita kena kerja, duit sendirian berhad haha. kadang tu cemburu lah jugak, memang sifat manusia normal lah kan nak cemburu. bukan tak bersyukur, bersyukur tapi didalam hati kecil sha tetap ada rasa sedih walaupun sikit. nanti kawan kawan graduate bestnya dorang huhuhu tumpang bahagia jelah boleh gitu?

source : google.com

orang selalu jugak tanya, tak apply semula ke? okay meh nak cerita, sha budak lepasan STPM yang dapat pointer bawah 3.00, memang dulu cikgu ada cakaplah susah sikit nak dapat U tapi tak kisah lah, sha mohon jugak haha nak masuk U kan, memang dari kecil berazam benda tu lah, nak masuk U. STPM sha entahlah, dia macam sem1 subjek ni ok, bila sem 2, 3 subjek tu hancur. tapi bangga sekali pengajian am la sha dapat A hahaha bangga oh sebab dulu taksuka cikgu PA :') tapi dah suka dah sekarang, sayang sekali hahaha ok lepastu sha apply UPU kan, kokurikulum sha ok, muet pun oklah band3 kan, tapi pointer tu lah tak okay. serious cakap sha apply kos biasa je, tak demand pun, janji masuk U :') tapi takdapat jugak, menangis gila malam tu, bukan tak terima apa Allah dah bagi tapi kecewa dengan diri sendiri. kenapalah dulu tak study elok elok apa semua, ala biasalah bila dah down kan. lepas tu dengar pulak kawan kawan yang dapat taknak pi U! YA ALLAH dah kenapa dorang hahahaha cikgu siap nak support apa semua taknak jugak, bagi aku jelah. masa tu memang serabutlah cerita dia. sha duk tolong kawan uruskan semua benda yang dia nak masuk U kan, sedih gila T,T boleh tolong buatkan yang orang je. 

lepas kawan dah masuk U apa semua, sha ada lah try nak apply UNISEL kat selangor tu tapi duk teragak agak jugak sebab dorang cakap situ bandar sangatlah karang kena culture shock lah apalah so sha pun macam okaylah tunggu lah lagi. lepas tu cikgu form6 whatsapp kot kot ada yang nak sambung kat kolehj dr hamzaid, sha isi borang tu, tapi bila sampai stage last takjadi sebab fikir kot adik dapat U jugak nanti, peninglah mak abah huhu. sha pun macam takpelah takde rezeki kot nak masuk U, bagilah adik berjaya, apa salahnya beralah. tapi cita cita sha tak terhenti kat situ okay, sha dah berazam, nanti kalau ada rezeki insyaAllah nak sambung jugak degree walaupun dah berumur sikit :') taksalah kan kalau nak belajar. ala, sha baru 21 sekarang. orang selalu jugak tanay kenapa nak sangat masuk U, jawapan sha senang je, nak jadi an educated mom and woman gituh! okay done membebel di pagi rabu haha, jom sambung kerja! 
9/19/2017

RESEPI KEK BATIK SIMPLE

by , in
Assalamualaikum

Minggu lepas sha teringin nak makan makanan yang manis manis so sha pun ambiklah keputusan nak buat kek batik. sebab kek batik jelah yang mudah, cepat dan sedap kan ๐Ÿ˜‚ harini sha nak share resepi tu dengan korang

bahan - bahan


1. Biskut marie (sha memang guna yang jenama ni je since first time belajar buat kek batik)
2. 1/2 buttercup
3. 1/2 tin susu krimer manis
4. 2 botol serbuk koko 
5. 1 cawan air kosong 


cara - cara memasak ;

1. cairkan buttercup
2. masukkan secawan air dan setengah cawan susu lepastu kacau
3. kemudian masukkan serbuk koko dan kacau hingga takde ketul ketul tau?
4. patahkan roti marie ke dalam kuali
5. gaul hingga rata
6. masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais 4-6 jam
7. sedia untuk dimakan ๐Ÿ˜๐Ÿ˜‹

pic yang takberapa jelas maaf ๐Ÿ˜‚ tapi sedap tau (done puji diri sendiri) 



9/18/2017

DEMAM OH DEMAM

by , in
Assalamualaikum!


apa makna ubat ubatan semua ni? ya sha demam ๐Ÿ˜ญ ceritanya start last week hari rabu, sha kerja petang. malam selasa tu dah taksedap badan dah tapi macam oklah takde apa kot pastu pagi rabu tu tengah dengar lagu tertidur alahai bila bangun je terus rasa tak sihat padahal kejap lagi kena gi kerja. sha pun okaylah pi lah kerja macam biasa kan, padahal petang tu memang rasa nak tidur je hahaha๐Ÿ˜‚ nak dijadikan cerita, balik kerja tu hujan pulak. sha gi kerja naik motorsikal je haha so kenalah hujan yang renyai renyai balik tu bertambahlah sakit dia๐Ÿ˜‚ hari khamis kerja pagi, haritu memang taklarat sangat lah sha pun whtsapp lah kakak tempat kerja sha cakap sha nak halfday je, hari khamis haritu hujan sepanjang hari ๐Ÿ˜‚ maknanya sha pi kerja kena hujan balik kerja kena hujan. balik je rumah terus mandi pastu telan panadol apa semua tidur, alhamdulillah lega terus demam๐Ÿ˜‚ tapi sekarang masalah dia batuk pulak ๐Ÿ˜ช batuk takhenti, adoi letih tau๐Ÿ˜‚ orang cakap "minum air ais kuat sangat ni" hahaha dorang taktau yang sha ni pagi petang siang malam memang hadap air kosong takberais tu je๐Ÿ˜‚ sampai dah takrasa nak minum air manis tau hehehe tapi tu lah sampai saat sha tengah cerita ni batuk tak hilang lagi. ada apa apa tips tak nak hilangkan batuk? kalau ada boleh lah share kat komen hehe doakan sha cepat sembuh ๐Ÿ˜˜❤ 
9/18/2017

KENING BERALUN / WAVY EYEBROWS

by , in

Assalamualaikm and happy monday everyone!

susah betul nak muncul kat blog ni, disebabkan masa yang sangat terhad. siapa pernah baca/tengok tengok mengenai wavy eyebrows ataupun kening beralun? hahaha macam macam jenis kan fesyen sekali? kening pelepah la kening shinchan la. selain kening, bibir bealun pun ada orang buat tau, tak percaya try search kat youtube "wavy lips" yang kening beralun ni sha taktau lah ada ke tidak. so beberapa hari lepas sha clear data snapchat sebab berat gila app dia tapi filter dia cantik cantik haha girl is complicated! so semalam rasa nak login balik sebab demam dah okay yay! nak selfie selepas demam lah cerita dia haha mengada betul dah lega demam nak selfie bagai, so bila dah login, download la filter yang ada kan, terjumpa lah filter yang "kening beralun" ni hahahaha rasa macam weh woowwww hahaha eksitedlah kan cerita dia sebab nak buat sendiri memang idok ler, lukis kening yang biasa pun mcm shin chan sudah. so here the photo ;-


lepas selfie kan, sha uploadlah kat status whatsapp. ramai ye yang pm tanya buat kat mana hahahahahahahhaha nampak macam betul ke? takkan? macam filter kan? sha macam nak gelak guling guling je dengan dorang ni ahahahaha yang geng geng abang sado semua mcm "ha eloklah kening macam tu" "kening dia la kalau jual mahal ni" sebab kening sha yang sebetulnya hidup segan mati taknak je hahaha. bila dah cakap filter dorang macam em takpelah taknak share hahahaha ha pi lah buat kat snapchat, f.o.c! abaikan muka sebesar talam tu ye, happy working!



9/11/2017

KEMANGKATAN SULTAN KEDAH. AL FATIHAH

by , in



Al-Fatihah

Kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah jam 2:30 petang tadi di Istana Anak Bukit.

ุฅِู†َّุง ู„ِู„ّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّู€ุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนูˆู†

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah....

ุจِุณْู…ِ ูฑู„ู„َّู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู… ูฑู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ูฑู„ْุนَู€ู„َู…ِูŠู†۞ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…۞ ู…َู€ู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ูฑู„ุฏِّูŠู†۞ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ۞ ูฑู‡ْุฏِู†َุง ูฑู„ุตِّุฑَุทَ ูฑู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ۞ุตِุฑَุทَ ูฑู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ۞ ุบَูŠْุฑِ ูฑู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ 
ูฑู„ุถَّุงูۤ„ِّูŠู†َ۞ุงู…ูŠู†
9/11/2017

GDEX OH GDEX

by , in

Assalamualaikum.

So pada 5 september 2017 sha ada order face mask di LAZADA dan dijangka sampai pada 5 - 8 september tapi!!! harini dah 11 september uolls dan barang belum sampai. so macam biasalah check tracking 


takbergerak pun dari 8 sepetmber haritu :( setiap hari kot tunggu barang sampai huhuhu siapa pernah jadi macam ni? korang buat apa? biar or call gdex? 
9/11/2017

BERWAJAH BARU

by , in

Assalamualaikum!

Blog ni dah berwajah baru haha. dengan header yang super duper simple dan dihiasi bunga - bungaan gitu haha. actually belum habis edit sebab takdak mood (oh please lah shafyqah) nak hias blog pun kena ada mood kan? ke sha sorang je macam ni? tapi sha rindu wajah blog sha yang sebelum ni (padahal belum 24 jam tukar) taktau lah kenapa bila nak upload balik theme tu takboleh :( so sha pun redha jelah, guna jelah wajah yang lain tapi tapi tapi tak memenuhi citarasa sha huhuhu 


 taraaa blog berwajah baru huhu so tujuan sha menulis entry ni sha nak tanyalah korang guna theme dari mana? or siapa yang editkan? sebab nak cantikkan blog supaya lebih bersemangat nak berblogging (mungkin) feel free to drop your comment. bye
9/05/2017

GIRLS DAY OUT #2

by , in

Assalamualaikum.

so sabtu lepas which is hari raya aidiladha yang kedua, my girls and i keluar. bukan keluar beraya ye gais, keluar habiskan duit haha. matlamat utama kitaorang nakpi karaoke. lepas tu, kitaorang dah pusing kemain banyak kali pusat karaoke semua takbukak hahaha yelah masa tu baru pkul 12 lebih, awal lagi yedok hahaha so kitaorang pun macam kita pi makan lah dulu. kitaorang pusing jitra ke alor setar masuk brapa kali tol dah hahaha. yang si driver jelah duk beria pasang lagu lah yang penumpang semua lali dah sebab boringkan. so kitaorang decide nak makan sushiking kat as mall. ingatkan nak tengok movie sekali tapi semua movie takbest dan matlamat kami nak karaoke so kenalah karaoke. kalini pi sushiking bawak duit lebih sikit hahaha tu pun sampai skrg takboleh moveon, i want moreeeeee.

benda pertama yang diambil

sikit je tak macam orang lain haha

haritu pergi order ni, kali ni pun order ni jugak hahaha


sikit sikit pun RM100+ hahaha baik makan kat rumah 

alhamdulillah kenyang hahaha

lepas je habiskan duit kat sini, kitaorang pun macam pusing pusing kejap dalam mall, masuk watson, touchup lipstick guna yang tester lol hahahahaha tapi sha ada pakai satu lisptik ni dari in2it, kan lepas dari makan ni kitaorang gi karaoke kan, kat karaoke tu ada pakej which is kalau 2 jam dapat sejag air hahaha dan dua jam Rm25 je???? ah cant brain sebab selama ni dukpi karok sejam RM20????! lol ok berbalik kepada lipstick tu hahaha, bila dah penat keluarkan suara sambil sambil tu minum kan, pastu masa nak balik dalam kereta macam saja nak selfie kan, teka apa? lipstick tu duk elok cun melecun lagi uolls. sha pun mcm terkejut la, sebab kebanykkan sekarang lipstick mmg lepas makan or minum memang habis la kan? ni tak ok, ada duk merah elok lagi hahaha dan lipstick tu harga dia bawah RM20?????? penat pulak beremosi sambil cerita ni hahaha yelah excitedlah kan sebab kebanyakkan lipstick sha kalau minum memang ke touchup. ok dah. balik tu singgah KFC belikan untuk family masing masing sebab dah keluar sehari kan hahaha. yang kat KFC pulak kan, kitaorng mcm beratur lain lain baris la, sambil beratur macam leka main phone kan, lepas je siap apa semua pusing belakang penuh KFC hahahahaah padahal td kitaorang beratur tkde orang sangat pun, fuh sebaik awal sikit hahaha. letih ok walaupun macam takdak apa pun yang buat hahaha serious letih, malam tu lepas je isyak terus lelap sampai pagi.

sejak masing masing dah belajar, kerja ni meamng susah nak berkumpul, macam mana pun mesti ada yang takboleh ada hahaaha. jadi bila raya lah kitaorang dapat kumpul sama sama, walaupun kat group whtsapp pun takbehenti gosip (hahahahaha) dan bercerita tapi taksama macam jumpa face to face, well sha sangat menghargai masa masa dengan orang yang sha sayang. sekian cerita untuk kali ni, sehingga bersambung raya next year pulak kot hihi bye, assalamualaikum.

9/04/2017

LANAFIRA

by , in

Assalamualaikum.

Harini sha nak cerita mengenai satu jenama butik online untuk pakaian muslimah iaitu LANAFIRA FASHION. Dengan berkonsepkan TRENDY, AFFORDABLE, QUALITY. Mereka adalah sebuah jenama pakaian muslimah dengan misi untuk menyediakan pakaian yang bergaya dengan harga yang berpatutan dan mempunyai kualiti yang bagus. Fokus mereka adalah pakaian wanita dan muslimah iaitu long dress, baju kurung, jubah, tops , skirt dan tudung.

Lanafira – A Style for Every Story

Are you looking for stylish, beautifully designed clothing and apparel for today’s Muslim woman? Do you want a Muslimah online boutique that values you as a customer and carries a wide selection of trendy looks? Shop with Lanafira today and see what we have in store for you. Lanafira specializes in high quality Muslimah dress online and offers our customers a true boutique setting with representatives standing by to answer questions and ensure 100% customer satisfaction. If you want the best Malaysia fashion online, choose Lanafira and experience the quality difference for yourself.

The Lanafira Mission

Headquartered in Malaysia and serving the needs of Muslim women throughout the region, Lanafira is an independently owned and operated Muslimah online boutique focused on quality and value. Our goal is to deliver all three parts of great service- high quality, quick turnaround and low prices and we have made it our mission to provide our customers with the highest levels of service and support every time you visit our site.

Why Choose Lanafira?

Lanafira understands our customers’ needs and wants to provide a wide selection of Muslimah clothing and accessories they won’t find anywhere else. Shopping for a long Muslimah dress online can be difficult and we want our customers to know that we carry what they are looking for in stock and ready to ship. From our exclusive Mellisa Long Dress in several colors, to our collections from Alana Kebaya, Pucci Long Dress, Sofea Modern Perplum and more, Lanafira has you covered.

Antara koleksi daripada LANAFIRA FASHION :-

KEBAYA

ALANA KEBAYA


Terdapat tiga pilihan warna bagi ALANA KEBAYA iaitu : - Rose Pink & Light Green, Mint & Blue dan Green & Brown . gabungan warna yang sangat menarik dan ceria yang akan membangkitkan mood si pemakai.


MUSLIMAH LONG DRESS

LANAFIRA FASHION telah mengeluarkan beberapa jenis long dress seperti MELLISA LONG DRESS, MYRA LONG DRESS, PUCCI LONG DRESS dan SARA LONG DRESS. keempat empat jenis long dress ini memiliki corak dan design yang berlainan.

MELLISA LONG DRESS


Terdapat lima pilihan warna bagi koleksi MELISSA LONG DRESS iaitu :- Rose Pink, Dusty Pink, Brown, Mint Green, Black dan Pearl White. 


BAJU PEPLUM

SOFEA MODERN PERPLUM


Terdapat lima corak yang comel - comel bagi koleksi SOFEA MODERN PERPLUM :- Checkerboard, Floral Design, Black & White Stripes, Maroon Batik Klasik dan Black Batik Tenun.


sha dah rambang mata dah usha usha laman web LANAFIRA ni, korang pun jom lah usha usha mana tau berkenan kan hihi

kalau korang berminat dengan pakaian daripada LANAFIRA ni korang boleh membelinya secara online di :-


Website : LANAFIRA

Instagram : @lanafiraofficial

FB Page : FB PAGE LANAFIRA

Tambahan : LANAFIRA juga mempunyai Ebook 99 tips fesyen terkini, korang boleh tengok kat sini : DOWNLOAD EBOOK PERCUMA!

My Instagram