TITIAN CINTA (2017)


Assalamualaikum,

siapa peminat drama melayu? sha salah seorang peminat drama melayu, sekarang ni trending drama titian cinta lakonan zul ariffin dan farah nabilah. siapa je tak kenal zul ariffin kan? pelakon sado dan handsome tu. tak lupa jugak pelakon farah nabilah yang sedang meningkat naik sekarang. sha suka dengan farah nabilah sejak dia berlakon dengan niezam zaidi dalam cerita inikah cinta yang juga ditayangkan di TV3. tapi lepas je cerita tu sha dah tak dengar sangat pasal dia haha mungkin sha yang tak berapa mengikuti pekembangan dia. bila first tengok iklan drama titian cinta ni, dah memang excited dah nak tengok. sedikit mengenai cerita titian cinta ni, cerita ni merupakaan adaptasi daripada novel TITIAN CINTA by RIDHYA IMAN , so kepada sesiapa yang malas nak baca novel dia, boleh lah menonton cerita ni haha. drama yang sepatutnya ditayangkan pada 11 September ini telah ditunda ke 12 September. 

----------------------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : Titian Cinta
Mula Tayangan : 12 September 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 7.00 malam
Siaran : Slot Akasia TV3
Terbitan : Zamriez Golden Pictures
Jumlah Episod: 28

Pelakon : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd
LAGU TEMA / OST TITIAN CINTA 
Sumpah Cintaku - Asfan Shah
Kasih - Hyper Act
Sungguh Mencinta - Qanda

SINOPSIS TITIAN CINTA 

Kisah cinta antara Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan lalu kerana termakan hasutan Sofia. Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yang dilakukan oleh Sofia.

Harris ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti? 



19 comments:

  1. Mai tak tengok cita ni, tapi OST Asfan tu mmg best sangat2

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak layan cite berepisod ni sebab selalu sangat miss

    ReplyDelete
  3. SA pun dah terjebak.Siap tengok kat youtube masa cuti 3 hari ni.. gigih betul kan? hihihihihi

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak tengok cerita melayu. Tapi jalan cerita macam best.

    ReplyDelete
  5. never really try watching malay movies before, I think I should try to in the future :)

    ReplyDelete
  6. oh my, dah lama tak tengok drama pepetang . baru tahu ada cerita baru.

    ReplyDelete
  7. Not into malay drama tapi baca sinopsis macam best je. OST pun fav singer yang nyanyi.

    ReplyDelete
  8. Sejak ada anak kecik ni nak tengok drama manjang tak nyempat -..-"

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  9. Wohhh seksi wo suara zul ariffin ni...
    Nyanpah gila tgk sofia tu

    ReplyDelete
  10. dah lama tak tengok cerita melayu.thanks for sharing :D

    ReplyDelete
  11. jatuh cinta dengan lagu ni.....best3x

    ReplyDelete
  12. suka tengok zul ariffin belakon sebab dia menghayati watak betul2. nanti boleh check drama ni. hehehe

    ReplyDelete
  13. Oh drama tv3 pukul 7 malam rupanya.. Dok fikir drama apa la yang dorang dok perkatakan dekat sosial media ketika ini.

    ReplyDelete
  14. Macam best je cite ni.
    Zul arifin pulak tu yang berlakon

    ReplyDelete
  15. Tak pernah tengok lagi drama ni. Tapi dari sinopsis macam best jer.

    ReplyDelete
  16. aida x dpt tgk citer ni.
    sebab x kena dgn time aida.
    tapi dok baca komen kawan2 kat fb.
    menarik.

    ReplyDelete
  17. https://kokonatsutrrrrrrrrrrrrr.blogspot.com/2017/11/tak-hanya-lucu-6-jenis-anjing-ini.html
    https://kokonatsutrrrrrrrrrrrrr.blogspot.com/2017/11/adam-fabumi-meninggal-dunia-selebritas.html
    https://kokonatsutrrrrrrrrrrrrr.blogspot.com/2017/11/badan-membesar-karena-hamil-kylie.html
    https://kokonatsutrrrrrrrrrrrrr.blogspot.com/2017/11/remaja-15-tahun-melahirkan-di-toilet_23.html

    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At Dominovip.com ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    - Skype : Vip_Domino
    - WHATSAPP : +62813-2938-6562
    - LINE : DOMINO1945.COM
    - No Hp : +855-8173-4523

    ReplyDelete