REZEKI DI HARI SABTU

Assalamualaikum and hi!

pagi tadi tengah buat kerja, nzirah (my gals) whatsapp suruh datang kenduri rumah dia hahaha sha excited kemain dah, dengan dia duk upload gambar makanan 😂 ya ampun terus lapar serta merta tanpa belas kasihan hahaha padahal harini cakap nak taknak makan berat berat dah sebab semalam dah pekena nasi goreng bagai (well tengah latih diri taknak makan banyak banyak) tapi disebabkan tak menahan membaca menu menu yang disediakan sha pun ambiklah keputusan nak pi kenduri tu sorang! masa atas jalan tengah bawak motor duk fikirlah cemana lah kejap lagi nak masuk kawasan rumah tu sorang sorang (sejenis manusia takreti nak buat kerja sorang sorang) tapi sha redha jelah sebab makanan hehe sampai je rumah dia, whtsapp cakap dah sampai dia pun datanglah ambik sha kat depan lepas tu gi salam mak dia semua hahaha actually kitaorang kena adik beradik, tapi masa mula mula kawan taktau pun, bila dah selalu gi rumah, mak dia duk cerita cerita, tengok kena adik beradik haha pandai kitaorang cari adik beradik kan😂 ok berbalik kepada cerita, sha pun ambik lah makanan (masa menaip ni pun terliur) sedap gila makanan dia!

ni lah yang sha makan tadi (nasi putih + ikan talang masak lemak + ayam masak merah + gulai daging + ulam ulam + sambal belacan) 

sha menyesal ambik sikit😂 padahal nzirah dah suruh dah ambik banyak tapi rasa macam takmampu tapi bila dah habis rasa macam kenapa tak ambik banyak T.T ambik lauk pauk tu lah banyak bukan nasi😂 nasi tu dah cukup banyak dah kan hehe alhamdulillah rezeki harini, jimat duit untuk lunch. masa nak balik dapat lagi makanan hahaha ni bestnya gi kenduri rumah kawan

kek pisang

strawberry + jagung + kek 

alhamdulillah untuk harini. semoga esok dimurahkan rezeki lagi hehe ❤




5 comments:

  1. alhamdulillah rezeki jgn ditolak, hehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa tengok nasik tu, terus perut lapaq, haha.

    ReplyDelete
  3. aduhai. stroberi & jagung tu!!!!
    feveret aida.
    rezeki tak pernah salah alamat syafyqa.

    ReplyDelete