VIRAL : WARONG HIJRAH BIHUN SUP THAI RM5


Assalamualaikum.

Semalam masa tengah belek belek FB ternampak satu post ni, dari page Siakap Keli, siapa ja tak kenal siakap keli kan? page terkenal tu haha. apa yang menariknya page tu post mengenai satu kedai makan di kawasan tempat tinggal sha. kalau duduk area ayer hitam - kerpan ni memang tipulah sapa taktau WARONG HIJRAH sebab kedai makan ni antara yang terkenal jugaklah kat sini. ya, sha selalu jugak pergi kedai makan tu. macam terkejut jugaklah kan haha sebab sha memang gi kedai tu dari start dia bukak sampai sekarang dah maju. alhamdulillah.

Kedai makan yang terkenal dengan bihun sup thai tu memang selalu penuh dengan pelanggan, selain bihun sup thai, nasi ayam kat situ memang sedap habis! dulu ada jugak masakan panas tapi dengar cerita sekarang dah takdak goreng goreng. kat situ jugak ada air dalam bekas besar tu. sha kalau gi makan situ suka makan nasi ayam lebih daripada bihun sup thai tu hehe sebab nasi mengenyangkan. kalau nak order sup thai tu sha order kuey teow sup thai sebab sha kurang sikit kalau bihun haha. 


kat atas ni bihun sup thai yang biasa dan nasi ayam. best pasal nasi ayam dia ni sebab ayam dialah, selalu nasi ayam sha makan dorang letak sos dan kicap dalam bekas asing asing, yang kat kedai ni campur. sha ingat lagi gi makan yang kat atas ni dengan kawan kawan time tu jari sha baru lepas kena pisau (baca kat sini) punya seksa macam nak nangis terus takdak selera hahaha dengar kawan bersembang pun rasa sedih haha! harga untuk nasi ayam adalah RM5 dan bihun sup thai biasa RM4.


yang ni pulak masa ada lagi kot goreng goreng haha tak ingat bila tapi rasanya lepas raya puasa. sha order kuey teow (takboleh berpisah dengan kuey teow) dan kawan sha order nasi goreng ayam, nasi lebih. ok gais nampak tak kuey teow dia banyak gila? satu talam tau tak haha talam yang muat 6 cawan tu, ya ampun mengucap panjang sha masa sampai kuey teow ni haha lalu diberikan kuey teow tu kat kawan sha, kalau sha makan semua memang takhabis la cerita dia hahaha okay mesti tertanya tanya kan harga dia hihi kuey teow goreng tu RM4 gais RM4!!!! omg hahahaa dan nasi goreng ayam nasi tambah tu RM6


nampak tak sha memang selalu jugak gi kedai ni? haha yang ni sebenarnya nak tunjuk air dalam cup besar tu tapi gambar takberapa jelas pulak haha air bigcup ni yang biasa RM4. boleh minum 3 hari 3 malam uolls sebab manis :p ada banyak jugak perisa seperti greentea, chocolate, redtea, strawberry, mocha tapi sha selalu order greentea la. walaupun greentea ni takbaik untuk kesihatan tapi sekali sekala takpe kot hihi. tapi dalam post yang viral tu dorang bercakap mengenai bihun sup thai special ayam segenggam + sayur segenggam dan cendol creamy tapi malangnya sha takpernah makan cendol dia so sha taktaulah rasa apa  tapi cousin sha memang suka cendol dia. sha memang jenis takminat cendol tapi kalau ais kacang memang sha suka.

sumber : page siakap keli
so nilah makanan yang viral tu, terliur tak? haha nampak macam sedap cendol creamy tu. nampak tak ayam dalam mangkuk tu, kemain banyak! sha selalu gi kedai tu siap mintak sayur lebih lagi tau sebab sha selalu makan yang biasa haha taktau pulak yang special dia banyak gini padahal tambah RM1 je T,T tapi dah cadang dah kawan balik cuti midsem nanti nak gi try cendol creamy dia, wait ya. 

LOCATION : WARONG HIJRAH, BERHADAPAN PASARAYA KAWANG, PEKAN AIR HITAM, KUBANG PASU, KEDAH

WAKTU OPERASI : 11 pagi hingga 7 petang






26 comments:

  1. mcm sedap je nmpk. hrga pulak murah!

    ReplyDelete
  2. Kuey teow tuuuuuu..
    ps: kita peminat kuey teow jugak.. hehe

    ReplyDelete
  3. fuhhh~ terbaik tengok makanan dia. bihun sup tu terbaik :D

    ReplyDelete
  4. Sarapan pagi enak sama sup itu kayanya. Belum pernah nyoba hhe

    ReplyDelete
  5. wahhh... ai addicted bihun. memang jadi port pilihan la kalo dekat.Ni mampu tengok je dari kejauhan.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya dah viral kena pergi cuba ni hehehe tapi macam jauh jer..

    ReplyDelete
  7. oh, nasi ayam itu nampak sangat sedap, buat lapar aje haha

    ReplyDelete
  8. Saya pencinta makanan juga tapi tapi tapi jauh benor tempat tu. :) Salam kenal and follow sini.

    ReplyDelete
  9. Harga reasonable dan makanan nampak tempting...

    ReplyDelete
  10. Baik. Next time pergi Kedah boleh terjah kedai nie la kot. TQ sharing info.

    ReplyDelete
  11. Murahnya..nasibla kat area rumah ni masih ada yang berniaga dgn harga mcm ni. Boleh try kaalo sampai ke sana nanti

    ReplyDelete
  12. kalau makanan ni dah viral mahu beratur orang tunggu tu kan!!! tapi kalau sedap, setakat beratur sejam dua apa salahnya! nampak menarik tuuuu

    ReplyDelete
  13. Menarik... tapi buat masa nie hanya mampu n je laa... anyway, thanks for sharing...

    ReplyDelete
  14. Murah pula semuanya.. sedap" pula tu

    ReplyDelete
  15. Wah... Murahnya. Food looks delicious and worth to dine-in at here.

    ReplyDelete
  16. Sedapnya. Murah pulak tu. Jauh lah nak gi makan sana 😊

    ReplyDelete
  17. Wehhh murah gilak! Nanti balik kg boleh singgah kejap hehehe

    ReplyDelete
  18. Bestnya.. murah lak tu. Ish... Kalau kat sini idok ler dapat rega camtu

    ReplyDelete
  19. salam ziarah & follow #750.

    Sedapnyer sup tu...suka kalo sup2 or masakan dari siam ni..tak muak dan sentiasa menyelerakan..hihi

    ReplyDelete
  20. Nampak menarik dan sedap, harga pun masih dikira murah. Harap bila dah viral tak le dinaikkan harga secepatnya...hehehe

    ReplyDelete
  21. ayer hitam kedah rupanya.... ingatkan ayer hitam johor.. baru nak terjah bila balik kampung nanti T-T

    ReplyDelete
  22. Ya Allah sedapnya...kat kampung akk ni

    ReplyDelete
  23. Sedapnya tengok menu... Dah la tgh lapar ni...

    ReplyDelete
  24. menarik!
    memang inviting semua makanan tu.

    ReplyDelete