TAKNAK MASUK U KE?


Assalamualaikum.

"taknak masuk U ke?" "taknak sambung degree ke?" "nanti susahlah nak cari kerja kalau takdak degree". i dont know if sha je yang selalu dapat soalan macam ni, selalunya daripada makcik - makcik la haha kadang kadang memanglah orang cakap hadap jelah pertanyaan dorang, tapi kadang sabar kita ada tahap dia makcik haha. kadang kadang tu rasa terhina pun ada. tak masuk U takboleh berjaya ke? takde rezeki nak buat macam mana kan? siapa je taknak masuk U? bestnya tengok kawan kawan semua pergi kelas, duit mak ayah bagi, yang kita kena kerja, duit sendirian berhad haha. kadang tu cemburu lah jugak, memang sifat manusia normal lah kan nak cemburu. bukan tak bersyukur, bersyukur tapi didalam hati kecil sha tetap ada rasa sedih walaupun sikit. nanti kawan kawan graduate bestnya dorang huhuhu tumpang bahagia jelah boleh gitu?

source : google.com

orang selalu jugak tanya, tak apply semula ke? okay meh nak cerita, sha budak lepasan STPM yang dapat pointer bawah 3.00, memang dulu cikgu ada cakaplah susah sikit nak dapat U tapi tak kisah lah, sha mohon jugak haha nak masuk U kan, memang dari kecil berazam benda tu lah, nak masuk U. STPM sha entahlah, dia macam sem1 subjek ni ok, bila sem 2, 3 subjek tu hancur. tapi bangga sekali pengajian am la sha dapat A hahaha bangga oh sebab dulu taksuka cikgu PA :') tapi dah suka dah sekarang, sayang sekali hahaha ok lepastu sha apply UPU kan, kokurikulum sha ok, muet pun oklah band3 kan, tapi pointer tu lah tak okay. serious cakap sha apply kos biasa je, tak demand pun, janji masuk U :') tapi takdapat jugak, menangis gila malam tu, bukan tak terima apa Allah dah bagi tapi kecewa dengan diri sendiri. kenapalah dulu tak study elok elok apa semua, ala biasalah bila dah down kan. lepas tu dengar pulak kawan kawan yang dapat taknak pi U! YA ALLAH dah kenapa dorang hahahaha cikgu siap nak support apa semua taknak jugak, bagi aku jelah. masa tu memang serabutlah cerita dia. sha duk tolong kawan uruskan semua benda yang dia nak masuk U kan, sedih gila T,T boleh tolong buatkan yang orang je. 

lepas kawan dah masuk U apa semua, sha ada lah try nak apply UNISEL kat selangor tu tapi duk teragak agak jugak sebab dorang cakap situ bandar sangatlah karang kena culture shock lah apalah so sha pun macam okaylah tunggu lah lagi. lepas tu cikgu form6 whatsapp kot kot ada yang nak sambung kat kolehj dr hamzaid, sha isi borang tu, tapi bila sampai stage last takjadi sebab fikir kot adik dapat U jugak nanti, peninglah mak abah huhu. sha pun macam takpelah takde rezeki kot nak masuk U, bagilah adik berjaya, apa salahnya beralah. tapi cita cita sha tak terhenti kat situ okay, sha dah berazam, nanti kalau ada rezeki insyaAllah nak sambung jugak degree walaupun dah berumur sikit :') taksalah kan kalau nak belajar. ala, sha baru 21 sekarang. orang selalu jugak tanay kenapa nak sangat masuk U, jawapan sha senang je, nak jadi an educated mom and woman gituh! okay done membebel di pagi rabu haha, jom sambung kerja! 

20 comments:

  1. Masuk U biasanya bukan setakat nak jadi manusia berguna dan educated je..its a must to have degree utk dptkan kerja yg gaji lumayan..takde semua tu cane nak ada kerjaya kan...

    ReplyDelete
  2. Culture dkt U bukan kwn2 yg tentukn..Diri sendiri yg tentukn...Semoga Sha dpt masuk U suatu hari nnt...Kadang2 cakap2 mcm tu yg buat kita rase down nk masuk U yg biase2...Dah la kite rase result kita biase2..Nak masuk U yg biase2 pun org ckp gitu..Dont give Up..Keep it up ya...Sy dulu masuk kolej PTPL je..Alhamdulillah konvo jgk..Dpt jgk diskaun 90% dr phak MARA..huhu

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah ada rezeki sha nanti.. doa yang baik2 sahaja..

    ReplyDelete
  4. always be grateful for what you have :)

    ReplyDelete
  5. muda lagi..klu ada peluang jgn sia-siakan

    ReplyDelete
  6. Rezeki masing" kan. Yang penting kita tahu apa yang terbaik untuk kita

    ReplyDelete
  7. Saya dulu pun beratur punya lama nak dpt borang UPU. Last2 tak isi sebab nak cari kelainan. Tup2 saya pelopor kepada bidang vokasional. Tetapi sekarang kerjaya perubatan. Hahahahh

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya sijil ini tidak menjamin tapi yang penting usaha dan kesungguhan untuk berjaya kebanyakan usahawan berjaya sekarang tidak ada pun sijil2 ini tapi bila mereka dah berjaya baru mereka dapat semua ini kerana pengalaman mereka... Cuma pandangan jer..

    ReplyDelete
  9. All the best, pasti berjaya..okay sha !

    ReplyDelete
  10. good to read this. Now I follow your gfc too.
    I didn't continue my studies as my dad want me to settle down.

    ReplyDelete
  11. Its okay now you kumpul duit. Just make sure you apply jgk. Skrg at least you need a degree scroll to ho further, to have have a brighter future.
    I am a wife & mother, waiting for the opportunity to continue PhD. Even ada master pun menganggur, so i believe that with phd, i can have a better future for my little girl and family insyaallah

    ReplyDelete
  12. Salam dik! Nice to read all these. Just for your information, akak adalah budak STPM and Alhamdulillah rezeki berpihak pd akak bila sambung degree in law kat UM. And i have too my old friend yang tak berapa bagus masa STPM, dia sambung belajar di UNITEN. and you know what sekarang dia di mana? Dia bekerja di Australia untuk banking dgn Standard Chartered. Pada akak, persepsi pointer tak bagus tak pg mana tu salah. Semua orang ada rezeki masing-masing. Yang beza adalah masa dan jalannya! Akak bersyukur dgn rezeki akak and i believed that Allah give this too me ada hikmahnya. And she was too. Rezeki dia bukan waktu STPM tapi selepas dari tu. Jangan give up ye adik! Always believe in yourself. Tapi jangan pulak persiakan masa muda. Kita kena usaha dan terus cari peluang dan networking! Gituuu akak membebel. Salam kenal dari Kak Nanie. Kalau rajin follow IG akak @innanieariffin :)

    ReplyDelete
  13. all the best sha. niat murni tu in shaa Allah, Allah akan bantu :)

    ReplyDelete
  14. Ilmu dimana-mana pun kita boleh cari. Yang penting ilmu tu kita amalkan. Apa guna belajar tinggi tapi ilmu yang dapat diperam saja kan? :) Jangan risau rezeki Allah luas, asalkan kita usaha dan tak mudah putus asa dengan sesuatu insyaAllah Allah tolong.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. Jangan lah fikir apa orang lain nak cakap, sebab sis pun selalu dpat soalan macam ni, last last sambung juga. tapi rezeki dah ditetapkan , don't worry gals

    ReplyDelete
  16. Its ok dik..as long as u know where u stand...u'll be good...
    Kalau cerita perjalanan idup akak lagi la boleh buat novel...
    Masuk sekolah budak2 pndai..akak ja tak berapa nk pandai..di kala kawan2 semua masuk matriks akak down xdpt matriks...terpaksa amik diploma dulu...lepas tu kerja sethun..lepas tu further degree..Alhamdulilah dua2 kali lpas belajar terus dapat kerja beforw convo...now i lepas kan dream job ramai org as engineer to become a domestic engineer to my kids. Tu pun kena cerca dengan orang...penat2 amik degree engineering dah kerja engineer nak jadi suri rumah pulak...
    Maka bertabah lah...yg penting kita tau apa yang kita buat

    ReplyDelete
  17. kalau ada peluang apa salahanya.. kalau xde rezeki belajar kat memana pon ok janji ilmu yang kita dapat tu boleh kita share utk orang lain.

    ReplyDelete
  18. xpe dik. In shaa Allah. Ada rezeki nanti. dapat degree atau x itu bonus shj. kualiti kita bukan trletak pada certificate itu pon.

    ReplyDelete
  19. pe pon, good luck utk shafyqa in anything u do, dik.
    pada aida, kalau ada niat utk sambung, maintain and carik peluang.
    kita ada ilmu tinggi ni bukan nyer niat nak riak. tapi, utk dimanfaatkan.
    ilmu yg kita manfaat kan dan org guna ilmu kita, aduhai dik, pahala nyer besar.
    nak sebar ilmu, kena berilmu dulu.
    and aida bukan seorang yg bersetuju dgn pendapat sesetengah org, "alahai apa nak kesah, tak belajar tinggi pun boleh jadik kaya."
    contoh nyer perkara ni pernah disebut oleh sorang artis realiti di satu program tv.
    itu nasib baik. and nasib baik ni takkan mudah nak dpt. kena ada pakej tertentu...
    kalau tak penting belajar tinggi, kenapa byk sekarang yg guna phD tipu?
    semata-mata nak perkataan 'dr' kat depan nama...
    (alamak terlebih sudah komen)
    ada umur. mampu. minat. sambung la belajar ye.

    ReplyDelete