Assalamualaikum
FAV GREENTEA! TEH HIJAU BOH | Hi, selamat berhujung minggu! harini nak cerita pasal teh hijau a.k.a greentea. semalam ha lepas solat rendam lah greentea ni pastu rasa macam why not share kat blog sebab takdak idea kan nak cerita apa. so here we go~
cara nak sediakan teh hijau ni? senang je, air panas 250ml dengan 1 teabag greentea [NO SUGAR ADDED OK?]. rendam teabag tu 5-10min, kalau dah suam suam sikit minum. oh btw cara penyediaan ada kat kotak haha. harga sekotak teh hijau boh ni RM 5.90/25 teabags (kalau taksalah la)
korang minum greentea jenama apa?!
so! ni lah greentea yang sha telan sejak dulu kala hahah k tipu. sha pun tak ingat sejak bila sha "lalu" nak minum benda alah ni. dulu masa mula mula nak try, konon nak kurus la. telan sikit je dah takleh habis, tapi bila hari hari duk telan sikit sikit, sekarang dah boleh minum macam minum teh ais ok :p kenapa boh? sebab murah kot hahaha entah la, boh teh hijau ni cinta pandang pertama sha bila cari teh hijau dulu. mana boleh curang AHAHA ok pernah lah curang, minum yang lipton punya tapi kenot go sebab hati kat teh hijau boh ni, kalau pi mana mana mesti cari dia dulu, ahmad teh pun ok orang cakap, haritu jumpa dia kat tesco tapi takrasa nak berkenalan pun so biar jelah dia kat rak tu hihi
sha minum teh hijau ni time sebelum tidur je sebab pagi pagi kalut sikit, kadang tu rendam pastu lupa nak minum haha, sejuk beku lah teh hijau tu.so lepas dari beberapa kejadian seperti itu, sha decide untuk minum sebelum tidur je haha kadang tu dah rendam pastu tertidur pun pernah jadi. sebelum ni sekotak 25 teabags, kadang takhabis pun dalam masa 2 bulan. sebab kat kotak ada cakap yang kena habiskan dalam masa 2 bulan selepas dibukak kotak tu. kiranya sebelum ni banyak sangat membazir tapi bulan lepas sha beli sekotak dan sekarang tinggal kurang dari 10 teabag, bangga kejap boleh konsisten walaupun takberapa konsisten. part malas nak kena pi dapur ambik air panas tu lah. fuh penat bebel, bawah ni sha share kebaikan greentea hokey
KEBAIKAN TEH HIJAU/GREENTEA
- Mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Tekanan darah yang lebih rendah.
- Kurangkan tahap kolesterol.
- Membantu dalam penurunan berat badan.
- Meningkatkan kepadatan tulang.
- Meningkatkan ingatan.
- Mencegah kanser.
- Mengurangkan tekanan.
- Menjadikan kulit cantik dan anti penuaan
cara nak sediakan teh hijau ni? senang je, air panas 250ml dengan 1 teabag greentea [NO SUGAR ADDED OK?]. rendam teabag tu 5-10min, kalau dah suam suam sikit minum. oh btw cara penyediaan ada kat kotak haha. harga sekotak teh hijau boh ni RM 5.90/25 teabags (kalau taksalah la)
korang minum greentea jenama apa?!