FAV GREENTEA! TEH HIJAU BOH


Assalamualaikum

FAV GREENTEA! TEH HIJAU BOH | Hi, selamat berhujung minggu! harini nak cerita pasal teh hijau a.k.a greentea. semalam ha lepas solat rendam lah greentea ni pastu rasa macam why not share kat blog sebab takdak idea kan nak cerita apa. so here we go~


so! ni lah greentea yang sha telan sejak dulu kala hahah k tipu. sha pun tak ingat sejak bila sha "lalu" nak minum benda alah ni. dulu masa mula mula nak try, konon nak kurus la. telan sikit je dah takleh habis, tapi bila hari hari duk telan sikit sikit, sekarang dah boleh minum macam minum teh ais ok :p kenapa boh? sebab murah kot hahaha entah la, boh teh hijau ni cinta pandang pertama sha bila cari teh hijau dulu. mana boleh curang AHAHA ok pernah lah curang, minum yang lipton punya tapi kenot go sebab hati kat teh hijau boh ni, kalau pi mana mana mesti cari dia dulu, ahmad teh pun ok orang cakap, haritu jumpa dia kat tesco tapi takrasa nak berkenalan pun so biar jelah dia kat rak tu hihi


sha minum teh hijau ni time sebelum tidur je sebab pagi pagi kalut sikit, kadang tu rendam pastu lupa nak minum haha, sejuk beku lah teh hijau tu.so lepas dari beberapa kejadian seperti itu, sha decide untuk minum sebelum tidur je haha kadang tu dah rendam pastu tertidur pun pernah jadi. sebelum ni sekotak 25 teabags, kadang takhabis pun dalam masa 2 bulan. sebab kat kotak ada cakap yang kena habiskan dalam masa 2 bulan selepas dibukak kotak tu. kiranya sebelum ni banyak sangat membazir tapi bulan lepas sha beli sekotak dan sekarang tinggal kurang dari 10 teabag, bangga kejap boleh konsisten walaupun takberapa konsisten. part malas nak kena pi dapur ambik air panas tu lah. fuh penat bebel, bawah ni sha share kebaikan greentea hokey

KEBAIKAN TEH HIJAU/GREENTEA
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Tekanan darah yang lebih rendah.
  • Kurangkan tahap kolesterol.
  • Membantu dalam penurunan berat badan.
  • Meningkatkan kepadatan tulang.
  • Meningkatkan ingatan.
  • Mencegah kanser.
  • Mengurangkan tekanan.
  • Menjadikan kulit cantik dan anti penuaan
so dalam semua kebaikan yang sha senaraikan yang sha nampak memberi kesan kepada sha ; kulit cantik haha takdelah cakap kulit flawless ke apa tapi memang dulu jerawat suka betul kat muka sha, skrg ni bila datang bulan je jerawat gatal nak naik, jerawat kat belakang pun dah hilang lepas asyik telan greentea ni. mengurangkan tekanan tu pun sha dapat rasa sebab bila lepas minum teh hijau ni suam suam mesti rasa tenang je, pastu senang tidur haha.

cara nak sediakan teh hijau ni? senang je, air panas 250ml dengan 1 teabag greentea [NO SUGAR ADDED OK?]. rendam teabag tu 5-10min, kalau dah suam suam sikit minum. oh btw cara penyediaan ada kat kotak haha. harga sekotak teh hijau boh ni RM 5.90/25 teabags (kalau taksalah la)

korang minum greentea jenama apa?!




34 comments:

  1. baru tahu green tea boleh tingkatkan daya ingatan. Kalau macamni kena gigih minum jugak ni :P

    ReplyDelete
  2. Byk khasiat green tea tp tak kena dgn selera kak ana. Kak ana prefer tea yg biasa je.

    ReplyDelete
  3. azah suka green tea yang clenx tea tuuuu. sodappp! bangun esoknyaa mesti cleann. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh teh ni pun! tapi nak try jugak lah yang clenxtea tu

      Delete
  4. alamak... mia tak berapa gemar minum teh hijau ni.... huhuh camne nak tipu otak eh..

    ReplyDelete
  5. wahhhh sama lahh kita sha uitt~! saya pun suka minum green tea BOH ni (kecuali time period sebab Prof Muhaya kata tak boleh minum green tea time peod). haa tengah rendam la ni. tak boleh letak gambar kat sini pula nak bagi bukti kan haha. saya pun suka green tea BOH ni, tak terlalu lain rasanya dan boleh telan seenak tekak. eh. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yay geng! haah time priod pun takminum. hahaha tu lah pasal, try greentea lain tak kena tekak

      Delete
    2. tq for sharing this info, sayidah.
      green tea x time period.

      Delete
  6. green tea mmg bagus... eh sedap pulak kita tngok green tea ni. hehe

    ReplyDelete
  7. green tea mmg elok..dulu masa k.fiezz sibuk nk kuruskan bdn sikit sbb sebelum ni agak berisi..k.fiezz minum green tea boh ni jugak...mmg menjadi..memula macam tak boleh bla rasa dia..dh hari-hari minum, baru serasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya turun berat! haah kena ajar tekak telan baru ok

      Delete
    2. wah. iye ke?
      hmmmmm sama la kita.
      kena ajar tekak utk telan :)

      Delete
    3. Ya betul tu 1st day sy mnum kurang rasa lapar

      Delete
  8. Suka juga jenama ini.. Tapi sama macam Sha tak konsisten dan suka lupa.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha hrap lepas ni kita konsisten lah kak hihi

      Delete
  9. ada le baca-baca ni ok utk jaga body.
    tapi tu la, aida still cannot telan la, shafyqah.
    will try lagi nanti :)

    ReplyDelete
  10. Ika kureng sikit green tea hehe. Tapi mana tahu soon will try ke hee :)

    ReplyDelete
  11. 1st time minum Green Tea Boh rasa better sgt kurang selera nk makan lambat rasa lapar lagi2 dlm bln puasa ni. So hr ni hari ke2 kita mnum green tea kita tgk die punya pegi mcm mana haha ok bye selamat berpuasa semua

    ReplyDelete
  12. bru nak try..doakan sy konsisten..sbb nk turunkan berat badan..hhihi

    ReplyDelete
  13. Dah 7 bulan amal green tea boh ni, tak minum air manis dan makan berpada2, turun berat sebanyak 15kg dari 88kg-73kg.

    ReplyDelete
  14. fav jugak. tapi dah terminum mse period. ape kesan dia eh ?

    ReplyDelete
  15. klu lipton green tea elok x... x kisah ea brand ape pon

    ReplyDelete
  16. Dulu suka juga Teh Boh tapi sekarang dah suka Ahmad Tea. Mahal sikit tp memang berbaloi sebab boleh rasa beza rasa dia. Paling suka Jasmine Green Tea. Lebih kurang mcm Thai Green Tea jugak rasa dia sebab ada not floral. Tenang tekak dan hidung bila minum :)

    ReplyDelete
  17. Saya baru start minum mayb dlm seminggu ni..sebab nak buang detox dlm bdn..org cakap minum gree tea blh cantikkan skin n jerawat blh kurang kalau konsisten..minum tea tanpa gula, dan waktu sesuia minum tea sejam sebelum makan atau sejam selepas makan..

    ReplyDelete
  18. Sedp teh ni. Sy sk..klo jasmine sy xbrape sk sbb kuat bau bunga.xblh telan. Sy bli green tea boh ni nekad aje sbnrnya sbb tkt jd cm mnum greentea jasmin..kluar blk.stkt mnum ni alhmdullh blh terima..

    ReplyDelete
  19. Saya pun baru try green tea boh ni. Harap2 semua kebaikannya menjadi kat saya. Tak sabar nak tgk resultnya camner. Huhu

    ReplyDelete