11/30/2018

LIRIK LAGU BUKAN AKU | TASHA MANSHAHAR (OST RAISHA 2)

by , in


LIRIK LAGU BUKAN AKU | TASHA MANSHAHAR



Tak mudah aku jalani
Hidupku tanpamu di sisi
Hari-hari ku tangisi
Segala memori janji ku mungkiri

Aku lepas semua pergi
Bukan kerna aku benci
Tapi kerna ku terlalu mencintai

Percayalah oh sayangku
Nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku

Engkau masih aku rindu
Walau tak pernah engkau tahu
Hanya satu harapanku
Moga kau selalu maafkan diriku

Aku lepas semua pergi
Bukan kerna aku benci
Tapi kerna ku terlalu mencintai

Percayalah oh sayangku
Nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku

Usah bimbang sayangku
Nikmati dulu hidupmu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku
11/29/2018

WILLKEY™ - SISTEM PENDAFTARAN WASIAT PERTAMA DI MALAYSIA

by , in

Assalamualaikum

WILLKEY™ - SISTEM PENDAFTARAN WASIAT PERTAMA DI MALAYSIA | WillKey™, Sistem Pendaftaran Wasiat Pertama di Malaysia, Memusatkan Pencarian dan Penyimpanan Wasiat Untuk Ketenangan Minda




Apabila insan tersayang meninggal dunia, soalan berkaitan yang sering ditanya, “Saya tahu arwah atau mendiang ada membuat wasiat tetapi di mana beliau menyimpannya?” Bilangan keluarga yang berhadapan dengan kepayahan mencari tempat simpanan wasiat insan tersayang yang telah meninggal dunia tidak sedikit. 

Walaupun ianya sesuatu yang tidak diingini, kita tidak dapat nafikan bahawa hakikatnya, sebuah wasiat yang tidak berjaya ditemui umpama wasiat yang tidak wujud langsung.

Sebuah wasiat boleh disimpan di pelbagai tempat – sama ada di rumah, pejabat, bersama peguam, bank ataupun penyedia perkhidmatan menulis wasiat. Dengan peredaran masa, pewasiat mungkin telah tersalah letak wasiat yang mereka sediakan itu ataupun mungkin terlupa tempat simpanannya. Perkara-perkara yang tidak dijangka atau diingini seperti kebakaran, kemalangan dan banjir juga membahayakan keselamatan wasiat berkenaan, lalu  mengecewakan waris mereka. 

Pencarian wasiat kemudiannya menjadi satu proses yang berpanjangan, malah boleh berlanjutan daripada beberapa bulan hingga bertahun-tahun. Sementara itu, terdapat kemungkinan wujud pertelingkahan mengenai pengagihan aset si mati. Terdapat juga kemungkinan sesetengah aset yang dimiliki si mati hanya diketahui beliau dan tidak didedahkan kepada ahli keluarga semasa pewasiat itu masih hidup tetapi sebaliknya ada dinyatakan di dalam wasiat yang disediakan. Apabila wasiat gagal ditemui, aset-aset seperti ini tidak dapat dituntut waris selepas kematian individu terbabit.

Kementerian Kewangan mendedahkan pada tahun 2017 bahawa terdapat sejumlah aset bernilai RM5.7 bilion yang belum dituntut. Selain itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebelum ini turut memaklumkan pada tahun 2016 bahawa harta bernilai RM60 bilion yang dimiliki individu yang telah meninggal dunia masih belum dituntut waris mereka. Angka yang membimbangkan ini menggambarkan kekayaan yang boleh diwarisi benefisiari yang berhak daripada ahli keluarga mereka, sekiranya dokumentasi yang diperlukan berada dalam keadaan teratur untuk membuat tuntutan – yang paling utama, wasiat pewaris.

Kebimbangan ini menumpu kepada kepada satu perkara – adakah terdapat sebuah pusat pendaftaran berpusat yang membolehkan rakyat Malaysia mencari wasiat seorang pewasiat?

MWD Wills Depository Sdn Bhd pada hari ini mengumumkan sebuah solusi yang membolehkan rakyat Malaysia mencari wasiat. WillKey™, pusat pendaftaran wasiat pertama di negara ini, berperanan sebagai sebuah pusat pendaftaran berpusat yang membolehkan pewasiat mendaftar maklumat berkenaan lokasi wasiat mereka ataupun menyimpan salinan wasiat mereka. Pewasiat juga boleh menyimpan wasiat asal masing-masing dengan MWD Wills Depository Sdn Bhd, seterusnya memudahkan pencarian dokumen tersebut. Dengan model perniagaan yang dibangunkan khusus untuk pendaftaran, penyimpanan dan pencarian wasiat, WillKey™ berperanan sebagai sebuah pusat pencarian wasiat dan perkhidmatan pemegang amanah wasiat yang efektif.

Dengan penyediaan sebuah bilik kebal yang kukuh dan selamat serta terdapatnya sebuah kemudahan yang tahan api bersandarkan teknologi terkini, WillKey™menggabungkan maklumat untuk pewasiat, wasi dan benefisiari bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pencarian dan mendapatkan wasiat.

“Kami percaya rakyat Malaysia sentiasa mencari kaedah yang lebih mudah dan efisien untuk menyiapkan tugas. Pencarian wasiat untuk memudahkan pelaksanaan dan pengagihan kekayaan dan aset juga tidak terkecuali. Mempunyai wasiat sememangnya penting bagi mereka yang mempunyai hartanah, polisi insurans, akaun bank dan aset-aset lain bagi menentukan siapa yang mewarisi harta berkenaan, namun pada masa yang sama mengetahui di mana individu terbabit menyimpan wasiat mereka tidak kurang pentingnya. Ini bertambah penting buat keluarga yang berdepan dengan kematian mengejut, di mana mereka dahulunya bergantung hidup pada si mati dan memerlukan penyelesaian yang segera untuk meneruskan kehidupan,” kata En Su Tiang Joo, Pengarah MWD Wills Depository Sdn Bhd.

Perkara-perkara berkaitan sebuah wasiat adalah amat peribadi kepada pewasiat, yang merupakan satu-satunya individu yang memutuskan siapa yang akan mewarisi kekayaan beliau. Disebabkan ini, ramai orang tidak memaklumkan di mana mereka menyimpan wasiat mereka, malahan lebih gemar untuk meletakkan kepercayaan berkenaan maklumat tersebut pada seorang peguamcara atau sekiranya ia disimpan di rumah, di ruang yang hanya diketahui pewaris. 

“Untuk memenuhi keperluan ini, WillKey™ diperkenalkan di pasaran. Terdapat pihak yang mengetahui kehadiran sebuah wasiat tetapi tidak mengetahui di mana tempat simpanannya. WillKey™ bertindak sebagai pusat pendaftaran berpusat yang membenarkan individu yang ditentukan terlebih dahulu seperti peguam, wasi atau waris, mengakses maklumat mengenai wasiat tertentu dengan mudah, selepas menunjukkan dokumen yang diperlukan. Kami memahami bahawa perkara ini amat peribadi kepada pewasiat dan kami ingin membantu mereka menguruskan perkara yang penting kepada mereka. WillKey™ mahu memastikan supaya wasiat mereka didaftarkan dan disimpan dengan selamat agar kemahuan pewasiat boleh dilaksanakan dengan tepat,” ujar En Su.

WillKey™ bukan hanya untuk mereka yang mencari wasiat si mati tetapi berperanan sebagai sebuah platform bagi peguam dan penyedia perkhidmatan penulisan wasiat untuk mendaftarkan wasiat pelanggan mereka. “Kami menggalakkan segenap pihak, sama ada pewasiat mahupun peguamcara, untuk mendaftar dan menyimpan wasiat mereka bersama WillKey™. Ini akan mengurangkan kerumitan proses pencarian wasiat terlibat,” tambah En. Su.

Sementara perkhidmatan berkaitan wasiat biasanya melibatkan kos yang tinggi bagi pewasiat, WillKey™ mahu menyediakan perkhidmatan pada harga berpatutan, tanpa berkompromi terhadap aspek keselamatan dan kredibiliti. Yuran langganan ditetapkan pada kadar yang dapat meminimumkan impak terhadap perbelanjaan pewasiat. Pewasiat hanya perlu mendaftar sekali sahaja dengan WillKey™ dengan pembayaran yuran sebanyak RM133.33. Langganan penyimpanan wasiat disediakan pada harga serendah RM3.33 sebulan. 

“Perkhidmatan berkaitan wasiat kebiasaannya menjadi perkara terakhir yang difikirkan individu memandangkan ia bukanlah satu perbelanjaan harian. Inilah sebab yuran WillKey™ ditetapkan dengan memberi penekanan terhadap kebolehmampuan. Anggaplah ia sebagai satu pelaburan kecil dalam memastikan keselamatan dan memudahkan wasiat anda dikeluarkan. Kami tidak mahu perkhidmatan yang kami sediakan menjadi beban tambahan kepada pewaris dan keluarga mereka yang sebelum ini telah membelanjakan kos yang agak tinggi bagi proses penyediaan wasiat,” ujar En Su.

Pusat pendaftaran wasiat berpusat itu juga berperanan melengkapkan ekosistem pewasiat, wasi dan benefisiari dengan berkerjasama dengan agensi-agensi yang membantu pelanggan menyediakan wasiat dan menguruskan pelaksanaannya serta mentadbir amanah dan harta pusaka mereka. 

En Su menjelaskan, “Menerusi penglibatan dalam sistem yang saling terhubung ini, WillKey™ bermatlamat supaya memanfaatkan semua pihak yang terlibat. Peluang yang tersedia kepada rakan-rakan niaga bersama WillKey™ amat terbuka dan mereka mampu menikmati aliran pendapatan tambahan daripada aktiviti pendaftaran dan penyimpanan wasiat. Pada dasarnya, pelanggan mahukan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan diyakini. Peguam, wasi dan penyedia perkhidmatan menulis wasiat kini boleh memberikan keyakinan kepada para pelanggan mereka bahawa menerusi WillKey™, wasiat yang berdaftar dengan mereka mudah dicari, dan jika disimpan dengan mereka, mudah dikeluarkan. Inilah cara WillKey™ menyumbang kepada hubungan dengan rakan-rakan niaganya.” 

“Proses pencarian dan pelaksanaan wasiat boleh memberikan kesan yang besar kepada ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang. Proses untuk meneruskan kehidupan, khususnya setelah kematian ahli keluarga, sepatutnya tidak menjadi pengalaman yang sukar. Paling utamanya, WillKey™ mahu memberikan ketenangan minda daripada peringkat awal, dengan memastikan wasiat boleh ditemui dengan mudah apabila tiba masanya dan menawarkan kemudahan penyimpanan kepada mereka yang ingin menyimpan wasiat mereka bersama kami untuk meningkatkan keselamatan,” kata En Su.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai WillKey™, dan untuk melihat senarai komprehensif perkhidmatan serta yuran langganannya, sila layari http://www.mywillkey.com




11/28/2018

ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK REVIEW

by , in

Assalamualaikum

ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK | Hi! takpernah habis kan kalau bercakap pasal hal kecantikan ni, dari hari ke hari, masa ke masa muncul je produk produk baru, sha pulak tak habis habis rasa nak mencuba. jadi kalini sha cuba MILK PEEL CREAM MASK pulak. produk ni exclusively di Althea.kr SAHAJA, korang takkan dapat kat tempat lain hehe


Product Name : Milk Peel Cream Mask
Volume : 50ML
Suitable for : All skin types
Exclusively at : Althea.kr


sha sebenarnya memang peminat tegar mask, tak kisah la mask jenis mana ; sheet ke, peel off ke, claymask ke, gel mask ke dan yang terbaru sha try ni cream mask dari Althea ni la kan. masa mula mula dapat dan buka packaging dah excited nak try! macam mana tak excited bila bau mask ni sebijik macam bau susu minum tu, takut jugak karang masa pakai, lidah ni gatal je nak rasa sebab bau dia memang menyedapkan betul πŸ‘… 


APA YANG BEST PASAL MILK PEEL CREAM MASK?

πŸŽ• Exfoliating mask yang berubah dari clay texture kepada whipped cream 
πŸŽ• Mengandungi ekstrak protein susu untuk meningkatkan kelembapan kulit
πŸŽ• Dirumuskan dengan AHA & BHA untuk membuang sel-sel kulit mati
πŸŽ• Cruelty-free


KANDUNGAN DALAM MILK PEEL CREAM MASK

Water (Aqua), Kaolin, Glycerin, Disiloxane, Bentonite, Propanediol, Myristic Acid, Methyl Perfluoroisobutyl Ether, Stearicacid, Methyl Perfluorobutyl Ether, Potassium Hydroxide, 1,2-Hexanediol, Palmitic Acid , Ethylhexylglycerin, Milk Proteinextract, Disodium Edta, Gaultheria Procumbens (Wintergreen) Leaf Extract, Gluconolactone, Glycolic Acid, Titaniumdioxide (Ci 77891), Fragrance (Parfum), Coumarin*, Hexyl Cinnamal*, Citronellol* 

CARA MENGGUNAKAN MILK PEEL CREAM MASK


πŸ’ƒ Basahkan muka korang (tapi testimoni atas ni kat tangan hikhik)
πŸ’ƒ Sapukan produk pada kulit yang lembap dan urut dengan perlahan sehingga ia menjadi berbuih.
πŸ’ƒ Biarkan pada kulit anda selama 30-60 saat sebelum membilasnya dengan air suam.

REVIEW :


masa mula mula pakai rasa macam mana rasa geli geli macam sha duk baca kat FB ni? haha! pastu lepas cream mask ni bertukar dari clay ke cream baru rasa geli geli tu :p BEST GILA OK! rasa macam muka tengah diurut urut dari dalam (eh). packaging pun cantik dan kecik so senang kalau gi travel ke, boleh je nak bawak. bau pulak takyah cakap lah, rasa nak makan uolls! lepas je seminit korang bilas dengan air suam kan, muka konfirm rasa segar bugar dan lembut! nak gunakan pun senang sebab jenis pump kan, kebersihan produk pun terjaga. bravooo ALTHEA πŸ’—πŸ’—

Bau :  ∞ ❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Kelembapan : ❤❤❤❤❤/5
Harga : ❤❤❤❤❤/5
Repurchase : yes


NAK DAPATKAN DIMANA & HARGA?

ALTHEA. KR : Milk Peel Cream Mask
PRICE :  RM 36.00
**  FREE SHIPPING on all ALTHEA Exclusives with CODE: PBSHIP 


** this is a sponsored post but all opinions are mine
11/27/2018

LIRIK LAGU WANITAKU | NADZMI ADHWA feat ARDELL ARYANA

by , in

LIRIK LAGU WANITAKU | NADZMI ADHWA feat ARDELL ARYANA



Ku menunggu, ku menanti tibanya waktu
Ku mencari, cinta sejati untuk diriku
Di mana kamu, di mana kamu sayang
Aku terus mencari, terus mencari pujaan hati

Kamulah wanita pujaan hatiku
Kamulah wanita gadis idamanku
Tak ada yang bisa jadi sepertimu
Tak ada yang bisa jadi penggantimu

Ku menunggu, ku menanti tibanya waktu
Ku mencari, cinta sejati untuk diriku
Di mana kamu, di mana kamu sayang
Aku terus mencari, terus mencari pujaan hati

Kamulah wanita pujaan hatiku
Kamulah wanita gadis idamanku
Tak ada yang bisa jadi sepertimu
Tak ada yang bisa jadi penggantimu

Tak ada yang bisa, memberikan aku cinta
Selain dirimu, selain kamu saja

Akulah wanita pujaan hatimu
Akulah wanita gadis idamanmu
Kamulah wanita pujaan hatiku
Kamulah wanita gadis idamanku

Tak ada yang bisa jadi sepertimu
Tak ada yang bisa jadi penggantimu
Kamulah wanita pujaan hatiku
Kamulah wanita gadis idamanku

Kaulah wanitaku
11/26/2018

SEDAP SANGAT KE AISKRIM OREO TU?

by , in

Assalamualaikum

SEDAP SANGAT KE AISKRIM OREO TU? | Hi! semalam balik dari kerja, saja keluar nak cari makan malam pastu singgah kedai ni nak beli perfume tapi perfume takbeli pun, gi beli yang lain. mula mula tu nampak nabati, ada perisa baru - packaging sumpah cantik gila! tapi tak ambik gambar pun, phone takbawak haha dan akhirnya sha beli ice cream~


sehari sebelum kejadian ada nampak kawan upload dia beli aiskrim ni, ingatkan mana lah dia beli padahal ada ja kat kedai dekat dekat rumah, maknanya senang cari la kan~ sha nampak terus ambik, ada dua jenis ; jenis ni dan jenis conetto tu. sha ambik yang ni sebab nampak besar ngeh ngeh

sebelum

semasa

selepas

MY REVIEW : sedap weh! rasa tak cukup satu :3 sebab dia takrasa macam ais, rasa macam makan oreo yang disejuk bekukan. manis? yes manis, ais krim apa tak manis? ais krim asam pun ada manis dia tau. harga? RM 4 ha ha ha ha berbaloi ke? macam tak je kan, tapi dah nak rasa pejam mata jelah. repeat? eh mesti! kalau ada rezeki lebih hehehehe

korang dah try belum? kalau belum try gi cari kat kedai kedai berhampiran ataupun kat 7e hikhik. bye~




11/21/2018

BARANG SHOPPING 11.11 DAH SAMPAI!

by , in

Assalamualaikum

BARANG SHOPPING 11.11 DAH SAMPAI! | Hi uolls! selamat kembali bekerja hikhik. hari isnin sha halfday dan semalam sha cuti dan pagi tadi malas betul nak datang kerja, nak cuti lagi huwaaa. tapi bila masuk ja tadi, terus nampak benda yang mengembirakan iaitu parcel~ sha kan kalau mai kerja pastu dapat parcel, ya Allah bahagia tak terkata. tambah kalau haritu, poslaju datang, gdex datang, skynet ke, j&t ke kahkahkah melebih diani. ada 3 parcel kesemuanya dan 1 ja yang sha :p 1 yang adik & 1 yang cousin. rasa bangga jap shout out pasal shopee haritu, banyak suruh sha orderkan ngeh ngeh, kira sis berjaya la kan?

BELI APA 11.11?

masa 11.11 haritu sha mulanya takmau beli apa pun sebab rasa macam takdak benda pun yang perlu dibeli hahaha tapi malam tu lepas settlekan kerja, saja belek website karangkraf, konon nak beli buku lagi la pastu terfikir balik, buku yang haritu pun takbaca lagi hoI! matikan jelah angin angin tu, pastu scroll fb and everyone is talking about 11.11 -_- dan sha ternampak iklan pasal Althea Korea, sha pun saja la usha usha - usha usha sampai terbeli (': dan semalam 20.11 barang sha sampai! wuhuuuu. sha bukak althea tu sebab nak TENGOK ja apa produk yang ada untuk menyelesaikan masalah bibir sha ni, dan sha bajet RM 50 SAHAJA! jangan lebih! lepas usha usha semua, add cart jadi RM 70+ aduh takboleh jadi ni, nak buang yang mana satu eh hahaha sha pun buang la facemist ni, tapi nanti nak beli jugak! dan yang lain sha simpan~ dan barangnya adalah ;-


FIRST TIME EDIT VIDEO GINI GAIS, SUPPORT SIKIT NGEH NGEH


😝 Air Cotton Makeup Base (Mint)
😝 Oatmeal Therapy Cleansing Tissue (20pcs)
😝 Perfect Clean Cleansing Tissues (30ea)
😝 Honey&Berry Lip Sleeping Mask
😝 Ginger Sugar Lip Scrub 

Subtotal RM56.00
Shipping & Handling RM0.00
Grand Total RM56.00

takberjaya nak beli bawah RM 50  sebab sha rasa semua ni sha nak, sha perlu haha why not kan? taksabarnya nak balik rumah nak try dan kalau RAJIN nak buat review hahaha kalau je ok kalau. korang punya 11.11 dah sampai ke belum? hehehehehehe okbai! 

WEBSITE : ALTHEA KOREA



11/21/2018

LIRIK LAGU JUARA DUSTA | ARIFF BAHRAN

by , in


LIRIK LAGU JUARA DUSTA | ARIFF BAHRAN 


Performed by Ariff Bahran
Title : Juara Dusta
Lyrics and Composer : Pria Anonim
Music Arrangement: Afiz Majistret
Producer : Bratt Bob


kau yang dulu bersama ku
menjerang waktu sepenuh cinta
susah senang kita nikmati

kau yang sempat selalu
membangkitkan semangat hidup
sungguh kau kekasih yang hebat

kini kau mendapatkan
apa yang tak ku miliki
yang tak boleh aku beri
kau tinggalkan aku pergi sendiri

selamat jalan cinta
semoga bahagia
kau lah pemenangnya
kau lah yang juara

kau menang di hati ku
kau juara dusta
kau dustai aku dengan mimpi mu
yang hanya membuat ku terus berharap

terfikirkah oleh mu
betapa sakitnya aku
tiada pernah ku rasa
aku harus membalas mu

kau telah memilihnya
dan aku tidak berdaya
kau tinggalkan aku pergi sendiri

selamat jalan cinta
semoga bahagia
kau lah pemenangnya
kau lah yang juara

kau menang di hati ku
kau juara dusta
kau dustai aku dengan mimpi mu
yang hanya membuat ku

selamat jalan cinta
semoga bahagia
kau lah pemenangnya
kau lah yang juara

kau menang di hati ku
kau juara dusta
kau dustai aku dengan mimpi mu
yang hanya membuat ku terus berharap

11/19/2018

BABY GIFT HAMPERS by LOVINGLY SIGNED

by , in

Assalamualaikum

BABY GIFT HAMPERS by LOVINGLY SIGNED | Hi korang! minggu lepas akak BF sha dapat baby, sha kalau pasal baby ni memang excited gila la cerita dia haha. masa hari kejadian, tak behenti henti sha tanya dia dari pagi sampai ke malam ; dah dapat baby belum haha dia sampai malas nak jawab. lepas tu pagi hari esok tu, sha bangun dapat ws gambar baby! sha pulak rasa bahagia lain macam. bestnya rumah ada baby, paling suka bau baby hihihi bila nak ada baby sendiri ni :p jadinya sha pun mulakan misi sebagai bakal mak sedara acewah haha, pun cari la hadiah nak bagi ke baby kan, excited tau! pastu jumpa satu website ni - Lovingly Signed

LOVINGLY SIGNED

NOT JUST DIFFERENT. WE ARE UNIQUE.

Lovingly Signed mengeluarkan produk bayi yang paling cantik dari seluruh dunia, boleh di-personalises barangan tersebut dengan nama pilihan anda, dibungkuskan dengan penuh kasih sayang dalam signature gift boxes dan deliver terus ke pintu anda. From Singapore with Loveee πŸŽ”

Lovingly Signed membawa bersama teknologi terkini, inovasi dan reka bentuk untuk mencipta hadiah yang paling indah hanya untuk anda, dengan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa untuk dipadankan.


GIFT HAMPERS

masuk je website Lovingly Signed sha terus berpesona tengok barang barang comel dari dorang! semua benda comel comel dengan warna yang pastel, nampak sejuk je mata memandang.

SUPER LUXE BABY GIFT SET - BLUE


Paling berkenan yang warna pink tapi disebabkan baby boy, jadi sha carilah yang warna biru ni. warna biru pun cantik ok!!! kalau beli yang set ni, akan dapat :-


πŸ‘Ά Blue Gingham Robe  
πŸ‘Ά Blue Gingham Hooded Towel  
πŸ‘Ά Baby Grow  
πŸ‘Ά Blue Cotton Cellular Blanket 
πŸ‘Ά Blue JellyCat Bunny 


tapi okey ke kalau beli set ni? karang time baby ja boleh pakai - jangan risau! sebab ada pilihan saiz untuk 0-3m, 3-6m,6-9m,9-12m & sampai 3tahun gais! apa nak dirisaukan, beli je yang besar terus tak rugi kan, boleh pakai lama hiksss. Fabric yang digunakan adalah 100% Cotton yang mana sha yakin dah pasti sangat sesuai untuk baby.

Lovingly Signed bukan sahaja menyediakan barangan bayi yang baru lahir, tapi juga hadiah hadiah untuk meraikan baby shower, pengumuman bayi, ulang tahun pertama bayi dan Krismas, Lovingly Signed mempunyai pelbagai hadiah peribadi yang paling banyak untuk anda.


 BASHFUL BUNNY, BLANKET AND BOOK GIFT SET

BABY SHOWER GIFT SET - PINK

BED TIME GIFT SET

EAR HOODED TOWEL, BLANKET AND ETHAN THE FOX SET



Lovingly Signed menawarkan penghantaran percuma di Singapura (4 hingga 5 hari) dan Penghantaran Antarabangsa percuma untuk semua tempahan lebih dari SGD $ 250 (dalam masa 4 - 8 hari). Cara pembayaran pula ; korang boleh guna Paypal atau Googlepay


Tipulah kalau tak geram tengok benda benda comel ni! sha nak buat korang geram sekali! korang jangan lupa check website Lovingly Signed ni kehkehkeh, takda baby pun takpa, beli untuk anak orang lain hihihi. ok byeee~


FACEBOOK : Lovingly Signed
INSTAGRAM : Lovingly Signed
PINTEREST : Lovingly Signed





11/18/2018

KARIPAP DAGING CHEESE FROZEN

by , in

Assalamualaikum

KARIPAP DAGING CHEESE FROZEN | Hi! selamat berhujung minggu semua :) harini nak cerita pasal karipap :p kepada yang selalu tengok igstory sha tau la macam mana sha suka karipap, hari hari weh makan karipap sampai semua orang bosan dah dengan cerita karipap sha. tapi harini nak cerita pasal karipap lain, karipap cheese! sha sebagai peminat karipap dan juga peminat cheese memang excited teruk nak try! haritu ada la jiran kat rumah makcik bagitau ada diani jual, sha terus order kahkah 


bila dah dapat karipap ni kan, balik rumah mandi apa semua, sambil sambil tunggu nak layan SERIBU RINDU, sha pun goreng la karipap ni, kebetulan sangat hujan time tu! makan karipap panas panas sambil tengok abang zul pulak ennn kahkah

seee? gemok gila! eeeee geram! dah la gebu pulak tu!

nampak isi dalam dia macam mana? penuh wehhh dengan rasa daging seketul seketul

cheese dia gais~ gigih kan nak ambik gambar hehehehe

harga karipap daging cheese ni RM 6 untuk 5 biji which is sebijik jatuh RM 1.20. pada sha walaupun nampak macam mahal gila kan sebijik RM 1.20??? WHATTTTTT? tapi sebijik dah kenyang! jangan risau jangan khuatir haha sekarangkan kat rumah sentiasa ada stok karipap ni, haritu baru pi borong kat rumah penjual dia, 4 bungkus :p takpayah meroyan dah la lepas ni kalau tak dapat makan karipap sebab kat rumah dah ada kehkehkeh. 

sekian cerita karipap dari sha haha, bye!






11/17/2018

LIRIK LAGU JUTAAN PURNAMA | ALYAH (OST SERIBU RINDU)

by , in

LIRIK LAGU JUTAAN PURNAMA | ALYAH (OST SERIBU RINDU)



Sayangku
Bangun oh sayang ku
Sedarkan dari lena mimpimu
Aku masih perlukan dirimu

Sayangku
Bukalah matamu
Lihat diriku masih menunggu
Kesatkan air mataku
Maafkanku kerna ku takut kehilangan dirimu

Taruhkan jutaan purnama
Kan setia diriku bersamanya
Mencintanya hingga ke akhirnya
Akhirnya

Sayangku
Bangkit oh sayangku
Mari menari seperti dulu
Hilang arah ku tanpamu
Maafkanku kerna ku takut kehilangan dirimu

Taruhkan jutaan purnama
Kan setia diriku bersamanya
Mencintanya hingga ke akhirnya
Taklukkan hatiku padanya
Janji setia aku bersamanya
Mencintanya hingga ke akhirnya

Teruskan jalanku mencintainya
Sampai nanti jasadku terbeku
Dan ternyata abadi cinta kita selamanya

Kau jutaan purnama
Kan setia diriku bersamanya
Mencintanya hingga ke akhirnya
Taklukkan hatiku padanya
Janji setia aku bersamanya
Mencintanya hingga ke akhirnya

Janji setiaku padanya
Bersamanya
Mencintanya hingga ke akhirnya
Akhirnya
11/16/2018

KFC SPICY GOCHUJANG CRUNCH ; PEDAS SANGAT KE?

by , in

Assalamualaikum

KFC SPICY GOCHUJANG CRUNCH ; PEDAS SANGAT KE? | Hi hi~ selamat pagi dan salam jumaat! eh pagi lagi ke sekarang? he he he selamat tengahari! ha tengah fikir nak makan lunch satgi? try pi KFC, sebab KFC baru keluarkan menu baru iaitu KFC SPICY GOCHUJANG CRUNCH  ; sentuhan daripada Korea githew~ ceritanya bermula bila sha nampak iklan kat TV semalam masa tengah layan seribu rindu, sha terus whatsapp adik suruh balik beli pastu dia takmau -_-  pastu takpalah, belek pulak FB KFC hahaha! ternampak video ni~


lepas ja tengok video ni, terus cakap kat cousin, dik esok kita pi beli KFC haha dia pun on sentiasa. jadinya tadi lepas pipasar apasemua, singgah la KFC. takut jugak nak masuk kahkah sebab kalau takda yang ni, takmau beli yang biasa tu 😝😝 sebaik ada uolls! yayyy!


KFC SPICY GOCHUJANG CRUNCH

KFC SPICY GOCHUJANG CRUNCH

taksampai 5 minit order dah siap, yela kan pagi pagi ni sapa ja nak makan KFC kecuali seketul sapikah. tapi tak makan situ, makan kat rumah sebab cousin cakapkat rumah boleh main game sambil makan sambil tengok tv - amboi kemain! sha ok jelah sebab sha pun suka makan kat rumah jugak. balik terus hidang nak makan :p taksabar iolls

KFC SPICY GOCHUJANG CRUNCH

sha beli yang 3 ketul punya so dalam set ni ada ; 3 pieces of chicken, Spicy Honey Gochujang sauce, coleslaw, whipped potato, drink (Tropicana Tropical).

KFC SPICY GOCHUJANG CRUNCH



MY HONEST REVIEW :

ok, first impression sha kan bila baca Korea ni mesti pedas gila tahap takboleh nak duduk diam bila makan tapi sayangnya tak, pedas dia biasa biasa je sebab cousin sha yang darjah 2 tu makan elok je sambil main game lagi :p kiranya takdak la pedas macam ayam pedas MCD tu, ni first impression sha, maybe sha yang berharap lebih kot :p

AYAM :sha rasa ayam yang digunakan bukan ayam yang hot n spicy tu sebab dia rasa pedas sikit dari yang tu tapi bila tengok kat website KFC macam guna ayam biasa ha ha ha heloooo~ i confused. tak kisah la ayam apa pun tapi ayam dia memang sedap 😜😜 **Update 29/11 : ayam dia guna ayam spicy tu je kahkah maafkan lidah sis :3

SPICY HONEY GOCHUJANG SAUCE : warna menarik, packaging menarik, tak pedas sangat macam sha jangka tapi sha rasa macam ada something wrong dengan rasa dia. rasa macam ada pwoder dalam sos tu πŸ˜• tapi okey je sebenarnya, sha suka!

Rasa :  ❤❤❤❤❤/5
Kepedasan : ❤❤❤/5
Kerangupan : ❤❤❤❤/5
Harga : ❤❤❤❤/5
Repeat : yes!


ok bai~ happy lunch!
11/15/2018

FOREVER LIVING : ALOE VERA GELLY IS A LIFE SAVER!

by , in

Assalamuaikum

FOREVER LIVING : ALOE VERA GELLY IS A LIFE SAVER! | Hi hampa! siapa yang kat sini rumah dia takdak aloevera gel? kehkeh, sha dulu zaman sekolah - zaman tak mampu beli aloevera gel kan, tiap minggu pi rumah kawan pi ambik pokok aloevera a.k.a lidah buaya sebab aloevera ni banyak gila fungsi dia! habis pokok lidah buaya mak dia, ada satu hari tu sha pi rumah nak ambik lidah buaya la kan, sekali mak dia bagi sekali pokok hahaha! balik tanam dia kata :p dan sekarang bila dah mampu beli aloevera gel, rumah sha sentiasa ada aloevera gel ni kira benda wajib la! 

FOREVER LIVING

Hampa pernah dengar dak pasal brand FOREVER LIVING ni? 

Forever Living Products (FLP) merupakan syarikat antarabangsa yang menghasilkan dan mempunyai market dalam penghasilkan produk kesihatan dan juga kecantikan.  FLP sentiasa memastikan produk yang dikeluarkan merupakan produk yang mempunyai kualiti yang terbaik antara jenama jenama yang lain. 

ALOE VERA GELLY

Salah satu produk daripada Forever Living adalah ALOE VERA GELLY . Aloe Vera Gelly memberikan kelegaan sementara dari kerengsaan kulit kecil. Ia juga boleh digunakan pada kulit sebelum rawatan ultrasonik, atau selepas elektrolisis. Pendandan rambut menggunakan Gelly di sekitar garis rambut untuk melindungi kulit sebelum perming dan pewarna.

ALOEVERA GELLY | FOREVER LIVING


KELEBIHAN LIDAH BUAYA | ALOEVERA

🍁 mengawal kolestrol dalam darah
🍁 memperbaiki sel darah
🍁 melancarkan sistem penghadaman dan penyakit ulser
🍁 membantu menyimbangkan asid/alkali dalam badan
🍁 menyingkirkan toksin
🍁 mengurangkan masalah tekanan darah tinggi
🍁 melegakan sembelit
🍁 membekalkan tenaga
🍁 mencantikan kulit
🍁 membantu mengawal kadar gula dalam darah

ALOEVERA GELLY | FOREVER LIVING

INGREDIENTS :

Aloe Barbadensis Leaf Juice (Stabilized Aloe Vera Gel/gel d’aloΓ¨s officinal stabilisΓ©), Water (Aqua), Glycerin, Triethanolamine, Carbomer, Tocopherol (Natural Vitamin E/vitamine E naturelle), Allantoin, Ascorbic Acid, Diazolidinyl Urea, Disodium EDTA, Methylparaben.




KANDUNGAN
4 Fl. Oz. (118 ml)

ARAHAN
Membersihkan kulit dengan sempurna sebelum menggunakan Aloevera Gelly. Ulangi penggunaan jika diperlukan.


MY  EXPERIENCE AND HONEST REVIEW 


ceritanya entah dari mana dan bila tapi mulut sha sakit, haritu dah baik pastu sakit pulak aduhai. mana lah tak sakit balik, baru nak elok gi makan pedas dah haha! pipi sha nampak tembam sebelah dah sebab sakit mulut a.k.a ulser ni. pastu ada satu hari ni, sha macam letih sangat pastu ditambah pulak dengan sakit mulut kan, sha tertidur...... bila terjaga mulut sakit jugak! sha dengan tak fikir apa, ambik Aloevera Gelly ni, letak kat tempat sakit tu pastu tidur~ cuba teka apa jadi next morning? mulut dah ok!!!! dah tak sakit!!!! pagi tu siap makan nasi + pulut kuning letak ayam gulai lagi tauuu :p ini cerita serious ok! sha ada update kat story ig. sha pun macam takpercaya tapi sebab dah berkesan kan~ tapi masa mula mula bau aloevera gelly ni, sha tak suka sebab bau dia memang macam aloevera yang pokok tu, sha mmg suka guna aloevera tapi taksuka bau dia. tapi lama lama okay je bau dia sebenarnya soooo overall sha kasi 4.95/5 bintang kat Aloevera Gelly ni!

Bau :  ❤❤❤/5
Kelembapan : ❤❤❤❤❤/5
Penyerapan : ❤❤❤❤❤/5
Harga : ❤❤❤❤/5
Repurchase : yes!


WEBSITE : Aloe Vera Gelly
11/15/2018

ALTHEA x GET IT BEAUTY REAL FRESH SKIN DETOXERS

by , in

Assalamualaikum

ALTHEA x GET IT BEAUTY REAL FRESH SKIN DETOXERS | Hi korang! pernah dengar kan pasal REAL FRESH SKIN DETOXERS 10Seconds? Produk Althea Korea ni telah berkolabrasi dengan Korea's top TV programme, Get It Beauty :O 

REAL FRESH SKIN DETOXERS - ROSE


- Daily use
- Use in the morning
- 2-in-1 cleanser pack that nourishes the skin in just 10 seconds 
- Contains real rose petals and extracts to refine 
- Leaves the skin fresh and smooth

REAL FRESH SKIN DETOXERS - GREENTEA


- Daily use
- Use in night
- 2-in-1 cleanser pack that nourishes the skin in just 10 seconds 
- Contains real green tea leaves and extracts to purify 
- Leaves the skin fresh and smooth


Check out Althea X Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxer collaboration video featuring EXID's @jeonghwa_0508 put it to the test, she actually found that it's even faster than brewing a cup of coffee!



11/14/2018

DRAMA : SERIBU RINDU TV3 (2018)

by , in

Assalamualaikum

DRAMA : SERIBU RINDU TV3 (2018) | Hi, selepas drama Villa Ghazara, sekarang muncul pula drama SERIBU RINDU lakonan Zul Ariffin dan Azira Shafinaz πŸ‘¨πŸ‘© terbaiklah Azira, baru je habis drama Villa Ghazara sebagai heroin, jadi pulak heroin kat drama Seribu Rindu ni haha! sha duk dengar dengar orang cakap lain eh Azira dalam drama Villa Ghazara dengan Seribu Rindu, lol berlakon kan hahaha! 


JUDUL : Seribu Rindu
JUMLAH EPISOD : 28episod 
TARIKH TAYANGAN : 12 Nov 2018 
WAKTU SIARAN : Isnin - Jumaat, 7:00 malam 
PENULIS SKRIP : Siti Solehah, Raja Azidah, Anina Sahal, Eja Lorena, Shida Zali, Amin Shakib
PENGARAH : Zamri Zakaria


PELAKON DRAMA SERIBU RINDU : Pelakon : Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Fadlan Hazim, Mona Allen, Doria Rachel, Natrah Khalid, Ainul Aishah, Ku Fridah, Fazlina Haji Ahmad Daud, Hafizuddin, Zaefrul Nordin, Aman Graseka, Aric Hidir

SINOPSIS DRAMA SERIBU RINDU : Maisarah merasakan dirinya dipermainkan. Airel dan Datuk Muiz menjadi tegang mempersoalkan tindakan ayahnya yang langsung tidak berbincang dengannya. Damia juga mempersoalkan perkara yang sama kepada DS Johari dia mahu mencari calon suami yang sealiran dengan kerjaya dia. Maisarah pulang kampung mengadu pada Tokma. Irfan sangat teruja berjumpa Maisarah kerana sejak kecil dia ada hati dengan Maisarah cuma tidak pernah luahkan.

TONTON SERIBU RINDU ONLINE 
11/13/2018

QUALITY TIME WITH MY GIRLS

by , in

Assalamualaikum

QUALITY TIME WITH MY GIRLS | Hi! ini cerita awal bulan haritu hehe~ sha sejenis yang bila mana kawan kawan ada kat kampung memang akan ajak jumpa, walaupun jumpa saja saja pun dah rasa syok, takcukup 5 orang pun keluar jugak, sebab nak tunggu cukup memang tak keluar cerita dia haha! jadinya Isnin, 5 November haritu keluar dengan geng gi jalan jalan alor setar. masa keluar 11 lebih tu memang fikir nak makan untuk tengahari ja lah, pastu scroll FB nampak satu kedai macam menarik tapi malangnya dah berpusing cari takjumpa! erk spoil betul pastu masuklah aman nak cari mana sedap, last last pi sushiking kihkihkih -

benda first ambik sebab lapar gila!

main menu, taktau nama apa

sha taktau kenapa dengan sha sekarang tapi rasa pelik sangat haha sebab teringin nak makan tapi bila dapat takmau sangat pun dannnn sayur pun takleh telan rasa kembang tekak :3 jadinya bila sampai makanan atas ni, sha makan nasik dengan sup dalam bekas hitam tu ja. nasi dan sup saja! pastu habis nasi baru makan yang ayam tu hahaha apabenda la -_-

sebagai blogger sendu, saya tetap nak ambik gambar makanan letak dalam blog sebagai kenangan! haha

pencuci mulut kahkah

tak banyak pun tapi habis 100 jugek la

lepas makan kami jalan jalan pusing aman, oh mula mula sekarang turun tingkat bawah sebab nak p toilet. sapa tau p aman tau la cemana toilet dia ha ha ha ha taktau sha kolot ka apa tapi memang tak puas guna. lepas pi toilet tu pi watson, masuk watson kawan yang nak beli barang sekali sha yang melebih hayoyo, beli apa? ha tunggu hujung entry~ lepas tu jalan jalan dan jalan lagi 

cubaan nak ambik gambar tapi nak gelak apoooooo haha!

masa cashout duit kat atm, pi lah kami bertiga beli tealive dan behenti seketika tepi tepi tu duduk sambil kira hutang piutang hahaha biasalah keluar ramai ramai ni mesti ada yang bayar dulu kennn~

sebab tadi kat sushiking minum greentea uweeek

sebelum balik dari aman, kawan beli mcd dulu sebab orang kat rumah pesan. sha teringin mcd tapi masa dia nak beli tu kenyang lagi so cakap takpala takmau haha errr pastu menyesal sampai sekarang. balik dari aman singgah jubli emas makan dominos! 

since 2009

dominos pizzzza!

lepak pun main phone ke! 

kelebihan kami ; boleh naikkan berat badan dnegan cepat!

pukul 5 lebih macam tu, kami pun nak balik la kan pastu masa kawan pi toilet sha pun ambik la peluang nak bergambar dan ambik gambar hahaha, jangan terkejut tengok kaki sha kat bawah ni~

selalu tau buat kaki mcm tu, efek kat kasut - kasut cepat putus atau lekang -_-

masa ni dah betul betul nak balik ni! seriousssss.... kami jalan jalan kat tempat jual jual makanan depan jubli tu dan sha ternampak something deliciousssss~ gemok gemok la tengok dia dalam tua, eyyy geram! sha apa lagi belilah! hahaha

5 biji rm 10 

durian crepe gemok ni sedap gila gila gaissssss!

begitulah hari kami pada hari tersebut. hari keluar makan la kan kalau macam ni? hahaha selalu kalau 4 orang baru pi karok sebab kalau 3 macam krik krik sikit. dan esok tu 6 Nov deepavali kan? sha kerja hahahaha okbai~

-----------------------------------------------------------

CALLING FOR LIPSTICK LOVER!!! πŸ‘ΈπŸ’•



sha beli lipstick ni haritu kat watson sebab ada sales buy 1 free 1 dan beli same shade (ada sebab dia haha malas nak cerita) dan sha nak bagi 1 kepada TOP KOMENTATOR NOVEMBER BLOG SHFYQHAZHR.COM . Review pasal lipstick ni? stay tuned! hehehe so siapa yang berminat dengan lipstick boleh lah komen banyak banyak okay! bulan oct takdo top komentator sebab dah buat GA hihi! 










My Instagram