giveawaysapikah

GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM

09:31


Assalamualaikum *Entry melekat smpai 24/6

GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM | Hi, semalam lepas berbuka tetiba rasa nak buat giveaway sampai terbawak bawak ke dalam mimpi lah hahaha so harini sha nak lancarkan mini giveaway ni. jangan risau syarat semua mudah je! so tanpa membuang masa lagi jom mulakan ;

banner Giveaway Suka Suka by shfyqhazhr.com


SYARAT PENYERTAAN 

1. Follow blog http://www.shfyqhazhr.com/ *wajib*

2. Follow IG sha → @shfyqhazhr *wajib*

3. Buat entri bertajuk "GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM"

4. Copy banner di atas dan backlinkkan ke entry ni

5. Dalam entri korang tu, korang komen lah sikit pasal blog sha ni, apa yang perlu diubah atau ditambah hehe *takwajib*

6. Komen entry penyertaan korang kat kotak komen dibawah! jangan komen kat entry lain pulak ye hehehehe


HADIAH

 Wood Metal Sling Bag x 1

buat masa sekarang baru ada 1 hadiah TAPI kalau penyertaan mendapat sambutan sha akan tambah hadiah okay?


PEMILIHAN PEMENANG

sha akan pilih pemenang yang sha paling nampak haha macam paling aktif la, rajin komen ke rajin like gambo kat ig ke ataupun yang bagi komen mengenai blog sha yang paling berkesan dihati? eh (syarat ke 5)


TARIKH GIVEAWAY BERLANGSUNG

10 JUN - 24 JUN 2018


Goodluck semua! 


katahatisapikah

365 DAYS

13:10


Assalamualaikum

365 DAYS / 22 JUN | Hi, sekejap je dah setahun. macam tak sangka, macam takpercaya tapi sayang - bukan jodoh kita nak teruskan lagi banyak hari bersama. rasa macam dah banyak sangat saya rancang nak buat aktivit dengan awak, nak melancong sama sama, nak makan sama sama tapi ....... saja tulis entry ni supaya nanti boleh ingat yang saya pernah dibahagiakan awak, awak pernah buat saya tersenyum gembira, pernah buat saya menangis, saya pernah lukakan awak, saya pernah sakitkan awak ; ya awak. 


tipulah tak sakit, tipulah tak terluka tapi siapa kita nak lawan semua yang dah ditetapkan. Allah je tau banyak mana sayang saya kat awak.... kepada awak yang nun jauh disana ;  terima kasih kerana hadir semasa saya perlukan seseorang untuk menghiburkan diri saya. awak datang tanpa disangka untuk kali kedua dalam hidup saya - Alhamdulillah kali kedua awak tegur baru saya tau awak wujud :p saya masih ingat awak tegur saya buat kali kedua (tahun 2017) dan kali pertama (tahun 2016) dan sekarang selepas setahun kita terpaksa hadapi perpisahan.

Allah tidak akan mencabut sesuatu dari anda, melainkan untuk memberikan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan. Dan redha adalah perkara yang sukar melainkan dari hati yang bersabar dengan ikhlas dan jiwa lapang untuk melepaskan. 

semoga kehidupan kita lepas ni, kehidupan yang terbaik buat kita. semoga kita lebih bahagia dengan kehidupan masing masing. semoga lepas ni bila kita terjumpa balik, kita masih boleh bertegur sapa, kita masih kawan tapi bukan sekarang (bagi masa dulu nak moveon). saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak, dapat tengok awak bahagia pun dah cukup untuk saya..... jaga diri, jaga iman, jaga hati. jaga mata & semoga Allah permudahkan segalanya

Salam Jumaat semua :)

makanan sedap

TRYING OREO THINS : TIRAMISU & LEMON CHEESECAKE

19:30


Assalamualaikum

TRYING OREO THINS : TIRAMISU & LEMON CHEESECAKE | Hi korang! semalam saja singgah kedai sebab ada benda nak beli tapi terjumpa satu benda yang nampak sedap ni, terus takbeli benda lain hahaha padahal maklamat utama nak beli benda lain, eh eh


taktau lah kenapa nampak menarik sangat dua ketul ni hahahaha dan sha taktau pun benda ni wujud. actually semalam ada 3 perisa - tiramisu, lemon cheesecake dan vanilla. tapi takbeli pun yang vanilla sebab kureng suka kalau biskut vanilla ni, kalau aiskrim vanilla suka la.


OREO THINS ; LEMON CHEESECAKE

OREO THINS ; TIRAMISU

packaging dalam kotak, suka sangat buat macam ni 

nipis tak uolls? yang ni perisa tiramisu

sisi tepi 

sha takdak masalah pun dengan makanan ni, yang tiramisu tu memang sedap. yang lemon cheesecake tu takboleh go lah, rasa lemon kuat sangat. takdak rasa cheesecake pun :( sha suka jugak yang peket dalam tu, bagusnya buat peket gitu kan, senang nak bawak gimana mana takdaklah kena angkut sekali kotak tapi kalau uollls nak tau sekotak oreo thins ni RM 3.75 &&&& tak worth ok? baik ambik yang biasa tu je. ni sebab teringin nak rasa je. packaging dia pun cun sebab tu tertarik.

ps ; sorry gambar tak clear sebab dah malam baru smpai rumah dan ambik gambar, lighting tak cantik.










lirik lagu

LIRIK LAGU SEHARUSNYA | AEPUL ROZA

12:16


Lirik: Aepul Roza
Lagu: Aepul Roza, Daus SRK, Syed Syahmir

LIRIK LAGU SEHARUSNYA | AEPUL ROZA

seharusnya kau tahu
betapa aku perlukanmu
biar hari berubah
tetapkan sama
cintaku takkan pudar

semua ku serahkan
segenap hatiku mendambakan
kehadiranmu menghapuskan sepi
yang lama menghimpit jiwa

seharusnya kau dan aku saja
buat selamanya....

semua ku serahkan
segenap hatiku mendambakan
kehadiranmu menghapuskan sepi
yang lama menghimpit jiwa

sayangku sempurnakan
kekosongan kasih ku nantikan
engkau hidupku
diseluruh jantungku
hanya inginkan kamu...

hanya kamu
hanya kamu
hanya kamu

review

MENCARI TAYAR & SERVIS KERETA? JOM KE MYTAYAR.COM

11:10


Assalamualaikum

MENCARI TAYAR& SERVIS KERETA? JOM KE MYTAYAR.COM | Hi korang! Harini sha nak kenalkan korang dengan satu website yang ala ala trivago tapi website ni khas untuk tayar kereta dan juga servis kereta. Objektif utama website ni adalah untuk menyelamatkan duit para - para pengguna kereta daripada ditipu oleh kedai kedai yang tidak bertanggungjawab seperti menaikkan harga sesuka hati, atau menyediakan perkhidmatan yang ala kadar kepada pelanggan dan dikenakan bayaran yang tinggi. Sedar tak sedar perkara ni selalu berlaku terhadap pengguna wanita haha

Website yang sha maksudkan adalah MYTAYAR.COM - Jimat , Mudah dan Telus. Sekarang, mytayar.com dah mempunyai 120 Network Workshops yang bekerjasama untuk bersikap jujur ​​dan berminat untuk berkhidmat kepada pengguna. Antara workshop yang terlibat adalah diarea Klang Valley, Johor Bahru dan Ipoh. tempat lain takde ke? Haaa dorang pun tengah berusaha nak menambahkan lagi Network Workshops dorang ni di serata Malaysia.

Kenapa mytayar.com? kalau korang nak tau banyak manfaat yang korang boleh dapat bila membeli tayar dari website ni, sebab korang boleh buat perbandingan harga antara bengkel bengkel sebelum membeli tayar. Selain itu, pengguna juga dapat menikmati perlindungan apabila membeli melalui website mytayar.com. Pihak mytayar.com sangat menitikberatkan mengenai harga yang ditawarkan dan jika ada percubaan untuk menipu pelanggan, pihak mytayar.com akan mengambil tindakan berat.

Dibawah ni sha share dengan korang yang nak membeli tayar, cara cara untuk membeli tayar melalui website ni


1. Search mytayar.com di google.com
2. Masukkan semua maklumat yang diperlukan seperti jenis produk/jarak/tempat anda berada dan click “Get Your Search Result”
3. Keluarlah result yang korang search tadi


4. Dibelah kiri tu korang boleh filter bajet korang, nak tayar jenama apa dan sebagainya. (ala macam shopping kat lazada haha)

5. Pilih tayar mana yang korang nak dan klik “GRAB NOW



6. Masukkan details korang, nak tayar banyak mana kan. Ni sebagai contoh sha ambik 4 biji tayar dan korang kena bayar deposit RM 6.50 untuk 1 tayar so total depo untuk 4 biji tayar - RM 26. Baki perlu dibayar semasa dah settle semua nanti dan deposit tidak akan dipulangkan ye kalau takjadi hehe



7. Last but not least - checkout dan bayar


Sebelum buat bayaran korang kena login dulu dan kalau korang belum ada akaun boleh signup, ala mudah je. Macam mana nak bayar? Korang boleh bayar melalui online banking/Credit Card / Debit Card / PayPal

Kalau korang masih kurang faham dengan apa sha terangkan korang boleh rujuk step kat bawah ni :)


kepada pemilik pemilik kereta tu, selalulah servis kereta ye supaya tak berlaku perkara yang tak diingini. Tambahan musim perayaan ni, nak balik kampung ke nak jalan jauh jauh ke pastikan check tayar kereta dan jangan lupa servis kereta!

Facebook : https://facebook.com/ mytayardotcom






drama

EPISOD PENUH DRAMA TI AMO, SWEETHEART 100 HARI

18:30


Assalamualaikum

EPISOD PENUH DRAMA TI AMO, SWEETHEART 100 HARI | Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari merupakan sebuah drama yang diadaptasikan daripada novel bertajuk sama hasil nukilan Suri Ryana. Drama 5 episod ni ditayangkan di Astro Ria 104 & Ria HD 123 pada hari raya pertama - kelima pada pukul 7 malam.


PELAKON : Zul Ariffin, Neelofa, Nur Qistina Raisah, Scha Alyahya, Fahad Iman, Elvina Mohamad, Syerinie Myra, Raja Afiq, Adam Shadan, Sharifah Shahora, Mustapha Kamal

SINOPSIS TI AMO, SWEETHERT 100 HARI

Kisah kesabaran dan cinta seorang isteri bernama Malissa yang penuh dengan dugaan apabila suaminya Iskandar hilang tanpa berita. Malissa ditinggalkan oleh suaminya Iskandar setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar.

Malissa ke Rome selepas mendapat maklumat yang suaminya di sana. Dengan bantuan Faliq, Malissa mula mencari Isaac Iskandar.  Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.

Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu? Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?

“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”


EPISOD PENUH DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI


update kehidupan

RAYA IS CANCEL!

10:50


Assalamualaikum

RAYA IS CANCEL! | Hi, salam 4 syawal! dah kembali bekerja pun harini, sob sob. takpuas lagi nak cuti sebenarnya, nak cuti lagi sebab cuaca kat kedah ni mendung je, syok je kalau buat taik mata. eh kejap, asal dengan tajuk entry sha ni haha. ha meh nak cerita, so first day hari raya haritu sha bertepek je kat katil sebab pening. a day before raya dah busy teruk kan, so malam raya tertidur awal. pastu bila tertidur awal haruslah terjaga tengah malam. pukul5 pagi baru boleh lelap balik hahahaa tiba tiba pulak ex whtsapp kan, raya raya ni takkan nak marah lagi hal hal lama hahaha :p pastu pagi raya bangun nak mandi peh sakit kepala takyah cakap lah, dengan bising orang semua beraya hahaha. begitu lah cerita first raya sha :') dah la tahun depan niat nak beraya kat rumah mak mentua hahahahahaha :p

second day pulak, macam tu jugak pening jugak padahal takmakan daging banyak pun. ya Allah rasa lesu gila lah badan T___T tapi tengahari tu mandi rasa segar sikit terus ajak nazirah pi meraya. barulah ada ootd raya haahaha!


kitaorang mula mula ingt nakpi beraya kat kfc je, pastu ws kat group dan awa free, pi jelah rumah dia haha. makan kenyang kenyang pastu pi selfie belakang rumah, sebaik sekarang sawah padi tengah hijau.

          
perempuan dengan selfie manalah boleh pisah kan!


lepas settle raya rumah awa, sha dengan nzirah teruskan perjalanan hahaha saja pusing pusing kat kerpan - ayer hitam pastu duk tengok jalan jem sebelah nak ke perlis hahahahaha stress jugak la tengok sebab panjang kemain, lepas tu singgah kfc dan warong hijrah. taksangka kot raya kedua dah bukak hahaha. kitaorang takmakan pun tapi pekena ais milo kepal je. lepas tu hantar nzirah balik dan sempat lagi ootd tau!

ootd belakang rumah nzirah
dikesempatan ini, sha nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, andai ada yang tersalah bahasa, terasa hati dengan apa sha tulis, sha memohon 10 jari memohon ampun dan maaf. since saya masih tak kahwin, siapa nak bagi duit raya boleh pm ok? :p








review

MY FAVOURITE MASCARA! & TIPS!

12:46


Assalamualaikum

MY FAVOURITE MASCARA! & TIPS! | Hi korang! macam takpercaya lagi 3 hari nak raya. dah ada mood nak raya belum? kalau sha, haritu memang ada mood nak raya tapi disebabkan dua tiga benda takbest jadi terus takdak mood. doakan sha dapat baju raya dalam masa terdekat ni haha! ok, berbalik pada tajuk entry sha, harini sha nak cerita pasal mascara. sha seorang yang sangat mementingkan bulu mata sha, sha taklukis kening tapi kalau kluar wajib pakai mascara dan ada orang tak kisah pasal mascara tapi wajib lukis kening, betul tak?

sebenarnya dulu sha tak kenal pun eyeshadow ka mascara ka blusher ka apa haha masa form5. masa habis SPM la cerita dia hahaha punyalah tak prempuan dulu dulu :p sha ingat lagi first time sha beli mascara sha beli SILKYGIRL EYE OPENER sebab tu je yang murah muehehehehe lepas dari tu banyak jugak la try mascara kan, biasalah teringin tengok orang post kat fb. tapi yang sha masih setia sampai sekarang 3 ni ja


ni lah buah hati pengarang jantung bulu mata sha haha. sha takpakai lah sekali 3 tapi kadang kadang pakai jugak bila takleh solat :p memang melaram lebih lebih la time tu muehehehe

1. SKINNY MICROCARA



mascara ni paling murah haha yang ni sha beli kat shopee RM3 something. kalau kat luar ada jugak RM5-RM 10. sha suka mascara yang ni sebab berus tu kecik, senang nak guna tambah tambah kat bulu mata bawah yang pendek tu! selalunya sha guna masa gi kerja atau keluar pi pasar. tapi satu jelah takbest mascara ni tak waterproof hehehe and yes, i use cheap mascara huhuhu


2. SILKYGIRL EYEOPENER


recommended for those yang kurang bajet tapi nak mascara yang kebaboom. hello mascara ni RM 10 ++ tapi waterproof okay? kalau nangis kena reject dengan crush pun belum tentu mascara korang luntur sekali hahaha tiberrr. dulu sha memang suka gila lah mascara ni tapi sekarang kureng hahaha belagak lah kan dah ada yang lain. tapi mascara ni memang okay, korang akan rasa keajaiban yang berlaku bila korang pakaikan kat bulu mata korang, terus korang akan rasa "eh taksangka aku ada bulu mata" kalau korang mempunyai bulu mata yang pendek macam sha la. 

3. THE FALSIES PUSH UP DRAMA


sha beli yang ni masa bulan 10 last year, masa mycybersale. sebab sha beli ni sebab sharifah rose guna! korang kenal tak sharifah rose? ala yang ada senyuman yang manissss tu! hahaha sebab dia kot sha beli macam tak logik kan? tapi pasalnya, sha tengok dia guna terus bulu mata dia jadi cantik, sha apa lagi terus search - add cart - bayar tunggu barang sampai hahaha. memang best mascara ni, bulu mata nampak satu satu tapi mahal jugek la sebab RM 39.90 kalau taksales hahaha so sha berhajat nak beli masa mycybersale this year pulak hahahaha


TIPS : 
1. sebelum pakai mascara kepit bulu mata dengan eyelash curler dulu
2. sapukan vaseline sebelum pakai mascara supaya bulu mata nampak kebabooom
3. boleh jugak gunakan bedak baby untuk tebalkan bulu mata korang [ pakai mascara - letakkan bedak (guna jari pun boleh) - pakai mascara kali kedua ]


sha takdelah pandai snagat bab bab makeup ni, kalau salah jangan kecam ye hahaha ha siapa yang belum beli mascara tu, tunggu apa lagi harini watsons last sales! hahaha bai



feautured

PENTAXYL ATASI PELBAGAI MASALAH

14:53


Assalamualaikum

PENTAXYL ATASI PELBAGAI MASALAH  | Hi korang! Zaman sekarang tak kira tua muda memang menitikberatkan mengenai hal kecantikan kan? Biasalah semua orang nak nampak cantik, luar dalam gitu. So harini sha nak share dengan korang satu produk yang sha baru guna ni dan korang wajib baca sampai habis sebab ada suprise!


PENTAXYL - Intensive Therapy For Fine Line And Wrinkles (118ml)

Kalau korang nak tau produk ni datang dari America dan produk ni sangatlah terkenal disebabkan keberkesanannya! Produk ni juga mengandungi Acetyl Hexapeptide-3 yang mana merupakan salah satu bahan yang dapat mengelakkan kedutan (Anti - Wrinkle). Produk ni boleh digunakan di muka dan juga di badan. kebanyakkan artis artis di luar negara menggunakan produk ni bagi mengelakkan penuaan dan artis dari Taiwan adalah salah satunya. dengan menggunakan produk ni, korang boleh nampak kesan sekurang kurangnya dalam masa 2 minggu.

       

bahagian depan dan belakang kotak


 korang nak tau  apa KELEBIHAN PRODUK ni?

1. dapat mengurangkan kedutan terutamanya di kawasan kening, dahi dan kawasan mata)
2. dapat menganjalkan semula kulit
3. dapat melembutkan kulit dan juga menyekatakan warna kulit
4. dapat mengurangkan penampakkan stretch mark

          

bahagian hadapan dan belakang Pentaxyl

Antara BAHAN - BAHAN YANG DIGUNAKAN dalam produk ni adalah ;-

1. Acetyl Hexapeptide-3
2. Palmitoyl Oligopeptide
3. Bearberry & Licorice Extracts
4. Vitamin A - semua sedia maklumkan yang vitamin A memang bagus untuk kulit dan menjadikan kulit lebih lembut dan sihat.
5. Vitamin C 
6. Vitamin E
7. Matrixyl® 

      


CARA MENGGUNAKAN : Pastikan bahagian yang korang nak sapu tu bersih dan tidak basah. Urutkan Pentaxyl ini secara membulat (circulat motion) sehingga produk meresap ke dalam kulit. Untuk keputusan yang positif - guna 3 kali sehari dan jangan melebihi 3 kali penggunaan dalam masa 24 jam


TESTIMONI :-





@mhk_health_beauty says, “Pentaxyl is efficient on reduce stretch mark. It solve many  mother's annoyance. 1)Pentaxyl contain Acetyl Hexapeptide-3, Palmitoyl Oligopeptide and Matrixyl, which reduce skin wrinkle and fine lines efficiently. 2)Helps reduce uneven skin tone 3)Helps tighten skin & improve skin health”.

@hsuanhankuo says,  ‘Originally, I didn’t think my feet could be saved.  Not exaggerating as a woman who often fall off bikes.  I am rubbing it.  It’s a lot better’.


MY REVIEW : sha suka bau PENTAXYL ni, bau dia macam ada bau bau mint sikit. so no worries la siapa yang rasa bau produk ni ada bau ubat ubat. sha guna produk ni kat tapak kaki sha sebab tapak kaki sha memang kering teruk, alhamdulillah dah semakin lembut tapak kaki sha, boleh la beraya dengan gembira. ni kalau tak malu malu bila orang tanya kenapa dengan kaki sha hehe sha pun ada jugak suruh adik sha sapu kat parut bekas dia excident itu hari, nampak macam semakin pudar parut tu.


kepada yang berminat dengan produk ni terutamanya ibu ibu mengandung yang taknak ada stretch mark tu boleh cuba produk ni tau! memang bagus sangat. walaupun pregnant mestilah kena cantik untuk suami kan ^^-

BUY HERE - PENTAXYL 118ML

dan berita baik yang sha cakap masa mula mula tadi tu adalah :-

NEW CUSTOMERS WHO REGISTER TRU THE LINK ABOVE ARE ELIGIBLE 20% OFF BY USING CODE "20OFFMA" !!! (Valid until 31 July 2018)


hadiah dari blogger

YAY DAPAT HADIAH ! TOP KOMENTATOR DI BLOG SURIAAMANDA

12:24


Assalamualaikum

YAY DAPAT HADIAH ! TOP KOMENTATOR DI BLOG SURIAAMANDA  | Hi! sorry for late update! bulan puasa ni taktau lah kenapa dia punya malas lain macam. so dipendekkan cerita sha ada menang eh menang ke haha tak kisah la tapi sha dapat top komentator bulan april dari blog sis SA. 



sis SA macam tahu tahu ja yang sha memang suka face mask. walaupun kat rumah dah banyak nak jugak beli kalau pi watson/guardian hahaha perangai betul. face mask yang dapat ni boleh la pakai malam raya nanti, yelah nak jugak cantik macam SA hehee.

sorry muka penuh skrin

kalau korang nak tau ni bukan kali pertama tau sha dapat hadiah dari sis SA hehehee (BACA SINI) & (BACA SINI) dan juga (BACA SINI) kali ni dapat dua facemask ; apple & bitter melon. selain facemask, sis SA juga ada bagi tudung tau. sha jarang beli tudung bercorak, terima kasih sis SA sebab tambahkan koleksi tudung sha hehehe.

sha suka singgah di blog sis SA ni sebab dia memang suka masak dan share resepi. masakan semua yang jenis senang untuk dicari bahan dan jugak senang untuk dimasak. memang kalau tengok blog sis SA asyik terliur jelah haha selain tu suka jugak baca cerita pasal family sis SA, nampak dorang akrab sangat dengan each other. sis SA juga ada buat review best best tau, tengok sis SA promote selalu nak kecundang nak beli haha

kepada yang rajin mengomen tu boleh lah pi mengomen di blog sis SA, mana tau lepas ni rezeki korang pulak nak menang.

makanan sedap

BERBUKA PUASA DI PUJI ARABIAN DELIGHT

11:58


Assalamualaikum

BERBUKA PUASA DI PUJI ARABIAN DELIGHT | Alhamdulillah harini dah masuk hari ke 23 kita berpuasa, sedar tak sedar harini jumaat terakhir Ramadhan 1439H. so semalam sha berkesempatan untuk berbuka puasa kat luar. terima kasih kakja dan sekeluarga sebab belanja. kitaorang bertolak ke tempat kejadian pukul 5.55 petang macam tu sebab takut jam, pakai waze ok :p sampai sana pukul 6.30 petang gitu, not bad la takjam sangat sebab tak ikut jalan utama. bila sampai cari meja apa semua, mmg taksangka yang berbuka bawah khemah macam khemah kenduri tu hahaha ingatkan makan dalam restoran sebab sha mmg pernah makan kat situ masa 2015 hahaha.

sampai terus nak selfie budak budak ni haha

makanan boleh diambil pukul7 & sup dengan sambal boleh ambik pkul 6.50 macam tu. kitaorang pun gilir gilir lah gi ambik semua tu. sebab ramai kan, 4 meja hahaha

taknampak sangat banner pun disebbakan cahaya 

belom buka puasa dia dah bukak dulu hahaha

PUJI ARABIAN DELIGHT - NASI ARAB YAMBING

kitaorang decide untuk ambik yang dalam talam je sebab senang la takyah semua beratur sebab ada budak budak pe semua, satu talam untuk 4 orang - Nasi Arab Yambing. dan yang bestnya kat sini, air free dan makanan tambah free tapi tengoklah banyak mana kan? boleh ke nak tambah lagi hahaha

saja suka ambik gambar pemandangan gitu

MY HONEST REVIEW : sha rasa orang kedah memang tau kot tempat ni, nasi arab dia memang power habis la, dengan banyak dan harga yang berpatutan. sha suka nasi dia, kambing dia, ayam dia, sambal dia haha sup kureng sikit. yang best dorang siap sediakan lemon lagi, untuk perah atas kambing kot? hahaha tempat pun selesa walaupun ramai gila orang time bulan ramadhan ni, senang nak cari parking, staff friendly. sha bagi 10/10 bintang! korang yang mai kedah wajib try ni nasi arab ni tau.


Facebook : Nasi Arab PUJI
Alamat : Kampung Tok Bidan, 05460 Alor Setar, Kedah
No. Phone : 013-474 7672







update kehidupan

PASANG PELITA RAYA

13:35


Assalamualaikum

PASANG PELITA RAYA | Semalam masa balik dari bazar, cousin sha si farhad ajak beli pelita tapi katanya "kaklong, jom beli pelita" pastu sha cakap la yang adik sha cakap takpayah beli sebab dah beli sehari sebelum tu, masalahnya tak meriah hahahaha pastu farhad cakap "takpa guna duit adik RM2 kita pi beli pelita" "tapi b pelita tu RM10?" "guna duit kaklong la hehehe" sha iyakan jelah, pi lah beli lagi 10 pelita. balik rumah tu excited dia nak pasang pelita tu

guna pelita ni je hahaha jimat bajet :p

lepas dah pasang semua pelita ni, b (farhad) sibuk kacau adik sha si syazwan tu suruh pi cari buluh hahaha memang dia takmau la, sebab baru balik dari giat pe semua mesti letih. pastu duk cakap kat dia esoklah atur pelita ni semua, malam karang guna pelita yang sedia ada dulu. kalau cuti ok je nak buat semua ni, ni sha letih balik kerja, syazwan letih balik dari giat kan. pastu semalam gunalah pelita yang sedia ada tu


syazwan dia pasang jauh jauh, takrasa pun yang ada pelita haih la adik sha sorang tu. petang yang dorang pasang eplita ni sha tak turun tengok pun sebab malas dan nak layan isteri untuk diiktiraf muehehehe.bila lepas maghrib turun nak nyalakan pelita, jenoh cari mana dia letak sebab jauh jauh semua -_-


kebetulan semalam mak b belikan lampu liplap, makin terang la semalam so b takdela bebel banyak sangat kalau tak asyik duk tanya bila nak pasang pelita ja. sampai tak larat sha nak jawab. ha esok jumaat bolehlah syazwan buat semua ni sebab cuti, tapi takrasa meriah sangat pun sebab takramai kan :3


ni lah b yang sha cerita tu, kecik betul dia hahaha dah darjah 2 dah tapi manja dia lain macam. cousin paling kecik katakan, nak apa semua maktok suruh belikan je.

korang dah pasang pelita ke? ke masih bekerja dan masih takdak mood nak raya? 

update kehidupan

UPDATE KEHIDUPAN : SAKIT PENGHAPUS DOSA

16:08


Assalamualaikum

UPDATE KEHIDUPAN : SAKIT PENGHAPUS DOSA | Hi, sedar taksedar dah masuk fasa ketiga bulan ramadhan. semalam ada sembang dengan adik sha, dia cakap macam tak percaya minggu depan dah nak raya sebab takrasa sangat dan rasa cepat sangat ramadhan nak pergi....


ramadhan kali ni memang lain sikit, sha selalunya sahur memang berselera makan haha cerita dia sha ni waktu bila pun bagi makan sha makan ja :p tapi kalini time sahur terus takdak selera nak telan apa apa tapi bila takmakan karang siang memang perut sakit gila la. so sha ambik inisiatif untuk makan oat takpun 2 keping roti. tu pun dah cukup. ada satu pagi tu, masak lauk sedap sikit nak makan la cerita dia - lain pulak jadinya, memang la makan apa ok pastu lepas subuh terus sakit perut sampai tahap lembik. dan haritu sha half day je huhuhu pergi jugak kerja ok walaupun taksihat :p

so sekarang sha ambik jalan yang paling mudah dan tak sakitkan diri dengan menjaga makan. sangat menjaga makan. sha takkan makan pedas - haritu kan teringin nak makan megi ayam bakar tu, sha pun pi lah beli siap beli ayam gunting lagi aw, pastu takleh nak habiskan terus sakit perut hahaha

korang dah try megi pedas giler? ft ayam gunting bazar

sekarang bila berbuka makan murtabak dengan air je pastu maghrib dan isyak baru jamah nasi sikit. saya orang melayu asli mana boleh tinggal nasi walaupun sesenduk hahahaha mesti tertanya tanya kan berat turun ke tak hehehehehehehehehehe turun lah jugak sikit, kalau diteruskan ketidakada selera makan ni boleh lah kurus kot :p tapi serious cakap sha suka sha takbanyak makan sebab nak solat ke apa kan takdak dah penat, mengah (taktau la betul ke tak bahasa ni) semua tu. tapi nenek sha la risau dia sha takmakan banyak, katanya nasi takhabis tiap hari hahaha takut betul dia kalau sha takmakan hahaha

selesai dah cerita pasal kehidupan sha sekarang yang bertemankan oat dan roti hahaha, nak tanya pasal persiapan raya pulak. macam mana dah settle membeli semua ke? nak dengar cerita lawak? sha tak ingt warna baju raya yang sha tempah so sampai sekarang sha masih takboleh beli tudung hahahaha. 

okbaiiii!

feautured

PTT OUTDOOR FOLDABLE TRAVEL BAG MEMANG THORBAIK!

20:21


Assalamualaikum


PTT OUTDOOR FOLDABLE TRAVEL BAG MEMANG THORBAIK! | Hi, apa khabar semua? selamat berpuasa hari yang ke 18, pejam celik pejam celik dan nak masuk fasa ketiga bulan ramadhan kan? kejap je masa berlalu. macam mana dengan persiapan hari raya? baju dah? kasut dah? ehhh kejap! beg balik kampung dah beli ke? haaaa harini sha nak kenalkan dengan korang satu beg yang cun melecun dan sangat jimat ruang.


Exclusive Suede Foldable Travel Bag ni nampak je kecik bila dilipat tapi ukuran dia : 350mm x 450mm memang muat sangatlah kalau nak isi baju baju raya untuk dibawa balik kampung nanti. kalau untuk bawak pi bercuti 3h 2m pun ok sha rasa.


KENAPA KORANG KENA ADA TRAVEL BEG NI?

→ kalis air (sesuai sangat dengan orang yang jenis takbehave macam sha hahaha)
→ jahitan yang sangat kemas (so korang takpayah risau kalau tiba tiba tali beg putus ke apa ok)
→ kapasiti : 32L 
→ mudah untuk disimpan (korang hanya perlu lipat dan simpan, jimat ruang)
ada 4 warna menarik ( Blue, Dark Grey, Light Grey, Orange )


percaya tak sha pi langkawi haritu guna beg jenis ni je hahaha tapi kecik sikit, yang ni besar awak! memang sangat sesuai nak buat beg balik kampung ataupun travel mana mana. sha dah siap isi bantal smiley sha yang besar ni untuk bawak balik kampung, itu pun masih ada ruang untuk letak baju - kasut - tudung dan sebagainya. nampak tak besar dia macam mana?


ni cara cara untuk melipat beg ni, so bila dah takguna boleh lipat dan simpan elok elok, jimat ruang. sha taktau la orang lain macam mana tapi sha memang suka jenis yang jimat ruang ni sebab bilik sha memang dah takdak ruang sangat hehe nanti bila nak guna bukak dah terus boleh guna. ni kalau beg besar besar pastu takboleh lipat jadi makan ruang pastu mula nak sakit mata tengok hehehehehe

BERMINAT DENGAN TRAVEL BAG DARI PTT OUTDOOR?

korang boleh dapat travel ni di website pttoutdoor.com (link below) & travel bag ni berharga ONLY RM 35 dannnnn korang boleh dapat diskaun RM5 dengan gunakan kod ni ( RAYA5 )



Untuk maklumat lanjut mengenai outdoor Gears in Malaysia  :






Followers