PENANG DAY 3 #SZNSHORTVACAY


Assalamulaikum

PENANG DAY 3 #SZNSHORTVACAY | Hi! ok dah part last! sedihnya nak habiskan cerita hahaha. sebelum mulakan cerita, sebenarnya kami pi penang sebab nak cari makanan, tapi macam takdapat semua pun dan banyak gila tempat tak sempat nak pi hahaha tapi takpala, tunggu next year pulak, mana tau ada rezeki lagi boleh pi kan~


PENANG DAY 3

walaupun penat yang semalam masih tak habis, tapi apakan daya. masa sangat sangat mecemburui kami, alarm sha berbunyi terus bangun! cerita dia, kalau sorang takbangun semua tak bangun hahaha. jadi bangun lah sha dengan kepenatan sampaikan tidur berbunyi (kawan cakap) pastu pi mandi, walaupun toilet kat luar dan nampak susah, tapi ok je haha sebab takda orang ngeh ngeh. bila sha dah bangun jadi dua orang tu pun bangun, sha siap siap semua sebab nak keluar breakfast dan beli jerukk~

menyempat lagi posing sebelum kawan habis mandi hahaha

mirror selfie~

bila semua dah siap~

selfie lagi walaupun muka masing masing mengantuk!

sementara nak sampai pintu keluar~ hahahaha

LORONG CHEAPSIDE

ROTI CANAI JALAN ARGYLL

ok misi pertama adalah makan! sebab semalam punya makan sikit sangat so pagi tu lapar gila! minum air ja mampu hahaha. sebenarnya tempat kitaorang stay ni ada je sediakan free breakfast tapi dah mai penang, nak jugak makan roti canai kan! jadi ambik grab, kitaorang pilih ROTI CANAI JALAN ARGYLL.

Grab kitaorang pagi tu peramah haha tapi pagi pagi takda mood nak menyembang wehh! dia tanya "ni roti canai yang dekat caltex tu ke" krik krik pastu cakap lagi "oh first time ke datang sini" "ye firstime so taktau hehe" krik krik krik sampailah sampai kedai tu.....



papan harga yang diambil sebab nak bahagi harga setiap sorang haha ada cerita disebalik semua ni tau, menyesal tak ambik gambar harga ni awal awal hmmmm murung gila bila teringat balik

BREAKFAST

so kitaorang order nasi & ayam tiga pinggan + roti canai telur 1 biji + teh ais 1 + teh o ais 1 = RM 27 something. sebenarnya mula tu sha nak ambik nasi + kambing tapi takut mahal hahaha, duit pun dah nyawa nyawa ikan dah sebenarnya time ni, kejap lagi nak beli buah tangan lagi. so ambiklah ayam sebab ingat ayam murah..... hm tengokla papan harga tu, ayam ke kambing murah lagi hahaha


sha sebenarnya ada jugak darah penang haha so sha dengan kari/gulai memang takboleh berpisah. sha kalau jumpa kari/gulai memang boleh je nak makan tu je tanpa lauk - i means nasi + kuah gulai hahaha tambah letak kicap pulak pehhhhhhh sedap nak! masa kitaorang makan ni, tak ramai sangat pun dan sha suka kedai macam ni, taksuka ramai ramai hahaha. mula tu kawan sha ingat nak gi makan kat transfer road tu tapi sha malas aih nak beratur apa semua buang masa. kat sini masuk terus dapat duduk dan makan 🌟🌟🌟

JALAN CHOWRASTA, PENANG

settle makan, kitaorang decide nak jalan ke jalan chowrasta. bukak map nampak macam jauh hahaha sebaik tak ambik grab oi! dekat ja dengan roti canai tu hahaha tapi disebabkan baru lepas makan mengah jugak la sementara nak sampai tempat tu. misi utama nak cari JERUK MADU PAK ALI, misi kedua nak beli baju ke apa ke yang menunjukkan pernah datang Penang cehhh

TRAVEL BUDDIESS

sambil sambil jalan nak cari Jeruk Madu Pak Ali tu, kitaorang ada jugak belek belek baju. ada satu kedai ni, dia je murah hahaha sha dah beli dah baju kat supina. bagtau umur je, dia suggest baju tu memang muat elokkkkk hahaha. teruskan perjalanan beli jeruk & dapat! 

DONE SHOPPING JERUK MADU PAK ALI!

gambar kat atas ni depan 7E. ohya, sebelum datang 7E ni kitaorang singgah kedai baju yang beli baju supina tu sebab nak belikan baju untuk kitaorang hahaha. beli baju sama, corak sama. pastu jalan sikit lagi, ambik grab balik guest house. masa tu awal lagi, sempat la rehat sebelum checkout haha

CHECKOUT & BYE PENANG

pukul12 sepatutnya checkout, 11.50 kitaorang keluar hahaha sayangnya nak tinggal bilik, kalau cuti memang dah tambah lagi sehari ha. tapi apakan daya, kita kan makan gaji je :p lepas checkout ambik grab dan nazirah tinggal kami kat bus stop~

DONE CHECKOUT

HELO KEDAH!

yang sedihnya pada hari kejadian, bas delay hahaha sha dah la tak pernah naik bas tetiba delay pulak. terus kecut perut takut apa apa kan. lama jugak la menunggu bas sampai. sampai terminal 12.30 gitu dan sepatutnya bas kami 1.30, 1.30 bas tak muncul lagi pastu ada orang datang bgtau bas delay sebab rosak, ha sudahhh

TERMINAL BAS SG NIBONG

beli air dari mesin gedegang~ 

2.40 petang macam tu bas sampai, masa tu dah letih sangat dah. naik je bas, pasang lagu terus tidur~ bukak je mata eh dah kat kedah! (sebab nampak bumbung satu kedai ni hijau kuning) tapi rasa sedih sebab kena tinggal penang hahahahahahahahah! pukul4 gitu sampai kat Shahab Perdana. 

tamatlah cerita 3 hari 2 malam sha kat penang, takbanyak tempat yang pergi tapi yang banyaknya kenangan! bila dah mula travel dengan kawan ni, terus nak mengumpul duit lagi nak jalan jalan lagi tahun depan hahahaha tapi masalah yang sering dihadapi adalah cuti hahaha susah nau nak cuti :3


PERBELANJAAN HARI KETIGA
Grab - 
Breakfast - RM 9.80
Baju supina - RM 15
Jeruk Madu Pak Ali - RM 27+
Baju sendiri - RM 25
Air Mineral - RM 2
Grab - 
Air Wonda - RM 2
Bas dari Shahab - Kerpan - RM 2.70

PERBELANJAAN 3H2M di Penang : RM 250+- (TERMASUK PENGINAPAN + GRAB)


#SZNSHORTVACAY












12 comments:

  1. Sebelah Chowrasta tu ada kedai nama Kabilu ke Khabilu, situ pun famous jugak asam-asam dan keropok-keropok dia. Harga pun boleh kata berpatutan la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? pasni pergi sana boleh beli situ pulak hehe thnkyou!

      Delete
  2. tak naik bukit bendera ke...pemandangan kat atas sana sangat cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak huhu taksempat hahaha tapi pernah naik dah sebelum ni

      Delete
  3. wahhh bestnya explore penang cuti2 ni..

    ReplyDelete
  4. bestnya penang. Wonda teh tarik serius sedap!

    ReplyDelete
  5. Air kopi Wonda tu mmg kegemaran Mama Yan tauu...

    ReplyDelete
  6. wah jalan sakan di penang. mama aritu tak sempat nak jalan2 tempat ni. boleh lah mama refer sini kalau nka ke sana

    ReplyDelete
  7. Eh.. Kambing lagi murah dari ayam.. Rugilah Sha tak amik kambing..

    ReplyDelete
  8. Best gak jalan-jalan kat Penang ni. Selalu lalu ja tak pi pusing-pusing.

    ReplyDelete
  9. Mahal juga cuti-cuti kat penang hehehe

    ReplyDelete