PENANG DAY 2 #SZNSHORTVACAY


Assalamualaikum

PENANG DAY 2 #SZNSHORTVACAY | Hi helooo! lets do this! kahkah kena cepat cepat ceritakan pasal trip ni, kalau tak nanti lupa la apa la. sebenarnya takda yang menarik pun, cuma apa salah nya bercerita kat blog, nanti boleh baca semula kan~~



DAY 2 

pagi tu dalam pukul 8 9 baru masing masing berjaga sepenuhnya, yelah letihkan berjalan semalam hahaha. pastu bila terjaga duk fikir nak pi mana dulu. jadi kitaorang try call tempat nak stay japgi, boleh tah nak letak barang dulu or nak check in awal kan, sekali dia suruh cakap english kahkah kawan sha matikan, jadinya kami decide nak pi breakfast dulu pastu satgi pikiaq semua nak ke mana


kami srapan kat KFC ha ha ha ha semua macam woii apani pi penang tapi makan kfc jekkk, pakwe iolls siap cakap kfc tu takyah pi penang pun, baik makan je kat kedah ha ha ha ha masalah dia tu je yang dekat, kalau ada mekdi kami dah makan mekdi tau! nnak makan roti canai yang selalu disebut sebut takda area tu, dia nye area georgetown sana. ok back to the topic, sampai kfc dalam pkul 10 lebih nak pukul 11, makan benda kat atas ni ja pukul 12 baru settle ha ha ha pastu book grab, nakpi queensbay. apo lahai pi penang pi qb! kahkah

QUEENSBAY,PENANG

sebenarnya kami takda hala tuju kahkah, jadinya kami jalan jalan qb. masuk kedai itu, ini tapi ko pikir mampu? hahaha mampu tengok jelah :p jalan jalan jalan lapar pulak, decide nak makan pastu singgah Secret Recipe~ jap dah hari kedua, nasi kandaq mana nasi kandaq?

SECRET RECIPE, QUEENSBAY PENANG

3 piring ni pun dah habis RM50. taktau apa masuk dalam badan boleh pi makan benda macam ni. padahal kalau pi cari nasi kandaq mesti lagi puas hati + kenyang dan takkan sampai RM 50! tapi sekali sekala, ya sekali sekala..... masa makan ni dah pukul 1 gitu, lepas makan terus keluar nak balik hahaha nakp chekcin pulak. mula mula nak tunggu bas free tu, tapi lambat sangat - dengan sakit perut, panas semua. book la grab, grab tak sampai lagi, bas free dah sampai ha ha ha ha ha ha lepas balik ambik beg pastu checkin (BACA SINI). lepas check in kami keluar nak berjalan jalan~ nak ke Penang Street Art, pikirkan jauh, naiklah grab! rupa rupanya~~~~

DRAGON ICE BALL

ADA ICE CREAM KAT DALAM | BOLEH PILIH FLAVOR


sha perasan ada dua kedai yang jual macam ni. yang sha perasan la, tapi yang kitaorang beli ni yang ada tempat duduk hahaha takpaham cemana orang boleh makan ais sambil jalan jalan, helo.... ais kot.... berair..... lama jugek la nak habiskan benda ni sebab rasa macam tak mampu, tapi habiskan jugak! ingat senang nak dapat? sha suka gila dengan kedai ni, owner dia memang baik gila! pastu asyik senyum je. jadi selesa nak makan pun, walaupun kami makan lambat ha ha ha. lepas makan ni kami teruskan perjalanan jalan jalan kat jalan tu, eh banyaknya jalan

posing dulu hek hek

menyempat je

teringin nak naik tapi takut dia tak larat nak bawak ha ha ha ha

Mural Painting

menyempat ja nak ootd

tanda jalan

sibuk kemain masa kitaorang lalu tu

orang nak mirror selfie, dia kacau!, nazirah

another Mural Painting

one with zulaikha~ duk jauh jauh senang nak crop kalau gaduh kahkah

sambil sambil jalan jalan ni duk whtsapp kawan yang kerja kat Prai sana, dia cakap dia ada area sini tgh makan nasi kandaq hahaha jadinya dia suruh send location dia nak mai... ok sebenarnya kami satu sekolah tapi masa sekolah takpernah duk bertegur sapa, habis sekolah duk bertegur sapa kat IG pastu nak jumpa. awkward gila.... sumpah! masa mula mula dia sampai tu, macam biasa - hang la pi dulu, hang la pi sapa suruh whtsapp ha ha ha ha ha ha last last pi jugak, cekang pipi pipi nak cakap pun. sebenarnya depa ajak makan dragon ball yang berasap tu, tapi takboleh dah aih nak telan ais, sejuk mulut kahkah jadi decide nak try ais krim viral kat penang ni~

FRUITMADE, PENANG 

Fruit Soft Serve Berries Dream Blackcurrant & Strawberry

kat atas ni la dua orang tu hahaha yang baju putih ni kawan dia kepada kawan sha. mula mula ja malu, bila dah mula start enjin hahahaha rasa macam dah kenal lama :D siap suruh ketepi sikit orang nak ambik gambar kahkahkah takleh blah betul la perangai. oh ya, bila upload gambar ais krim ni, ramai yang tanya lama tak beratur ngeh ngeh. rezeki kitaorang kot, taksampai 5 minit dah siap hahaha boleh duduk pulak kan, memang rancak la bersembang. kalau lambat pun tak kisah sangat. tapi sayang dia satu je lah, sha takleh makan banyak dah, sebab dah start rasa muak....... ya saya menyesai :') duk sembang sembang duk, cakaplah kami nakp padang kota, nak pi dak? jom dinner  kat sana, kononnya~ terus jom, book grab ya ya nanti jumpa sana

sambil sambil tunggu grab~ menyempat sentiasa

tulah kan nak kata, kadang kadang apa kita rancang tak semestinya benda tu terjadi. dah dapat grab, hujan mula turun. terus whtsapp kawan laki tadi tanya kat mana, dia cakap dah patah balik sebab hujan. tetiba rasa bersalah yang tersangat, dah la kami naik kereta, depa naik motor, nak kena balik prai pulak huhuhu 

Hujan di negeri orang~

masa sampai padang kota tu, tak lebat dah hujan. tapi angin kuat. sempat jugak la berjalan dan bergambar tapi takcantik gambar tu haha gambar berlari semua :3 jalan jalan sampai medan makan tu, cari benda nak makan tapi taktau nak makan apa.... minum air kejap dulu, pastu decide nak ke medan makan yang ada banyak banyak kedai tu, memang la banyak kedai tapi banyak lagi kedai takbukak kakakakaka! habis makan apa ja

NASI AYAM FOR DINNERRR

tetiba teringat rumah... hahahaha tipu ja! kat rumah pun bukan makan sangat. makanlah kami nasi ayam ni dengan berseleranya dan diakhiri dengan "weh sedapnya nasi ayam ni" ya kami lapar sebenarnya, jadi memang sedap sangat hahaha masa tengah makan ni, hujan lebat sangat sangat. aduh, satu hal nak kena tunggu grab. lepas sejam tunggu grab, baru ada..... ya Allah masa ni bersyukur tak terkira dah, sampai tahap nak menangis hahaha

Hujan di Padang Kota

sampai ja bilik, terus mandi mandi dan rehat hahaha walaupun rasa lapar tapi bila fikirkan hujan diluar sana, takpalah telan jelah air kosong yang ada hahaha dan sebaik ada roti yang sha beli masa nak ke penang tu. disebabkan bilik tu selesa sangat, memang tidur nyenyak sangat malam tu, tak sempat nak fikir letih semua hahaha., esok tu dah hari last. sedih sebab tak puas berjalan lagi. ha hari ketiga tu nanti la sha cerita kahkah

PERBELANJAAN HARI KE 2

KFC - RM 11.10
Grab - 
SR - 20+-
Grab -
Guesthouse - RM 110 + Depo RM50
Grab - RM 4/3
Dragon Ice Ball - RM 4
Ais Krim - Rm 9.50/3
Grab - 
Air Sirap - RM 2
Nasi Ayam - RM 6
Grab -








6 comments:

  1. Bestnyaaa bilalah turn kita pula nak jejalan macam tu

    ReplyDelete
  2. your cuti² ni buat sis nak ke Penang lagi je rasa. Macam tak puas. ^^

    ReplyDelete
  3. Wow.. syoknya..jalan jalan cari makan..

    ReplyDelete
  4. untung la beratoq sat je kat aiskrim viral tu..jeles ai tau..sbb k.fiezz haritu, kan main pnjang kena beratoq..dah la kena beratoq, sekali dah tutup..uwaaa..nasib baru masuk barisan, ada orang bitau dorang yang last..

    ReplyDelete
  5. Best lak tengok tempat-tempat yang Sha pi

    ReplyDelete