BYE 2018, HELO 2019


Assalamualaikum

BYE 2018, HELO 2019 | sedar tak sedar tinggal beberapa minit je lagi nak masuk tahun 2019, rasa macam baru semalam berumur 22 tahun hahaha esok dah 23 tahun dah, & anyway - Happy Birthday kepada sesiapa yang menyambut birthday harini, hahaha akhir tahun sangat kan :p


its been a hard year for me until i meet someone who can handle me ha ha ha ha ha bayangkan lah daripada broken kemain sampai setahun tak moveon dan datang seseorang terus rasa selesa nak mula berkawan balik. Rasanya susah tau nak dapat rasa ni sebabnya dulu ada yang nak kenal kenal even as kawan tapi langsung takda rasa nak kenal tu sebab rasa “lelaki semua sama” tapi yang sekarang ni lain hahahahaha so glad that I could know him walaupun saya yang mula nak kenal dengan dia. Ceritanya bila ternampak gambar dia kat ig dan terus stalk dan like gambar gambar dia. Tbh dia memang bukan lelaki yang sha nak & then dia yang dm pastu bermulalah kisah kenal mengenali kami. Masa tu bulan puasa, cerita pasal terawih, sahur. Sebab apa cerita pasal ni, sebab esok cukup 200 hari kenal dia hahahaha drama sangat kan! Berapa hari kenal pun nak kira, well perempuan kot.

Itu cerita bahagia, cerita sedihnya pula bila sebelum saya mengenali si dia. Saya sampai lupa yang saya pernah bahagia disebabkan seseorang mengecewakan saya. Umpama gantung tak bertali bila mana dia macam nak tapi sebenarnya dia taknak, dia datang bila dia rasa dia perlukan teman, nak kan orang yang menghiburkan dia tapi bila dia dah rasa bosan dia pergi dan akan ada satu ketika dia datang semula memberi harapan. Salah saya sebenarnya bila mana saya tanam dalam diri saya, saya taknak moveon dan saya nak sakit yang saya tanggung pada masa tu dijadikan pengajaran paling besar dalam hidup supaya jangan mudah sayangkan orang, jangan mudah jatuh hati, jangan terlalu sayangkan seseorang tu melebihi diri sendiri. Tapi tu rancangan saya, tapi sekarang saya dah bukakan hati saya kepada orang yang menyayangi saya melebihi saya sayangkan dia. Ya, belum ada hubungan yang halal, doa doakan lah 

Cerita lain yang saya nak catat dalam blog ni adalah pasal pekerjaan saya. Semalam semasa saya dalam perjalanan nak ke Alor Setar, saya mendapat satu Whatsapp daripada boss saya yang menyatakan perkhidmatan saya sudah tidak diperlukan, bermula Januari 2019. Sebabnya biarlah saya ja yang tahu. Sepanjang jalan nak sampai ke Aman Central terasa jauh untuk saya, rasa macam ada satu batu yang menghempap didada, sedih kehilangan pekerjaan, sedih tiada lagi punca pendapatan yang tetap, sedih memikirkan masa depan ha ha ha ha disebabkan terlalu berfikir, sehinggakan saya tertidur semasa menonton Aquaman… itulah kelemahan saya, bila terlalu sedih saya akan senang tertidur. Tapi bila difikirkan balik, kenapa perlu bersedih? Rezeki Allah luas, mungkin dah tiada rezeki disitu, mungkin rezeki kat tempat lain, mungkin rezeki lepas ini lagi baik. Sekarang saya secara rasminya pengganggur terhormat hahaha semoga dimurahkan rezeki pada tahun 2019.

Terima kasih 2018, Selamat Datang 2019 – Im ready 




16 comments:

  1. Ya Allah, mcm mana boleh boss just whatsapp kata perkhidmatan tak diperlukan...tu kejam tu. Should report kat pejabat buruh supaya orang lain tak kena.

    Apa pun semoga Pikah tabah dan dipermudahkan segalanya dan InsyaAllah pasti akan ada rezeki yang lebih baik. Selamat tahun baru

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru, Sha. Semoga dipermudahkan untuk Sha dapat kerja baru,dimurahkan rezeki, tabah dalam menghadapi segala dugaan dan bahagia di samping orang yang tercinta.

    ReplyDelete
  3. insyaAllah rezeki Dia masih luas dan melata di muka bumi nan fana ni.
    Semoga tahun ni membawa kebahagian yang penuh keajaiban dalam hidup kita semua.
    salam tahun baru 2019 sha! ^_^

    ReplyDelete
  4. Its okay. InshaAllah ada rezeki nanti, cuma jangan putus asa, okay? Happy new year! May this year bring us happiness, joy and laughter 😊

    Syaza | www.syazaraihanah.com

    ReplyDelete
  5. Selamat Tahun Baru 2019 Sya .. :)

    ReplyDelete
  6. selamat tahun baru Sha...semoga 2019 memberikan lebih kegembiraan dan keceriaan

    ReplyDelete
  7. Sayunyaa cerita sha ni, tetiba hilang punca pendapatan tetap.. semoga kuat ya.. tabahla rezeki Allah luas ada lebih baik menanti

    ReplyDelete
  8. Allahu...beratnya ujian sha...moga Allah gantikan yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik, insya'Allah...be strong girl, mana tahu the new year akan datang rezeki yang melimpah ruah! ameen!

    ReplyDelete
  9. Happy New Year! In shaa allah ada rezeki awak kat luar sana and mgkin lebih baik dari perkerjaan yg itu. Fighting okay.

    ReplyDelete
  10. Moga ada rezeki dapat kerja baru, insya Allah ^^

    ReplyDelete
  11. salam tahun baru 2019. semoga dimurahkan rezeki sihat sentiasa.
    happy2 selalu =)

    ReplyDelete
  12. Allah.. Dugaan tahun baru ye Sha.. Akak doakan semoga Allah permudahkan semua perancangan Sha.. Aamiin..

    ReplyDelete
  13. InshaAllah 2019 jom maju kedepan.. usaha mencapai impian.

    ReplyDelete
  14. Selamat Tahun Baru.
    Semoga Allah permudahkan segala urusan awak.
    Aamin.

    ReplyDelete