SKINCARE OR MAKEUP?


Assalamualaikum

SKINCARE OR MAKEUP? | Hi korang! lama tak bersiaran gara gara takdak mood sebab gambar dalam phone yang sepatutnya nak buat review semua terdelete sebab format phone huaaaaaa padahal rasa macam dah save dah semua hm takpalah takdak rezeki.

source : google.com

so harini sha nak bercakap mengenai skincare or makeup? ha korang jangan salah anggap pulak, i do love both tapi sha more tu skincare. masuk watson ke guardian ke mesti pi bahagian skincare dulu tapi tak bermakna sha taksuka makeup. dulu masa mula mula kenal dunia kecantikan ni, sha memang suka makeup lagi, pantang jumpa barang makeup mesti nak beli tapi zaman tu zaman beli makeup kat pasar pagi, kiosk kiosk kat mall. ala yang tak ori tu huhuhuhu biasalah dulu masa sekolah mana nak cekau duit kan?

source : google.com

tapi bila dah cerdik sikit. dah selalu study pasal kulit kan, sha lebih suka bila kulit muka sha sihat. dulu sha selalu ingat kalau ada jerawat ka parut ka takdahal makeup boleh cover hahaha memang la boleh tapi takkan nak ke market pun nak makeup tebel sebab nak tutup jerawat dengan parut tapi kalau selesa takpa la, kalau jenis sha tempat ramai orang macam tu sha taksuka pakai makeup tebal tebal.

sekarang muka sha takdak la flawless macam muka muka orang korea tu tapi better dari dulu la, dulu blackhead, whitehead buat kenduri kat muka sentiasa. jerawat pun sama! suka sangat duk kat muka ni dulu. bila dah study pasal muka ni kan, bila tumbuh jerawat contohnya kat pipi terus search sebab apa hahahaha bila tengok sebab dan tanya diri sendiri ha memang pun cadar dah lama taktukar apa semua :p

source : google.com

sha takdak la pandai sangat bab kecantikan ni, tapi pada sha lah kan kalau muka tengah breakout baik jangan makeup tebal tebal sangat. ye sha tau, konfident hilang bila orang asyik tanya kenapa dengan muka, awat muka banyak jerawat, pasepa dulu flawless lani muka macam tu. paham, sha pernah jugak lalui semua tu, buat pekak ja. orang yang bercakap pasal kita ni, dia takpernah tau pun apa kita lalui, macam mana kita struggle nak jaga muka kita. tapi!!!! jangan duk ambik mudah pi pakai produk yang cantik dalam masa 3 hari pulak, takmau lahhh macam tu, pakailah produk yang selamat biar hasil dia lambat takpa jangan menyesal dikemudian hari nanti. bila kulit sihat percayalah yang makeup anda pun akan nampak cun! those yang dilahirkan muka yang jenis takdak masalah tolomg besyukur hahahaha sis jealous sangat!

kulit kusam? BACA NI
nak kenal jenis kulit? BACA NI
cari cleanser untuk muka berjerawat? BACA NI
nak kulit sihat & badan cergas? BACA NI
taktau nak try greentea apa? BACA NI


ps; sis takjual produk okay hahaha ni semua boleh dapat kat website/drugstore




12 comments:

  1. Skincare ke make up..pada akak..dua2 penting..mekap nak nampak confident, cantik..skincare nak kulit yang sihat..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong! tapi ada yang tak menitikberatkan skincare. huhu

      Delete
  2. skincare.. tapi malas nak pakai.. kikiki..

    ReplyDelete
  3. MN lebih kepada skincare 2nd baru makeup , kalau kulit sihat tak perlu nak makeup tebal-tebal..

    ReplyDelete
  4. setuju macam SA..skincare penting..mekap penting..nak kulit sihat + nak nampak cantik sentiasa walaupun pi market je..haha..lagipun kalau duk penting mekap, kulit tak jaga memang out la hasilnya..mekap boleh cover sat je..bila kita tanggal mekap, tu diaa keluar segala parut, nampak la muka real acane..serius tak suka..so penting jaga kulit dulu..lepas tu baru mekap...

    ReplyDelete
  5. for me dedua penting. sebab untuk kulit sihat perlukan skincare dan untuk berhias sure nak guna makeup kan. hehehhe xleh haihh kalau xde dedua

    ReplyDelete
  6. Kalau laki ni maybe skincare je kot

    ReplyDelete
  7. aida more to skincare.
    aida kurang pandai make up.
    and keje pun tak mewajibkan make up :)
    make up yg ada pun - eye liner, lip liner, lipstik, lip balm, bedak asas, bedak kompek.
    basic sgt tu. hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  8. more prefer skincare..
    sbb skin xberapa ok..haha tkut makeup..
    tgh nk merawat kmbli kulit..huhu

    ReplyDelete
  9. akak sngt pentingkan skincare. brg skincare akak lebih byk dari brg makeup. haha.

    ReplyDelete
  10. Skincare! Kulit sihat akan lebih cantik dan mudah nak mekap :)

    ReplyDelete