Assalamualaikum dan selamat petang jumaat.



hari ni sha nak share satu produk yang sha ada beli dari lazada awal mac haritu. dah sebulan pakai baru nak review hahaha! sebelum tu sha nak cerita dulu lah hahaha sha memang suka product yang ada kat drugstore sebab memang sah - sah la selamat huhuhuhu lagipun takdelah mahal mana sebab sha takkan beli product yang mahal mahal >< macam sha susah sikit nak keluar g bandar kan, sama ada kena beli online takpun kena tunggu pi bandar la. kiranya dalam sebulan tu paling paling sekalilah keluar bandar. kat pasaraya kat rumah sha pun ada benda yang sha nak cerita ni tapi masa mula mula dia keluar haritu takdak hahaha so sha pun belilah dari lazada. cleanser ni harga dia RM 6.70 50ML kalau taksilap lah hahaha postage pulak RM5 hahahaha tapi takpelah dah nak try je kan. so selepas sha guna sebulan nampaknya produk ni sesuai dengan sha, yeah!

GARNIER PUREACTIVE MATCHA DE-TOX


ni lah rupanya cleanser tu. sha cuci muka time bangun pagi dan malam sebelum tidur. dua kali sehari je nanti kulit terlalu kering pulak kan. oh by the way, ni yang 100ML sha dah beli buat kali kedua. awak bila lagi? hehehe. kat area tempat kerja sha dia macam berhabuk sikit sebab dekat dengan kilang proses padi. so muka sha mmg teruk lah jugak haritu. jerawat kat pipi, dahi huhuhu pastu pores jadi besar teruk T.T time tu nak pegang muka sendiri pun takut tauuu hahahaha muka sha takdelah flawless sangat tapi jaranglah jadi teruk sampai macam tu. puas tau cari product yang okay pastu jumpalah si matcha ni ❤ 


 

nilah gambar sebelum dan selepas hoho ada lagi tu parut parut yang tertinggal 

disebabkan sha malas nak terang panjang lebar hahaha sha nak bagitau je yang cleanser ni sesuai untuk acne-prone skin. so siapa yang ada jerawat tu boleh try ni. tapi awak kena tau lah yang kesan dia taksama sebab kulit lain lain kan? hehe mana tau awak punya kulit lebih cepat berkesan dari sha yang pakai sebulan :D


ni pulak rupa dalam cleanser tu hahaha sayang nak picit kat tangan nanti bazir :p warna dia hijau gitu, tenang je hahaha tibatiba bau cleanser ni kureng sikit lah, tapi sha suka hahahaha! walaupun orng lain taksuka but sha suka sangat bau dia :p

so conclusionnya :-

(+) murah 
(+) packaging cantik
(+) berkesan kat kulit muka sha
(+) suka bau dia
(+) picit sikit buih banyak hehe

(-)  susah sikit nak cari kat tempat sha
(-) keringkan kulit 

9.9/10 bintang untuk produk ni (recommended)

repurchase ? YES sebab ni dah kali kedua beli ehee

berminat nak beli? boleh cari kat drugstore :- watson or guardian, tesco dan pasaraya berhampiran sebab sis tak jual :p kalau nak beli yang 50ML tu boleh beli kat lazada Garnier Pure Active Matcha Foam 50ml