Assalamualaikum

DRAMA : PEREMPUAN PALING MERANA | Hi korang! Haritu saya ada tengok drama ni kat Tonton, memang betul betul ending dia tak terfikir dek akal. Kira macam lain dari lain sebab tak happy ending haha 

DRAMA : PEREMPUAN PALING MERANA


Sinopsis

Saleha (Mimi Lana), bekas gadis escort kelas atasan sudah berhijrah dan bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya, Amir (Fikry Ibrahim). Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nurain. Kepulangan seorang ahli keluarga rapat Amir yang dikenali sebagai Pak De' (Zamarul Hisham) yang lama merantau membuatkan Saleha cemas kerana jejaka tersebut merupakan seseorang yang datang dari masa silamnya. Adakah kehadiran Pak De' bakal menghantui kehidupan serta kebahagian Amir dan Saleha?

Pelakon

Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Zamarul Hisham, Husna Mustaffa, Zarina Zainuddin, Omar Abdullah, Puteri Rayyana Rayqa

----------------------------------------------------------

Kenapa kena tengok?


Ending dia lain dari yang lain hahaha saya ada ajak husband dengan cousin tengok cerita ni, semua naik angin dengan ending dia 😂 tapi macam saya cakap sebab lain dari lain so memang wajib tengok ok!