DRAMA : HANTU PUNYA BOS! (2016)


Assalamualaikum

DRAMA : HANTU PUNYA BOS! (2016) | Hi korang! doakan semoga mood nak berblogging kembali hua hua hahaha. semalam kan, sha bosan gila pastu sajalah bukak youtube channel tv3 malaysia. pastu tertarik dengan satu drama ni, apalagi tengok jelah. drama Hantu Punya Bos! ni drama tahun 2016 hahahaha dan sha takpernah tau pun wujud drama ni. masa tu sha tak tengok tv ke apa taktau la hahaha dan cerita ni best gila!!! drama ni adaptasi  novel dari karya Dekna Lee


Sinopsis Hantu Punya Bos! : Bekerja sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! Melatah! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?

--------------------------------------------------

gandingan intan najuwa dengan shukri yahya dalam drama ni memang buat sha tak senang duduk! habis 20 episod dari pagi ke malam. ingat nak sambung harini tapi takboleh behenti tengok hahaha. lakonan intan najuwa yang sangat kena dengan watak, dia kan macam happening sikit pastu dalam cerita ni dia melatah pulak kan hahaha habis gegor office si rayyan tu. yang shukri yahya pulak, dia ni memang hebat betul lah, jadi laki sweet menjadi, jadi laki kaki pukul jadi, dalam cerita ni jadi lelaki kerek tapi ada jugak sweet sweet pun jadi! adoi memang pelakon terbaiklah dia hahaha. drama ni takbosan sebab satu episod 20 minit je, ada jugak part yang takbest sha skip tapi kalau part intan najuwa dengan shukri yahya memang takkan skip muahahaha. 

korang pernah tengok tak cerita ni dulu? ke sha sorang je yang taktau hahaha. kalau korang nak layan cerita ni boleh g tengok kat youtube tv3 free je! kalau tonton kena byr hikhik :p


15 comments:

  1. Ha.. Kak Sha ada tertengok cerita ini.. Memang part Intan dengan Shukri tu best.. Sokong sangat.. Tambah-tambah part melatah.. Hahaha..

    ReplyDelete
  2. kalau terlayan takot melekat. hukhuk

    ReplyDelete
  3. kalu si shukri nie berlakon mmg akak minat..

    ReplyDelete
  4. Pernah tengok tapi tak habis hehe

    ReplyDelete
  5. salam..hi sis...
    yaya singgh sini smbil folow (861)
    nk pngil apa ni..xtau nak sebut nama..sapikah kah??
    hehe salam kenal dri Yaya =)

    ReplyDelete
  6. First time tau tentang drama ni. Tp kalau shukri yahya yg berlakon confirm menjadi saja.

    ReplyDelete
  7. tak pernah tgok lagi & tak tahu pasal drama ni..


    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  8. Akak tertinggal cerita ni. Sungguh tidak tahu apa-apa, kena Google la ni.

    ReplyDelete
  9. saya pun tak penah tau. haha. sebab memang jarang layan drama melayu. hehehehhee

    ReplyDelete
  10. Macam best je, harap ada ulangan lagi nak tengok juga hehe

    ReplyDelete
  11. Cerita ni punca ai tengok drama online.

    ReplyDelete
  12. nape akak tak tgk citer ni?
    hero kesukaan tu, sha.
    2016 akak berulang melaka-seremban-melaka ni.
    tu kot tak tertgk ni...

    ReplyDelete