12/31/2018

BYE 2018, HELO 2019

by , in

Assalamualaikum

BYE 2018, HELO 2019 | sedar tak sedar tinggal beberapa minit je lagi nak masuk tahun 2019, rasa macam baru semalam berumur 22 tahun hahaha esok dah 23 tahun dah, & anyway - Happy Birthday kepada sesiapa yang menyambut birthday harini, hahaha akhir tahun sangat kan :p


its been a hard year for me until i meet someone who can handle me ha ha ha ha ha bayangkan lah daripada broken kemain sampai setahun tak moveon dan datang seseorang terus rasa selesa nak mula berkawan balik. Rasanya susah tau nak dapat rasa ni sebabnya dulu ada yang nak kenal kenal even as kawan tapi langsung takda rasa nak kenal tu sebab rasa “lelaki semua sama” tapi yang sekarang ni lain hahahahaha so glad that I could know him walaupun saya yang mula nak kenal dengan dia. Ceritanya bila ternampak gambar dia kat ig dan terus stalk dan like gambar gambar dia. Tbh dia memang bukan lelaki yang sha nak & then dia yang dm pastu bermulalah kisah kenal mengenali kami. Masa tu bulan puasa, cerita pasal terawih, sahur. Sebab apa cerita pasal ni, sebab esok cukup 200 hari kenal dia hahahaha drama sangat kan! Berapa hari kenal pun nak kira, well perempuan kot.

Itu cerita bahagia, cerita sedihnya pula bila sebelum saya mengenali si dia. Saya sampai lupa yang saya pernah bahagia disebabkan seseorang mengecewakan saya. Umpama gantung tak bertali bila mana dia macam nak tapi sebenarnya dia taknak, dia datang bila dia rasa dia perlukan teman, nak kan orang yang menghiburkan dia tapi bila dia dah rasa bosan dia pergi dan akan ada satu ketika dia datang semula memberi harapan. Salah saya sebenarnya bila mana saya tanam dalam diri saya, saya taknak moveon dan saya nak sakit yang saya tanggung pada masa tu dijadikan pengajaran paling besar dalam hidup supaya jangan mudah sayangkan orang, jangan mudah jatuh hati, jangan terlalu sayangkan seseorang tu melebihi diri sendiri. Tapi tu rancangan saya, tapi sekarang saya dah bukakan hati saya kepada orang yang menyayangi saya melebihi saya sayangkan dia. Ya, belum ada hubungan yang halal, doa doakan lah 

Cerita lain yang saya nak catat dalam blog ni adalah pasal pekerjaan saya. Semalam semasa saya dalam perjalanan nak ke Alor Setar, saya mendapat satu Whatsapp daripada boss saya yang menyatakan perkhidmatan saya sudah tidak diperlukan, bermula Januari 2019. Sebabnya biarlah saya ja yang tahu. Sepanjang jalan nak sampai ke Aman Central terasa jauh untuk saya, rasa macam ada satu batu yang menghempap didada, sedih kehilangan pekerjaan, sedih tiada lagi punca pendapatan yang tetap, sedih memikirkan masa depan ha ha ha ha disebabkan terlalu berfikir, sehinggakan saya tertidur semasa menonton Aquaman… itulah kelemahan saya, bila terlalu sedih saya akan senang tertidur. Tapi bila difikirkan balik, kenapa perlu bersedih? Rezeki Allah luas, mungkin dah tiada rezeki disitu, mungkin rezeki kat tempat lain, mungkin rezeki lepas ini lagi baik. Sekarang saya secara rasminya pengganggur terhormat hahaha semoga dimurahkan rezeki pada tahun 2019.

Terima kasih 2018, Selamat Datang 2019 – Im ready 




12/29/2018

PRRETI: PERFECT CLEAN CLEANSING TISSUES

by , in

Assalamualaikum

PRRETI: PERFECT CLEAN CLEANSING TISSUES | hi! habis dah cerita pasal jalan jalan, pasal makan makan - sekarang nak cerita pasal barang yang ikut bersama sha masa gi penang haritu, tak menyesal bawak benda ni tau! dah la muat dengan handbag, wangi pulak tu! eh eh tengah cerita pasal apa ni?


PERFECT CLEAN CLEANSING TISSUES

sha dengan cleansing tissue memang takboleh dipisahkan! bukan setakat cleansing tissue, tisu biasa, wet tissue memang akan ada dalam handbag sha kalau pi mana mana pun. sebab tu selesa bawak handbag besar besar, tu tak kira lagi cermin, lipstick, sunlotion hahaha! dan baru baru ni sha pi penang, sha decide untuk bawak cleansing tissue ni daripada bawak makeup remover yang jenis cecair tu. sebabnya bila bawak yang jenis cecair, kemungkinan untuk tumpah tu sangat besar hahaha so bagi mengelak benda remeh temeh ni merosakkan mood berjalan, kita bawak ja jenis tissue


Product Name : Prreti : Perfect Clean Cleansing Tissues
Volume : 30 sheets
Skin Type : All Skin Type
Country : Made in Korea


KENAPA PILIH PERFECT CLEAN CLEANSING TISSUE?

💫 membersihkan kotoran diwajah
💫 deep cleansing 
💫 lembut pada kulit 
💫 diformulasikan untuk melembabkan kulit selepas penggunaanya
💫 dapat menanggalkan makeup (including mascara)

source : website Althea





at first beli this product sebab harga, tapi bila pakai memang best! sha memang sejenis takpakai mekap tebal tapi mascara tebal. selalu kalau keluar 2 - 3 layer jugak la mascara sha pakai, memang selalu jadi masalah susah nak buang mascara secuci cucinya, sebaik jumpa cleansing tissue ni, takpayah dah duk bawak makeup remover kesana sini, hahaha walaupun memerlukan beberapa helai tissue untuk cuci mascara tu haha. kalau mekap mekap biasa tu memang senang je hilang~ sekarang memang sha simpan stock cleansing tissue ni haha adalah 2 3 paket kat rumah ni :p sebab dah jadi favoriteeee!!!


Bau : ❤❤❤❤❤/5
Keupayaan membersih : ❤❤❤❤❤/5
Kelembapan : ❤❤❤❤❤/5
Harga : ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤/5
Repurchase : yesssssssssss


HARGA : RM5
BELI DI SINI : Althea

-------------------------------------------------------------------
First time nak membeli di Althea? receive 20% off for your first order ----> SIGN UP SINI




12/27/2018

LUNCH DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

by , in

Assalamualaikum

LUNCH DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH | Hi! walaupun hujung hujung tahun ni ramai yang habiskan cuti tahunan tapi harini kita masih bekerja huhu. semalam cuti, saja minta cuti sebab nak keluar dengan geng - jadinya hari keluar bersama geng no diet diet hahaha lemak yang turun 0.5KG tu, naik balik 2KG omaigaddddd.


RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

kitaorang keluar tengahari macam tu sebab nak lunch sekali kan, dalam kereta duk bincang lagi mana nak makan last last pilihlah RESTORAN WADI SINAI ni, yang sha baru jumpa pagi hari kejadian hahaha saja saja la search kat FB restoran area Jitra sebab kitaorang nak jalan jalan situ je. sekali jumpa restoran ni, ada nasi arab pulak tu! sebenarnya tak pernah dengar pun pasal restoran ni, ni first time githewww. tempat pun taktau kat mana so kitaorang google map lah!

RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

restoran ni bukak 12.30tghari , kitaorang sampai 12.45tghari macam tu ada la beberapa orang abang abang TUDM tengah makan hahaha, jap abang abang TUDM memang handsome handsome kan? kahkahkah walaupun kedai dia macam kosong tapi i like! takdak la rasa huru hara sangat nak makan hahaha sbab mula mula nak ke tok keramat, lunch kat tok keramat boleh bayang dah sibuk dia macam mana. kitaorang pilih meja yang boleh duduk bersila, ala ala macam makan kat rumah


MENU DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

MENU DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

MENU DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

MENU DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

MENU DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

MENU DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

sama sama kitaorang duduk bersila je terus pekerja dia datang bagi buku menu ni, kitaorang pun pilih la apa yang nak dimakan.kitaorang order Nasi Mandy Ayam untuk 4 pax & 1 Jag Teh o Ais. sebenarnya sha nak kambing, tapi geng tak makan kambing hahaha rugi betul dorang ni, tapi sayangnya kambing takde~~~ sedikit sedih tapi takpelahhh nanti gi makan lagi hahaha. lepas pekerja tu ambik order, sha cakap jap eh nak tengok dulu buku menu haahahaha padahal nak ambik gambar :p

NASI MANDY AYAM DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

selepas beberapa ketika, air kitaorang sampai haha tapi lupa pulak nak ambik gambar. pastu nasi pulak sampai, sebab tu suka datang restoran tak ramai orang, servis laju wehhhh! kitaorang pun apa lagi, mulakan misi lah! kepada yang tak selesa makan dalam talam tu, jangan risau memang akan disediakan pinggan tapi kalau memang nak makan dalam talam tu bgtau jelah taknak pinggan haha

CLOSEUP NASI MANDY AYAM

TENGOK LAHAI ANAK ANAK DARA MAKAN CEMANA

REVIEW
sambil tulis entry ni pun masih terliur maknanya sedap la kan? nasi mandy ni memang cukup rasa cuma sesekali kawan kawan tergigit lada hitam haha, sup dia pulak macam sup biasa kiranya oklah buat kuah, oh ya, sup dia sup kambing tau :p yang timun tu (taktau nama apa) sedap! habis weh hahaha &&& sambal tu tak pedas sangat, tak pedas langsung la hahaha tapi taktau la memang tercipta tak pedas ke apa, tapi kalau orang jenis makan pedas mesti keciwa. pekerja pun okay, restoran pun bersih je. insyaAllah nanti repeat! sha bagi 4.9/5bintang!

LOKASI  RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

Alamat : Kampung Paya Dudur, 06000 Jitra, Kedah
Phone : 013-300 2234
FB : RESTORAN WADI SINAI
12/24/2018

PENANG DAY 3 #SZNSHORTVACAY

by , in

Assalamulaikum

PENANG DAY 3 #SZNSHORTVACAY | Hi! ok dah part last! sedihnya nak habiskan cerita hahaha. sebelum mulakan cerita, sebenarnya kami pi penang sebab nak cari makanan, tapi macam takdapat semua pun dan banyak gila tempat tak sempat nak pi hahaha tapi takpala, tunggu next year pulak, mana tau ada rezeki lagi boleh pi kan~


PENANG DAY 3

walaupun penat yang semalam masih tak habis, tapi apakan daya. masa sangat sangat mecemburui kami, alarm sha berbunyi terus bangun! cerita dia, kalau sorang takbangun semua tak bangun hahaha. jadi bangun lah sha dengan kepenatan sampaikan tidur berbunyi (kawan cakap) pastu pi mandi, walaupun toilet kat luar dan nampak susah, tapi ok je haha sebab takda orang ngeh ngeh. bila sha dah bangun jadi dua orang tu pun bangun, sha siap siap semua sebab nak keluar breakfast dan beli jerukk~

menyempat lagi posing sebelum kawan habis mandi hahaha

mirror selfie~

bila semua dah siap~

selfie lagi walaupun muka masing masing mengantuk!

sementara nak sampai pintu keluar~ hahahaha

LORONG CHEAPSIDE

ROTI CANAI JALAN ARGYLL

ok misi pertama adalah makan! sebab semalam punya makan sikit sangat so pagi tu lapar gila! minum air ja mampu hahaha. sebenarnya tempat kitaorang stay ni ada je sediakan free breakfast tapi dah mai penang, nak jugak makan roti canai kan! jadi ambik grab, kitaorang pilih ROTI CANAI JALAN ARGYLL.

Grab kitaorang pagi tu peramah haha tapi pagi pagi takda mood nak menyembang wehh! dia tanya "ni roti canai yang dekat caltex tu ke" krik krik pastu cakap lagi "oh first time ke datang sini" "ye firstime so taktau hehe" krik krik krik sampailah sampai kedai tu.....



papan harga yang diambil sebab nak bahagi harga setiap sorang haha ada cerita disebalik semua ni tau, menyesal tak ambik gambar harga ni awal awal hmmmm murung gila bila teringat balik

BREAKFAST

so kitaorang order nasi & ayam tiga pinggan + roti canai telur 1 biji + teh ais 1 + teh o ais 1 = RM 27 something. sebenarnya mula tu sha nak ambik nasi + kambing tapi takut mahal hahaha, duit pun dah nyawa nyawa ikan dah sebenarnya time ni, kejap lagi nak beli buah tangan lagi. so ambiklah ayam sebab ingat ayam murah..... hm tengokla papan harga tu, ayam ke kambing murah lagi hahaha


sha sebenarnya ada jugak darah penang haha so sha dengan kari/gulai memang takboleh berpisah. sha kalau jumpa kari/gulai memang boleh je nak makan tu je tanpa lauk - i means nasi + kuah gulai hahaha tambah letak kicap pulak pehhhhhhh sedap nak! masa kitaorang makan ni, tak ramai sangat pun dan sha suka kedai macam ni, taksuka ramai ramai hahaha. mula tu kawan sha ingat nak gi makan kat transfer road tu tapi sha malas aih nak beratur apa semua buang masa. kat sini masuk terus dapat duduk dan makan 🌟🌟🌟

JALAN CHOWRASTA, PENANG

settle makan, kitaorang decide nak jalan ke jalan chowrasta. bukak map nampak macam jauh hahaha sebaik tak ambik grab oi! dekat ja dengan roti canai tu hahaha tapi disebabkan baru lepas makan mengah jugak la sementara nak sampai tempat tu. misi utama nak cari JERUK MADU PAK ALI, misi kedua nak beli baju ke apa ke yang menunjukkan pernah datang Penang cehhh

TRAVEL BUDDIESS

sambil sambil jalan nak cari Jeruk Madu Pak Ali tu, kitaorang ada jugak belek belek baju. ada satu kedai ni, dia je murah hahaha sha dah beli dah baju kat supina. bagtau umur je, dia suggest baju tu memang muat elokkkkk hahaha. teruskan perjalanan beli jeruk & dapat! 

DONE SHOPPING JERUK MADU PAK ALI!

gambar kat atas ni depan 7E. ohya, sebelum datang 7E ni kitaorang singgah kedai baju yang beli baju supina tu sebab nak belikan baju untuk kitaorang hahaha. beli baju sama, corak sama. pastu jalan sikit lagi, ambik grab balik guest house. masa tu awal lagi, sempat la rehat sebelum checkout haha

CHECKOUT & BYE PENANG

pukul12 sepatutnya checkout, 11.50 kitaorang keluar hahaha sayangnya nak tinggal bilik, kalau cuti memang dah tambah lagi sehari ha. tapi apakan daya, kita kan makan gaji je :p lepas checkout ambik grab dan nazirah tinggal kami kat bus stop~

DONE CHECKOUT

HELO KEDAH!

yang sedihnya pada hari kejadian, bas delay hahaha sha dah la tak pernah naik bas tetiba delay pulak. terus kecut perut takut apa apa kan. lama jugak la menunggu bas sampai. sampai terminal 12.30 gitu dan sepatutnya bas kami 1.30, 1.30 bas tak muncul lagi pastu ada orang datang bgtau bas delay sebab rosak, ha sudahhh

TERMINAL BAS SG NIBONG

beli air dari mesin gedegang~ 

2.40 petang macam tu bas sampai, masa tu dah letih sangat dah. naik je bas, pasang lagu terus tidur~ bukak je mata eh dah kat kedah! (sebab nampak bumbung satu kedai ni hijau kuning) tapi rasa sedih sebab kena tinggal penang hahahahahahahahah! pukul4 gitu sampai kat Shahab Perdana. 

tamatlah cerita 3 hari 2 malam sha kat penang, takbanyak tempat yang pergi tapi yang banyaknya kenangan! bila dah mula travel dengan kawan ni, terus nak mengumpul duit lagi nak jalan jalan lagi tahun depan hahahaha tapi masalah yang sering dihadapi adalah cuti hahaha susah nau nak cuti :3


PERBELANJAAN HARI KETIGA
Grab - 
Breakfast - RM 9.80
Baju supina - RM 15
Jeruk Madu Pak Ali - RM 27+
Baju sendiri - RM 25
Air Mineral - RM 2
Grab - 
Air Wonda - RM 2
Bas dari Shahab - Kerpan - RM 2.70

PERBELANJAAN 3H2M di Penang : RM 250+- (TERMASUK PENGINAPAN + GRAB)


#SZNSHORTVACAY












12/23/2018

DIPILIH SEBAGAI ALTHEA BLOGGER OF THE MONTH FOR DECEMBER!!

by , in

Assalamualaikum

DIPILIH SEBAGAI ALTHEA BLOGGER OF THE MONTH FOR DECEMBER!! | Hi! alhamdulillah syukur! itu jelah yang boleh sha katakan sekarang hahaha, tak sangka langsung dipilih sebab kita ni blogger sendu je :p kadang kadang blog terbiar pun takda orang perasan hahaha


tapi itulah kan, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. cerita dia macam ni, petang kejadian sha tengah beli barang barang rumah tapi nyempat lagi nak usha usha phone sebab ada email masuk, bila baca ja email tu terus terkejut! serious taksangka LANGSUNG!


rasa nak jerit je on the spot hahaha sebaik sempat behave kalau tak habislah orang terkejut hahahaha. balik tu baca semula betul ke apa yang dibaca ni, betul ke apa yang dapat ni. ya Allah, sumpah tak percaya langsung. sha selalu rasa yang sha buat review semua macam tak membantu pun huhu. 

(KLIK GAMBAR UNTUK KE POST DI FB ALTHEA)


sha sekarang dah la in love teruk dengan Althea sebab barang barang di semua best best, lepas tu murah murah pulak tu! tbh, sha tak tau pun pasal blogger of the month yang Althea adakan ni, sha cuma share link blogpost kat FB page sha je hehehe. so lepas ni kalau korang ada buat review pasal barangan dari Althea, jangan lupa tag dorang! mana tau rezeki korang pulak lepas ni ❤️

entry yang terpilih :-






12/23/2018

SAPIKAH AZAHAR TURN 22!

by , in

Assalamualaikum

SAPIKAH AZAHAR TURN 22! | Hi!!!! pada 5.25pagi 22 tahun yang lepas lahirlah seorang Puteri yang diberi nama Nurul Shafyqah Azry ngeh ngeh. yessss today is my day! susah betul nak jumpa tarikh lahir sendiri sebab hujung tahun kan hahaha


sebenarnya masih taksangka dah 22 tahun, sebab my whole family still treats me macam baru 15 hahaha! cuma tahun ni je lepas jugak pi jalan jalan penang, sebelum ni kalau nakp alor setar pun kena soal macam polis. takpaham macam mana budak budak sekarang boleh p travel dengan kawan kawan, pakwe semua hahaha. bulan 12 ni ramai betul kawan kawan satu batch yang dah kahwin, sebenarnya 22 ni dah tua sangat ka, atau dorang yang kahwin muda? hahaha sis konfius betul lah! tapi semua tu kan dah tertulis, jodoh ajal mana datang dulu pun entah la. tahun ni so far so good, banyak jugak la benda yang diimpikan dapat hehehe cuma masih takdapat nak kurus, so kita proceed la untuk next year. btw thnkyou to my ldr boyprennn yang awal awal dah pos hadiah hahaha


kononnya pos 18hb sampai 23hb la kan, sekali poslaju laju betul buat kerja hahaha 20hb dah dapat hadiah ni. dah la pos tak bgtau, nampak van poslaju behenti depan kedai terus lari haha sebaik dapat hadiah kalau tak penat je lari :p

  

nak nangis la! dia punya perfume tu sumpah sedap gila bau dia! sayang nak guna (padahal dah habis 1/4) walaupun bau manis tapi tak peningkan kepala. dah la balut hadiah cantik cantik, siap ada bulus bulus tu lagi. haritu iolls bagi hadiah kat dia kotak biasa je hahahaha thnkyou orang jauh! semoga jodoh kita semakin dekat 🙈🙈🙈🙈


wishing those who read this post, have a nice day, be happy & may Allah ease everything for you

12/22/2018

BOTOL AIR DARI SIGG SESUAI UNTUK TRAVEL

by , in

Assalamulaikum

BOTOL AIR DARI SIGG SESUAI UNTUK TRAVEL | Hi, siapa sini kalau gi mana mana mesti nak bawak botol air? kadang kadang tu bukannya taknak beli air kat luar tapi kadang kadang harga dia boleh tahan parah jugak 😂 pernah haritu beli air kosong kat satu tempat ni, botol kecik ok RM2.00++ KO RASA? 



tapi mesti banyak jugak fikir kan, kalau bawa botol untuk jalan jalan/travel tak leceh ke? yelah sebab kena pegang sepanjang jalan korang pergi. kalau macam sha ni, jumpa benda cantik ja mesti nak ambik gambar, dah satu hal kena susahkan orang lain untuk pegangkan botol. hehehe jangan risau, sha dah jumpa botol yang ringan tapi still cantik untuk dibawa keluar ✨

SIGG MENJADI PILIHAN 

haritu masa rancang nak ke Penang, sha pun duk mencari lah botol air mana nak bawak, sebabkan sha punya botol air kebanyakkannya berat even takda isi air pun & finally sha jumpa botol air dari SIGG ni 🙉✨



Mengenai Botol Air

✨Brand : SIGG
✨SIGG Feathers White
✨0.6L 
✨BPA& Phthalate Free Ingredients
✨Sesuai untuk kegunaan sukan, backpack, day trips, work trips & kegunaan harian


KENAPA PILIH BOTOL AIR DARI SIGG?


sebelum botol ni sampai, takut jugak andai kata botol ni berat sebab kalau tengok berdasarkan gambar mmg nampak berat tapi alhamdulillah ringan gila!!! kalau korang perasan kat penutup botol ni ada tempat untuk memudahkan kita memegang botol kan, haaaa mmg mudah la nak ambik gambar sambil pegang botol pun! senang je nak bawak kesana kesini. selain dari tu, corak pada botol juga main peranan, simple yet nice 😛 berselera sha nak minum air kosong tauu! 

KAT MANA NAK DAPATKAN?

kalau korang berminat dengan botol ni / korang nak tengok botol corak corak lain, korang boleh usha kat sini 👇🏼 

SIGG BOTTLE

jangan lupa masukkan kode ni untuk dapatkan rebate RM10 (SIGGRM10)


12/22/2018

PENANG DAY 2 #SZNSHORTVACAY

by , in

Assalamualaikum

PENANG DAY 2 #SZNSHORTVACAY | Hi helooo! lets do this! kahkah kena cepat cepat ceritakan pasal trip ni, kalau tak nanti lupa la apa la. sebenarnya takda yang menarik pun, cuma apa salah nya bercerita kat blog, nanti boleh baca semula kan~~



DAY 2 

pagi tu dalam pukul 8 9 baru masing masing berjaga sepenuhnya, yelah letihkan berjalan semalam hahaha. pastu bila terjaga duk fikir nak pi mana dulu. jadi kitaorang try call tempat nak stay japgi, boleh tah nak letak barang dulu or nak check in awal kan, sekali dia suruh cakap english kahkah kawan sha matikan, jadinya kami decide nak pi breakfast dulu pastu satgi pikiaq semua nak ke mana


kami srapan kat KFC ha ha ha ha semua macam woii apani pi penang tapi makan kfc jekkk, pakwe iolls siap cakap kfc tu takyah pi penang pun, baik makan je kat kedah ha ha ha ha masalah dia tu je yang dekat, kalau ada mekdi kami dah makan mekdi tau! nnak makan roti canai yang selalu disebut sebut takda area tu, dia nye area georgetown sana. ok back to the topic, sampai kfc dalam pkul 10 lebih nak pukul 11, makan benda kat atas ni ja pukul 12 baru settle ha ha ha pastu book grab, nakpi queensbay. apo lahai pi penang pi qb! kahkah

QUEENSBAY,PENANG

sebenarnya kami takda hala tuju kahkah, jadinya kami jalan jalan qb. masuk kedai itu, ini tapi ko pikir mampu? hahaha mampu tengok jelah :p jalan jalan jalan lapar pulak, decide nak makan pastu singgah Secret Recipe~ jap dah hari kedua, nasi kandaq mana nasi kandaq?

SECRET RECIPE, QUEENSBAY PENANG

3 piring ni pun dah habis RM50. taktau apa masuk dalam badan boleh pi makan benda macam ni. padahal kalau pi cari nasi kandaq mesti lagi puas hati + kenyang dan takkan sampai RM 50! tapi sekali sekala, ya sekali sekala..... masa makan ni dah pukul 1 gitu, lepas makan terus keluar nak balik hahaha nakp chekcin pulak. mula mula nak tunggu bas free tu, tapi lambat sangat - dengan sakit perut, panas semua. book la grab, grab tak sampai lagi, bas free dah sampai ha ha ha ha ha ha lepas balik ambik beg pastu checkin (BACA SINI). lepas check in kami keluar nak berjalan jalan~ nak ke Penang Street Art, pikirkan jauh, naiklah grab! rupa rupanya~~~~

DRAGON ICE BALL

ADA ICE CREAM KAT DALAM | BOLEH PILIH FLAVOR


sha perasan ada dua kedai yang jual macam ni. yang sha perasan la, tapi yang kitaorang beli ni yang ada tempat duduk hahaha takpaham cemana orang boleh makan ais sambil jalan jalan, helo.... ais kot.... berair..... lama jugek la nak habiskan benda ni sebab rasa macam tak mampu, tapi habiskan jugak! ingat senang nak dapat? sha suka gila dengan kedai ni, owner dia memang baik gila! pastu asyik senyum je. jadi selesa nak makan pun, walaupun kami makan lambat ha ha ha. lepas makan ni kami teruskan perjalanan jalan jalan kat jalan tu, eh banyaknya jalan

posing dulu hek hek

menyempat je

teringin nak naik tapi takut dia tak larat nak bawak ha ha ha ha

Mural Painting

menyempat ja nak ootd

tanda jalan

sibuk kemain masa kitaorang lalu tu

orang nak mirror selfie, dia kacau!, nazirah

another Mural Painting

one with zulaikha~ duk jauh jauh senang nak crop kalau gaduh kahkah

sambil sambil jalan jalan ni duk whtsapp kawan yang kerja kat Prai sana, dia cakap dia ada area sini tgh makan nasi kandaq hahaha jadinya dia suruh send location dia nak mai... ok sebenarnya kami satu sekolah tapi masa sekolah takpernah duk bertegur sapa, habis sekolah duk bertegur sapa kat IG pastu nak jumpa. awkward gila.... sumpah! masa mula mula dia sampai tu, macam biasa - hang la pi dulu, hang la pi sapa suruh whtsapp ha ha ha ha ha ha last last pi jugak, cekang pipi pipi nak cakap pun. sebenarnya depa ajak makan dragon ball yang berasap tu, tapi takboleh dah aih nak telan ais, sejuk mulut kahkah jadi decide nak try ais krim viral kat penang ni~

FRUITMADE, PENANG 

Fruit Soft Serve Berries Dream Blackcurrant & Strawberry

kat atas ni la dua orang tu hahaha yang baju putih ni kawan dia kepada kawan sha. mula mula ja malu, bila dah mula start enjin hahahaha rasa macam dah kenal lama :D siap suruh ketepi sikit orang nak ambik gambar kahkahkah takleh blah betul la perangai. oh ya, bila upload gambar ais krim ni, ramai yang tanya lama tak beratur ngeh ngeh. rezeki kitaorang kot, taksampai 5 minit dah siap hahaha boleh duduk pulak kan, memang rancak la bersembang. kalau lambat pun tak kisah sangat. tapi sayang dia satu je lah, sha takleh makan banyak dah, sebab dah start rasa muak....... ya saya menyesai :') duk sembang sembang duk, cakaplah kami nakp padang kota, nak pi dak? jom dinner  kat sana, kononnya~ terus jom, book grab ya ya nanti jumpa sana

sambil sambil tunggu grab~ menyempat sentiasa

tulah kan nak kata, kadang kadang apa kita rancang tak semestinya benda tu terjadi. dah dapat grab, hujan mula turun. terus whtsapp kawan laki tadi tanya kat mana, dia cakap dah patah balik sebab hujan. tetiba rasa bersalah yang tersangat, dah la kami naik kereta, depa naik motor, nak kena balik prai pulak huhuhu 

Hujan di negeri orang~

masa sampai padang kota tu, tak lebat dah hujan. tapi angin kuat. sempat jugak la berjalan dan bergambar tapi takcantik gambar tu haha gambar berlari semua :3 jalan jalan sampai medan makan tu, cari benda nak makan tapi taktau nak makan apa.... minum air kejap dulu, pastu decide nak ke medan makan yang ada banyak banyak kedai tu, memang la banyak kedai tapi banyak lagi kedai takbukak kakakakaka! habis makan apa ja

NASI AYAM FOR DINNERRR

tetiba teringat rumah... hahahaha tipu ja! kat rumah pun bukan makan sangat. makanlah kami nasi ayam ni dengan berseleranya dan diakhiri dengan "weh sedapnya nasi ayam ni" ya kami lapar sebenarnya, jadi memang sedap sangat hahaha masa tengah makan ni, hujan lebat sangat sangat. aduh, satu hal nak kena tunggu grab. lepas sejam tunggu grab, baru ada..... ya Allah masa ni bersyukur tak terkira dah, sampai tahap nak menangis hahaha

Hujan di Padang Kota

sampai ja bilik, terus mandi mandi dan rehat hahaha walaupun rasa lapar tapi bila fikirkan hujan diluar sana, takpalah telan jelah air kosong yang ada hahaha dan sebaik ada roti yang sha beli masa nak ke penang tu. disebabkan bilik tu selesa sangat, memang tidur nyenyak sangat malam tu, tak sempat nak fikir letih semua hahaha., esok tu dah hari last. sedih sebab tak puas berjalan lagi. ha hari ketiga tu nanti la sha cerita kahkah

PERBELANJAAN HARI KE 2

KFC - RM 11.10
Grab - 
SR - 20+-
Grab -
Guesthouse - RM 110 + Depo RM50
Grab - RM 4/3
Dragon Ice Ball - RM 4
Ais Krim - Rm 9.50/3
Grab - 
Air Sirap - RM 2
Nasi Ayam - RM 6
Grab -








My Instagram