LANGKAWI DAY 2 - TAKPANDAI POSING


Assalamualaikum

LANGKAWI DAY 2 - TAKPANDAI POSING | Hi korang! untuk pengetahuan korang, entry ni merupakan entry basi hahahaha dah berapa bulan dah oi pi langkawi, coklat pun habis dah baru nak update ayoyoyo tapi apapun marilah kita mulakan cerita.

berbalik kepada entry sha sebelum ni (LANGKAWI DAY 1) sha ada bagitau sha tidur lewatkan, dan pagi tu sha lah orang pertama bangun. kitaorang punya roomate tidur jenis tak tutup lampu, memang rasa tak ok jugak tapi apakan daya hahaha tidur jelah sebab tu asyik tidur tidur ayam je. sha terjaga 5.45pg macam tu, tapi okaylah bangun awal pun sebab sha memang terkenal dengan lembap nak bersiap :p dalam pukul 8 macam tu kitaorang dah mulakan perjalanan dah, mula mula sekali mestilah kena sarapan dulu, sarapan pagi tu disponsor haha rugi ambik sikit :p next, tempat first~

LANGKAWI CABLE CAR

mula mula tu masing masing berat nak naik sebab sorang rm60 kan, makcik makcik semua pi langkawi bukan nak naik benda alah ni hahaha baik dorang borong kain batik, minyak gamak pe semua kan. tapi pemandu tu takcakap banyak, terus gi beli pas masuk muahahahahaha pastu semua kena masuk lah :p


while waiting kitaorang punya pemandu pelancong beli kan tiket, jumpa bangunan cantik ni, apo lagi ambik gambar lah hahahaha. cantik gila dia punya combination warna! masa kitaorang sampai ni masih awal pagi, takdelah ramai sangat. tapi bila masuk dalam baru nampak ramai dia mcm mana hahaha. pesanan penaja ; kalau nak masuk tempat ni elok lah masuk awal supaya nanti sampai atas takpanas muehehehe

masa tengah beratur tunggu giliran nak naik cable car ~ wajiblah selfie

yay dah sampai atas

sha taktau kenapa tapi hari kejadian ni memang sha hilang mood, nak bergambar pun rasa takbest. rugi gila sebab time tu view cantik :)))( lepas turun dari cablecar, kitaorang masuk 3D Art Langkawi pun rasa takbest heh

sementara tunggu makcik makcik datang hahaha

gambar paling elok. walaupun tak elok

sha baru tau yang sha takreti nak in dengan benda macam ni, hahahaha sebab orang selalu cakap sha photogenic, tapi kalau tengok sha hari kejadian memang mcm orang takreti bergambar macam baru jumpa camera, sedih. lepas masuk 3D ni, sha masuk yang 6D tu, ala yang masuk pakai spec pastu duduk atas kerusi tu hahahaha, yang tu je yang best. best wey boleh jerit!!!! sha keluar dengan rasa puas, bayar rm60 puas yang tu je hahahaha pastu terus makcik makcik tu nak balik, kebetulan hujan pulakkan. tempat seterusnya, makam mahsuri - pun sha takmasuk, tunggu dalam van je huhu

perjalanan diteruskan dengan pi cari kedai makan dan kitaorang makan nasi yambing! (BACA SINI). lepas makan kitaorang gi shopping, beli kain batik kat kilang apatah pastu minyak gamat semua. sha ada jugak beli tshirt 2 helai, beg 1, purse 1. settle. lepas tu kitaorang balik tempat penginapan, yuhuuuuu lepas penat seharian kan. lepas maghrib karang pemandu tu akan datang ambik bawak gi pasar malam pekan kuah.


PASAR MALAM PEKAN KUAH

sampai je terus jalan jalan cari makan, dari tempat kitaorang sampai, sampailah ke hujung jalan. belinya takpun, macam takdak yang menarik tapi sha beli satu benda ni, naissss lah takjumpa lagi kat sini hahaha 

ais krim nyior hahaha

nikmat awak dapat makan ni, share dengan nzirah pulak haha kalau sha dengan en somi okay gak ;p harga taksalah rm4. lepas balik pasar malam kitaorang singgah dataran lang. tempat wajib kot kalau datang langkawi tapi sha mcm taktertarik sangat dengan semua ni hahaha

shot using redmi 4a :p

dalam pukul 11 malam tu, kitaorang pun balik pastu dah letih semua, balik nak rehat tiba tiba ada someone call.......... bertambah hilang mood nak bercuti, esok tu hari last dah sedihhH!

btw masa hari first kan, masa baru sampai langkawi mak sha call, tau dia cakap apa "kaklong hang jangan mandi laut, hang takreti beranang" i cryyyyyy hahahahaha oklah takmenarik tapi nak share jugak, bai :p






9 comments:

  1. hampir setiap tahun nak pergi langkawi , tapi rezeki belum ada lagi.. seronok je bila dah ada orang pergi sana

    ReplyDelete
  2. wahh bestnya pgi langkawi! saya alst masa tahun 2010.

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  3. bestnya. aira ni tak pernah sampai lagi Langkawi soooooo sadddddd hahaha

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak pergi Langkawi tu... Teringin naik cable car jer

    ReplyDelete
  5. teringin nak pegi langkawi ni :)

    ReplyDelete
  6. Aiskrim.. Owh aiskrim.. sedap.. Nanti nak gi Langkawi juga.. hahaha.. tapi tak nak naik cable car.. takut..

    ReplyDelete
  7. Lama tak ke langkawi. Rindu pula rasanya. Bila baca entri sha buat kak ana meronta2 nak ke sana lagi. Kena plan juga ni

    ReplyDelete
  8. Aida suka langkawi.
    Semua ada d langkawi.
    Makanan sedap. Pantai. Gunung. Sungai & hutan. Shopping. Coklat!!
    Loce to repeat gi langkawi :-)

    ReplyDelete
  9. So cute sha.. Bestnya langkawi 😍😘😻

    ReplyDelete