NASI ARAB YAMBING DI KAKI GUNUNG CAFE


Assalamualaikum

NASI ARAB YAMBING DI KAKI GUNUNG CAFE | Hi, siapa sini peminat kambing? sha salah sorang yang suka sangat makan kambing padahal bila lepas makan mesti rasa sejuk je badan. tapi sha memang macam ni, benda yang takboleh makan la makanan kesukaan sha. sebenarnya cerita ni sepatutnya masuk dalam entry hari kedua di langkawi yang entah bila nak disiapkan haha so sha cerita pasal satu kedai makan ni dulu la. sebelum pi langkawi tu kawan ada bagitau yang wajib pi makan sini tapi sha tak berharap sangat pun hahaha


ni geng makan sha, dia kalau makan dan tak menyakitkan hati sha memang takboleh haha tapi sha pun selalu jugak balas dendam hikhik. tengok tu dia cakap "WAJIB PI SINI". sha terus google tempat makan ni dengan tempat penginapan sha. takdaklah jauh mana tapi 15 minit jugakla nak sampai. dipendekkan cerita, sampai dah masa untuk lunch masa hari kedua tu. tapi dia takcakap nak pi situ hmmmmmmm lepas kitaorang sampai kedai yang pemandu tu nak bawak, tutup! yayyyyyyyyyY!!! sebab kedai tu tutuplah dia bawak kitaorang gi makan kat KAKI GUNUNG CAFE.


KAKI GUNUNG CAFE

Apa yang sha dengar dari pemandu kitaorang tu, tuan kedai tu orang belah belah kitaorang je taksilap orang Jitra kot (sha tak ingat hehe) dan dia cakap cafe ni macam tempat islamik sikit la. dan bila sampai memang tak disangkal lagi hehe pekerja dorang semua berkopiah pastu muka suci suci je :') ni kalau terfall in love memang jadi orang Langkawi lah sha jk jk. nasib kitaorang sebab pi lunch pukul 4 lebih so memang takbanyak orang.


tapi sebenarnya banyak jugak orang tapi ada meja kosong lah untuk kitaorang dua van hahaha banyak pulak tapi. bila dapat tempat duduk terus nak order. iolls lapar sangat! dah la time pagi makan sikit gila sebab takdak selera langsung pi langkawi. tu pun ada hati nak pi penang hujung tahun ni nakpi buat food adventure :p 



maaf gambar tak clear, ni kawan sha yang hantar haritu haha. sha nak ambik gambar haritu tapi yang ambik order tu macam asyik pandang je. sha dah la takboleh orang pandang sha lama lama karang rasa nak pakison hmmm. so sha order NASI ARAB YAMBING = Ayam + Kambing. 

NASI ARAB YAMBING RM 22.00

dia datang dengan lenggang lenggoknya hahaha. yes masa yang di nanti nantikan, yang ditunggu tunggukan! sha terus ambik gambaq pastu send kat kawan yang suruh sha pi tu hahahaha. terliur dia kat UUM tu padan muka :p sha dengan nzirah share okay sepinggan dua orang sebab pemandu kitaorang cakap sepinggan boleh makan dua orang. nampak macam sikit ke banyak? sebenarnya banyak. sha ambik kambing dan nazirah ambik ayam. sha sampai taknak rasa la ayam tu, nak kambing je hahahaha :p air pulak memang banyak pilihan, cococut shake la ice blend la apa la, tapi sha tetap dengan teh ais hihi. 

my honest review : memang sedap gais, sha taktau lah macam mana sha akan menyesal kalau haritu sha tak ditakdirkan dapat makan hahaha bukan senang nakpi langkawi walaupun dekat. memang kambing dia lembut habis, rasa pulak memang cukup sempurna! yang kuah kuah dalam mangkuk kecik (taktau nama)  tu pun sedap, sampai habis kitaorang makan hahaha dan air teh ais kat cafe ni RM 1.50 je ok!


NASI ARAB KAKI GUNUNG CAFE
Alamat : Jalan Kumpulan, Simpang Gunung Raya, 07000 Langkawi
No Tel : 04 - 9591179


9 comments:

  1. look delicious tambah lagi colour sambal lada tu memang mengiurkan..

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa nasi arab,
    kambing pulak tu 😍

    ReplyDelete
  3. Fuhh sedapnyaa nasi arab tu nampak. Terliur tengok. Heheh :)

    ReplyDelete
  4. Ala sedapnyaaaaaaaaaa... Dengar kambing, terus terliur tau. Hii

    ReplyDelete
  5. Saya peminat kambingg ..bekkk ahhah

    ReplyDelete
  6. this is a very nioe review. tak semua orang review complete macam ni. ada harga, bagitahu lokasi, share socmed and tunjuk gambar makanan. as well as the environment. buat rasa nak g situ pula. ok bookmarked!

    ReplyDelete
  7. Okay.. Akak jeles.. hahaha.. Feveret owh kambing nie.. rasa cam nak gi beli kambing je petang nie.. kikiki..

    ReplyDelete