SAMBAL NYET KHAIRULAMING!

Assalamualaikum

SAMBAL NYET KHAIRULAMING! | Hi! dulu masa mula mula keluar sambal nyet ni, tak pernah berkesempatan langsung nak membeli haha memang asal tekan je sold out. lepas tu dah lepas nikah pernah try beli sekali, tu jelah sekali lepas. bila dah try barulah tahu kenapa asyik sold out.

SAMBAL NYET KHAIRULAMING!

Ada ke yang tak kenal khairulaming eh? harap harap semua kenal lah haha sebab dia ni boleh tahan femes juga dengan short video dia. saya salah seorang peminat video masakan dia! senang, simple dan pendek! takde nak membebel beli pisau kat mana periuk kat mana XD

Taksalah sekarang dia bakal buka kilang kedua! wow kan? mula mula membeli sambal nyet ni sebab nak mencuba, apalah yang sedap sangat sampai asyik sold out je haha pastu bila dah try ye memang sedap! kitaorang ni duduk berdua, seminggu dah licin haha

kalau dulu susah betul nak dapat beli, baru nak checkout dah oos tapi sekarang dah makin senang nak membeli, kadang kadang ada je stock kat shopee tu. oh ya, khairulaming memang jual sambal nyet ni kat shopee je tau, dia takde ejen ke stokis ke apa tapi ramai juga jadi personal shopper. tapi kalau saya, saya suggest korang beli je sendiri kat shopee, nanti last saya share link yek.




Rasa sambal nyet ni, memang kena dengan tekak saya dan suami, pedas dia pedas yang boleh diterima dek akal dan tekak. cemana nak describe eh? dia pedas pedas yang sedap ditekak haha tambah pulak kicap cair, fuh! menyelerakan haha


Kalau bab packaging time pos memang terbaik! tebal gila dan saya yakin takkan pecah tapi taktahu la kot pernah orang dapat yang pecah haha tapi memang letih la nak membuka bubble wrap tu. terbaik team khairulaming! 

btw korang kena trysebab saya bagi 5 bintang! BELI KAT SINI

Post a Comment

4 Comments

  1. Tak pernah beli pun sbb nanti takut kecewa hahaha kalau tak dpt rasa.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah berkesempatan lagi nak beli... teringin juga.. tapi sekarang ni teringin betul acar ikan masin umi ciken tu... hehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba lagi sambal nyet khairulaming. nanti nak try beli dan rasa..hehe

    ReplyDelete
  4. Sedap kan. Nak beli, memang kena timing betul2 dengan time dia open order, insyaallah dapat beli.

    ReplyDelete