COUSINS DAY OUT!


Assalamualaikum.

Dah masuk bulan baru harini, pejam celik pejam celik tinggal lagi dua bulan nak tinggalkan tahun 2017, cepat masa berlalu. macam mana dengan azam 2017? nak kurus? kurus kelaut dah, kita masukkan azam nak kurus tu untuk 2018 nantilah :p 

so semalam sha keluar dengan cousin sha pergi jalan jalan kat Alor Setar. cerita dia macam ni, sebenarnya sha kerja semalam tapi bila sampai tempat kerja, sha whatsapp kakak kedai cakap sha nak half day sebab nak pergi ambik ubat kat adik sha (dia eksiden malam jumaat) lepas tu terus kakak kedai sha cakap takpelah tutup jelah harini, settlekan hal adik. lepas tu, cousin sha whatsapp tanya kerja ke tak, sha cakaplah tak pastu dia cakap jom teman dia pergi klinik gigi kat Alor Setar lepas zohor. dalam pukul 1:45pm macam tu kitaorang dah keluar dari rumah, bajet sampai sana 2 lebih lah kan, bila sampai klinik tu, kat board tulis rehat sampai 2:30pm, lepas tu naik tengok pelekat kat pintu rehat sampai pukul3 :') masa tu 2:15pm, takkan nak tunggu situ kan? kitaorang pun macam jom lah gi tengok wayang kat aman central. dalam kereta duk tengok showtime cinema tu lah, semua waktu macam tak kena je, ada yang start pukul2, 2:20, 2:30 haha semua taksempat -_- kereta punyalah banyak, biasalah hari sabtu kan. 


so kedai first yang kitaorang masuk kat Aman Central tu adalah kedai yang menjual peralatan sukan, macam kasut sukan, jersi, bola dan sebagainya. cousin sha dia memang sukalah kedai macam tu haha sebab dia suka kasut kot? kitaorang pun round roundlah kedai tu without buying another, maksudnya window shopping jelah sebab misi utama gi Alor Setar nak pergi klinik bukan nak menghabiskan duit hahaha tapi sha pun macam tersuka jugaklah tengok kasut kasut kat situ sebab memang cantik cantik dan harga yang berpatutan! nanti kalau nak gi beli kasut suka memang ke situ jelah sebab banyak pilihan kan. 


lepas tu kitaorang jalan jalan lah dari tingkat bawah sampai ketingkat berapa entah haha masuk popular sebab cousin sha nak cari buku, sha pun ada jugak niat nak membeli buku tapi buku yang ada pun baca takhabis habis lagi -_- time ni (gambar) cousin sha tengok besila kat bawah tu tengah pilih buku haha walaupun minat nak membaca buku tu dah kurang since dah kerja ni, tapi sha suka tengok buku banyak banyak yang tersusun cantik ni haha, alangkah bahagianya kalau rumah sha nanti ada satu bilik untuk letak semua buku ni kan :p kuat berangan betul! padahal masuk popular je. lepas dia dah pilih buku, kitaorang round round dalam tu, sha jumpa something yang cute gila!


tada! comel gila benda ni, nampak macam real haha ada la beberapa kat situ tapi sha suka tengok yang ni. macam ruang tamu idaman pulak kan. pastu kitaorang macam jomlah beli cantikni haha belek belek harga RM75!!! macam tak berbaloi je hahaha sebab kalau ada rumah sendiri lain lah, ni karang balik sepupu apa semua, habis takjadi ruang tamu lah benda ni. so kitaorang pun dah dah la window shopping, gi bayar pastu nak cari tempat makan. 

rancangnya nak makan kat boat noodles, tapi bila gi tengok orang penuh sampai dorang letak signboard "tempat penuh, sila tunggu sebentar, chill chill lah" but in english hahaa macam itulah ayatnya. so kitaorang macam jom lah round round lagi, kejap lagi datang semula kan, mana tau dah ada kosong haha masuklah kedai kedai tepi tepi tu, lepas 10 min macam tu, pergi tengok semula. masih penuh :') takdak rezekilah nak makan kat boat noodles. sedihnya rasa hati haha pastu kitaorang teruskan perjalanan kat area area situ je, ada mee warisan tu tapi sha macam taksuka sangat mee walaupun nampak orang makan sedap haha! pastu jumpa satu restoran ni ;-


The Cruises Steak House, nama pun dah gah gituh hehe. sebab apa kitaorang masuk sini sebab dia ada promotion set untuk couple of 2. kira okaylah tu sebab kitaorang memang pergi dua orang pun kan. dah tak tengok dah buku menu tu saja buat syarat ambik gambar je :p dah penat pusing satu mall kan, kepala duk fikir nak makan nak balik haha! lepas dah order, 3-5min macam tu semua makanan dah sampai yay! 


so ni lah set yang kitaorang order tu, fish n chip + chicken grilled + white rice + 2 drinks (lemon tea and peach tea). semua sedap!!! sha ambik peach tea while my cousin ambik lemon tea. peach tea sedap gila! first time sha minum sebenarnya tapi memang kena dengan tekak sha lah hihi. lepas tu antara fish n chip dan chicken grilled tu sha suka fish n chip tu. idk why maybe sebab ayam dah selalu kot makan? haha tapi kitaorang share tau, ayam sorang setengah, ikan pun share haha (sha je ke buat perangai macam ni?) sebab nak bagi kedua dua rasa kan, tapi cousin sha makan sikit je -_- sha ni dah lupa dah hari diet sha, hari tanpa air manis haha T,T sha bagi 4.7/5 bintang untuk makanan ni!


my front view time tengah makan haha, nampak tak yang orang ramai kat belakang tu. hari cuti kan, semua keluar dengan kawan kawan, family. spend time katakan. lepas je makan semua dalam pukul 4:30 macam tu, bergegas gi surau kat bawah sebab kejap lagi nak pergi klinik gigi tu semula haha penat gila kot, dengan lif lambat gila hahaha. sampai kat surau tu, sha suka betul tengok, bersih je. telekung pun banyak dan ruang solat pun besar, kiranya takdelah kena bersempit sempit masa nak solat. lepas solat, bergegas ke parking bayar ticket semua pastu road to klinik gigi! (misi asal)


alah kasilah chance nak selfie sikit haha! time ni memang bedak kemana dah sebab terkejar kejar kan, matahari pun memberi kerjasama yang baik haha. suka betul sha ambik gambar dengan pencahayaan matahari sebab konfirm cantik tapi jadi warna orenlah pulak camera sha ni sejak jatuh berkali kali ni huhu. sampai je kitaorang kat klinik, gi kaunter pastu akak tu cakap kalau nak check gigi berkenaan braces kena datang pagi, hari ahad sampai khamis haha! tu hari kerja kot. so cousin pun macam okaylah nanti datang semula hahaha kalau tahu kan boleh tengok wayang dah 


dah settle pasal klinik semua. masa untuk pulang! tapi sebelum balik tu, singgah basuh kereta, isi minyak semua hahaha so atas ni pemandangan perjalanan pulang sha semalam :p subhanaAllah cantik sangat kan ciptaan Allah? tenang je tengok sepanjang jalan pemandangan cantik semua. kitaorang sampai rumah sama sama dengan maghrib huhu anak dara dua orang ni memang takboleh keluar sesama, ni sebaik boleh solat, kalau tak boleh memang sampai kemalam la >< balik tu memang letih sampai taknak gerak dari katil. sampai lupa nak makan ehehehe letih tapi ada best memory okaylah kan? terima kasih pada yang baca cerita panjang lebar sha ni, hehe bye! ♥

45 comments:

  1. kiut rumah" kecil tu. Pernah gak nampak tapi setakat tengok je nak beli macam tak berbaloi rasa

    ReplyDelete
  2. saya pun selalu masuk kedai kasut tapi x beli pape pun. masuk tengok ada model baru keluar ke, plus saya memang minat kasut

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah samalah dengan cousin. tengok tengok je kalau berkenan nanti datang tengok semula๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Delete
  3. peach tea..kak fiezz like too ;)

    ReplyDelete
  4. Bestnya kepenatan berwindow shopping, hehee~
    puas hati jugak .....

    Nanti ada rezeki lebih, tinggal nak shopping sakan jer..ahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak shopping kena bawak mak abah ๐Ÿ˜‚ baru best haha

      Delete
  5. seronok dia berjalan.. tengok makanan, terus lapar hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa sha tulis entry ni pun sha lapar jugak haha๐Ÿ˜‚

      Delete
  6. Sesekali kazen bonding time memang best kan..tp akak dh x keluar dh ngan kazen..diorang semua dh kawen dan dah berkeluarga kan..so kalau jumpa pun time wedding atau time perayaan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cousin sha banyak jugak yang dah kahwin. ni antara yg masih bujang lah hehe

      Delete
  7. terapi weekend.. bagus ni..bonding time bersama tersayang

    ReplyDelete
  8. Cute sangat rumah kecik tu. Cantik view.

    ReplyDelete
  9. kalo ada set promo mcm tu best juga..bole mkn chicken & fish :)

    ReplyDelete
  10. Comelnya nasi dia tu sha. Alhamdulillah sedap semua ye. Berbaloi bila nak byr.

    Kak ana kalau masuk kedai buku wajib beli walaupun dkt rumah byk x habis baca lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nasi putih biasa je ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜ kalau beli takbaca karang kena bebel dengan mak๐Ÿ˜‚ bazir

      Delete
  11. Kalau saya, mungkin dah 'terbeli' dah rumah kecil tu. Suka miniature-miniature nie... comey!

    ReplyDelete
  12. Seronoknya dia. Walaupun jalan-jalan je. Tapi dapat cuci mata memang best. Makanan tu paling win! Hahaha. Terasa lapar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe best sangat kak ruby sebab selalu cuti taksama ๐Ÿ˜‚

      Delete
  13. Ai belum pernah sampai alor setar. Cepat je masa berlalu kan. Pejam celik nak masuk 2018.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe datanglah kedai ai, makanan sedap murah banyak๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜ haah mcm takpercaya je dah nak masuk 2018

      Delete
  14. Panjang betul ceritanya. Hehe. Samalah selalu window shopping je.belinya tidak. Kalau time betul2 nak cari barang tak berjumpa pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ada mood nak menaip macam ni lah. hehe betul tu. kalau nak cari takjumpa pulak

      Delete
  15. Sis tak boleh masuk kedai kasut...kalau masuk kena beli jugak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sha takminat sangat kasut mcm tu ๐Ÿ˜น

      Delete
  16. Perpustakaan dalam rumah. Heaven gila kalau ada tempat tu. Book is everything. Hahahaha. Btw, Untuk adik Sha. Get well soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah best kan kalau ada perpustakaan dalam rumah ๐Ÿ˜ hehe thnkyou☺

      Delete
  17. Panjangnya hahahah xpe, xkisah pun.. ok la ada cousin yang sekepala leh ajak keluar g memana....

    Jab jab... ok, kita macam xrapat je dengan cousin yang lain hahaha baru perasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bila hari rajin nak menaip. hehe membesar sesama memang rapat

      Delete
  18. haha I love shopping for shoes too

    ReplyDelete
  19. Seronok jugak kan kalu kluar dengan orang yang sekepala dengan kita.. Tahniah Sha kerana tersenarai dalam Top Commentor jurnal akak dan bakal menerima sikit saguhati dari akak..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/10/top-commentor-september-oktober-2017.html

    ReplyDelete
  20. Bestnya shopping dengan cousin. Masa I kecil, I always went out with them. More fun.

    ReplyDelete
  21. lamanya x pergi aman central tu..

    ReplyDelete
  22. alaaa rindu kedah, selalu ulang alik sungai petani dan alor setar masa belajar sana dulu huhu

    ReplyDelete
  23. wah day out yang mengasikan dengan cousin

    ReplyDelete
  24. wow. enjoy nampak nyer.
    aida x pernah ada cousins day out, fyqa.
    hmmmm :)

    ReplyDelete