FIRST TIME JEJAK KAKI KE STADIUM TENGOK BOLA NEGERI SEMBILAN VS PENANG!

Assalamualaikum

FIRST TIME JEJAK KAKI KE STADIUM TENGOK BOLA NEGERI SEMBILAN VS PENANG | Hi! Apa khabar orang kampung lama sudah tak berjumpa hehehee walaupun misi nak update hari hari tanpa gagal akhirnya gagal tapi alhamdulillah PV makin cun :,) ok nak cerita kisah minggu lepas, saya ke stadium buat kali pertama πŸ₯Ή tapi bukan stadium di negeri sendiri tapi di negeri suami, Stadium Paroi! 🐝

FIRST TIME JEJAK KAKI KE STADIUM TENGOK BOLA NEGERI SEMBILAN VS PENANG

Seminggu sebelum kejadian dah rancang dah nak pergi tapi hari kejadian saya dan suami banyak kerja pulak, letih gila petang tu sampai rasa taknak pergi tapi disebabkan cousin dan kakak ipar ajak jugak, kitaorang pun pergilah.

Katanya start pukul8.15malam tapi bila dah ditengah jalan, katanya start pukul9 😀 kalau tahu elok maghrib kt rumah je! Btw kitaorang keluar sebelum maghrib, pukul7 macam tu dan rancang nak maghrib kat klawang je, singgah mana mana masjid.

Tapi disebabkan katanya start pukul9 langsung lah kitaorang ke paroi dan solat kat masjid dekat stadium tu. Ada cousin tak jadi datang so dia bagi tiket dia kat saya dan suami πŸ™ˆ jadinya kitaorang masuk free jelah kekekeke

Bila dah cukup korum, teruslah scan dan masuk, kakak ipar ajak tengok kat atas, fuh mencabar nak naik tangga tu dengan letih, rasa nak loose kaki hahaha tapi seronok duduk atas sebab tak ramai.

Masa mula mula nampak padang fuh rasa lain macam ye πŸ˜‚ besarnya padang, tak penat ke nanti dorang nak lari ke sana ke sini 🀣 kita berjalan naik ke atas pun dah mengah, sampai terus nak air hahahaha 🀦🏾‍♀️

Masa dalam kereta, saya ingatkan saya buat tak kisah je kt game tapi tak ye πŸ˜‚ bila tak gol tu auto cakap "aaaaaaa"  yang geng lelaki sampai bermaki maki 🀦🏾‍♀️


Lalu game pun tamat, Negeri Sembilan menang 🫢🏻 Seronok balik nak cerita kat orang kampung haha klau tak beria je pergi tapi kalah 🀣 btw masa balik tu, adalah paw suami jersi Negeri Sembilan sehelai πŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺ

Post a Comment

2 Comments

  1. Uncle pun tak ingat, uncle pernah tengok bola kat stadium ke tak... hehehehe

    ReplyDelete
  2. last ammi ke stadium tak tengok bola...tapi tengok konsert

    ReplyDelete