IKAN PARI BAKAR ATAS PAN DAN AIR ASAM TANPA BELACAN

Assalamualaikum

IKAN PARI BAKAR ATAS PAN DAN AIR ASAM TANPA BELACAN | Hi. semalam nampak ikan pari kat pasar tani teruslah search kat tiktok ikan pari sedap masak apa kan, ikan pari bakar boleh asam pedas ikan pari pun boleh tapi tekak macam nak makan ikan bakar sebab lama takmakan pastu balik dari pasar tani teruslah bersihkan ikan dan bakar 😆

IKAN PARI BAKAR ATAS PAN DAN AIR ASAM TANPA BELACAN



Disebabkan malas nak buat bara api semua, jadi bakar atas pan jelah. Biasalah rumah baru lagi walaupun dah setahun, takde beli periuk ajaib hehe. Btw bahan bahan nak buat pun mudah je, dan memang ada kat rumah!

Ikan Pari Bakar Atas Pan

Bahan Ikan Pari Bakar

- ikan pari
- kunyit
- garam
- daun pisang
- minyak

Cara - cara

- Lumurkan garam dan kunyit pada ikan dan balut dengan daun pisang
- Panaskan pan dan letak ikan, letak minyak sikit
- Balik balikkan ikan sehingga masak

Air Asam Tanpa Belacan

Bahan Air Asam

- 1 biji bawang besar 
- 3 batang cili merah
- 7-10 cili api
- 1 biji tomato
- 1 sudu air limau nipis
- sedikit garam
- 1 sudu ais asam jawa

Cara - cara

- campurkan semua bahan, gaul dan siap 👍🏻🤣

Senangkan uolls? Haha kurang dari sejam dah settle masak! Nak berkemas pun tak banyak. Apa yang penting, sedap sampai bertambah nasi hahaha oklah bye!


Post a Comment

2 Comments

  1. W'salam.. Thank you for sharing the recipe.. Ada masa dan cukup bahan boleh cuba.. Lama tak makan ikan pari bakar..

    ReplyDelete