AYAM BAKAR PALING MUDAH DAN SEDAP!


Assalamualaikum

AYAM BAKAR PALING MUDAH DAN SEDAP! | Hi semua! macam mana sahur pagi tadi? menu sha harini ayam bakar je, tu pun bakar pakai oven hahaha. sebenarnya menu sahur kat rumah sha selalunya sejenis je, kecuali buat nasi goreng maka terjadilah dua jenis haha!


jadi semalam sebelum tidur, sediakan ayam yang bakal dibakar pagi ni. sha taktahu la mana datang resepi ni sebab pernah buat dulu dan memang sedap. bahan yang digunakan untuk perap pun hanya guna sos ja hahaha. jadi marilah kita tengok bahan bahannya, dan sha ni sejenis campak campak punya orang jadi takda sukatan ok? sowiii

Bahan :

ayam
sos cili
sos tiram
kicap 
gula/garam
lada hitam

Cara - cara :

1. gaul semua bahan dan perap 30 minit atau semalam
2. susun ayam atas tray dan tuangkan sedikit minyak
3. bakar selama 30 minit dengan suhu 180
4. dah siappppp!


kalau nak lagi garing rasanya boleh tambah masa sikit lagi tapi kena rajin tengok la kang rentung tak pasei masuk group masak apa tak jadi hari ini xD


close up sikit :p selamat mencuba!




9 Comments

  1. haa.. bijak menu ayam bakar ni... nampak memang senang sungguh. sos cili, sos tiram nagn kicap memang dah ada... kalau sebelum tidoq, lepaih tarawih tu gui gui, perap dlm peti aih... bangun ank sahur tu bakaq... cicah balik ngan sos cili jugak ...uuuiii... sedapnya! tang bakaq 30 min tu tahan tu... ada cara dak nak buat bagi 10 min ke..15 jer ke... hahahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha maybe kena tambah suhu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. petang kemarin untuk berbuka, my wife plan nak bakaq ikan jenahak... dia tengok oven berlemuih sangat sangat dia lap lap dulu... time on nak bagi panas sambil belek handphone tau-tau dekat setengah jam tak habis pusing lagi tombol. rupa-rupanya tombol timer dah tak bergerak hahaha... hmmm punah harapan nak bakaq ayam untuk sahur

      Delete
  3. Thanks for the recipe! Nampak sangat sedap dan menyelerakan lah hehe.
    Salam Ramadan Syaf :)

    ReplyDelete
  4. watch kissasian online and english subbed. Watch the best kiss asian from the comfort of your living room. kissasian is free and legal.

    ReplyDelete
  5. Ayam bakar kalau perap lama n ayam basah..jenis lembab² ni sedap kan..

    ReplyDelete