AKHIRNYA DAPAT JUGAK TAUHU BERGEDIL!


Assalamualaikum

AKHIRNYA DAPAT JUGAK TAUHU BERGEDIL! | Hi, selamat berhujung minggu! so 2 minggu lepas rasanya kalau tak silap, sha ada order tauhu bergedil dari sorang akak ni. actually dah lama sangat uolls nak makan tauhu bergedil ni, nak buat sendiri memang rajin sangat la kan.


cerita dia macam ni, jiran sekerja sha dia memang suka cari makanan makanan yang boleh cod ni sebabkan kedai kat area tempat kerja kitaorang ni dah seminggu lebih tutup huhu balik kampung mungkin. jadinya kami hilang arah nak makan mana! walaupun selalu cakap bosan la asyik makan benda sama je, tapi bila takdak rindu pulak kahkah. bila cari cari pastu kawan sha ni jumpa la, tauhu bergedil ni 6pcs RM 5 & cod RM4. jadinya kitaorang kumpul order so takda la rugi kan kalau cod.


sha ni sebenarnya pengemar tauhu a.k.a tokua sejak dulu kala lagi, masa kecil sha boleh ja makan nasi berlaukkan tauhu ni, tiap hujung minggu dulu dulu pi pasar dengan makcik memang wajib ambik 5-6 ketul tauhu untuk makan dengan nasi. sebab tu bila wujud benda ni sha nak try.

kat atas ni ja gambar yang tinggal haha tu pun sebab ada  upload kat ig :3 mula mula makan rasa excited gila! weyy dah dapat makan tauhu bergedil lah! pastu nak habiskan satu tauhu bergedil ni rasa sakit kat mulut~ sebab dia celup tepung so tepung tu tajam tajam tikam dalam mulut sha hahaha ok lawak kan penjelasan sha ni tapi betul, last last sha kopek ja tepung tepung tu, makan tauhu je. tapi memang celup tepung ke? sha ada jugak tengok resepi sebab konon nak buat, dia celup telur je.


REVIEW
tauhu yang sis ni buat memang sedap, tapi dalam tu memang letak kentang + daging jeke? bukan letak sekali isi tauhu yang dikorek tu? tauhu yang ini memang ada kentang + daging je uools, sha nak rasa tauhu shaaaa, i means isi tahu huwaaaa. pastu sambal dia memang padu gila! sha ni jenis takmakan pedas sebab kesian perut taktahan, tapi sha takboleh la dengan sambal diani, sedap teruk! makcik sha makan kan pastu dia cakap pedas la, nak makan tauhu tu ja pastu dia puin cakap takboleh hahaha kena cicah jugak dengan sambal hitam ni. 

sha berpuas hati jugak la sebenarnya, cuma pasal celup tepung dengan isi tauhu tu je masih tertanya tanya. ada sesiapa ada jawapan untuk ini? hihik


Oh ya! kalau baik hati follow la IG makan  makan sha 

16 comments:

  1. Nampak sedap je tauhu bergedil tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tu lah terliur pulak time tengok gambar tu

      Delete
  2. Wow sedapnya tauhu bergedil tu

    ReplyDelete
  3. Tengok resepi diorang celup dengan telur je sha. Mungkin dia nak cuba buat lain dari yang lain. Kalau sedap tu ok sangat la tu. Nanti boleh order lagi kan sha

    ReplyDelete
  4. AKAK PERNAH GOOGLE RESEPINYA...ISI TAHU TU DIKOREK BUANG....EHH..MACAM RUGI PULAK.

    ReplyDelete
  5. alamak..dah tekan publish baru perasan caps lock rupanya....dah macam bagi komen sambil mejerit pula... hehehe

    ReplyDelete
  6. Ya Allah~ menggoda org nak makan tauhu bergedil ni...

    ReplyDelete
  7. saya tak suka tauhu tapi kalau bergedil tu memang suka kalau isi lain..hihi

    ReplyDelete
  8. Tak pernah cuba lagi tauhu bergedil ni, mcm sedap jer.

    Anyway tq follow akk, balas follow sini.

    ReplyDelete
  9. Setahu akak tauhu tu kalau orang buat isi dalam dia campur sekali dengan isi tauhu yang dikorek tu.. Baru lagi sedap.. Lepas tu sebwlum goreng memang celup telur.. Tak pernah la pula jumpa celup tepung.. Musykil nie..

    ReplyDelete
  10. nampak mcm sedap... tp tak pernah makan. haha

    ReplyDelete
  11. Uishh terlioq cheq tengok! Lama dah tak pekena begedil tauhu 🤤

    ReplyDelete
  12. Ada gak try, cuma utk akak x baper kena dengan selera..

    ReplyDelete