UMUR DAH 24 TAPI MASIH TAK KAHWIN?


Assalamualaikum

UMUR DAH 24 TAPI MASIH TAK KAHWIN? | Hi! lain macam sikit tajuk kita pada hari ini ya :p so macam biasa, hari sabtu sha akan ke pasar pagi dan minggu ni pun macam biasalah dah mandi semua keluar la gi pasar pagi a.k.a nat, tapi yang luar biasanya tu adalah....


ok bila dah sampai nat tu, sha terus gi beli air sebab cousin cakap dia nak air. then dah settle beli air, gi lah balik kat moto. kebetulan sha parking sebelah tempat seorang makcik ni niaga. dia pun macam approach sha dengan tanya "dah kahwin ke?" sha ni memang jenis mesra dengan siapa pun jadi layankan jelah.

sha jawab "belum lagi" dia tanya lagi umur berapa, "24 hehe" terus makcik tu macam "24??? tak kahwin lagi? makcik masa umur 24 dulu dah ada anak dah besar dah" sha pun hehe kan jelah 😂 tapi takhabis lagi, makcik tu cakap lagi "kenapa tak kahwin? nak makcik buatkan ubat pengasih?"

lepas dengar tu terus WHATTTTTT?! to be honest memang la macam nak kahwin tapi bukan dengan cara ni. terus sha cakap takpelah, saya gerak dulu tapi dia bagi name card dia gitu la




lepas blah tu, cousin sha tanya sha "kaklong muka tok tu takut kan?" HAHAHAHA tah la takpandang pun muka dia sebab macam erk..

sebenarnya sha takpernah kisah pun orang nak tanya bila nak kahwin haha selalunya sha akan jawab "hujung tahun kot" taktahu la hujung tahun bila kan :p tapi selalunya yang tanya bab kahwin ni orang yang kenal, ini dah la tak kenal pastu duk beria ria suruh ikut flow hidup dia pulak hahaha

dia ada juga tanya nape tak kahwin, YELAH SEKARNAG NI NAK KAHWIN BUKAN MUDAH EN, semua benda pakai duit kot dan kami ni tak menabung dari kecil so yeah hahahaha

takmarah pun cuma terkejut masih ada orang jual ubat pengasih gini secara terbuka pula tu. ke memang berguna sebenarnya ubat pengasih ni? tapi kenapa muka dia macam scary? ahhh sudah, tidur dululah hahaha


byeee~!




30 Comments

  1. Jangan masuk mimpi sudah makcik tu ye...singgah malam minggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA! takut juga malam tu, alhamdulillah takmimpi :p

      Delete
  2. Allahu~ apakan rasa berkahwin dengan orang yang diberikan pengasih tu? hurm...

    ReplyDelete
  3. umo 24 tahun muda lg..
    enjoy dulu puas2.. akk dulu umo 27 tahun bru kawen..
    mujur ade jgk yg nk kat akk ni.. hahahahaha.. adoila..

    seram plak ngn macik tu.. siap nk buat ubt pengasih lg.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! itulah tu, kita nak enjoy dulu muda muda ni :p

      Delete
  4. bahayanya ubat pengasih ni ish, mintak dijauhkan lah dengan benda macam tu

    ReplyDelete
  5. Sempat pulak makcik tu promote produk dia.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha produk mekap ke apa takpa jugak sekali emmmm

      Delete
  6. Replies
    1. hahahaha! sha sampai skrg duk fikir pasai ni xD

      Delete
  7. seram la pulak ada orang jenis macamtu, lenkali jangan layan la dik oi...
    24tahun tak kawin lagi benda biasa lah sekarang nih, kita belajar lepas tu kerja nak mak abah kita merasa duit kita baru pikir pasal kawin... itu kalau akak la...

    makcik tu 24tahun anak dh besar sbb mesti umur belas2 dah kawin sebab tak belajar abis... sabar jelah, jual psl ubat pengasih pasal benda syirik secara terbuka gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang pun, dia cakap dia kahwin umur 15 XD

      Delete
  8. muda lagi. chill2

    jom join contest ni

    hadiah menarik :)

    https://blog.eticketing.com.my/2020/01/03/seo-contest/

    ReplyDelete
  9. Ha ha muda lagi tu. Enjoy dulu.

    ReplyDelete
  10. teknik marketing la tuh...hihihi..
    Akk kahwin dlu pun umur 24 thn sbb mmg target akk nak kahwin umur tu dan Allah permudahkan jodoh..Alhamdulillah...so,next time kalau org tanya..jawab je doakan jodoh saya sampai ya makcik..amin... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tapi nak bagi ubat pengasih tu taktaan tu xD

      Delete
  11. Eh takutnyaaa mak cik tu. Hahah! Lek lek dulu, baru 24 muda lagi, bukan 34 kan. Hahah! InshaAllah sampai masa nanti kahwin jugak. Gittew!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu hahahah ada jodoh ada la nanti kan haha

      Delete
  12. Allah. Terbaca entry sha ni malam plak. Nasib sha x share gambar mkcik tu. Mcm something bila dia ckp nk buat ubat pengasih. Like errrr... Masih ada yea org guna cara camni.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha sha malam tu siap takboleh tidur xD

      Delete
  13. takutnya makcik tu pandai buat ubat pengasih .. xpa soal jodoh insyaAllah jgn putus asa berdoa pada Allah. Syeeda pun umur 30 baru kahwin

    ReplyDelete
  14. Hi, salam perkenalan dari Fatin Liyana :)
    Followers ke-975

    Pasal jodoh, jangan perna berhenti berdoa. Kahwin jangan ikut trend, tu yang penting. Soal kahwin ni, dia akan datang tepat pada masanya.

    Eeeyyy scary jugak makcik tu. Kalau Fatin kat tempat Sha, memang rasa takut. Tak kenal apa pun, tiba-tiba approach kita macam tu kan. Tak sangka zaman serba moden macam sekarang ni masih wujud lagi amalan macam tu 😅


    Jemput la singgah blog if tak keberatan :)

    @ Fatin Liyana

    ReplyDelete
  15. pulak daaaa dia offer ubat pengasih pulak. tepuk dahi orang cemni..
    krik2 nak respond hahaha.. rilex2 jeee adik manish baru 24.. itew tahun ni 3 series..
    bukan kata x kawen gi.. bayang calon x nampak gi hehe..

    Allah akan beri pada tempoh waktu dan ketika yang sepatutnya =)

    ReplyDelete
  16. Muka scary nie bahaya.. Mujurlah sha tak layan..
    Akak yang baca pun seram.. huhuhu..

    ReplyDelete