Assalamualaikum

BAJET NEGERI KEDAH BAGI TAHUN 2019  

Tarikh : 11 November 2018
Masa : 9 pagi
Tempat : Dewan Undangan Negeri Wisma Darulaman pada 


BAJET KEDAH 2019

#BAJETKEDAH2019

1. Prinsip Bajet Negeri Kedah 2019

- Bajet Kedah 2019, berasaskan belanjawan kepada rakyat, dari persektif ekonomi dan kebajikan rakyat. Seperti mana teras negeri, "Harapan Bersama Memakmurkan Kedah"

- Bajet realistik, pengurusan kewangan yang efisyen serta berhemah, mengoptimumkan perbelanjaan menghasilkan ekonomi yang lebih kukuh.

2. Bajet 2019 berasaskan kepada lima petunjang asas iaitu :

Pertama, pengagihan sumber kekayaan dan kemakmuran secara adil dan saksama kepada rakyat;

Kedua, prinsip maqasid syariah menerusi keadilan sosial, kesejahteraan rakyat dan pembangunan yang seimbang;

Ketiga, meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang mapan melalui keterbukaan peluang pelaburan;

Keempat, perbelanjaan bersih berdasarkan kepada ‘value for money’ (dengan izin) untuk butiran yang dibelanjakan; dan

Kelima, pembangunan bakat melalui pemantapan sistem pendidikan, latihan dan kemahiran











#KedahAmanMakmur
#KedahSerataRata
#BajetKedah2019