Assalamualaikum

SEDAPNYA SUSU FERNLEAF UHT 100% Mmmmm... | Hi korang! siapa sini peminat susu UHT? sha memang dari sekolah lagi, paling paling kan 5 hari sekolah - 4 hari mesti minum susu hehehe sebabnya suka dengan rasa susu dan buat sha lebih segar masa belajar. dan sekarang kebetulan sha berpeluang nak cuba Susu Fernleaf UHT dan sha memang in love dengan susu ni, sedap sangat! 😎😎

eh lembu siapa terlepas ni ><

MENGENAI FERNLEAF 

Lembu tenusu adalah jiwa dalam industri tenusu Fernleaf dan para peladang Fernleaf menjaga mereka (lembu) dengan penuh dedikasi. Di New Zealand, Fernleaf mengusahakan ladang mereka secara semula jadi, iaitu memberikan kebebasan kepada lembu untuk meragut di padang rumput yang subur.

Makanya, susu yang dihasilkan oleh lembu lembu di ladang Fernleaf ni mempunyai sumber maknana semula jadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. selain itu, susu yang dihasilkan oleh lembu lembu fernleaf ni juga mempunyai banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.

LEMBU TENUSU DAN RUMPUT


kita semua sedia maklum yang New Zealand mempunyai tanah yang subur, kadar hujan yang baik dan juga cahaya matahari yang banyak dan ini menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan tenusu. New Zealand merupakan salah satu negara yang dimana lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas tanpa terkurung dalam kandang. kalau korang nak tau juga, rumput di ladang Fernleaf ni merupakan rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik antara rumput rumput lain supaya lembu lembu tenusu ini dapat menghasilkan susu yang berkhasiat dan berkualiti tinggi. 

Lembu lembu di ladang Fernleaf ni menghabiskan 90% masa mereka hanya untuk meragut rumput pada hari yang cerah, disamping dapat menikmati rumput yang segar - lembu lembu ini juga mendapat vitamin D daripada cahaya matahari. jadinya, lembu tenusu Fernleaf menghasilkan susu dengan tahap vitamin D lebih tingi berbanding lembu yang hanya terkurung di dalam kandang.


Susu Fernleaf UHT mempunyai tiga jenis/perasa iaitu ;

🐮 Full Cream
🐮 Low Fat
🐮 Coklat

sha sebenarnya suka susu yang berperisa coklat je, selalu yang full cream memang kureng sikit tapi kalau yang low fat sha suka pulak hahaha pelik pelik je kan. tapi bila try Fernleaf yang Full Cream ni terus rasa nak telan sekotak tu hehe sebaik ada orang larang :p jadinya sha minum setiap pagi sebelum pergi kerja dan sebelum tidur. susu Fernleaf ni 100% Mmmmm! sedap sangat uolls sampaikan kitaorang berebut yang susu coklat tu :p

LEMBU TENUSU MENGHASILKAN SUSU SECARA SEMULAJADI

dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang baik, udara dan air yang bersih - lembu tenusu di ladang Fernleaf akan menghasilkan susu secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang bentuk penggalak susu. dengan lebih daripada 140 tahun  pengalaman Fernleaf dalam perladangan tenusu, peladang Fernleaf akan memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula dari peringkat pertama sehinggalah produk sedia tersedia untuk diedarkan kepada pengguna.


last but not least, kalau korang nak tau susu Fernleaf dihasilkan dengan 100% susu daripada New Zealand tau! sebab tu dari awal entry sha duk cerita pasal New Zealand je hehehehe bukan sebab sha duk New Zealand tau :P


p/s ; korang suka susu brand apo? hehehe