POKOK KAKTUS ALL THE WAY FROM NEGERI SEMBILAN


Assalamualaikum

POKOK KAKTUS ALL THE WAY FROM NEGERI SEMBILAN | Hi! sedar tak sedar harini dah khamis dan esok jumaat yayyy! cuti! so berbalik kepada tajuk entry ni, pokok kaktus? ok sebenarnya sha taksuka pun pokok bunga ke apa ke hahaha maybe sifat mak mak yang tu tak sampai lagi kat sha, kalau sifat mak mak yang takleh tengok tupperware/pinggan/cawan cantik tu mmg dah lama lekat kat diri ni, yang bab pokok je belum :3

ceritanya bermula begini - beberapa hari selepas raya haji yang lepas, kesayangan sha ke cameron highland dengan siblings dia. jadinya sha suruh la dia beli kaktus tapi sha memain je hahahaha! tak sangka pulak dia beli betul betul, ingatkan beli bantal ke apa ke hahaha; pastu okaylah dia beli kan, jadinya ambik sebulan jugak la dia nak pos hahaha bila pos 23 Sept sampai kat sha. jauh betul pokok kaktus tu berjalan, dari cameron ke nogori ke kedah hahah

POKOK KAKTUS DARI NEGERI SEMBILAN!

sha macam terkejut jugak la sebab takde pun beli apa apa tapi abang poslaju ni behenti kat tempat kerja sha, dengan bawak parcel yang besar tu, rasa macam aww ada orang buat suprise ke HAHAHAHAHA sebab dia pun tak cakap ada pos barang ke apa

keadaan masa mula sampai

ya Allah busuk tau tak masa baru bukak hahaha bau tanah lembab! sha terus whtsapp dia, letak apani busuk sangat hahahaha tau tak dia siram pokok kaktus ni sebelum pos HAHAHAHAHAHAHAHA katanya takut nanti kering masa pos. kalau pejabat pos tau la yang ni pokok tah lepas ke tak nak pos hahahaha ya Allah terharu gila time tu tau :p


habis semua tanah tanah terkeluar, adoi lawak la diani. bagi lima pulak tu hahahah orang mintak satu je >< bukan bagi kaktus je, siap dengan fridge magnet lagi hahaha comel lah kesayangan kita ni ><

terus selfie dengan pokok kaktus hahaha

sekarang pokok kaktus ni masih hidup okay tapi sha taktau sebenarnya nak jaga cemana. sha duk spray tanah 5 hari sekali sebab ada baca yang seminggu sekali je spray tapi kedah panas gila :( karang kerang kontang dia, ke mmg ok je kalau kering kontang pun? hahaha ada sesiapa yang ada share pakai penjagaan pokok kaktus? komenlah link, nanti sha baca hihi

thankyou love! takpernah rasa happy macam tu tau walaupun dapat pokok kaktus je, kalau dapat cincin ni rasanya tembus bumbung sebab orang lompat kegembiraan hehehehehehe okbai!



18 comments:

  1. pernah beli jugak poko kaktus nie , beli dua kot kalau tak salah siap dengan baja dia lagi..konon2 nak jaga lah..xder ye nak jaga last2 nenek yang jaga hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha pun rasa macam nak letak kat rumah makcik je hahaha

      Delete
  2. Comelnya kaktus. Dulu teringin juga nak ada kaktus tapi parents tak bagi T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha samalah! dari dulu nak tapi parenst tak kasi

      Delete
  3. Kaktus paling senang nak jaga.. Cukuplah 4,5 hari sekali siram.. Sebab dia simpan air dalam batang dia..

    ReplyDelete
  4. dulu beli jgk kaktus sampai 30 bekas..last2 yg tinggal dlm 5 jer skrg..byk dah mati..ade baca kene tukar bekas dia..bg tanah baru.. hehehe nnt nak start balik kumpul kaktus tu,,

    ReplyDelete
  5. comelnya. saya pernah bela jiga kaktus ni. Tapi hanya bertahan sebulan sahaja. lepas tu kekeringan. Kaktus beli dari Cameron Highland.

    ReplyDelete
  6. laaa kaktus boleh pos kaa.. :D.. akak pun x pasti jaga macam mana tapi pernah baca kaktus ni dalam seminggu sekali bolehlah siram air,, siram bebanyak pun x boleh nanti akar dia cepat reput. dia jenis mcm pokok succulent yang lain jugak ni.. rasanya kalau tahu jaga dgn betul tahan lama kaktus ni

    ReplyDelete
  7. Hahah comel je dpt parcel ada pokok kaktus. Pokok kaktus kak ana bertahan 2 3 bulan je. Tu pun made in Cameron. Hehe

    ReplyDelete
  8. pokok kaktus ni x perlu disiram air selalu sbb ia tahan panas spt di gurun.

    ReplyDelete
  9. Mak aihh..gigih betul pos. Siap siram dulu lagi tu. Terbaiklah kawan awak ni.

    ReplyDelete
  10. Penah gak beli dulu kalau pi cameron tpi sampai kat umah, tak reti nak jaga.. Masa tu duk siram hari2.. Tak reti nak google, penyudahnya, kaktus out of service.. Haha

    ReplyDelete
  11. Dulu pernah juga tanam tapii sekarang tak dah hehe..xtau juga nak jaga cammana tu

    ReplyDelete
  12. ehh sama la kita...Umi pun ada pokok kaktus yg anak belikan dan baru2 ni pergi event, dapat lagi pokok kaktus...

    ReplyDelete
  13. Jgn siram selalu. Mesti kat tempat dpt sunlight. Baru dia segar umpama di pdg pasir hi hi...
    If can ganti kan ke pasu besar. Nanti dia kembang cantik.

    ReplyDelete