shfyqhazhr
  • Home
  • Feautured
  • Review
  • Features
    • Kehidupan
    • Hiburan
      • Lirik Lagu
      • Drama
      • Kdrama
      • Film
      • Category 5
    • Makanan Sedap
    • Perkongsian
  • Contact Us

Assalamualaikum

PENGALAMAN NAIK BAS SORANG SORANG | Hi! harini bersiaran dari Jelebu, Negeri Sembilan 😂 macam percaya tak percaya ja boleh sampai sini sendiri, sorang diri dari kedah! 

Hahaha saya ni memang dah 24 tapi pada mata family, saya ni macam budak 10 tahun 😂 kemana mesti berteman, takboleh keluar sorang tapi kalini memang nak try!

So lepas dah mintak keizinan, saya pun book la tiket. Pening jugak nak memilih bas mana paling okay, bas mana yang selesa. Dan alhamdulillah pilihan saya tepat sekali 😍 walaupun harga mahal sikit rasanya dari lagi dua bas tapi takpa sebab selasa sangat, asyik tidur je sepanjang jalan.

Ada 3 pilihan bas dengan berlainan masa which is Intercity Coach, Quickliner dan Cosmic. Dari orang orang yang selalu naik bas dari kedah ke nismilan, banyak cadangkan cosmic. Tapi bila bukak vote kat twitter dorang banyak vote intercity. Jadi sayapun pilihlah bas intercity ✨

Antara sebab sebab saya pilih intercity ; ada charger 🙄 tapi macam takleh guna je. Di cucuknya semalam, takde pape pun hahaha tapi disebabkan selesa, saya asyik tidur je hahaha so batteri pun takla habis kan. 

Bas intercity ni dua tingkat tau, tapi penumpang semua kat atas. Bawah tu tempat letak barang, dannn korang boleh pos motorsikal tau pakai bas intercity! Cuma dia tak behenti semua tempat la. Nanti korang boleh check tempat tempat yang dibehenti kat fb dorang. 

Menepatu masa tak? Tak. Hahahahaha kat tiket pukul10, 10.15 gitu baru sampai. Dalam redbus cakap pukul 4.30 dah boleh sampai, sampai pukul6 lebih 🙃 tapi macam saya cakap, disebabkan selesa atas bas macam tak kisah sangat walaupun lama hahaha 😂

Tempat duduk? Tempat duduk dia memang luas, boleh bawak turun seat ke belakang pastu bahagian kaki pun ada tempat letak. Kiranya boleh tidur dengan selesa la 😂 ke memang semua bas macam ni? Sebab first time kan naik bas jalan jauh, selalu dekat dekat je.

So secara kesimpulannya, saya berpuas hati dengan bas ni 😚 insyaAllah kalau nak datang lagi, bas ni akan menjadi pilihan 🤣🤣🤣 


ps ; lambat publish sebab busy :p

Assalamualaikum

MURAHNYA BARANG KAT MR DIY! | Helooo, cerita pasal Mr Diy lagi 😂 macam biasa, tahan diri takmau pi tapi eh tiba tiba sampai pulak 🧐 sebenarnya ada nak ke somewhere ahad nanti so macam nak gi mr diy nak beli barang sikit la nak bawak ke situ. Nak tengok beli apa?

Sebenarnya kat kedai biasa pun ada je benda yang saya nak beli ni. Tapi dah alang alang ada mr diy dekat rumah apa salahnya pi jelah kan 🤣 ok dalam list nak beli tisu basah, makeup remover & face mask. Memang beli semua tu tapi ada jugak la penambahan sikit 😛 sebaik tengok kat rak takdak casing baru sampai, kalau tak mesti beli casing baru lagi muhehehe

1. Creamy Makeup Remover Face Wipes

Mula mula haritu takut jugak nak beli sebab murah 😅 kang rosak muka jenoh pulak kan? Tapi alhamdulillah dah 2 minggu lebih guna, muka macam biasa je. Takda naik jerawat ke apa, alhamdulillah 🥰 haritu beli yang pek besar, 30 keping kot RM2.70 yang ni beli yang travel pack githew 12 keping RM2.00 sebab nak pergi sehari je, malas nak bawak yang banyak.

2. Hygiene Hand Wipes

Yang ni memang wajib ada dalam beg saya kalau ke mana mana even sebelum wujudnya covid19 ha, sebab terbiasa jadi sampai sekarang memang kalau ke mana mana wajib ada tisu basah, tisu biasa & sanitizer. Tak try lagi yang tapi nampak macam ok jer & harga pun RM2.00 jugak

3. Mask KN95

Ok.... mask ni hahaha tah la kenapa beli, harga RM 2.70. Beli sebab saya bayangkan macam lain, bila balik pakai eh macam lain pergi dia 😂 ingat nak pakai time naik bas sebab macam selamat sikit kot yang ni sebab bahagia hidung tu terbentuk hidung dia. U know what i means? Hahaha or better beli face sheild eh kalau naik bas? Korang rasa macam mana?

4. Mask kanak kanak

Ni saya kena paw yek, tapi takpalah mask ni comel betul corak dia, harga RM1.70 untuk 10 keping. Cousin yang beli yang ni, hahah tapi walaupun mask kanak - kanak tapi besar jugak la, kalau dewasa yang muka kecik tu boleh la pakai yang ni. Muka kita yang macam talam ni, mimpi sahaja 😜

5. Earphone

Yang ni pulak, macam biasa la naik bas mesti nak dengar lagu kan? Mulalah nak beli earphone baru. Tapi saya memang suka earphone brand ni, murah tapi insyaAllah tahan lama 👍🏾 Harga? RM6+, wayar earphone ni susah putus hahaha oklah untuk orang yang lasak hehe

Lama jugak la tadi melilau atas mr diy, dan belinya 5 barang tu je 😂 tapi kalau saya masyuk ni, semua saya borang 👀 best gila tau shopping kat mrdiy ni! 

 

Assalamulaikum

HELLO BONG BANTU KURANGKAN PMS!  | Hi korang! pernah tak bila korang dah dekat tarikh datang bulan pastu korang rasa tak selesa sangat dengan badan korang? tu dipanggil PMS! PMS tu apa?


Sindrom prahaid (premenstrual syndrome) merupakan sat keadaan dimana gadis atau wanita mengalami gangguan dan fizikal pada waktu sekitar kedatangan haid dan gejala itu akan hilang sepenuhnya selepas kedatangan haid.

dulunya masa mula mula datang bulan, takda pun semua rasa ni tapi mungkin dah dewasa, makan tak terjaga, tidur tak terjaga, bersenam? jauh sekali. dan ada juga cakap PMS ni disebabkan hormon yang tak stabil 🤔

pernah korang dengar bila korang tetiba asyik marah marah atau moody pastu orang tegur, "period ke tu" 😂 pastu mesti terfikir eh yelah, bulan ni tak period lagi, pastu check kalendar period, oh lagi 2 hari sepatutnya period! patut la mood swing 😆

kalau mood swing tu macam ok lagi, tapi bila berkait dengan fizikal, serious takboleh handle 😂 pernah sekali, saya sakit belakang yang teramat sangat! rupanya nak period 😫 selain sakit belakang, kadang rasa penat je badan walaupun takda buat apa apa!

tapi tu tak termasuk lagi nak kena hadap period pain, menstrual cramp, period cramp dan sengugut! 🥴 tolongla hargai perempuan ok? 🤭

✨ JoyMix Hello Bong✨

kalau sebelum ni bila PMS mesti telan panadol atau ubat tahan sakit 😫 padahal dah tahu yang takbagus untuk badan kalau asyik telan tu je, tapi nak buat macam mana kalau taktahan kan?!

tapi sekarang, saya dah jumpa produk yang lagi baik untuk masalah PMS saya which is JoyMix Hello Bong! ✨✨ 

Hello Bong merupakan formulasi unik yang dihasilkan daripada Halla-Bong oranges dan Curcumin daripada ekstrak kunyit. tahu tak Halla-Bong ni dari mana? Halla-Bong ni adalah spesis oren tanpa biji ditanam di Pulau Jeju Korea🍊

at first, tak percaya juga takkan la mudah mudah je dapat kurangkan masalah PMS ni, tapi lepas try memang betul betul dapat kurangkan rasa moody & sakit belakang tu!

macam takpercaya betul sebab selama ni dah try macam macam dah tapi tetap sama je resultnya. paling best pasal Hello Bong ni, ia didatangkan dalam sachet kecil tau so korang boleh je letak dalam handbag dan consume bila perlu!

Macam Mana Nak Consume Hello Bong?


1. Koyakkan sachet

2. Tuangkan ke dalam mulut dan biarkan ia cair dimulut

3. Telan dan jangan lupa minum air! 

Kat Mana Nak Dapatkan & Berapa Harganya?


korang boleh dapatkan Hello Bong di website 👉🏽 Joymix Hello Bong

Normal Price : RM85

Promo Price : RM77


Jangan lupa dapatkan sekarang sementara harga promo masih ada 😍 


Assalamualaikum

TEMPERED GLASS MRDIY? BERKUALITI KA?!|  Hi, bulan lepas ada mrdiy yang baru bukak kat kawasan rumah saya. ini baru mrdiy, dah rasa nakpi hari hari! bayangkan kalau ecoshop 🤣

rasanya semenjak buka, 3 4 hari sekali mesti pergi 😂 kadang bukan nak beli apa tapi seronok nak tengok je hahahaha. stok pulak asyik sampai je, kalau takpergi 3 hari tu mesti banyak benda baru 😂😂

banyak kali jugak la usha tempered glass situ, sebab murah 1 pastu nampak macam ok je kualiti dia. saya ni selalu beli tempered glass kat shopee je 🤪

selalunya kalau beli kat shopee harga RM5 gitu tak termasuk postage, kalau kat mr diy pulak rm6++ gitu. jadi dah ada mr diy ni beli situlaah senang!

kenapa takbeli kat kedai phone? mahal hahaha kadang rm15-rm30 🥴 boleh beli 6 dah kalau kat mrdiy! hehehek tapi ok tak tempered glass mrdiy?





kalau tengok dari packaging, nampak mahal kan? nak pasang pun mudah je! sekali letak dah terus lekat elok 😍 meh tengok gambar sebelum dan selepas ;-


sebelum

selepas

dulu saya beli tempered glass kat shopee, jenis matte tapi tu la tu senang nau retak kat tepi tepi tu😅 dan yang beli kat mrdiy ni, jenis biasa je tak matte so kadang nampak cop jari kat skrin 😂 tapi yang bestnya nampak terang nau skrin lepas tukar tempered glass ni hehehehek 

🌸 My Review 🌸


kalau bab harga, rasanya memang berbaloi sangat sebab bawah rm10. ada juga pilihan warna which is putih/hitam. senang nak dapat dan takpayah tunggu abang courier 😂🤪 tempered glass ni tebal juga, taknampak murah pun. recommended geng! ✨✨




Lirik Lagu Kukira Kau Rumah

Kau datang tatkala sinar senjaku telah redup
Dan pamit ketika purnamaku penuh seutuhnya

Kau yang singgah tapi tak sungguh
Kau yang singgah tapi tak sungguh

Kukira kau rumah
Nyatanya kau cuma aku sewa

Dari tubuh seorang perempuan yang memintamu untuk pulang

Kau bukan rumah
Kau bukan rumah
Kau bukan rumah
Kau bukan rumah

Kukira kau rumah
Nyatanya kau cuma aku sewa

Dari tubuh seorang perempuan yang memintamu untuk pulang

Kau bukan rumah
Kau bukan rumah
Kau bukan rumah
Kau bukan rumah
Kau bukan rumah
Kau bukan rumah
Kau bukan rumah

 Assalamualaikum

ORDER FOODPANDA TAPI SAMPAI TAK CUKUP? MACAM MANA NAK BUAT?! | Hi! eh banyak pulak cerita pasal foodpanda minggu ni. mana taknya sebab asyik order ja haha padahal dah lama stop. ini first time jadi kat saya, jadi mula macam gelabah sikit sebab yelah order tapi takdapat semua astu cemana?!


ceritanya bermula bila pada satu malam haha pendekkan jelah. cousin saya nak order kfc melalui foodpanda sebab mak dia takbelikan dia kfc xD lepastu sajalah tumpang order sebab yelah dia nak order burger colonel tu sebijik! sebijik je ko, penat abang panda ja nak mai hantaq haha! ini yang diorder :


jadi saya pun join la order rice set yang seketul ayam. ofkoz lah excited nak makan haha pastu bila sampai eh mana nasi gue???! ayam ada, semua ada tapi bukan nasi ahahaha pastu mula tu macam upload kat twitter then terpikir nak chat dengan foodpanda then terus delete tweet tu ngeh ngeh. bacalah chat kat bawah ni ~



takda pula gambar order yang saya dapat sebab kat phone cousin haha tapi begitulah perjalanan dia. taksangka mudah je nak berurusan dengan foodpanda, chat je dan dapat balik refund walaupun dalam bentuk voucher.

sebagai kesimpulannya, kalau apa apa terjadi jangan post kat media sosial dulu, try cari jalan dulu untuk contact dengan pihak tu. kan senang kalau settle macam ni, ini semua benda nak viralkan takboleh jugak kan 😜😜😜


Assalamualaikum

BREAKFAST DI MCDONALD | Hi goodmorning! fuh sebaik sempat update sebelum pukul 12 😂 so harini kita breakfast kat mekdi!

ceritanya harini pakcik kena pi hospital kangar sebab ada checkup. jadi saya dengan sepupu hantarkan makcik & pakcik kat hospital pastu kitaorang pun datangla mekdi 😂

padahal kalau sarapan kat kedai nasi kandaq ni baru lost rm5 tapi takpala demi mendapatkan internet dan tempat yang sejuk! kah kah

so harini inilah sarapan saya ;-



sebenarnya nak hash brown ni je hahaha tapi pi order yang big breakfast tu 🤔💆🏽‍♀ lama betul takmakan hash brown ni hahaha, dah dapat ni fuh rasanya nikmat 😂😂

sekarang masih mereput dalam mekdi sebab tak settle lagi kat hospital, harap harap cepat 🥴 btw tadi dalam google cakap mekdi ni bukak pukul10 tapi bila datang dah bukak 😂😂 apo??!

korang breakfast apa harini?!


Assalamualaikum

MAKAN LAKSA DI LADANG NIPAH KIPLI, PERLIS | Hi, tadi tanpa dirancang haha ok tipu je dah rancang semalam sebelum tidur, esok nak gi makan sebab entahlah 😂 pastu tadi lepas zohor, keluarlah gi makan kat ladang nipah kipli!

sebenarnya terlupa harini ahad 😂 bila sampai sana boleh tahan ramai jugak la. selama ni bila datang macam krik krik je haha. rasanya ni bukan kali pertama cerita pasal ladang nipah ni 😂

tapi tadi bila sampai sana eh ada tarikan baru! hahaha tempat ambik gambar la apa lagi. haritu datang ada ketam, pastu datang lagi ada macam batu besar tulis ladang nipah kipli, kalini datang ada buaian.

sebelum masuk makan tu, kitaorang bergambar la dulu 🤪 tapi sebaik la bergambar dulu sebab masa keluar tu, penuh orang tengah bergambar 😂 terus balik la lepas makan tu! kenyang betul kalau makan situ haha. harga boleh tahan murah tapi banyak!!!

so harini makan laksa special 😂 dan order sama je dengan kawan. padahal dia mula cakap nak daging bakar 🥴 hahaha meh la tengok laksa kitaorang 


alhamdulillah, rezeki harini. 2 3 hari juga la teringin nak makan laksa haha. dapat jugak akhirnya! 

orang perlis mesti pernah sampai sini kan?! mana lagi eh tempat best kat perlis? nak cuti cuti malaysia ni 🤪

Assalamualaikum

DAPAT JUGAK RASA DAGING HARIMAU MENANGIS | Hi! sebelum apa apa, kemungkinan 2 3 artikel ke hadapan cerita pasal makanan je sebab rajin pulak ya sistur order makanan skrg😂

sebenarnya tak rancang pun, tapi kebetulan dapat RM5 dari foodpanda semalam sebab makanan yang sampai tak cukup 😆 beria order sebab nak nasi, eh nasi takda 😂

so malam tadi, order foodpanda lagi! ingat nak makan western konon 🤣 lupa yang kita ni tekak melayu uolls. jadi usha la "daging harimau menangis"

dah pernah order kat kedai ni, order pukul8 sampai pukul11 uolls 😂 pastu lepas order duk usha jugak la kan, mula mula 30 minit preparing pastu dah 5 minit ehh tetiba naik pulak 25min 🤣

tapi sis steady je haha sebab tak lapar pun tapi rasa nak makan 🤨 then 5 minit macam tu abang panda pickup 🥳 taksampai 5 minit sampai! hahaha sebab kedai tu dekat je dengan rumah tapi saya takboleh keluar malam 🥺🥺

sha order daging harimau menangis, horlicks panas & teh ais hahahaha! total lost RM14. mula mula ingat nak makan gitu je daging tu ha, eh tetiba macam makan dengan nasi sedap jugak ni🙄

jadi menu saya malam ni, nasi + daging harimau menangis + horlicks panas letak ais! hahaha

baru saya tahu yang "menangis" tu part kuah/sambal yang pedas 😂 ingatkan daging tu yang pedas 🥴 panas jugak la perut lepas makan 🤣 daging dah sedap dah tapi tula tu kita takmakan pedas, rasa nak menangis je hahaha!

tapi habis juga, yelah dah sedap kan? takkan takhabis 😂🤣 rate daging harimau menangis ni 7/10 ✨


ps ; semoga Shafyqah dimurahkan rezeki, teringin nak try daging harimau menangis mak neelofa hehehehe


 


LIRIK KASIHKU TERSAYANG TETAPLAH BERJUANG (LAGU TIKTOK)

Kasihku tersayang,

Tetaplah berjuang,

Sampai papa bilang halalkan aku sayang,

Mama papa ingin lihat perjuangan dirimu,

Untuk bisa memiliki putri sayangnya

Kelak kau yang menjadi penganti papa nanti

Jadi berjanjilah untuk bahagiakanku

Mama papa sudah merestui hubungan kita

Jadi jangan pernah kecewakan mereka

Semangatlah sayangku

😘❤️

Assalamualaikum

ORDER KE TAK FOOD DELIVERY BILA HUJAN | Hi! Beberapa hari lepas ada nampak ig story sitiawe yang tanya "do you order foodpanda/grab kalau hujan?" pastu sha pun terfikir mesti ramai cakap tak 😂 dan memang banyak vote tak! Tapi sebenarnya perlu ke tak order kalau hujan?


Kalau sha, bila hujan dan tetiba rasa nak order foodpanda mesti rasa taksampai hati 🙂 mesti terus terfikir, kesian abang panda nanti kena hujan, nanti kalau tergelincir ke masa hujan, terus fikir bukan bukan la cerita dia 🤣 biasalah jenis otak mak mak gituuu. Fikir negatif dulu baru positif hahaha! 


Sebab apa boleh fikir jauh macam tu? Sebab selalu terfikir macam mana kalau abang panda tu abang ke adik ke sedara kita ke kan? Tergamak ke nak bagi dorang hantar makanan kalau time hujan hahaha tapi sebenarnya ada yang dm sitiawe cakap tolonglah order time hujan 😂

Aik, serious ke dorang ni hahahaha tapi dari apa yang sha baca kan, bila dah order time hujan ni bolehla consider sikit kalau lambat ke apa, yelah kan hujan kan? Pastu kalau harga makanan tu ada baki, bagi baki ke abang panda. Ha gitu la yang sha baca.

Tapi sha memang kalau beli apa apa mesti bagi lebih ke abang panda dan kadang kadang abang panda yang ambik tak cukup 🤣🤣🤣 terus macam eh diani hahahaha. Ada sekali tu, contoh la kan harga makanan 17.40 pastu sha nak bagi 18 jelah kedia tapi dia pulak cakap, 17 je dik. Haaa sudah 😂😂😂

Pastu nak dijadikan cerita, harini di kedah seharian ye hujan 😂 dari sha bangun tidur sampailah pukul6 petang macam tu. kiranya sehari ni duk rumah jelah, takda gi beli nasi lemak ke apa haha padahal terfikir nak makan roti canai sebelum tidur semalam 🙂🙂🙂 

Pastu terus terfikir! Eh hujan lah, mesti abang panda tak jalan harini. Sebab kawasan sha kan kampung, mungkin ramai lagi yang tak alert dengan kewujudan foodpanda 😂 lagipun sha rasa orang sini lebih sanggup keluar gi beli makan daripada order delivery 🤣


Sha pun apa lagi, order la foodpanda. Lunch kfc la kita harini wak haha masa abang panda datang hantar tu memang hujan tapi tak lebat dan laju je sampai. Sebenarnya tak kisah sangat kalau lambat sebab faham lah hujan haha tapi taksampai 10 minit dah sampai! 

Pastu malam pulak, order lagi hahaha malas nak masak 😂 harini sibuk sangat kemas bilik tetiba eh dah malam! Iolls order nasi goreng kerabu! Hahahaha sedap mak ai walaupun tak macam yang disangka 😂

So kalau korang, hari hujan korang order foodpanda/grabfood tak? 😚

p/s : ditaip pada 1 Dis 🤪

Assalamualaikum

DRAMA : BIAR MEREKA CEMBURU | Semalam dah mula episod pertama drama ni lepas dah habis 33 episod drama Perempuan Tanpa Dosa. katanya drama kalini more to romantic comedy, which is genre yang sha suka! 😍

Biar Mereka Cemburu


Pelakon Biar Mereka Cemburu

Aiman Hakim Ridza sebagai TENGKU EIDIL
Nabila Razali sebagai NADIA
Izzat Mushtaq sebagai ROSTAM
Rubini Sambanthan sebagai MARSHA GORDON
Aedy Ashraf sebagai FETRI
Dato’ Shah Rezza sebagai TENGKU ALAUDDIN
Mas Anizan sebagai ENGKU ZULAIKHA
Bella Dowanna sebagai NABILA 
Hasmira Azmi sebagai SOFEA
Syahir Shafein sebagai REZA 
Adam Malek sebagai NABIL

Sinopsis Biar Mereka Cemburu


Biar Mereka Cemburu mengisahkan mengenai Tengku Eidil yang mana seorang pengarah kreatif di salah sebuah syarikat pengiklanan terkemuka dan hangat bercinta dengan kekasihnya iaitu Marsha Gordon.

Namun disebabkan terdetik dihatinya untuk berubah telah membuatkan dia tidak mahu berkahwin dengan Marsha. Nadia pula bekerja sebagai seorang penghantar makanan di sebuah kedai makan milik kawan baiknya, Rostam. Nadia juga menyimpan hasrat untuk bergelar jurufoto profesional. 

Takdir telah menemukan mereka ketika Nadia behenti di tepi jalan dan Eidil terlanggar lopak air dan menyebabkan air  terkena pada Nadia tanpa sengaja.

Waktu Tayangan Biar Mereka Cemburu

✨ Setiap hari Isnin hingga Khamis 

✨ Jam 10.00 malam

✨ Slot Megadrama di Astro Ria Hd & Astro Ria

✨ Tonton Online di Astro Go & iQIYI


OST Biar Mereka Cemburu

Ku Mau - Aizat Amdan & Hanin (Lirik)


iQIYI

First time dengar pasal iQIYI?! kat aplikasi korang boleh tonton drama melayu, kdrama, cdrama, anime pun ada tau! kalau korang baru first time nak download iQIYI, koranh boleh download DISINI dan dapat FREE VIP FOR 3 DAYS 😚✨


ok bye!

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.




get this

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • RESEPI LASAGNA ROTI VERSI MUDAH
  • LIRIK LAGU ADAKAH INI MIMPI | REEDZWANN
  • MALAS UPDATE BLOG SEBAB DAH BOSAN
  • LIRIK KASIHKU TERSAYANG TETAPLAH BERJUANG (LAGU TIKTOK)
  • DAPAT JUGAK RASA DAGING HARIMAU MENANGIS

adsense

Categories

ad 35 altheaangels 14 beauty tips 1 blog 19 blog challenge 8 book 7 drama 19 feautured 36 filem 5 haul 29 katahatisapikah 4 kdrama 8 kecantikan 8 LDR 10 lirik lagu 95 makanan sedap 87 perkongsian 50 personal 1 phone stuff 9 resepi si sapikah 30 review 99 sapikah jalan jalan 37 update kehidupan 89

Followers

Blog archive

  • ►  2021 (26)
    • ►  February (17)
    • ►  January (9)
  • ▼  2020 (90)
    • ▼  December (13)
      • PENGALAMAN NAIK BAS SORANG SORANG!
      • MURAHNYA BARANG KAT MR DIY!
      • HELLO BONG BANTU KURANGKAN PMS!
      • TEMPERED GLASS MRDIY? BERKUALITI KA?!
      • LIRIK LAGU KUKIRA KAU RUMAH | AMIGDALA
      • ORDER FOODPANDA TAPI SAMPAI TAK CUKUP? MACAM MANA ...
      • BREAKFAST DI MCDONALD
      • MAKAN LAKSA DI LADANG NIPAH KIPLI, PERLIS!
      • DAPAT JUGAK RASA DAGING HARIMAU MENANGIS
      • LIRIK KASIHKU TERSAYANG TETAPLAH BERJUANG (LAGU TI...
      • ORDER KE TAK FOOD DELIVERY BILA HUJAN
      • DRAMA : BIAR MEREKA CEMBURU
      • LIRIK LAGU KU MAU | AIZAT AMDAN & HANIN DHIYA (OST...
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (10)
  • ►  2019 (125)
    • ►  December (16)
    • ►  November (9)
    • ►  October (4)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (8)
    • ►  April (8)
    • ►  March (12)
    • ►  February (20)
    • ►  January (23)
  • ►  2018 (243)
    • ►  December (23)
    • ►  November (27)
    • ►  October (28)
    • ►  September (17)
    • ►  August (18)
    • ►  July (18)
    • ►  June (21)
    • ►  May (23)
    • ►  April (17)
    • ►  March (17)
    • ►  February (11)
    • ►  January (23)
  • ►  2017 (145)
    • ►  December (17)
    • ►  November (16)
    • ►  October (23)
    • ►  September (19)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (12)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (10)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)

Komuniti Blogger Utara

  • PERMATABIRU
    EMAS TURUN HARGA LAGI
  • .she's the camera maniac.
    Adakah Kitsui Bahaya?
  • Nurfuzie.com
    7 Kebaikan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
  • SHALIMAR YUSOF
    Resepi Nasi Air Pantai Timur Yang Sedap Dan Menyelerakan
  • Marshalizadotcom
    Koleksi Kuih Raya Premium Yang Patut Korang Cuba di Cookies Vibe
  • zya akma
    Adakah Kitsui Bahaya?
  • Hikayat Budak Pening
    Review | Yamaha MT15 (Luaran)
  • AziRahmanDotCom | Azirahman Story
    Full Episod Drama Takdir Yang Tertulis
  • @Siti Sharini
    URUS CASHFLOW DENGAN BIJAK
  • fatimahnabila
    Cara Baru Untuk Membeli Channel di NJOI 2021!
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
  • SITI.YANG.MENAIP
    Jalan-Jalan Ke Kuantan | Nasi Kerabu Mek La, Kula Cakes & Pantai Teluk Cempedak
  • ARZMOHA
    DIEGO MARADONA BINTANG LAGENDA BOLA SEPAK ARGENTINA MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI AKIBAT SERANGAN JANTUNG
  • husnazahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
  • Krik Krik Krik
    Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela
  • cerita ZF
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
  • Mekaratisa
    Restoran Capati Arau Perlis
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
  • MiaZain
    Herbal plants you can plant at home & how to use them
  • Lori Sewa Malaysia
    Pindah Barang
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates