1/21/2020

ADUNAN SEGERA KEK COKLAT KUKUS DARI NORAINI'S

by , in

Assalamualaikum

ADUNAN SEGERA KEK COKLAT KUKUS DARI NORAINI'S | Helo! nak senaman jari kejap tu yang buat entry ni hahaha. petang tadi entah apa yang merasuki ku tetiba lapar gila! terus bangun gi dapur dengan apo yang ada pastu terjadilah..... kek coklat!


dah lama sebenarnya beli tepung segera ni, dan bukan kali pertama buat kek kukus ni tapi baru kalini rasa rajin nak ambik gambar dan sebagainya hahaha biasalah saya selalu malas. sapa kaki ecoshop rasanya dah familiar dengan tepung ni haha!



tengok? ambik gambar pun tak ikhlas hahahah gue malas! walaupun ni tepung segera tapi kena juga eh tambah lain lain bahan hahaha sebagai contoh telur, minyak, gula dan air. ala kira mudah la tu, takyah nak ayak tepung tambah itu ini. kenapa perlu susah susah kalau ada benda mudah yedok :p

kat plastik tu ada langkah - langkah yang korang kena buat, ala step mudah je hahaha pastu masukkan dalam bekas then kukus. sebab takda oven so kukus, kalau nak bakar pun boleh. tiktok tiktok dah siap



saja add on coklat yang gardenia tu nampak yummy pula walaupun tak cantik xD hahahha tengok taksempat apa apa dah kena ngap hahaha. pada sha kalau kukus ni sedap lagi dari bakar sebab kukus lembut, kalau bakar macam keras sikit hahaha.

dengan kos yang rendah, dapat sebiji kek boleh la buat makan petang. yang best bila orang puji "SEDAPNYA KAKLONG KEK TU" padahal kek express XD lepas ni nak buat donut pula la hahah haritu buat tak jadi. 

stay tuned okey! ;p







1/20/2020

MENGAPA SARAPAN PAGI ADALAH MAKANAN YANG PALING PENTING UNTUK SETIAP HARI?

by , in

Assalamualaikum

MENGAPA SARAPAN PAGI ADALAH MAKANAN YANG PALING PENTING UNTUK SETIAP HARI? | Mungkin ada sesetengah daripada kita yang kurang gemar bersarapan pagi atas pelbagai faktor seperti tidak mempunyai banyak waktu, keluar rumah pada awal pagi dan mungkin juga malas atau tidak berselera. 


Apapun alasan yang anda berikan, sarapan pagi tetap menjadi hidangan yang paling penting dalam satu hari tersebut. Jika anda ‘skip’ waktu sarapan pagi anda, anda juga sebenarnya telah ‘skip’ satu manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh tubuh badan anda pada hari tersebut. Tahukah anda, mengapa sarapan pagi amat penting?


Mengapa sarapan pagi sangat penting untuk saya?

Sarapan pagi sebenarnya memberikan banyak manfaat pada tubuh anda. Pertama sekali, sarapan pagi memulakan metabolisme anda yang membantu tubuh badan membakar lebih banyak kalori pada hari tersebut. Apabila anda mengambil sarapan, anda sebenarnya memberitahu tubuh badan anda bahawa terdapat beberapa kalori yang akan diambil lagi pada hari itu. Apabila anda tidak bersarapan, tubuh anda mendapat mesej bahawa ia perlu menyimpan berbanding membakar kalori yang akan diambil kemudian.

Menurut Dr. Christy C. Tangney, pakar pemakanan klinikal di Rush University Medical Center, kajian telah menunjukkan bahawa walaupun individu yang tidak mengambil sarapan dan hanya mengambil sedikit kalori pada hari tersebut, mereka lebih cenderung untuk memiliki indeks jisim badan atau BMI yang lebih tinggi. 

Sarapan memberikan perkadaran yang signifikan bagi pengambilan jumlah nutrien harian. Ia juga memberikan anda nutrien penting seperti folat, zat besi, vitamin B dan serat. Vitamin-vitamin penting, mineral dan nutrien-nutrien lain hanya boleh diperoleh daripada sumber pemakanan sahaja. Oleh itu, walaupun tubuh badan anda masih boleh mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk keesokan hari, anda masih perlu menambahkan jumlah vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh.

Glukosa tubuh

Glukosa adalah sumber tenaga bagi tubuh badan. Ia dipecahkan atau diuraikan dan diserap daripada karbohidrat yang anda makan. Pada waktu pagi, apabila anda tidak mendapat bekalan makanan selama beberapa jam selepas bangun daripada tidur, simpanan glikogen anda telah berkurangan. Glikogen adalah glukosa yang telah disimpan dalam tisu otot dan hati, yang mana akan dilepaskan perlahan-lahan dalam tempoh semalaman untuk memastikan tahap gula darah anda kekal stabil.

Apabila kesemua tenaga daripada simpanan glikogen telah digunakan, tubuh badan anda akan mula menguraikan asid lemak untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Tanpa karbohidrat, asid lemak hanyak teroksida sebahagian sahaja yang boleh menyebabkan tahap tenaga yang berkurangan. Melalui pengambilan sarapan pagi, ia dapat mengembalikan simpanan glikogen dan meningkatkan tahap tenaga dan juga metabolisme anda.

Kanak-kanak sangat memerlukan sarapan pagi

Antara sebab mengapa kanak-kanak memerlukan sarapan pagi adalah kerana tubuh mereka sedang mengalami tumbesaran dan mereka memerlukan nutrien yang mencukupi untuk membantu mereka membesar. Kanak-kanak yang tidak bersarapan pagi mempunyai kesukaran untuk memberikan fokus atau penumpuan terhadap pembelajaran mereka. Selain itu, mereka akan mudah letih dan juga mengganggu mood mereka. Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi mempunyai keputusan ujian yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan.

Kanak-kanak yang tidak bersarapan juga lebih cenderung untuk memakan makanan ringan lalu menyebabkan mereka mempunyai berat badan yang berlebihan. Sekiranya anak-anak anda tidak mahu bersarapan di rumah, bekalkan mereka dengan makanan atau snek yang boleh mereka makan dalam perjalanan ke sekolah atau semasa waktu rehat. Ini untuk mengelakkan mereka daripada mengambil snek yang tidak sihat semasa berada di sekolah.


Kelebihan jika anda mengambil sarapan pagi

Pelbagai kajian telah menunjukkan manfaat jika anda memulakan hari anda dengan pengambilan sarapan pagi, antaranya ialah:

  • Mempunyai nilai indeks jisim badan atau BMI yang rendah
  • Pengambilan lemak yang lebih sedikit sepanjang hari
  • Memenuhi saranan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Mempunyai pengambilan kalsium harian yang lebih tinggi
  • Mempunyai pengambilan serat harian yang lebih tinggi
  • Mempunyai prestasi yang lebih baik seperti memori dan penumpuan bagi kanak-kanak sekolah

Menurut Dr. Christy, sekiranya anda memulakan hari anda dengan pemakanan yang sihat dan memuaskan pada waktu sarapan pagi, anda cenderung untuk kurang mengambil makanan yang kurang sihat sepanjang hari yang mana sering dilakukan jika kita berada dalam keadaan lapar. 

Kekurangan jika anda tidak mengambil sarapan pagi

Selain itu, banyak kajian juga telah menunjukkan beberapa kekurangan yang akan berlaku jika anda ‘skip’ sarapan pagi anda. Antaranya ialah:

  • Lebih cenderung untuk memiliki berat badan yang berlebihan
  • Kurang cenderung untuk memenuhi saranan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Lebih cenderung untuk mengambil snek yang tidak sihat
  • Mengurangkan prestasi mental. Sarapan pagi membantu dalam pembelajaran kerana ia memberi kesan dalam penumpuan
  • Sarapan pagi yang tinggi serat membantu mengurangkan keletihan

Apakah pilihan makanan sarapan pagi yang terbaik untuk saya?

Walaupun anda sering bersarapan pagi, ini tidak bermakna bahawa anda boleh memakan apa sahaja mengikut selera anda. Anda juga perlu menitik beratkan jenis makanan yang diambil semasa sarapan pagi. Berikut adalah antara cadangan jenis makanan yang boleh anda amalkan sebagai makanan pertama untuk setiap hari anda:

  • Bijirin tinggi serat bersama dengan potongan buah-buahan, susu rendah lemak atau air kacang soya
  • Protein shake rendah lemak bersama-sama buah-buahan segar
  • Bubur seperti bubur nasi atau bubur oat
  • Roti bakar tinggi serat bersama-sama sapuan mentega kacang
  • Yogurt atau segelas susu
  • Jika anda terbiasa dengan makanan ruji harian anda seperti nasi goreng, pastikan anda memasaknya dengan mengurangkan garam, minyak dan tambahkan banyak sayuran

Kesimpulannya

Sesibuk manapun anda sama ada di rumah atau di tempat kerja, ingatlah untuk sentiasa mengambil sarapan pagi. Anda tidak semestinya perlu memasak pada waktu pagi hanya disebabkan untuk bersarapan. Anda boleh membeli makanan dalam perjalanan anda ke pejabat. Anda juga boleh ke kedai-kedai yang beroperasi 24 jam seperti 7 Eleven atau myNews untuk mendapatkan hidangan sarapan pagi anda. Kedai-kedai tersebut menyediakan pilihan makanan yang pelbagai seperti sandwic, mi goreng, nasi lemak dan juga kopi. Oleh itu, tiada alasan lagi untuk anda mengatakan bahawa anda terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersarapan. Ingatlah, anda berpotensi untuk memiliki berat badan yang berlebihan jika anda sentiasa meninggalkan sarapan pagi anda.



1/11/2020

UMUR DAH 24 TAPI MASIH TAK KAHWIN?

by , in

Assalamualaikum

UMUR DAH 24 TAPI MASIH TAK KAHWIN? | Hi! lain macam sikit tajuk kita pada hari ini ya :p so macam biasa, hari sabtu sha akan ke pasar pagi dan minggu ni pun macam biasalah dah mandi semua keluar la gi pasar pagi a.k.a nat, tapi yang luar biasanya tu adalah....


ok bila dah sampai nat tu, sha terus gi beli air sebab cousin cakap dia nak air. then dah settle beli air, gi lah balik kat moto. kebetulan sha parking sebelah tempat seorang makcik ni niaga. dia pun macam approach sha dengan tanya "dah kahwin ke?" sha ni memang jenis mesra dengan siapa pun jadi layankan jelah.

sha jawab "belum lagi" dia tanya lagi umur berapa, "24 hehe" terus makcik tu macam "24??? tak kahwin lagi? makcik masa umur 24 dulu dah ada anak dah besar dah" sha pun hehe kan jelah 😂 tapi takhabis lagi, makcik tu cakap lagi "kenapa tak kahwin? nak makcik buatkan ubat pengasih?"

lepas dengar tu terus WHATTTTTT?! to be honest memang la macam nak kahwin tapi bukan dengan cara ni. terus sha cakap takpelah, saya gerak dulu tapi dia bagi name card dia gitu la




lepas blah tu, cousin sha tanya sha "kaklong muka tok tu takut kan?" HAHAHAHA tah la takpandang pun muka dia sebab macam erk..

sebenarnya sha takpernah kisah pun orang nak tanya bila nak kahwin haha selalunya sha akan jawab "hujung tahun kot" taktahu la hujung tahun bila kan :p tapi selalunya yang tanya bab kahwin ni orang yang kenal, ini dah la tak kenal pastu duk beria ria suruh ikut flow hidup dia pulak hahaha

dia ada juga tanya nape tak kahwin, YELAH SEKARNAG NI NAK KAHWIN BUKAN MUDAH EN, semua benda pakai duit kot dan kami ni tak menabung dari kecil so yeah hahahaha

takmarah pun cuma terkejut masih ada orang jual ubat pengasih gini secara terbuka pula tu. ke memang berguna sebenarnya ubat pengasih ni? tapi kenapa muka dia macam scary? ahhh sudah, tidur dululah hahaha


byeee~!




1/11/2020

BETUL KE BERDENGKUR BOLEH AKIBATKAN KEMATIAN?

by , in

Assalamualaikum

BETUL KE BERDENGKUR BOLEH AKIBATKAN KEMATIAN? | “Krohh, krohhh, krohhhh….” Bunyi inilah yang sering menemani waktu tidur Hasanah yang dihasilkan oleh suaminya yang tidur di sebelahnya. Bukanlah tidak pernah menegur mengenai bunyi dengkurannya yang kuat sehingga membuatkan Hasanah terjaga, tetapi Hasanah juga tidak mengetahui apa yang boleh dilakukan untuk membantu suaminya menghentikan dengkuran tersebut. Mahu atau tidak, terpaksalah menerimanya setiap malam.


Kami pasti, ramai di antara kita yang juga mempunyai masalah yang sama seperti suami Hasanah ini. Ada yang berdengkur secara jarang-jarang, tetapi juga ada yang berdengkur hampir setiap malam. Adakah anda tahu apakah yang menyebabkan dengkuran dan adakah dengkuran boleh menyebabkan kematian? Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hal ini, anda boleh teruskan pembacaan anda melalui penulisan di bawah ini.


Bagaimanakah dengkuran terhasil?

Berdengkur adalah sejenis bunyi serak atau keras yang berlaku ketika udara mengalir melalui tisu relaks di leher anda, lalu menyebabkan tisu tersebut bergetar ketika anda bernafas. Hampir semua individu mengalami masalah berdengkur ini, tetapi bagi sesetengah individu ia boleh menjadi satu masalah yang kronik. Kadangkala dengkuran juga boleh menunjukkan keadaan kesihatan yang serius. 

Dengkuran dan apnea tidur obstruktif (OSA)

Dengkuran seringkali dikaitkan dengan satu gangguan tidur yang disebut sebagai apnea tidur obstruktif atau OSA. Bukan semua individu yang berdengkur memiliki OSA, tetapi sekiranya dengkuran yang berlaku diikuti dengan simptom-simptom tersebut, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan bagi menentukan sekiranya anda memiliki OSA atau tidak. Simptom-simptom tersebut adalah:

  • Pernafasan terhenti semasa tidur
  • Rasa mengantuk yang berlebihan di siang hari
  • Kesukaran untuk memberikan tumpuan
  • Sakit kepala pada waktu pagi
  • Sakit tekak ketika bangun daripada tidur
  • Tidur yang tidak selesa
  • Tercungap-cungap atau tersedak ketika tidur
  • Tekanan darah tinggi
  • Sakit dada pada waktu malam
  • Bunyi dengkuran yang amat kuat
  • Dalam kalangan kanak-kanak, berlaku masalah berkaitan kelakuan, perhatian yang kurang baik dan juga prestasi yang kurang memberangsangkan di sekolah

OSA sering dicirikan melalui dengkuran yang kuat dan diikuti dengan tempoh senyap apabila berhenti bernafas atau hampir berhenti. Individu yang mempunyai OSA biasanya mengalami pemberhentian seketika apabila bernafas secara perlahan atau berhenti bernafas sekurang-kurangnya sebanyak lima kali bagi setiap jam waktu tidur.

Adakah dengkuran boleh menyebabkan kematian?

Dengkuran secara umumnya tidak menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, jika ia melibatkan atau berkaitan dengan OSA, anda mungkin berisiko untuk mengalami kematian. Persatuan Apnea Tidur Amerika Syarikat menganggarkan sekitar 38,000 individu di Amerika Syarikat meninggal dunia setiap tahun akibat daripada penyakit jantung dengan apnea tidur sebagai faktor komplikasi. 

Individu yang mempunyai apnea tidur atau OSA memiliki kesukaran untuk bernafas atau berhenti bernafas dalam tempoh yang pendek setelah tidur. Walau bagaimanapun, ia sering tidak didiagnosis. Berpandukan Persatuan Jantung Amerika, 1 dalam setiap 5 individu dewasa mempunyai apnea tidur pada tahap yang tertentu dan ia lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita. Kanak-kanak juga tidak terkecuali untuk mempunyai apnea tidur ini.

Untuk pengetahuan anda, apnea tidur boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius jika tidak dirawat. Ia boleh memburukkan beberapa keadaan kesihatan yang mengancam nyawa, seperti:

  • Tekanan darah tinggi
  • Strok
  • Kematian jantung secara tiba-tiba
  • Asma
  • COPD
  • Diabetes mellitus

Bahaya apnea tidur tanpa mendapatkan rawatan

Apnea tidur menyebabkan hypoxia, iaitu tahap oksigen yang rendah dalam tubuh. Apabila keadaan hypoxia ini berlaku, tubuh anda akan menjadi stres dan memberi reaksi dengan respon tindak balas tekanan akut. Ini kemudiannya menjadikan jantung anda berdegup dengan lebih laju dan menyempitkan arteri anda. Antara kesannya termasuklah:

  • Tekanan darah yang lebih tinggi
  • Kadar degupan jantung yang lebih tinggi
  • Jumlah aliran darah yang meningkat
  • Lebih banyak berlakunya keradangan dan stres

Kesan-kesan yang berlaku ini akan meningkatkan risiko masalah-masalah kardiovaskular. Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine pada tahun 2010 menemui, seseorang individu yang mempunyai apnea tidur berpotensi mempunyai peningkatan risiko untuk mengalami strok sehingga dua atau tiga kali ganda. 

Kajian yang dilakukan pada tahun 2007 oleh Yale School of Medicine pula menyatakan bahawa, apnea tidur boleh meningkatkan risiko untuk mendapat serangan jantung atau kematian sehingga 30 peratus dalam tempoh empat atau lima tahun. Manakala kajian yang dijalankan pada tahun 2013 yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Cardiology menyatakan, individu yang mempunyai apnea tidur mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kematian akibat komplikasi berkaitan jantung. Kajian tersebut juga mendapati bahawa apnea tidur juga boleh meningkatkan risiko kematian jantung secara tiba-tiba. Anda akan lebih berisiko jika mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Berumur lebih daripada 60 tahun
  • Mempunyai 20 atau lebih episod apnea dalam setiap jam tidur anda
  • Mempunyai tahap oksigen darah yang kurang daripada 78% semasa anda tidur

Adakah terdapat cara untuk saya mengurangkan bunyi dengkuran?

Untuk mengurangkan atau merawat dengkuran anda, doktor mungkin akan menyarankan perubahan gaya hidup terlebih dahulu seperti menurunkan berat badan, mengelakkan pengambilan alkohol ketika waktu tidur, merawat hidung yang tersumbat, mengelakkan kekurangan tidur dan elakkan daripada tidur menelentang.

Jika dengkuran yang berlaku bersama-sama dengan OSA, doktor mungkin akan mencadangkan perkara-perkara berikut:

1. Peralatan mulut (oral appliance)
Peralatan mulut adalah sejenis alat yang diletakkan pada mulut yang membantu memperbaiki posisi rahang, lidah dan selaput lembut untuk memastikan laluan udara terbuka

2. Tekanan laluan udara positif berterusan (CPAP)
Kaedah ini melibatkan pemakaian topeng pada hidung atau mulut semasa anda tidur. Topeng ini mengarahkan udara bertekanan dari pam kecil di tepi katil ke saluran udara anda untuk memastikan ia dibuka semasa anda tidur

3. Pembedahan saluran udara atas
Terdapat beberapa prosedur yang bertujuan untuk membuka saluran udara atas dan mencegah penyempitan yang ketara semasa tidur melalui pelbagai teknik

Kesimpulan

Jelas sekali bahawa dengkuran semasa tidur bukanlah satu perkara yang perlu dirisaukan melainkan jika anda mempunyai OSA. Bagaimana untuk mengetahui jika anda memiliki OSA atau tidak? Jika anda mendapati diri anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan, mendapatkan kepastian mengenai keadaan semasa anda dan seterusnya mendapat rawatan yang berkaitan. Sekurang-kurangnya, pasangan anda tidak lagi terganggu semasa tidur setelah dengkuran anda dirawat.

1/10/2020

FIRST TIME BUAT NASI LEMAK DAN FAILED!

by , in

Assalamualaikum

FIRST TIME BUAT NASI LEMAK DAN FAILED! | Halo halo~ kita ni kalau takda benda nak cerita, tak muncullah kat blog hehehhee so pagi tadi bertungkus lumus masak nasi lemak sebab teringin nak buat.


sebenarnya dah beli pun bahan nak buat macam cili kering dengan ikan bilis tapi masalahnya lupa nak beli santan! hahahaha jadi pagi tadi gilah beli santan and then balik nak masak nasi santan tak cukup pulak -_-

tapi takpalah sebab sekarang ada kedai runcit dekat dengan rumah, suruh cousin gi belikan santan. ingatkan dah cukuplah dua kotak so masak jelah huhi. sampai sampai masak nasi tu macam biasa la masak sambal, rebus telur. 

seperti dalam resepi kena gaulkan nasi tadi masa dah hampir masak hahaha tapi dia takcakap minit ke berapa T.T tapi takpalah, nasi pun masak tapi MENTAH! terus macam huwaaa dah la masak banyak hahahaha 


at first gelabah juga la then tanya BF cemana nak buat, dia pun suggest la beberapa cara. then sha guna cara yang paling senang which is isi air dalam bekas kaca/tin then letak kat tengah tengah nasi dalam periuk tu then tekan cook lagi, sha ulang banyak kali juga la tadi.

lagi satu, sha ambik daun pisang then bersihkan then letak dalam periuk pastu cook lagi! HAHAHA tapi hasil dia wowww, bukak je penutup periuk terus bau nasi lemak daun pisang baqhang! bila dah settle semua, check nasi yayyyyy nasi dah ok! 


inilah rupa nasi lemak sha tadi hehehehhee walaupun nampak krik krik tapi adik sha tambah nasi dua kali okay :p sha ni sebab tengah control makan hahahaha tapi sekarang macam menyesal pulak makan sikit tadi. nasi lemak tadi dah habis pun sebab gi hantar kat makcik sikit then makcik cakap :


masa mula mula whatsapp makcik "nak nasi lemak dak? kaklong buat" then makcik cakap "pandai ka" hahahahahhaha pastu lepas gi hantar nilah whatsapp dia hantar :p 

sebagai penutupnya, walaupun gagal jangan giveup! memasak ni kena berani cuba kalau tak sampai bila bila pun takpandai yedok. oklah bye! hihikk




1/09/2020

LIRIK LAGU OVERTHINK | AIN EDRUCE

by , in

LIRIK LAGU OVERTHINK | AIN EDRUCE

(Ain Edruce)
Kemana you pergi, kemana you hilang
Aku check fon aku tadi, you tak reply since siang
Mula tak sedap hati, aku rasa tak tenang
Why you do this to me, OVERTHINK mula datang serang
(ulang 2x)

Yoo!
Kenapa you tak call, tunggu you all day
Just nak you update, and i'll be on my way
Bukan nak marah, just kecik hati
You buat macam tak kesah
Langsung takde rasa nak whatsapp?
At least kata la yang you busy kejap
Bukan tak sabar, cuma terasa tersiksa dah lama
Pening kepala fikirkan pasal you!
Menyiksakan, bila kemana you pergi pun i tak tahu
Please understand my broken past has lead me to have a trust issue,
and yes im trying to ignore my thoughts yang tengah bermain
Cuba fikir selain
What's in my mind, elak overthinking yang merapu
I actually do
Trust you aint tryna be mean when i ask you where've you been
Checking my text, tengok you dah tinggalkan dekat seen
Aku cuma perlukan untuk you bagitahu
Supaya hati aku tenang dan tak terganggu

*Chorus (Ain Edruce)
Kemana you pergi, kemana you hilang
Aku check fon aku tadi, you tak reply since siang
Mula tak sedap hati, aku rasa tak tenang
Why you do this to me, OVERTHINK mula datang serang
(ulang 2x)

Aku tak kesah you nak lepak dengan siapa
Aku tak kesah you nak lepak dekat mana
Aku tak kesah perempuan ataupun lelaki
Malam sampai ke pagi
But baby please, just tell so that i could be in peace

*Akwa Arifin's rap:
I really cant handle the pain,
Don't know what's driving me insane,
Don't know bout you,
But this thing will make me OVERTHINK,
You rasa macam benda ni tak penting?
Tapi nak buat macam mana,
Banyak kali i bagitahu you sudah,
Tak endah,
Nampak macam tak kesah,
And i know things will remain just the same
Hancur, hancur yaa yaa

*Chorus (Ain Edruce)
Kemana you pergi, kemana you hilang
Aku check fon aku tadi, you tak reply since siang
Mula tak sedap hati, aku rasa tak tenang
Why you do this to me, OVERTHINK mula datang serang
Yeah,

1/06/2020

MAKAN DUA BIJI EPAL BOLEH BANTU KAWAL KOLESTROL?

by , in

Assalamualaikum

MAKAN DUA BIJI EPAL BOLEH BANTU KAWAL KOLESTROL? | Ada pepatah mengatakan “Sebiji epal dalam sehari boleh menjauhkan anda daripada doktor,” tetapi bagaimana pula dengan dua biji epal sehari? Apakah manfaat yang mungkin diperolehi sekiranya mengamalkan pengambilan buah tersebut?



Dua biji epal = 4 peratus

Jika sebelum ini anda mengamalkan untuk memakan sebiji epal sehari, mungkin selepas ini anda boleh mula mengambil dua biji epal setiap hari. Kenapa? Ini kerana terdapat penyelidikan yang mengatakan dua biji epal yang dimakan setiap hari akan dapat membantu mengekalkan kadar kolesterol. 

Lebih menarik lagi, penyelidik turut mendakwa bahawa individu yang mengambil dua biji epal sehari, untuk tempoh selama lapan minggu akan dapat menurunkan kadar kolesterol tidak baik sehingga empat peratus. Keadaan ini sekali gus dapat mengurangkan risiko untuk mengalami serangan strok atau jantung yang disebabkan pengerasan kolesterol pada arteri. Menarik, tetapi betul ke?

Kajian yang dilakukan

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, responden yang berusia antara 20 hingga 69 tahun diminta untuk mengambil dua biji epal sehari dalam tempoh dua bulan. Tahap tekanan darah diambil oleh penyelidik pada sebelum dan selepas tempoh kajian.

Pengkaji turut membuat perbandingan hasil kajian dengan individu yang mengambil dua gelas minuman air epal yang mempunyai kadar kandungan kalori yang sama sepanjang tempoh dua bulan kajian. 

Daripada hasil kajian, individu yang memakan epal akan mengalami penurunan kadar kolesterol tidak baik secara purata 3.6 peratus lebih rendah berbanding individu yang mengamalkan pengambilan minuman berasaskan epal. 

Kadar peratusan itu adalah jauh lebih rendah berbanding pengambilan ubatan statin, iaitu ubat-ubatan yang biasanya diambil untuk mengurangkan kolesterol antara 30 hingga 55 peratus. Tetapi perubahan diet yang kecil ini dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Lebih menarik lagi, hasil kajian ini juga mendapati individu wanita yang mengamalkan pengambilan dua biji epal ini setiap hari akan mendapat lebih manfaat berkaitan kolesterol berbanding lelaki. 

Walaupun dikatakan wanita lebih memperolehi manfaatnya, ia tidak bermakna tiada langsung kebaikan yang diperolehi oleh individu lelaki, bukan? Namun, sebenarnya masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk mengesahkan mengenai perkara ini. 

Jadi apa kata kita fokuskan kembali mengenai kebaikan buah epal ini, okay?

Apakah manfaatnya?

Sebelum bercerita mengenai manfaatnya, pernah tak anda terfikir kenapa epal yang menjadi pilihan? Ini kerana epal merupakan buah yang mengandungi kandungan serat dan air yang tinggi – dua sifat yang membuatkan anda kenyang.

Dua epal yang besar, mengandungi kira-kira satu per empat serat harian yang disyorkan bagi seorang individu dan terdapat sejenis serat yang menyokong perkembangan bakteria baik sekali gus dapat mengurangkan kolesterol. Haaa, sebab itulah wujudnya pepatah, “Sebiji epal dalam sehari boleh menjauhkan anda daripada doktor.”

Penyelidik kajian juga mendapati individu yang mengamalkan pengambilan buah ini setiap hari juga akan mempunyai saluran darah yang lebih sihat dan lebih tenang. Kesan keadaan ini adalah sama dengan pengambilan makanan lain yang mengandungi sebatian semula jadi yang dipanggil polifenol.

Untuk pengetahuan, polifenol adalah sebatian fitokimia yang secara semula jadi terkandung di dalam tumbuhan. Sebatian ini memberikan pelbagai warna (pigmen) dalam makanan. Bukan itu sahaja, polifenol juga berfungsi untuk melindungi tumbuhan dari bahaya.

Menurut pengarang kanan kajian dari Hugh Sinclair Unit of Human Nutrition di University of Reading, Profesor Julie Lovegrove berkata, “Nampaknya pepatah lama yang sering disebut mengenai buah ini adalah hampir tepat.”

Individu yang memakan dua epal bersaiz besar setiap hari yang mengandungi kandungan polifenol yang tinggi akan mempunyai tahap kolesterol LDL yang lebih rendah dan tiada sebarang pengurangan kolesterol baik berbanding mereka yang mengambil minuman berasaskan epal. Kolesterol LDL ini juga disebut sebagai kolesterol tidak baik. 

“Kami percaya serat dan polifenol dalam epal adalah penting dan epal merupakan sejenis buah yang sangat popular dalam kalangan individu dari pelbagai peringkat usia. Ia merupakan sejenis buah yang mudah untuk dimakan dan adalah pilihan makanan snek yang sihat.”

Pakar percaya jenis serat yang ditemui dalam epal bermanfaat kepada bakteria penting dalam usus untuk menghasilkan rantaian pendek asid lemak yang boleh menurunkan kolesterol dalam hati. 

Apa pendapat pakar?

Bagi profesor perubatan kardiovaskular di University of Sheffield, Tim Chico, “Kajian ini menunjukkan bahawa memakan dua biji epal dalam masa satu hari akan menyebabkan sedikit penurunan dalam kolesterol berbanding dengan hanya meminum air epal.”

“Kesan ke atas kolesterol adalah sangat kecil berbanding dengan terapi ubatan dengan statin dan ia sebenarnya tidak dapat menentukan bahawa ia akan membawa kesan kepada penurunan risiko berkaitan penyakit jantung ataupun strok.”

Bagaimanapun, kajian yang dilakukan itu adalah dalam tempoh jangka masa yang singkat. Jadi setiap manfaat yang diperolehi mungkin akan memberikan kebaikan yang lebih besar kepada kesihatan secara keseluruhan jika dilakukan sepanjang hayat,” ujar Tim. 

Kebaikan epal
Epal atau nama saintifiknya malus domestica adalah sejenis tanaman berbuah dalam genus malus dan keluarga mawar. Ia berasal dari Asia Barat dan merupakan tanaman yang paling banyak ditanam di dunia.

Jom ketahui apakah kebaikan epal:

Otak

Menurut kajian yang dibentangkan di Alzheimer’s Association’s International Conference pada 2017, individu yang gemar makan makanan berasaskan tanaman mempunyai kurang risiko demensia. 

Jantung

Menurut kajian yang dilakukan oleh Florida State University, buah ini yang tinggi kandungan serat dapat membantu mengawal paras kolesterol agar kandungan kolesterol ‘baik’ melebihi kolesterol ‘jahat’. 

Berat badan

Berdasarkan kajian, individu yang gemar makan buah ini sebagai pembuka selera akan membuatkan mereka berasa kenyang sebelum makan sajian utama. Kajian tersebut menyambung lagi bahawa individu tersebut akan memperoleh kalori yang lebih rendah iaitu sebanyak 200 kalori kurang daripada individu yang tidak melakukannya. 

Risiko diabetes

Dalam satu kajian berskala tinggi yang pernah dijalankan, memakan sebiji epal sehari mempunyai hubungan dalam menurunkan risiko mengalami diabetes jenis 2 sehingga 28 peratus, berbanding jika langsung tidak mengambil epal. 

Keadaan ini mungkin kerana polifenol yang terkandung di dalam epal yang membantu mencegah kerosakan tisu pada sel beta di dalam pankreas. Sel beta berfungsi menghasilkan insulin kepada badan dan fungsinya selalu terjejas pada individu yang mempunyai diabetes jenis 2.

Kanser

Kandungan antioksidan dalam buah ini yang sangat tinggi menjadikan ia antara sumber makanan yang mampu melawan kanser. Menurut kajian yang dilakukan di Itali, makan buah ini sekali sehari dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolorektal berbanding buah-buahan yang lain.

Akhir kata

Jadi walaupun masih banyak kajian yang perlu untuk mengesahkan mengenai kebaikan buah ini dalam mengurangkan kadar kolestrol tidak baik dalam badan, tetapi buah epal tetap memberikan manfaat kebaikan kepada mereka yang mengamalkannya. Jadi, jangan lupa makan epal setiap hari, okay?

1/06/2020

LIRIK LAGU BAGAI LAGU INDAH | ADZRIN (OST ADELLEA SOFEA)

by , in



LIRIK LAGU BAGAI LAGU INDAH | ADZRIN (OST ADELLEA SOFEA)

Pernahkah di hidupmu terfikir
Wanita yang mencintamu
Memberikan jiwa dan segalanya buatmu

Tak pernah resah dan tak akan ragu
Dia selalu disisi
Mengangkat semua rasa kuatmu lebih tinggi

Kau bisa mengharapkan dirinya
Dia teguh
[Dia teguh Dia teguh Dia teguh]

Ada dia yang menongkah jalan bersama
[Bersama, bersama, bersama]
Dan jangan pernah kau bayangkan

Duniamu tanpanya
Cinta tetap cinta
Tapi harus kau buktikan

Bahagiakan peneman hati
Seluruh hidupmu
Buat dia tersenyum

Bagai lagu indah

Kau bersama mengharapkan dirinya
Dia teguh
Ada dia yang menongkah jalan bersama

Dan jangan pernah kau bayangkan
Duniamu tanpanya
Cinta tetap cinta
Tapi harus kau buktikan

Bahagiakan peneman hati
Seluruh hidupmu
Buat dia tersenyum

Bagai lagu indah

Dan jangan pernah kau bayangkan
Duniamu tanpanya
Buktikanlah cinta
Bagai lagu indah

Jangan bayangkan hidup tanpanya
Bagaikan sebuah lagu indah
Buktikan cinta mu padanya

Bagai lagu indah

1/03/2020

MAGGI : PERISA KARI CILI API

by , in

Assalamualaikum

MAGGI : PERISA KARI CILI API | Hi kembali bersama makan makan bersama sapikah muehehehe, haritu ada gi kedai then nampak megi ni. rasa macam takpernah try, ni cerita tahun lepas la haahaha so dah nampak tu sha pun beli tapi lupa beli mana dan berapa harga


to be honest sha bukan peminat mi segera ni, tak kisah la perisa apa brand apa haha memang jarang jarang juga la ada mi segera kat rumah kecuali masa tu sha tengah sibuk buat kerja bla bla bla memang sha akan spare 1 bungkus yang ada 5 dalam tu ha tapi kalau tak memang takdala stok kat rumah tapi sebab aura packaging mi segera ni menambat hati maka sha pun belilah satu, rasanya RM1 or RM1.20 kot


berdasarkan nama yang ternyata pada packaging memang pedas la benda ni kan hahaha sha pulak bukan jenis suka makan pedas, bukan taksuka tapi nanti membinasakan perut sendiri jadi dah selalu control untuk takmakan pedas. beli ni tahun 2019 hahaha malam 1hb Januari 2020 baru buat tauuu tu pun sebab ternampak dan terpikir nak habaq kat pembaca pembaca (tah ada yang baca ke tak kan)


biasanya kalau makan mi segera brand maggi ni, rendam dalam air panas ja tapi rajin pula haritu hahaha masak atas dapur sebab nak cepat :p maka terhasillah seperti dalam gambar. add on daging bakar yang adik punya sikit hahaha


closeup hshshhss tengoklah kuah dia, ya ampun terang sangat hahaha dah tahu dah pedas ni, nak makan ke tak nak makan ke tak padahal dah buat kan, try la sesudu dua ahhhh memang takleh habiskan ni hahahahaha dia punya pedas tu pedas cili lah kan dah nama pun cili api hahaha terasa dilidah dan bibiaq baqhang! memang terus mengalah, taksanggup nak sakitkan perut sendiri hahaha 


nak bagi rating berapa eh sebab makan takhabis kan, benda ni sedap cuma pedas HAHAHA 

3/5 boleh? 😆


korang dah pernah try belum yang ini?





1/02/2020

DRAMA : RINDU YANG TERLARANG

by , in

Assalamualaikum

DRAMA : RINDU YANG TERLARANG | Hi! sebenarnya dah lama taksempat nak layan drama drama melayu ni ha, tapi haritu ada la tertengok 1 2 episod drama rindu yang terlarang ni. nampak macam best hahaha jadi sha pun apalagi, carilah semua episod dan petang tadi settle semua episod.\


MENGENAI DRAMA 

JUDUL : RINDU YANG TERLARANG
EPISOD : 20 episod
TARIKH MULA TAYANGAN : 26 November 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot DramaVaganza (Astro Ria & Astro Ria HD)
PENULIS SKRIP : Mazelan Manan, Shida Zali, Najmie Maziez, Suzanna Zaily Zin, SHaza Talib, Mufid Shuhaimi
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Fikry Ibrahim, Zahirah Macwilson, Jalil Hamid, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Sulaiman Yassin (Mat Over), Kartina Aziz, Putri Hanan, Hanis Nabilah, Rahhim Omar,Asha Merican, Aidit Noh, Anuar Hamizan, Sam Shuhaidi, Asyraf Aley, Numan Salleh, Fendi Seman

SINOPSIS RINDU YANG TERLARANG

Kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Fariz dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, percintaan mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah. 

Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga. Fariz dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Fariz terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing

Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Fariz berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali. Sementelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnura masih inginkan Fariz cuma Ainnura memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula. Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai.



mula mula tengok tajuk macam alah macam drama biasa biasa, yang anak orang kampung kahwin dengan orang kaya then mak ayah tak restu. tapi ni tak hahaha rumah sebelah sebelah je -_- tapi mak ayah dua dua belah ya ampun bergaduh macam tak ingat dunia haha tapi gaduh gaduh tu ada juga lawak dia. bergaduh sebab berebut harta haih. memang betul la kan orang cakap, kalau bab harta ni memang boleh bergaduh teruk. cerita ni satu yang dia tunjuk, kalau takda restu mak ayah memang takkan kemana pun hubungan tu, dan lagi satu mak ayah pun kena juga dengar dan faham perasaan anak anak. sampaikan dah kawin buat kali kedua tapi masih takrestu apoooo. seeloknya takpayah la berdendam sampai menyusahkan dan libatkan anak sekali, takut pulak sha tengok mak mentua jahat ni hashshhshs😝 tapi best juga la cerita ni walaupun banyak juga skip sebab bosan tengok pelakon pelakon tambahan hahahaha jahat tak kalau gitu? ;3


korang dah tengok belom cerita ni?

My Instagram